........... KJ Nak Buat Penjelasan Habis2an Kes Liwat Anwar ..... Memang Terbaik Jika DI Tambahnilai | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KJ Nak Buat Penjelasan Habis2an Kes Liwat Anwar ..... Memang Terbaik Jika DI Tambahnilai

Wednesday, February 18, 201516comments



KELANA JAYA - Selepas enam tahun dituduh sebagai perancang 'konspirasi politik' terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umno kini akan memberi penjelasan habis-habisan kepada rakyat berhubung kes liwat membabitkan Anwar.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ada pihak yang mempertikai mengapa Umno atau kerajaan pimpinan BN perlu memberi penerangan mengenai kes itu.

"Ada yang tanya bukankah cukup rakyat baca penghakiman, mengapa perlu penerangan lanjut?

"Jawapannya mudah. Selama enam tahun, inilah asas yang digunakan pasukan peguam bela Anwar, bahawa kes ini adalah konspirasi politik. Sehingga hari terakhir pun peguam bela kata ini konspirasi politik.

"Dan tuduhan ini dibuat terhadap Umno dan BN. Jadi sebagai parti politik, jangan anggap kami akan berdiam diri,"
katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Dialog bersama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di sini, malam ini.- Sinar.


Peeeergh ! Mamat tu dah masuk penjara, ingatkan senyaplah citer dia, rupanya makin panas ..... Saya kalau boleh malas dah nak sebut nama dia, biarlah Anwar mereput dalam penjara tanpa perlu sebarang publisiti. Makin disebut namanya apatahlagi sebut tentang kesnya, secara tak langsung kita hanya memanjangkan polemik. 

Sememangnya itu yang dikehendaki oleh Anwar ! Supaya rakyat terus berbicara tentang dirinya. Bagi orang politik sepertinya, apajua bentuk publisiti samada positif atau negatif adalah satu publisiti yang perlu di raikan.

Saya perhatikan juga tajuk2 berita para jurublog dari Bloglist saya sejak Anwar dipenjarakan ..... menariknya, nama Anwar lebih kerap dan lebih ramai disebut oleh bloggers pro Umno. Hampir setiap hari ada saja yang sebut nama beliau. 

Sekarang KJ nak buat tour bertemu rakyat tentang kes Anwar pula...... konon nak menjelaskan dakyah yang mengatakan kes liwat itu satu konspirasi politik.

Entahlah, mungkin ada kebenarannya. Mungkin elok juga niatnya itu. Dan dah alang2 nak bertemu rakyat itu, suka saya cadangkan agar KJ turut sama menjemput wakil2 dari 2-3 pihak lain yang mana isu2 mereka juga dijadikan satu bentuk modal politik oleh pembangkang. 

Antaranya kes Altantuya dan 1MDB.

Saya percaya kedua kes di atas LEBIH mendapat perhatian rakyat berbanding kes Anwar yang mana rakyat pun dah fed-up nak layan.

Kes altantuya dilihat rakyat sebagai masih belum selesai walaupun mahkamah dah jatuhkan hukuman. Khabarnya Sirul nak mula bercakap kepada media di Australia mengenai kes itu.


Nah, bukankah lebih baik KJ juga buat penjelasan habis2an kepada rakyat bahawa motif pembunuhan tidak penting dalam kes Altantuya. Bawa sekali Razak Baginda untuk bertemu rakyat ...... Sebelum Sirul mulakan, lebih baik KJ yang terlebih dahulu beri penjelasan.

Dah alang2 tu, bawa sekali Arul Kanda untuk bertemu rakyat dalam siri penjelasan habis2an itu agar rakyat faham akan isu 1MDB.

Kasi tambah nilai siri penjelasan itu, memang TERBAIK !

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2015 at 11:15 AM

Perghhh..Pandai lu ngusik si KJ bro..kesianlak kt dia...Kah..Kah..Kah..Respect...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2015 at 11:47 AM

kenapa makin sejak akhir2 ni artikel bro din semakin merepek? klu bro din tau ttg kes altantuya bole la share2 kat cni atau kat mahkamah,ttg 1MDB tu kita ramai x tau ttg selok belok bisnes2 ni jadi klu bole tggu dan lihat asalkan kita x tersalah fitnahkan orang,xkanlah kes altantuya yg x logik juga 1MDB jadi modal jatuhkan najib,orang2 mcm saya x suka najib sbb kepimpinan beliau yg terlalu lemah dan kacang lupakan kulit terhadap pengundi yg menangkan BN PRU lepas.harap bro din lebih realistik dlm berfikir serta penulisan. sekian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2015 at 12:12 PM

Kamu ni k.j....alang2 gitu baik kamu bongkarkan cerita anwar selepas b.n jadi pembangkang ataupun tunggu dua hari Lagi Nak kiamat!!!!....standard individu lulusan sijil giatMara Lagi baik drpd oxford!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2015 at 12:41 PM

Kita mintak supaya KJ ambik semula pasport daripada Anwar Ibrahim. Kan sebelum ni, budak tingkat 4 tu pernah jadi kurier tolong antar pasport by hand.

Pasal 1MDB, saya melihat polemik ni takkan selesai selagi penyata kewangan, aliran tunai masuk-keluar tidak didedahkan kepada umum. Penjelasan yang diberi sebelum ini pun banyak yang berbelit-belit supaya rakyat jadi confius. Mentang-mentanglah ramai rakyat yang kurang hadam bahasa2 ekonomi ni, sedap2 jer kasi penjelasan yang tak cukup masak. Macam ada something yang nak disembunyikan daripada rakyat.

