........... 1MDB - Wang Cayman ADA, Arul Dah Lihat Penyatanya | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Wang Cayman ADA, Arul Dah Lihat Penyatanya

Sunday, February 8, 201524comments

Utusan

Sekiranya serangan-serangan ini berterusan, ia berpotensi untuk menjejaskan nilai 1MDB dan ini tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa, melainkan mereka yang mendapat keuntungan politik dengan mempertaruhkan kestabilan ekonomi.
.
Demikian kata Presiden 1MDB Arul Kanda. Nanti kita komen semula selepas baca beberapa perkembangan terkini 1MDB.

Pertama, selepas hampir sebulan sejak Arul sebut yang baki dana Cayman sudah ditebus sepenuhnya - dari laman 1MDB -



semalam kita diberitahu - 1 Malaysia Development Berhad, (1MDB) tidak akan menghantar pulang baki RM 3.91 bilion (AS$1.103 billion) yang ditebus dari pelaburan di Pulau Cayman sebaliknya akan menggunakan dana itu untuk membayar hutang syarikat.

“Ada logik dan alasan mudah untuk itu. Kami akan mengekalkan duit itu dalam matawang AS kerana kami ada bon bernilai RM 23.06 bilion (US$6.5 billion) di luar sana yang mana kadar faedahnya mencecah RM 1.4 bilion (US$400 juta) setahun,”

 “Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,”


“Saya memberitahu bahawa baki dana sudah ditebus, saya tidak pernah menyebut pun mengenai penghantaran pulang wang.

“Setiap orang ada agenda …mereka secara sengaja tidak menjelaskan apa yang saya cakapkan,” - KLiK.

Laaa.... saya nak minta maaf lah sebab saya banyak bertanya mengenai ke mana perginya wang Cayman itu ( saya harap 'bertanya' tidak dikategorikan sebagai 'serangan' ). Saya tidak perasan yang segalanya sudah jelas tertulis dalam kenyataan 1MDB pada pertengahan Januari lalu.

Cuba baca balik printskrin di atas.... jelas disebut segalanya mengenai wang Cayman itu, kan... Tun Mahathir pun mungkin tak dapat tangkap segala maklumat itu sebelum ini. 

Telah jelas dinyatakan sebelum ini bahawa baki wang Cayman itu walaupun dah ditebus sepenuhnya tapi ia masih berada diluar negara dalam bentuk US Dollar, juga jelas disebut yang ia tidak boleh diusik sebab nak disimpan bagi membayar faedah pinjaman bank.

Macamana boleh miss, ek ? 

Maka terjawablah segala persoalan di mana wang itu ..... ( sebenarnya saya nak tanya DI MANA wang itu tapi takut maklumat itu ada terselit kat mana2 dari kenyataan Arul di atas ! )

Dan terjawab jugalah kenapa 1MDB tidak punya wang untuk bayar balik pinjaman RM2 Billion yang terpaksa ditangguh 2 atau 3 kali itu. Sebab duit yang ada walaupun lebih dari cukup nak bayar RM2 billion terpaksa di simpan untuk bayar faedah pinjaman luar yang lain. Walaupun terpaksa berbincang untuk meminjam dengan Ananda..... actually pinjaman RM2 billion tu kenapa Arul tak komen samada dah dibayar atau tidak ? Jadi ke tidak deal dengan Ananda ? Betul ke laporan yang kata ia tidak dibayar mengikut jadual untuk kali ketiga ?

Mungkin maklumat itu juga ada terselit kat mana2 dalam kenyataan Arul di atas .....

Arul dah lihat penyatanya maka seluruh rakyat Malaysia kena percaya kepada kata2 Arul.

Keduanya laporan dari Reuters -


Ok, balik pada artikel Utusan di atas, ...... melainkan mereka yang mendapat keuntungan politik dengan mempertaruhkan kestabilan ekonomi. .... sebenarnya SIAPA yang mempertaruhkan kestabilan ekonomi negara ?

Semuanya STABIL jika 1MDB diuruskan dengan baik dan telus. .... dan errrr..... tidak banyak berahsia.

Apapun kita tunggu perkembangan selanjutnya kerana seperti biasa, setiap kenyataan 1MDB hanya mengundang lebih banyak persoalan dari rakyat.

PS - Masih tidak boleh tanya di MANA wang Cayman, ek ?

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 5:33 AM

Habis tu...apehal masih NFL? smp mintak bantuan ananda apehal? NFL itu sendiri menunjukkan reputasi 1mdb TELAH HANCUR BERKECAI.

