........... 1MDB - Rm3 Billion, PAC dan Najib Saman Harakah | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Rm3 Billion, PAC dan Najib Saman Harakah

Friday, February 27, 20153comments

Terdapat beberapa berita berkaitan 1MDB sehari dua ni yang memerlukan kemaskini kepada peminat2 isu berkaitan dengannya -

1 - Semalam ada saya copy dari TMI 23/2 yang menyebut Kementerian Kementerian mungkin terpaksa membantu 1MDB dengan dana sebanyak RM3 Billion. Terbaru dari TMI menyebut pada mesyuarat kabinet Rabu lalu, majoriti menteri menolak cadangan itu. Mereka tidak meluluskan minit mesyuarat minggu sebelumnya yang menyatakan jumlah dicadangkan itu.

Apa implikasi nya .... terserah pada anda untuk debatkan.....

( saya jadi tertanya pula, siapakah yang membocorkan maklumat mesyuarat kabinet kepada TMI kerana perkara ini berlaku berulangkali. )



2 - Pengerusi PAC Nur Jazlan mahu 1MDB disiasat ! "PAC mahu Audit Negara menjalankan audit terlebih dahulu ke atas 1MDB sebelum kita memanggil mereka di hadapan jawatankuasa ini tidak lama lagi," - Mkini.

"Rakyat perlu tahu perkara sebenar dan kerajaan perlu telus dalam hal 1MDB


.... isu-isu utama, termasuklah sumber dana RM2 bilion yang digunakan untuk membayar balik pinjaman dan juga suntikan dana baru RM3 bilion seperti dilaporkan.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata PAC juga ingin siasatan pada perjanjian 1MDB dengan syarikat PetroSaudi dan wang yang disimpan di Cayman Islands.

Audit itu juga akan menggali punca sebenar pertukaran firma audit antarabangsa yang meluluskan akaun tahunan 1MDB
.


Apakah Nur Jazlan akan turut diserang oleh Umno kerana berani menyarankan 1MDB disiasat, sebagaimana Khairuddin sebelum ini ? Kalau ada hutang rumah tertunggak lama, baik Nur Jazlan langsaikan cepat2 !

3 - Yang ini sipi2 mengena 1MDB -

Utusan 26/2
Menurut TMI  - 


"Memandangkan mereka memfitnah (keluarga saya), saya perlu menyaman mereka atau minta mereka tarik balik apa yang mereka katakan dalam Harakah,"

"Apa yang dilaporkan dalam Harakah satu fitnah dan tidak benar sama sekali. Mereka tidak menunjukkan bukti. Jadi, hak saya mempertahankan diri saya dan keluarga saya,"

.

YES ! Lepas ni Najib mungkin akan saman TheNewYorkTimes pula kerana Harakah hanya mengulas artikel asal yang disiarkan oleh paper US itu -

Harakah 12/2

Apa komen Najib mengenai isu harta pusaka, ek ?

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2015 at 6:43 PM

Harap ini bukan lakonan semata2...
Cabinet buat tindakan yang betul kalau berita ni benar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2015 at 10:47 PM

1MDB nampaknya bukan saja menjadi tumpuan rakyat Malaysia saja, malah dunia pun sedang memerhati:

http://finance.yahoo.com/news/malaysias-1mdb-faces-fresh-debt-042515235.html;_ylt=AwrTWfyvTfBU73sAtgroPwx

....................
Reply To This Comment ...................
February 28, 2015 at 2:32 PM

Sbb itulah bertapa hebatnya 1MDB..tidak seperti renong, tri, dll yg telah hampir mati tetapi deselamatkan oleh kerajaan untuk membantu dan mengayakan org tertentu sahaja

Post a Comment