........... Isu Harta Pusaka Tun Razak - Pejabat PM Wajar Tarik Balik Kenyataan Dan Minta Maaf | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Harta Pusaka Tun Razak - Pejabat PM Wajar Tarik Balik Kenyataan Dan Minta Maaf

Wednesday, February 25, 20157comments

"Kami sangat bimbang kerana beberapa laporan berita terkini dan tulisan (di Internet) menimbulkan spekulasi berhubung bentuk dan tahap warisan yang ditinggalkan arwah bapa kami, Abdul Razak.

"Kami ingin menyatakan bahawa Abdul Razak merupakan orang yang sangat berprinsip dan hal ini diketahui semua yang mengenali sikap berhemah dan integritinya.

"Apa jua kenyataan atau kaitan yang bertentangan dengan itu sama sekali tidak benar dan mengelabui ingatan padanya dan khidmat serta pengorbanannya pada negara," kenyataan ringkas empat beradik itu petik.

Mereka adalah

Johari Razak
Nizam Razak
Nazim Razak
Nazir Razak


Hmmmm ...... mana nama Najib ?

Kenyataan adalah bagi membalas apa yang dikatakan sebagai jawapan dari Pejabat Perdana Menteri  kepada New York Times yang bertanyakan sumber kemewahan yang dimiliki oleh keluarga PM Najib sepertimana yang di tonjolkan oleh Rosmah dan anaknya Riza. 

Pejabat PM antara lain menyebut Harta Pusaka sebagai sumber kekayaan beliau. Samada Pejabat PM sedar atau tidar, jawapan itu telah memberi gambaran negatif terhadap keperibadian Tun Razak.

Kenyataan itu pula disiarkan oleh akhbar The New York Times !

Selama lebih 2 minggu perkara itu dibiarkan begitu saja tanpa sebarang penjelasan dari Pejabat PM. Maka sewajarnya anak2 Tun Razak tampil dengan kenyataan bagi memperjelaskan duduk perkara sebenar.

Siapa yang telah keluarkan kenyataan harta pusaka itu dari Pejabat PM sebelum ini ? Beliau harus tampil dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada keluarga Tun Razak kerana telah secara langsung mencemarkan nama Perdana Menteri Kedua Malaysia yang turut diberi gelaran Bapa Pembangunan Negara.

PS - Mungkin kenyataan PMO telah di spin oleh NYT ....... Terus kenapa tiada tindakan segera dari PMO bagi menanganinya ?


Mkini

Mkini 9 Feb

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2015 at 12:06 PM

Bersilat la cybertroper nak backup....kawan tu maintain gentlemen sepanjang masa....padahal dia dengan mahfuz apa kurangnya!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2015 at 3:50 PM

Salam,
Sebagai ahli umno totok, pmo adalah saluran wajib percaya kerana itu adalah kata dari pm, presiden umno. Mana najib, sori bro, dah tukar nama ah jib gor. Itu anak pm tun razak no hal, itu harta pusaka keluarga ah jib gor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2015 at 4:04 PM

Jawapan tu skrip standard bagi kawasan geografi lain. Nothing unusual about the purchases and extravagant bla bla due to the nature of bla bla in inheritance bla bla bla. Ni la bahana pakai apco punya orang yg kaki mabuk. Last2 adik beradik dia sendiri yg kenakan dia balik. Jib pack up and get lost and bring your shiny fatty with u

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2015 at 7:11 PM

Itu harta2 di luar negara mcm warisan 3 abdul.


Joe

....................
Reply To This Comment ...................
roslan
February 26, 2015 at 9:39 AM

salam tuan,

parti kerajaan ada pengalaman menukar presiden lemah mereka. mengapa susah sekarang?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2015 at 3:35 PM

Undi dengan bijak http://www.apanama.my/2015/02/what-do-you-think.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2015 at 7:45 PM

din!!...ko x salah taip ka din? harta pusaka ke harta puaka? ko biar betul din...jangan main2..don't play play ah....

Post a Comment