........... BN Tidak Bertanding DUN Chempaka. Harap Alasan Konsisten Untuk Permatang Pauh Juga | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

BN Tidak Bertanding DUN Chempaka. Harap Alasan Konsisten Untuk Permatang Pauh Juga

Thursday, February 26, 20155comments

Aiseyman .... BN tak bertanding lah pulak kat Chempaka. Menurut Najib -

“Pertama, kita nak beri tumpuan pemulihan banjir dan kerja-kerja kebajikan yang mana kerja-kerja tersebut masih dalam proses dan banyak lagi pihak yang sepatutnya menerima bantuan banjir belum menerima lagi dan ini kita letakkan sebagai keutamaan yang tinggi.

“Kedua, kita juga memikirkan bahawa kita perlu melihat kepada usaha-usaha untuk membawa kepada  perpaduan ummah walaupun kita ada perbezaan pendapat, politik dan sebagainya tetapi kita perlu mengutamakan perpaduan ummah,”
- astroawani.


Saya sebenarnya amat berharap BN akan bertanding sebagai meraikan proses demokrasi. Soal pembaziran kos berkempen, itu terserah pada parti yang bertanding berapa banyak yang mahu diperuntukkan. Masih boleh bertanding dengan kos yang minimal, kan ? Malah perkara itu pun boleh dijadikan modal kempen ! Contohnya, seluruh jentera BN dikerahkan ke Kelantan sepertimana biasa PRK2 lain tapi mereka dialihkan ke kawasan2 banjir dan dana kempen dijadikan dana bantuan banjir.

Baru pengundi Chempaka nampak keutamaan BN sememangnya ke arah bantuan banjir ..... kempen tetap berjalan cuma ala kadar jer. Tapi kos dipihak SPR tetap sama kot ....

Makanya saya setuju dengan keputusan Najib untuk tidak bertanding atas alasan tumpuan bantuan banjir. Tabik !

Perpaduan ummah ..... hmmmm ....:))

TAPI ...... jika ditakdirkan Permatang Pauh pun bakal diadakan PRK, apakah alasan sama juga akan diberikan ?

Dana kempen baik dari parti maupun SPR tetap juga boleh dialihkan kepada kawasan banjir .... kan ? Begitu juga tenaga manusia ..... 

Perpaduan ummah ..... hmmmmm .... :))

Apapun saya harap keputusan Najib @ BN ini adalah konsisten, kalau tidak nanti pasti akan dipertikaikan jika dalam waktu terdekat BN bertanding pula di Permatang Pauh.

Dalam bersangka baik, saya sokong keputusan Najib ini !


Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2015 at 1:00 PM

``Apapun saya harap keputusan Najib @ BN ini adalah konsisten, kalau tidak nanti pasti akan dipertikaikan jika dalam waktu terdekat BN bertanding pula di Permatang Pauh."

Kita menentang Anwar kerana kemunafikan nya, tak perlulah kita beri butiran sejarah ketum ini!

``Dalam bersangka baik, saya sokong keputusan Najib ini !"

Bersangka Baik demi kesejahteraan dan menambah baik apa yang kurang untuk Ummah Nya itu lah niat yang sebaik-baiknya, Insya Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2015 at 1:02 PM

Muslihat penulis mengalahkan Najib..hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2015 at 1:25 PM

tak perlu nak sarkastik sangat bro. Perjuangan terhadap perpaduan ummah wajib utk semua orang Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2015 at 1:58 PM

Peluang keemasan nak tengok samada orang kelantan berterima kasih atau tidak dengan bantuan kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
February 28, 2015 at 5:07 PM

@Anonymous

Anon February 26, 2015 at 1:58 PM,

Peluang keemasan nak tengok samada orang kelantan berterima kasih atau tidak dengan bantuan kerajaan ialah di peti undi. TAPI ini sudah TIDAK ada kemungkinan berlaku. Macam mana nak tengok peluang keemasan tu ?

Walaupun saya benar2 kecewa dengan pilihan Ah Jib Gor tapi alasan yang diberi agak munasabah.

Walau bagaimanapun, saya tetap rasa pengundi di Kelantan sepatutnya diberi PILIHAN.

Pada saya perpaduan tetap boleh dicapai jika pertandingan itu dijalankan secara sihat, bebas dan telus.

Bagaimana hendak tubuh kerajaan perpaduan jika tidak ada kerjasama politik ? ...dan kerjasama politik hanya boleh dijayakan melalui proses demokrasi melalui peti undi iaitu mengikut pilihan rakyat siapa yang mereka mahu sebagai pemimpin kerajaan mereka.

Post a Comment