........... Merakyatkan Golf - Terbaik Dari Ahjibgor ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Merakyatkan Golf - Terbaik Dari Ahjibgor !

Monday, February 9, 201523comments

"Saya memberi RM2 juta kepada MGA untuk mempromosi golf di peringkat sekolah dan saya bersedia menyumbang lebih banyak lagi pada masa akan datang,"

'Saya' itu bermaksud ahjibgor secara peribadi atau Kerajaan ? Banyaknya duit ahjibgor !

Kalau 'saya' itu merujuk kepada sumbangan peribadi, saya tak boleh nak cakap banyaklah. Ikut pandai dia lah nak buat apa dengan duitnya sendiri. Cuma mungkin rakyat akan tertanya2 berapa banyak duit yang ahjibgor ada sebab beliau bersedia menyumbang lebih banyak lagi......

Mkini
Tapi kalau 'saya' itu merujuk kepada kerajaan, saya fikir ada banyak lagi perkara yang seharusnya menjadi keutamaan kerajaan pada masa ini.

Nak merakyatkan golf ya ...... baguslah tu. Kerajaan kena sediakan padang2 golf 1Malaysia di mana caj untuk bermain haruslah seminima mungkin atau lebih baik, percuma saja. Begitu juga dengan peralatan golf, mungkin kerajaan bercadang mahu beri subsidi. Penyelenggaraan padang pula .... well, 1MDB boleh sponsor sebagai salah satu aktiviti khidmat masyarakat.

Bagus idea ni, serius ! Golf Diplomasi kena dipupuk sedari kecil lagi. Bagi peringkat budak sekolah, mereka boleh berbincang mengenai kerja sekolah sebelum perlahan2 upgrade kepada isu2 perniagaan dan networking.


Kalau buat di kampung2, kena dipagar lah padang golf rakyat itu, kalau tidak cabarannya berkali ganda sebab trap makin banyak. Sekali bola golf jatuh, memang melekat !


Satu lagi kalau tidak dipagar, dikhuatiri padang golf akan diceroboh oleh kaki bola .... tak pasal2 bergaduh pula budak2 kampung.

Buat permulaan tak perlulah ikut sangat dress code macam kat kelab2 golf, kita nak merakyatkan sukan itu jadi kos harus diambilkira. Perkara2 yang tak menyumbang kepada prestasi permainan atau yang sekadar prestij, tak perlulah diikut sangat.   Bukan apa, takut kalau terlalu ikut sangat rentak eksklusifnya sukan itu, niat baik ahjibgor itu akan backfire. Daripada niat menjadikannya sebagai satu sukan rakyat umum, nanti jadi sukan rakyat kaya.

Tak pasal2, kena kutuk la pulak nanti .....
 
Sukan golf di negara kita terlalu eksklusif ketika ini, jadi dengan semangat dan sokongan dari ahjibgor, diharap berjayalah sukan itu di rakyatkan. Pastinya negara akan mampu menghasilkan pemain2 golf bertaraf antarabangsa satu hari nanti.

Berfikiran terbukalah kita dalam menerima idea bernas ahjibgor ini. Jangan nak komplen memanjang ...... baik kita bagi cadangan2 bernas kepada kerajaan bagi merealisasikan impian ahjibgor itu.

PS - Maaf lah kalau saya tersalah faham maksud merakyatkan golf

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2015 at 9:33 AM

#merakyatkanpemimpin
#merakyatkanhargabarang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 10:04 AM

Setuju sgt dulu masa aku kecik kecik pernah la masuk dakam pdg golf kutip bola. Bawa balik main kat pdg kpg guna batang ubi kayu sebagai psmukul. Tak lurang hebat juga pukulan tu,

Kalaulah bakat tu diasah dan tentu sebaris dgn tiger wood. Setakat hole. In ome ni dah jadi celah letiak ja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 10:07 AM

Cuba la bagi idea tu cerdik sikit najib oi!!!....sebatang kayu golf paling kokak pun beratus.....majoriti kaum cina yang paling kaya seantero dunia termasuk planet zuhrah pun tidak banyak menyertai sukan ini.....cuba turun Padang Tanya rakyat masih ada tak lagi orang menganggur???memiliki rumah????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 10:09 AM

Bullshit lah Najib, anak orang kaya saja yg mampu main golf.

....................
Reply To This Comment ...................
aku
February 9, 2015 at 10:29 AM

bro, be positive sikit...pagi2 DS Najib dah dapt pahala...wallahuallam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 10:31 AM

Din...buat pertama kali aku setuju dengan Ahjibgor! Sebab aku penjual kulit untuk sarung tangan main golof...ha..ha..ha..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 10:32 AM

beri setengah bintang daripada 5 bintang.

....................
Reply To This Comment ...................
#pemimpinbodoh
February 9, 2015 at 10:40 AM

Sedih kan dia ni..mcm dia saje je nak orang maki dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 10:52 AM

Golf adalah permainan yang mahal. Serba-serbi mahal. Persoalannya, sanggupkah Ah Jib Gor keluarkan belanja besar semata-mata untuk menggilap seorang pemain golf professional pada masa akan datang ? Sedangkan pada masa yang sama, sukan tradisi negara seperti bola sepak, badminton, hoki dan takraw pun masih samar-samar lagi. Dah berjuta dihabiskan, tapi prestasi sukan kita masih berada pada tahap yang biasa2 jer.

