........... Datuk Maznah - Melahirkan Usahawan Melayu Berjaya ! Mohon Sebarkan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Datuk Maznah - Melahirkan Usahawan Melayu Berjaya ! Mohon Sebarkan

Wednesday, February 11, 20155comments


Semasa heboh isu harga turun vs pemborong cina baru ni, antara gesaan yang paling kuat kedengaran adalah BOIKOT! Boikot peniaga2 atau premis yang menjual dengan harga mahal, begitu juga dengan premis2 makanan yang tidak menghormati status Halal. 

Boikot! kita selalunya bermusim. Dalam setahun tu adalah 2-3 kali kita Boikot! Bila media tidak lagi memainkan isu Boikot! maka hilanglah kehangatannya. Menanti saat dan ketika laungan itu di tiup kembali ...

Baru ni saya teringat kepada seorang pemimpin Wanita yang merupakan satu2nya ucapan PAU yang saya copypaste sepenuhnya. Sebab ucapannya amat berbeza nada dan pengisian berbanding kesemua pemimpin2 Umno yang lain. Beliau bercakap tentang isu ekonomi dan Melayu. Ucapannya sarat dengan fakta dan point2 yang kemas mengenai kedudukan ekonomi Melayu disertai cadangan2 bagi memperbaikinya -  KLiK untuk baca.

Pesanan yang dibawa oleh Datuk Dr Maznah Hamid sememangnya penting dan seharusnya mendapat perhatian serius dari kepimpinan Umno.

Kerana segala Boikot! bermusim yang kita lalui itu berpunca dari kelemahan ekonomi orang Melayu. Ianya merupakan manifestasi luahan ketidakpuasanhati yang sekian lama terpendam dalam hati orang Melayu.

Hanya satu saja cara yang benar2 berkesan dalam menangani perkara itu yakni, menaikkan ekonomi orang Melayu dan antaranya yang utama adalah dengan melahirkan lebih ramai usahawan Melayu.

Dan itu menjadi perjuangan Datuk Maznah selama ini. Seorang motivator usahawan yang terkenal dan sering muncul di kaca tv dan media cetak bercakap tentang keusahawanan. Menjadi misinya untuk melahirkan lebih ramai usahawan Melayu yang berjaya.

Video di bawah saya rakam khas buat mereka yang berminat untuk menjadi usahawan, mencari pendapatan lebih melalui kerja sampingan atau mereka yang ingin melangkah lebih jauh dari level sekarang. Beliau sering menjelajah ke seluruh negara melalui program seminar keusahawanan untuk memberi motivasi dan menyuntik semangat keusahawanan di kalangan orang Melayu. 

Seminar selalunya akan diadakan juga bengkel2 usahawan bagi membantu permasalahan yang dihadapi oleh peserta. Turut sama adalah pelbagai agensi kerajaan seperti Amanah Ikhtiar, Tekun, bank2, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri bagi memberi khidmat nasihat.




KLiK untuk ke Youtube.

Bagi mereka yang benar2 bersemangat dan memenuhi kriteria, mungkin anda boleh menyertai program Mentor Datuk Maznah. Layari fb.com/maznahhamid untuk hubungi beliau. 

Semuanya bermula dari diri anda sendiri. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Seperti kata Datuk Maznah - Hidup ini boleh diubah dengan merubah cara kita berfikir, apa yang dipercayai oleh fikiran kita maka itulah yang akan dicapai oleh kita.

Datuk Maznah akan muncul secara langsung dirancangan Apa Kata Wanita TV1 jam 11 am Sabtu ini 14 Februari.


PS - Mohon sebarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan atau mereka yang mahu mencari pendapatan sampingan. Terutamanya para surirumah, ibu tunggal atau mereka yang tercicir dalam pelajaran .... 

Tun Mahathir dalam artikel terbaru chedet ada menulis -

18. Big is beautiful. So why have small business? Kill them. But big businesses were once small. If you kill small business, then they can never grow big. So how do we get big business if we kill them when they were in their infancy? 

19. There is a lot of talk about the importance of Small and Medium Enterprise. But what is happening on the ground does not reflect this importance.

Semoga usaha murni ini mendapat sokongan sepenuhnya dari kerajaan. Kebanyakan bisness besar bermula dari kecil dan ini adalah peringkat awal mewujudkan bisnes yang kecil itu.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 11, 2015 at 5:30 PM

Sekarang terbalik DT. He..he.. besau-besau dulu sebab "di payung" Jadi nya yang kecil-kecil kena payung (kena hentak lah..)

Bayangkan, seorang bisnes berpayung boleh sahaja melahirkan seratus peniaga kecil rantaian nya. Malang nya nasib, Ah Kow juga yang kenyang...

