........... Kekayaan ahjibgor Hasil Harta Pusaka, Kata PMO .... Betul ke ni ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kekayaan ahjibgor Hasil Harta Pusaka, Kata PMO .... Betul ke ni ?

Monday, February 9, 201512comments

Saya tertarik dengan artikel Mkini di bawah di mana Pejabat PM ketika menjelaskan sumber kekayaan ahjibgor ekoran pendedahan satu artikel dari NYTIMES mengenai kehidupan mewah ahli keluarga beliau contohnya Rosmah dan Riza Aziz , berkata - HARTA PUSAKA.

Mkini

Diberikan link kepada satu artikel NYTIMES yang boleh dibaca dalam Bahasa Malaysia ! - KLiK.



Artikel bercerita mengenai kemewahan Riza dan kaitan dengan Jho Low dan disebut juga 1MDB. 

Wow ! Bukan apa yang ditulis sebab kita pun dah lama dengar cerita itu tapi Wow! sebab NyTimes memartabatkan Bahasa Malaysia !

Saya lebih tertarik dengan motif penyiaran artikel itu. Ini sekadar luahan saya sendiri ....... saya kaitkan dengan apa yang bakal berlaku esok -


Saya fikirkan timing artikel itu ..... kenapa tiba2 jer. Kebetulan kah ia diterbitkan sehari sebelum keputusan kes Anwar ?

Dan saya teringat pula satu lagi artikel komen Tun Mahathir mengenai kes Anwar juga -

Actually komen Tun tu standard je .... iaitu terima sajalah apajua keputusannya. Cuma saya jer yang gatal nak panaskan isu hehehe ..

Cuba fikir, tidak mungkinkah artikel Nytimes itu berupa satu peringatan kepada ahjibgor supaya akur dengan arahan White House dalam isu kes Anwar ? Supaya jangan lupa Golf Diplomasi ? ( well, kita pun tak tahu entah apa yang mereka bincangkan, kan ? )

Hmmm ..... apa pun tak boleh !

PS - Banyaknya harta pusaka tinggalan arwah Tun Razak ! Adik beradik lain pun mesti dapat bahagian masing2 ........ WOW ! Betul ke itu jawapan dari PMO ?

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 10:35 PM

wow .. bahasa melayu dalam NYtimes. walaupun beritanya tak bagus, tapi bahasa melayu diangkat semata mata nak pengaruhi orang melayu .. ini sama kisahnya dengan bible bahasa melayu :3

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 11:25 PM

salam,
betul la kot. harta pusaka tun razak, harta pusaka keluarga rosmah. begitu banyak harta pusaka pun, masih lagi ada rasa tanggungjawab untuk berkhidmat untuk negara. kalu syed mokhtar dapat harta pusaka tu, mungkin dah banyak orang melayu jadi ceo kat luar negara. ye la, syed mokhtar cepat jemu dalam berbelanja mewah. tak sampai 20 tahun jadi kaya raya, dah pencen berbelanja mewah, ikut cite yg dibaca la. tapi ah jib gor kedekut. nak kerap pi luar negara tunggu jadi pm dulu. tunggu dapat guna jet kerajaan, tu yang buat orang bising pasal tun mahathir tak pandai sangat kekerapan pi luar negara cari pelabur. pelabur tak kasi peluang tdm pi luar negara, mereka datang sendiri.

sekarang pm labur duit pusaka kat golf pulak. ramai la nanti cikgu pi main golf. cikgu kena pandai dulu, baru boleh ajar murid main,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2015 at 2:22 AM

Memang betul bapak Najib banyak harta! Harta tinggalan Jepun. Itukan kerani di pejabat Jepun. Harta terlampau banyak sangat, seorang anak miliki Bank, seorang ahli koperat, sorang lagi jadi PM, sorang lagi ahli perniagaan(wayang kulit), sampai cucu ada rumah2 di NY, Hollywood(yg diketahui)bernilai beratus juta dollar. Malaysia negara bertuah, hasil tuhan aja yg tahu, tapi rakyatnya 70% tak mampu bayar cukai(dgn lain perkataan pendapatan kurang RM3k sebulan). Inilah hasil tinggalan pemimpin2 negara yg bijak pandai yg merintah sejak "merdeka". Kalau bagi org lain merintah katanya lebih teruk, apakah akan ada lebih teruk drpd sekarang? Ya Allah, bukakanlah mata dan minda rakyat2 marhaen sekelian agar memilih dgn lebih bijak untuk masa depan yg lebih terang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2015 at 5:35 AM

Kalau dah kaya sangat...takkan pegi melancong ke luar negara pun nak guna harta kerajaan kot? Belilah jet peribadi sndr...