Apa yang Ah Jib Gor patut lihat semula ialah sejauh mana sistem pelapis yang kita gunakan selama ini benar2 releven. Contohnya dalam badminton, sehingga sekarang belum ada lagi pelapis yang boleh menggantikan Dato Lee Chong Wei. Begitu jugak dalam squash yang belom ada pengganti bagi Dato Nicol David. Banyak lagi sukan yang ketandusan pelapis-pelapis yang berkualiti tinggi. Inilah yang sepatutnya Ah Jib Gor dahulukan jika nak mengangkat mutu sukan negara. Bukan sekadar nak menambahkan sukan baru yang belum tentu boleh diharapkan.

Negara kita belum lagi dikenali sebagai negara sukan. Contohnya, Brazil sinonim dengan bola sepak, Thailand dengan tomoi. Tapi Malaysia ? Nak kata silat bukan. Nak kata takraw bukan. Kerana silat dan takraw lebih didominasi oleh Thailand dan Indonesia. Nak kata badminton ngan squash pun bukan jugak kerana kita masih blom ada pelapis. Apa lagi ? Bola sepak ? Lagilah hancur. Harap Ah Jib Gor buat penilaian semula mutu sukan negara sebelum membuat pengumuman baru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 11:25 AM

Sakit betul hati aku ada pee em bangang camni!

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2015 at 11:51 AM

Buat jer dulu golf range. Sediakan kemudahan secara kemudahan sukan. Baru boleh 'di rakyatkan'. Bila sudah ada handicap, baru di terjemah dalam padang golf milik awam - tidak semesti nya tempat golf sahaja, malah boleh sedia tempat riadah, santai dan piknik hujung minggu... syoping lagi...he..he.. macam-macam ada ! Paling penting ada kemudahan MRT ! Baru kita boleh merakyatkan golf - golof (indon) !

2 juta mana cukup ! Ini projek puluhan, malah ratusan juta. Ok, harap 1MDB ada jalan nya...

Bagus ide ni. Juara golf, hadiah terlumayan. Harap ramai anak-anak boleh menjadi juara dengan peluang ide PM Najib ini. Boleh sahaja jadi jutawan dan terus jadi idola sukan golf untuk pelapis yang berminat.

Jangan guna besi golf untuk silambam pula ! Saya pasti asal usul golf ini dari inovasi "kumpulan mamak tercerdik" kerana kata nya Islam di Arab dan di Malaysia di pengaruh dari geng inib- zaman dahulu kala - amat hebat dan progresif, celik nahu sains dan teknologi nya, sehingga melayu itu hilang identiti nya..itu yang saya baca...he...he

Tunggu buruh indon main GOLOF di Malaysia, ok ?

Maaf DT : sesekali kita perlu juga serius dan berseloka, tit bit membaca.
...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 11:53 AM

Makin teruk ahjingor ni. Tahap pemikiran macam budak sekolah. Takkan lah asyik nak naikkan kesukaan peribadi. Golf ni sukan yg mahal biaya nya.

Ahli UMNO yang sayangkan UMNO, pecat saja blur sotong ni!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 11:59 AM

Anak: "Bapa, mintak duit nak beli kayu golf"

Bapa: "Ok, ok nanti bapa pegi pinjam sikit kat JKKK. Tambah dengan duit tok jib bagi tu, boleh le kau pukul kayu golf tu". " Hidup amano"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 12:01 PM

aku main golf x mampu la, cari2 bola golf luar padang pastu jual balik,tu pun klu x kena halau mcm anjing oleh orang2 kaya kaki golf :( ,najib bolehlah dari kecik x pernah tau erti susah...

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2015 at 12:48 PM

Dekat US hampir setiap university ada padang golf...gua duduk US gua tau lah. ..pencapaian handicapp dimasukkan kredit dalam keputusan ujian..apa yang peliknya main golf..ianya pun sukan juga macam tennis, bola sepak. .awak anti sukan ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 1:48 PM

@Anonymous

untuk kami.. sukan rakyat lebih baik.. untuk masa ni.. perbrtulkan mana yg salah..
tak perlu golf utk masyarakat marhaen, banyak lagi keperluan asas yg perlu diutamakan..
perparitan/saliran, jalan jalan.. kemudahan pengangkutan ..

PM seakan sengaja menyerahkan tengkuk utk pru 14..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 3:48 PM

Tu Kat us bro....ni Malaysia!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 4:09 PM

Orang cerita pasal sekolah, kau cerita universiti!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 4:29 PM

Ah Jib Cock(roster/ayam jantan) fikir harga bola golf setangin gan harga telor ayam!!!!! Semua orang mampu main. LOOOOOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 7:22 PM

Bila golf dah dirakyatkan, tak glamer la main golf dan lepak kat kelab golf. Mesti harga yuran kelab, buggy, kedi, kayu golf semua turun harga. Sebelah merc, ada kancil buruk kat parking. Kat padang, driver murah dipukul tukang kebun lebih jauh bola daripada driver mahal dipukul tan sri. Kat bogey, mau kurang pasir kerana ramai amatur sangkut kat situ. Fuhh, mau tan sri nangis tunggu giliran main sama rakyat. Tak cukup kerusi kat kelab, ramai datuk berdiri tunggu nak makan dan ke bilik air. Tak glamer langsung main golf nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 7:53 PM

Kat USA liwat pun perkara biasa. Kat Malaysia? Cerdik la sikit Bro buat perbandingan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 9:05 PM

Padang golf tu patutnya dijadikan kawasan perumahan utk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana...masalah rakyat yg sgt kritikal kini di bandar. Inilah akibatnya memilih pemimpin yg tak pernah susah dan tak terpikir langsung masalah rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 11:33 PM

perkapita dah tinggi, pendapatan negara maju, maka orang negara maju main golf diplomasi. mesia kan ke arah negara maju, golf permainan orang kaya dan banyak duit. 5 tahun lagi kita jadi negara maju, maka kenala main golf, baru maju dan layak jadi rakyat negara maju.

Post a Comment