Sampai sekarang bisnes bekal dan edar makanan mentah, basah dan kering masih lagi mengharap tangan lain. Walhal restoran ramai di miliki Melayu berbagai saiz. Mana "gerak khas" nya di sini. Kita miliki pasar tani. Kita ada Fama. Kita ada menteri-menteri terbabit. Pasar borong malah pengimpot masih belum lagi di teroka sekurang-kurang nya 50% dari pasaran nya.

Bukan kah Tun M ingatkan ? Bunuh peniaga2 kecil dengan hal remeh temeh, siapa yang untung ? Peniaga asing juga yang merembat... kemudian salahkan melayu walhal hanya segelintir yang mahu untung atas angin. Lain lah untung berjuta dan jadi bilionare segera...

Teknologi ? Pasaran dalam dan luar negara ? Pasaraya pun tidak kelihatan seoenuh nya.

Ceghita lama DT. Jika betul-betul berpeluang, melayu mana yang tidak mahu ? Multi level ramai melibatkan melayu. Kosmetik dan produk kesihatan ramai melayu. Hampir bermacam- macam.

Cuma mentor-mentor nya dimana ?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
February 11, 2015 at 9:45 PM

Sebenarnya kita perlukan pemimpin yang berani bertindak bukan hanya banyak bercakap tapi hasil tak ada.

Ismail Sabri walaupun saya sokong kenyataan beliau tempohari, saya rasa beliau kena kerja lebih lagi. Kerja lebih menyeluruh. Rantaian perniagaan melayu/bumiputera tak kuat. Contoh mudah, saya tengok beg plastik peniaga pasar tani pun beli kat cina. Nampak macam kecil tapi kalau dah semua pasar tani dibekalkan, apa cerita?

Sama juga dengan dewan perniagaan. Kalau dewan perniagaan cina boleh bantu peniaga2 cina dari mula sehingga berjaya, kenapa dewan perniagaan melayu tak boleh? Contohnya, rantaian perniagaan makanan bermula dari bahan mentah sehingga menjadi makanan. Kenapa tiada usaha ke arah itu? Ini merupakan perkara yang berkait dengan kita sehari2. Sebab itu apabila orang bising pasal lembu NFC saya tak ikut sekali kerana saya tahu tujuannya bagus cuma mungkin tak kena sebab diusahakan oleh orang yang ada kaitan dengan pemimpin politik. Pada saya siapa yang berniaga yang tak mahu ada kena mengena dengan pemimpin politik? Sikit2 kena ada juga rangkaian tu.

Perniagaan MLM untuk rekrut dan paksa orang tolong pasarkan barangan/perkhidmatan konon sebagai "mentor" untuk membantu usahawan kita pada saya tak bagus. Tapi kalau nak jadi "mentor" biarlah betul2 membimbing sehingga berjaya. Sebab itu saya suka jika tumpuan diberikan pada usahawan2 sedia ada bukannya melahirkan ramai usahawan tapi akhirnya kecundang dan menambahkan seorang lagi muflis di kalangan kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2015 at 9:15 AM

Berapa orang usahawan Melayu yang DIJAYAKAN... membantu Melayu lain pula?

Yang banyak terjadi............ gajikan Melayu dengan gaji rendah? Boss berpoya2 naik kereta besar.

Konsep mengkayakan beberapa orang yang tak berjaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2015 at 1:40 PM

Rancangan TV yang berbentuk motivasi ekonomi patut ada lebih banyak. Kurangkanlah rancangan agama yang tak sudah-sudah dengan cerita yang sama. Daripada tak habis-habis menderma kepada sekolah-sekolah tahfiz, lebih baik beri duit tu pada ibu-ibu tunggal dan surirumah yang nak modal untuk berniaga.

Allah suruh kita berusaha untuk mengubah nasib kita. Bukan suruh duduk atas sejadah hanya tahu mengangkat tangan menangis dan berdoa. Quran ialah buku panduan untuk hidup dengan baik bukan buku yang perlu dihafal tanpa fahaman.

Dalam sehari cuma ada 24 jam. Macam mana kita habiskan masa akan menentukan hidup senang atau susah kita. Jangan buang masa dengan ilmu yang sia-sia, apatah lagi mengumpat dan mengutuk orang yang lain dari kita.

Pokoknya bila hidup susah, jangan salahkan orang lain baik cermin diri kita sendiri. Malaysia bumi bertuah, bukan bumi neraka macam Palestine, Afghanistan etc etc. Di Malaysia, jika rajin berusaha pasti akan berjaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 16, 2015 at 2:04 AM

orang melayu memang bijak belaka..cuma pemimpin melayu saja yang kurang bijak untuk memimpin orang melayu berniaga melainkan bijak berniaga atas angin saja..siang malam asyik berpolitik 24 jam..

Post a Comment