Malu weh...hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2015 at 7:14 AM

memang keluarga Najib berada sebab tok noh ada tinggal harta tapi tak lah banyak macam berbillion billion cuma juta saja. Tapi kalau keluarga rosmah tak mungkin ada harta cuma cukup makan saja tapi kalau nak beli hand bag mahal2 mungkin tidak cukup . Walau bagaimana pun PMO jangan lah Inga rakyat Malaysia ni bodoh sangat sampai tak tau kira duit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2015 at 7:22 AM

ler yang korang sibuk harta pusaka orang lain pehal, dah rezeki dia..lantak la nak buat apa. majukan la diri sendiri..buat apa la nak pening kepala pikir harta rezeki orang lain

....................
Reply To This Comment ...................
February 10, 2015 at 10:23 AM

Aku teruja dengan "anak muda apetite NY" niih. Dulu pun pernah tanya, siapa anak cina niih.... hebat kehidupan sosial cara beliau. Pandai memancing dan bergaul dengan anak-anak billionares. Paling hebat, berkawanan dengan anak "Firstlady Nalaysia".. he..he.. "Right time at right palace (aku tukar dengan 'place')" Agak nya, betul ke kenyataan beliau ?

Lagi satu "shell companies" (bukan Shell ye..) Syarikat-syarikat yang di tubuhkan dengan pembalikan urusan dan gayacara mengelakkan... cari dan bacalah untuk pengetahuan licik nya manusia berotak 'atas angin' ini..
Menarik !

Ingin juga kenal wartawan yang melaporkan berita untuk NY Times di sini. Professional sekali... harap beliau kekal beretika dan neutral.

Pasal harta pusaka itu tak pasti lah. Tun Razak pernah tolak buat kolam renang di kediaman rasmi PM - Sri Perdana ketika itu kerana melibatkan duit rakyat. Jadi kita kenal sangat Tun Razak yang kita sayangi...

Jika duit buat duit, maka PM Najib wajib lah serasikan 1MDB cara Malaysia berkerja. Bukan cara untung luar biasa dari urusan "apetite luar biasa NY" "gigi and lidah"....

Anak-anak Malaysia perlukan masa depan cerah dengan perkerjaan yang boleh menampung keluarga besar mereka. Ini lah tradisi rakyat Malaysia yang mementingkan ibu bapa dan keluarga. Oghang Nogoghi Sembilan ponah di sindir "asyik-asyik balik kampung, ranting patah pun balik kampung !" Sesungguh nya kini sudah menjadi amalan budaya rakyat Malaysia - "balik kampung" bila berkesempatan bercuti. Begitu lah akrab kekeluargaan kita semua. Semua nya wujud bila kehidupan dan wang di tangan selesa, mampu mengisi keperluan.

Bukan PM Najib tidak faham, betul tak ! Balik lah bersama rakyat dan haramkan urusan "atas angin" :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2015 at 10:47 AM

Banyak harta2 pemimpin be end tu....

Korang nak tambah harta berapa TUN lagi?

Rakyat Melayulah yg sumbangkan. Bangganya korang.

Terutama Melayu amano kat kampung2 yg hidup kais pagi makan pagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 10, 2015 at 6:24 PM

1MDB ada duit tak mampu bayar....aq benggong kew...

....................
Reply To This Comment ...................
Anony
February 12, 2015 at 12:50 AM

@Anonymousyang tak ada harta pending galvan hanya Tunku. Malahan banyak harta yang ditinggalkan kepada ya oleh ayahenda beliau digunakannya untuk menegakkan UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2015 at 5:34 PM

Komen ini berkaitan dgn Anwar Ibrahim. Tentu ada sebab nya Anwar rela dan tenang terima kenyataan utk masuk penjara. Dgn kebodohan Ahjibgor dan juga pegawai2 kerajaan yg corrupt serta ada yg pro pembangkang, tempoh penjara Anwar tidak jadi masalah. Saya baru baca dari blog2 yg lain Anwar telah terima banyak KEISTIMEWAAN saperti access kepada social media around the clock dan juga lawatan dari anak nya Nurul yg tidak mengikut SOP. Nampak nya Zahid Hamidi sudah tidur.

Apa guna memenjara Anwar tapi memberi dia 'freedom' untuk dia buat apa dia suka. Kes lama seperti banduan Abdullah Ng telah menujuk system penjara boleh di 'kaw_tim'. Basically imprisonment of Anwar Ibrahim is just symbolic aje kerana dia boleh buat apa dia suka dan secara tak langsung kerajaan Ahjidgor telah menaikkan status Anwar sebagai HERO di kaca mata dunia.

Berbezaan Anwar sekarang dgn dulu sebelum dia di dapati bersalah ia lah hanya SATU,sekarang dia kena info warden aje bila dia nak keluar siar siar dari penjara. Suruh Ahjibgor bebaskan saja si peliwat tu .

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 19, 2015 at 9:40 PM

Ke kaya dari harta puaka (buang "s")...😁

Post a Comment