Itu pun tak faham ke? Model bisnes apakah ini? Agenda apakah itu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 6:43 AM

Jika dibaca secara imbas lalu...seolah2 kerajaan sedang mencari sumber tambahan dgn kaedah riba. Kononnya kerajaan Islam...pm tpm majoriti wakil rakyat adalah muslim...hmmmmm...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 7:22 AM

Arul Kanda reminded me of one Dr Anish Soroosh, a christian palestinian evangelist who debated late Islamic scholar Ahmad Deedat on tne issue of "Is Jesus God?".

The particular part was on the logic of holy trinity where Anis went around and around trying to expound his theory of 3 in 1 and 1 in 3. He was guided by the holy spirit.

In his rebuttal, Deedat used a simple and straight forward analogy even using the catechism, it was clear that 3 was 3 and in no way 3 mental pictures could be superimposed on each other as 1.

Cornered, Anis responded by saying the muslim god is too small and devoid of the spirit of truth......haha

Likewise, in the case of 1MDB, earlier statement was that the MONEY WAS REDEEMED AND REPATRIATED and Arul said the MONEY WAS REDEEMED AND NOT TAMPERED...so no confusion. Its the same thing and he has seen its account statement.

Najib detractors including TDM and many others argued that if money was repatriated, where did 1MDB land the money and why term loans needed rescheduling....twice postponed....etc...etc..

Caught on wrong feet, Arul said there were najib detractors' who were all out to sabotage 1MDB operation and may impact on its investment activities....huhu

WHO TO BELIEVE BRO DIN?????????




....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 7:24 AM

tak dapat nak bagi tau kat mana duit itu disimpan sebab mungkin duit itu diapungkan. mungkin kalau nasib baik, angin akan tiup sampailah tuh kat Malaysia. dek kerana dah banyak sangat tanya, AK kenalah jawab sikit sikit dulu. yer ler, kan dia tuh baru pegang jawatan dan yang pentingnya disendiri dah tengok duit tuh........ PERCAYA ler.

....................
Reply To This Comment ...................
February 8, 2015 at 8:30 AM

Tak ape lah jika beliau sudah mengesahkan. Cuma kita tunggu sahaja penyata kewangan nya kelak.

Buat masa sekarang masih rugi secara tunai. Untung nya juga masih sangsi kerana aset dan hutang berada pada tahap "penyelenggaraan" sebaik mungkin agak nya. Ia lah, mana ada bisnes untung sekelip mata kecuali urusan atas agin bermodalkan gigi dan lidah.

Jangan menyesakkan urusan kerajaan sudah lah. Jika tidak rakyat akan menderita kerana sistem kewangan boleh juga "bubble" dan "bail-out" akibat kepentingan tidak terurus melampaui batas kerana tersasar dari penubuhan 1MDB yang di anggap boleh menyokong nilai sebenar simpanan kewangan kerajaan.

Dulu wang setiap negara di sandarkan nilai emas. Kini kertas biasa boleh sahaja menjadi emas jika urusan pelaburan sentiasa positif dengan dana yang besar.

Pena minang ada paparkan cerita CIA dan dana "emas" mereka membiayai apa saja tujuan menjaga rangkaian kepentingan sasaran mereka. Ini lah satu bahana jika dana di labur dengan konon nya pulangan yang menarik.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 9:25 AM

Din, kalau ko pinjam duit bank, ko nk cerita dlm blog ko ni semua terma dan syarat pinjaman, berapa ko pinjam, berapa sebulan ko byr, dan ko juga suruh bank keluarkan statement pasal pinjaman yg ko buat? Kalau jawapan ko ialah 'tidak', jgn la ko paksa 1mdb buat ikut selera tekak ko. Ada benda boleh sebut, ada benda kena rahsia sbb ini berkaitan 'term & condition'. Buat cerita lain la din. Tau la blog ko, tp sbb aku sokong blog ko, pelbagaikan la sikit cerita tu.. Boleh din?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 9:46 AM

Setiap pertanyaan akan di anggap serangan kepada ekonomi Malaysia. Jadi jangan tanyalah kalau macam tu. Sebab kalau tanya banyak banyak susah pulak mereka nak "songlap" wang 1MDBP.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 10:08 AM

SPRM perlu siasat Najib dan pengurusan 1MDB, malahan Rosmah juga perlu disiasat kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penyelewengan di 1MDB itu.

Kepada pihak berkuasa sila ambil tindakan tegas, itu pun kalau betul-betul ada integriti, kalau dah leher ditambat tali oleh Najib dan kuncu-kuncu, maka tentunya tak ambil tindakan, malahan nanti jika ada rasuah, tak payah ambil tinakan kerana pihak berkuasa sendiri mengamalkan sikap pilih kasih, kalau Najib, Rosmah dan kuncu-kuncu buat apa pun tak apa, tapi macam isu Tun Daim Zainuddin, tuduhan tak berasas pun bukan main kencang pecacai Najib bantai tak tentu hala.