Menyentuh soal Tuya-C4-Sirul-Azhar pulak, pasti ada yang membuat tuduhan melulu ke atas Najib. Soal sama ada ianya fitnah atau tidak, tolak ke tepi dulu. Yang penting, persepsi negatif terhadap Najib mesti diasak bertalu2 supaya rakyat menyangkakan bahawa ianya adalah benar. Meskipun belum terbukti bahawa Najib terlibat, tapi sudah ada yang buat kesimpulan sendiri.

Aku pun bukanlah Pro Najib@Ah Jib Gor. Tapi aku tak nak percaya bulat2 tuduhan liar ter terhadap Najib selagi tiada bukti sahih. Tapi, seperti yang kita sedia maklum. Bagi penyokong pembangkang, andai tuduhan itu dilemparkan terhadap pemimpin PR sendiri, ada bukti sahih pun mereka tetap tak percaya. Seolah2 pemimpin PR ni suci murni pemeringkatan 2 kali kot. Malah siap buat menuduh bahawa konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin mereka itu benar2 wujud. Tapi apabila membabitkan pemimpin UMNO, boleh pulak mereka percaya 100% meskipun tiada bukti dan tiada saksi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2015 at 12:52 PM

Mahkamah dah kata dia peliwat, 14 lawyers dia pun to deny dia peliwat, mendiang karpal kata dia peliwat, timbalan pas pun kata dia peliwat, kawan kawan dia pun kata dia peliwat so apa lagi...........cuma bini dan anak2 serta pecacainya saja yg masih tak ngaku.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2015 at 12:56 PM

KJ is the next AI , mungkin??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2015 at 2:30 PM

Kena hati hati dgn mamat gila glamor yg mana pemuda UMNO tersilap pilih jadi kepala diorang .Banyak dari program.dia ni kadang kadang jadi program syok sendiri dan kadang jadi senjata makan tuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2015 at 3:17 PM

Definitely he is. Dah dari,daulu tahu sly eyes nih...mmg remake ai...
Tolongkop negara aku..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2015 at 6:09 PM

KJ may be a product of oxford but if he behaves like his father and loves rhetorics, he can fly kite.

No track record to be proud of.....huhu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2015 at 6:22 PM

Jika nak selamatkan negara ni daripada hancur lebur, kacau bilau, jangan sesekali menaikkan mamat ni jadi PM. Kita dah tau betapa bahayanya Anwar Ibrahim kepada negara sehingga boleh menjejaskan kestabilan politik dan perpaduan antara kaum. Alhamdulillah kerana negara kembali menjadi aman sejak beliau direhatkan di Resort & SPA Sungai Buloh. Cuma, kita risau sangat2 apa musibat yang akan melanda negara ini andai KJ mengambilalih tampuk pemerintahan negara kelak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2015 at 9:58 PM

KJ ni adik beradik nuar berahi je...skrg jadi menteri KBS apa pencapaian hebat?semua set up untuk bina sokongan diri utk jadi Perdana Menteri...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2015 at 1:16 AM

salam,
nama pun bangang. patutnya diam ajer jangan beri respon terhadap bang non tu macam mana mereka diam ketika mereka memang bersalah. ni mesti tak mahu nama bang non hilang daripada ingatan rakyat mesia. ahli umno inginkan bang non segar dalam ingatan dan bang non adalah musuh utama umno walaupun dah masuk penjara untuk kurang 5 tahun. memang patut pun ah jib gor gelar bangang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2015 at 12:39 PM

Personally i feel TS tak payah buat roadshow. Do it sparingly and on invitation basis.

KJ sir, no need for you to do roadshow. Its better for you to understand "what is RHETORICS?". If you can stop your rhetorics on anything and everything.....only then you command respect from the masses

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2015 at 10:27 AM

Sdra Khairy Jamaluddin,

I appeal to you stop the idea of having road show. Do not you have better things to do for the rakyat?

There is no necessity at all to do the road show. It could bring Umno/BN to disrepute. I agree with our sarawak minister in PMO, Nancy Shukri that if you really want a proper flatform, stage it at an auditorium and open to public as long as capacity permits.

You as a minister has a lot things to do abd being an oxford trained who loves rhetorics you have hardly achieved anything since your appointment. So do not make yourself a fool.

To TS Shafiee, please do not allow yourself being exploited by non performing umno rookie minister. Cukuplah what you have done excellently at Akademi Kapten ? coz the court judgement is good enough

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
February 20, 2015 at 2:43 PM

Kerja bodoh KP UMNO... orang dah jadi banduan biarkanlah...

Beri masa untuk si mangsa menikmati hidupnya sebagai manusia biasa.

Aku paling pantang kalau cerita pasal gay tua ni keluar...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 23, 2015 at 4:47 PM

ada apa2 ke dgn kj, yg dok kalut dgn isu nwar ni? dah jatuh hukum dahla, napa dok buat mcm tu, nk bg bola tanggung kat pembangkang plak ke, terbukti hakim dh kata bersalah habislaa.
kau ni nk tunjuk hebat dn cover kau punya kerja tak elok sebelum ni ke?

pembangkang dok jaja isu altantuya kau pulak dok pjg isu anwar, macam kentut dgn tahi jer aku nampak kj dgn pembangkang. Ni arahan dr lord2 kau ke supaya mainkan isu begini? pelengkap kepada permainan isu yg di sogokkan kpd umat islam dimsia oleh hidden hand jer aku nampak.
Supaya umat islam dok bangkitkan perkara2 yg lagha @ aura negatif jer setiap saat, sedangkan kita disuruh supaya dptkan solat yg berkekalan@aura positif, ni ada ejen2 yg dok tarik benda2 negatif jer utk ummah, akhirnya lemah, hancur bagai ditiup angin kita semuanya, nauzubillah.


Post a Comment