Berundurlah Najib, sebelum negara ini hancur, sebelum rakyat negara ini menderita dengan lebih teruk, sebelum Barisan Nasional berkecai, lebih baik Najib berambus dari Barisan Nasional, heret sekali kuncu-kuncu berambus dari Barisan Nasional, kalau ada sekadar menjadi pelingkup apa gunanya?

Ekonomi tenat, politik tenat, hubungan kaum tenat, semuanya tenat, tapi Najib masih riang melancong ke luar negara bersama Rosmah dengan alasan lawatan rasmi, sedangkan untuk kerja yang entah apa-apa dan tak berfeadah sangat kepada negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 10:08 AM

Anon 9.25,

1. Mmg le kalau kita (orang persaorangan) ambik loan, kita tak hebohkan ke seluruh malaysia. Itu bodoh namanya. Transparency salah tempat

2. 1MDB is a state investment. Minute details tak paysh heboh tapi kalau terdapat hutang tak berbayar, pinjam duit dari luar, simpan kat luar negara, hedge fund activities etc etc....rakyat kena tahu walauun tak menyeluruh.

3. Ada kesan keatas negara dan rakyat. Nampak sangat chairmannya bangang dan ada permainan silap mata......

4. Kalau sdra rasa boring psl tajuk ini, lebih baik berhenti seketika....tunggu bro din tulis pasal siti nurhaliza, hafiz af, rita rudaini.....baru join balik....leh tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 10:11 AM

Dalam isu 1MDB ini, kerajaan Malaysia boleh terjerumus seperti kerajaan Greece di mana kerajaan hampir muflis dan menyebabkan parti pemerintah tumbang disebabkan pentadbiran secara bengong.

Apakah Najib puas hati melihat negara ini muflis dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU atau pun Barisan Nasional terpaksa menyerahkan kuasa kepada DAP dan PKR kerana ekonomi yang buruk hingga menyebabkan huru hara?

Kau berambuslah Najib, blah la sebelum keadaan jadi makin gawat, kau memang tak guna Najib, memang tak guna!!!!!!!!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 10:32 AM

Kalau Din pinjam duit bank, itu antara dia dengan bank. Ini 1MBD wang rakyat, dan rakyat ingin tahu dimana wang mereka.Tidak salahkan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 11:03 AM

anon 9:25am

kalau duit 1mdb tu duit makbapak 1mdb yang punya, takdenya kitorang semua nak bising.

duit ko dalam bank tu duit ko sendiri kan? kalau duit dalam bank tu bukan duit makbapak ko, memang kena keluarkan penyata kewangan setiap tahun kan? laa ni, ko pernah tengok tak apa2 penyata kewangan 1mdb?

kat atas tu arul kanda sendiri kata duit tu itu dilaburkan. kalau dah labur, confirm kena ada penyata tahunan kan?

....................
Reply To This Comment ...................
February 8, 2015 at 11:48 AM

rakyat bukan nk suroh kanda tu publish semua account statement tu ... macam yg ko maksudkan tu.
rakyat cuma nak kanda tu sebut .. kat bank mana dan negara mana duit dari cayman island tu sekarang.
ko ni x paham kehendak soalan sebenarnya ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 12:03 PM

Jika nak pertahankan 1MDB dengan membangkitkan pasal terms and conditions mahupun regulations..setahu saya, borrower adalah dikehendaki membayar hutang ikut terms and conditions yang ditetapkan.

Jika peminjam dah kantoi bayar hutang..maka dia telah melanggar terms and conditions yang dipersetujui.

Hutang pula bukan kecik anak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 12:09 PM

Org tua penulis blog ni sbenarnya sedang nazak..kunun nk menjaga bangsa Melayu tapi hati telah diselubungi dendam.

....................
Reply To This Comment ...................
February 8, 2015 at 12:17 PM

Tak pasti samada persoalan ini patut ditimbulkan atau tidak tapi orang sudah mula pertikaikan perlantikan Arul gaya bidan terjun itu. Ada yg kata Arul sebenarnya ditugaskan oleh pihak abudhabi bagi menjaga kepentingan mereka kerana 1mdb dilihat sudah goyang ....... cara perlantikan beliau hanya menguatkan hujah itu.

satu lagi, tang manĂ  yang 1mdb dibawah Arul ini dikatakan membantu agenda Melayu seperti pernah didakwa pro ahjibgor ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 12:46 PM

errr... PM Najib relax je cam tak de apa apa kenaa kita pula nak risau terutama DR M? ...berada diluar negara dalam bentuk US Dollar then arul jawab je le kat bank mana. Anoter thing kalalu beli asset dari nanknda dan bayar dia biliion melalaui hutang then pijam pulak duit dari dia nak bayar hutang then apa makna ni??

....................
Reply To This Comment ...................
February 8, 2015 at 12:51 PM

@Anonymousahjibgor relaks je sebab dia mungkin tidak tahu apa2 tentang 1mdb ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 12:58 PM

Salam,
Pendedahan tak perlu kpd umum. Cukup kpd yg dok rajin ulas. Biar yg ulas ni puas hati dgn 1mdb. Kita baca pun tak faham nak tanya balik. Kalu tdm, sotb, dakj, dan beberapa blogger dan pemimpin pembangkang puas hati, ok jer rakyat. Yg dok sibuk buat rakyat pun sibuk anbil tahu bila mereka ni kecoh. Kita rakyat pun lebih kecoh la, tunjuk pandai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 1:01 PM

ko repot dulu la kt sprm tu. stakat ko melalak kt blog dinpenyu ni, hapahpun takde. kalau berani sgt, pegi je ke sprm dan repot suruh siasat najib, rosmah dan sapa2 lagi yg ko rasa terlibat songlap duit 1mdb macam yang ko sebut tu. jangan kuat melalak kt sini suruh siasat, repot tak berani kecut macam tikus.sebagai rakyat yang rasa bertanggungjawab amat sangat dengan duit negara, pegi jelah buat repot. amacam, ada berani? aku tak akan buat repot sebab aku tak confirm najib dan rosmah songlap duit, sebab aku tak ada bukti. setakat angin2 syak sahaja begitu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 2:01 PM

Tubuhnya 1mdb adalah hasil dari keputusan ahli kabinet BN yg mewakili kerajaan. Betul atau tidak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 2:06 PM

Sdra anon 1.01 pm

1. Tak timbul tuduh sapa2 songlap duit 1MDB.....itu fitnah dan saya tak setuju

2. Tak masuk akal hendak libatkan sprm......ini bukan kes tuduhan salahguna kuasa atau rasuah

3. Yang pastinya yang membuat komen bukan nak suruh sisat sapa2....janganlah pendek akal

4. Takder orang nak repot najib dan rosmah termasuk awak sebab itu fitnah.....apa buktinya

5.YANG BLOGGER SDRA DIN DAN RAMAI RAKYAT BIASA YANG BUAT KOMEN HENDAK TAHU ADALAH

a. MANA REPATRIATED MONEY IN USD ITU DILETAK FAN NAPER TAK BAYAR HUTANG MBB DAN RHB (2 KALI DAH TERTUNDA ATAU 3)?

b. BETULKAH ADA PINJAMAN BARU DARI LUAR UNTUK BAYAR HUTANG?

c. APA CERITA BERBELIT2 PASAL JUAL BALIK ASET PADA ANANDA DAN ANANDA PINJAM2 BIL etc...etc....?

d. MULA KATA REPATRIATED....HARI INI KATA NOT TAMPERED?

e. READING BETWEEN THE LINES, ALL IS NOT WELL WITH 1MDB!

f. SEBAGAI RAKYAT YANG ADA AKAL SEDIKIT INGIN TAHU?

g. SETAKAT JAWAPAN YANG DIBERI NAJIB KE, 1MDB KE, ARUL KE....SEMUA NAMPAK QUESTIONABLE, NOT TRANSPARENT.

g. SAYA IBARATKAN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB KEATAS 1MDB MACAM DR SANIS SOROOSH, CHRISTIAN EVANGELIST YANG KALAH DEBAT DENGAN AHMAD DEEDAT APABILA DIPERSOALKAN HOLY TRINITY......huhu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 4:08 PM

Apa ke Bangang ni. 1MDB tu bukan ke duit rakyat? Kalau berniaga main sorok2 hal kewangan rakyat jadi apa, keldai, lembu? Kalau suit DT itu dia punya pasal kalau nak pamir. Tapi ni duit rakyat, aku pun bayar cukai jadi aku pun nak tahu, berniaga apa cara pengurusan kewangannya. INI Bukan berniaga capital RM10 -20 ribu.
Kalau baik mengampu agak2 la.

Joe

....................
Reply To This Comment ...................
Finin
February 8, 2015 at 10:14 PM

Tengok aje komen pro 1mdb kita boleh nampak betapa bahayanye malaysia skang ni. Yg kata pasa privacy tu sori la..kalau basic pun kau tak boleh tangkap elok la kau pegi pakai sluar trek pegi jogging. Kau ingat duit 1mdb tu duit mak bapak kau ke? Kau ke yg najib kata bangang kat PAU tu dulu? Malaysia dlm bahaya bila detractors suma macam tak sekolah. Sbenanye isu 1mdb ni bnyk kebaikan cuma nilai dia sampai bebillion billion tu buat orang pening. Tapi sbb dah akhir zaman..yg jahat kita iyakan yg baik kita tidakkan. Yg bodoh kita angkat yg jahat kita pijak

Post a Comment