........... 1MDB - Pelaburan Cayman Setakat Balik Modal Je ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Pelaburan Cayman Setakat Balik Modal Je ?

Sunday, February 22, 201511comments

Semalam pihak 1MDB mengeluarkan kenyataan berhubung urusniaganya dengan PetroSaudi sebagai menjawab dakwaan Tony Pua berkaitan isu sama. 

Secara ringkas :

-  Projek usahasama tak jadi dan dana ditukar kepada pinjaman yang diberikan kepada PetroSaudi oleh 1MDB dalam bentuk nota Murabaha ( pinjaman tanpa interest ) berkadar faedah  8.75%. ( jangan tanya macamana yang dikatakan Islamik kalau ada kadar faedah. Adalah tu mekanismanya ...... )

- Pinjaman Murabaha itu telah dibayar balik sepenuhnya sebanyak US2.318 Bil dengan keuntungan US488 Juta dan ini dicatat dalam akaun 2013.

- Dana ini kemudiannya dilaburkan dalam anak syarikat 1MDB yang didaftarkan di Cayman

- Dana kemudiannya ditebus US1.215 bil seperti di catat dalam akaun 2014 dan bakinya US1.103 bil pada Januari 2015.

Tidak banyak bezanya dengan apa yang telah 1MDB jawab sebelum ini, sekadar mengulangi apa yang tercatat di dalam laman webnya -


Ada dua soalan yang dah lama saya nak tanya, alang2 isu ini ditimbulkan semula -

1 - Jumlah yang dibayar oleh PetroSaudi termasuk untung US2.318 bil, maka jika ditolak untung US488 juta, jumlah modal/pinjaman yang diberikan adalah US1.83 bil, kan ? Jumlah itu asalnya merupakan pinjaman yang dibuat oleh 1MDB ..... jadi berapa kos interest yang perlu dibayar untuk amaun itu selama 4 tahun dipakai oleh PetroSaudi ?

'Untung' US488 juta itu seharusnya ditolak kos interest itu sebelum boleh dikatakan sebagai untung buat 1MDB.

2 - Jumlah US2.318 bil itu kemudiannya dilabur ke seluruh dunia melalui Cayman dan kesemuanya telah ditebus / redeem pada Januari 2015 sebanyak US2.318 bil

Aik ..... takde untung ? Sebanyak itu dilabur dan sebanyak itu juga ditebus kembali setelah hampir 2 tahun ? Berapa pula kos interest selama 2 tahun yang perlu ditanggung untuk dana asal sebanyak US1.83 bil itu ? ( jangan lupa, dana itu sendiri merupakan pinjaman yang punya kos interest, bukannya peninggalan harta pusaka )

Jika sama nilainya, adakah ini bermakna dari tahun 2009 sehingga 2015, dana US1.83 bil itu telah menjana keuntungan US488 juta saja ? Jumlah kos interestnya selama 6 tahun pula berapa ? Itu belum termasuk kos2 lain seperti komisen yang dibayar untuk mendapatkan pinjaman itu. ( seperti dalam kes Goldman Sachs )

Adakah kos meminjam lebih tinggi dari keuntungan pelaburan ? Baki dana US1.103 itu dikatakan disimpan diluar negara khas bagi tujuan bayar interest pinjaman lain dalam matawang USD. Dana itu wujud sebab Arul Kanda dah lihat penyatanya. Pinjam untuk bayar interest pinjaman lain ?

Adakah itu merupakan transaksi terbaik dan terhebat dari 1MDB yang harus kita banggakan ?

Saya tanyakan ini sebab kita diminta supaya sokong dan berbangga dengan pencapaian 1MDB. Boleh kalau nak sokong tapi biar bersebab.




Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2015 at 12:38 PM

only 488mil profit after 6 years?

....................
Reply To This Comment ...................
February 22, 2015 at 12:47 PM

@Anonymous mungkin saya salah tapi dari apa yg saya baca ...... nampak gayanya begitulah.
kot ada info lain yg tidak dinyatakan ....

....................
Reply To This Comment ...................
February 22, 2015 at 1:54 PM

Wal hasil balik asal din, pokok dapat untungnya lesap..yang balancenya.yang dicanang serata dunia hanyalah .ghemah-ghemah saja kata orang negori.Untung 'bosar' dah ada yang songlap agak eea.

....................
Reply To This Comment ...................
February 22, 2015 at 2:06 PM

@Cahaya Al MajidPokok pun hanya Arul je dah lihat gambarnya :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2015 at 2:53 PM

Projek usahasama tak jadi... Kenapa TAK JADI dan kenapa ditukar kan kepada Pinjaman' Petro Saudi bukan ke cash rich. Perlukan kepada pinjaman? Saudi ni bukan burger Saudi ye it Petro Saudi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2015 at 4:43 PM

saya rasa untuk menjelaskan semua ini mengapa kita tidak pergi tanya petro saudi baru kita tahu kebenarannya. saya rasa elok kita hantar tony pua dan rafizi mereka cukup bijak didalam hal urusan sebegini. saya rasa tentu petro saudi setuju lagipun ketua mereka adalah pakar ekonomi yang terkenal diseluruh dunia. kalau sume setuju kita boleh buat satu memorandum dan demonstrasi mintak kerajaan bn hantar mereka. saya setuju.

....................
Reply To This Comment ...................
February 22, 2015 at 7:23 PM

Aku rasa mereka sudah sedar kesilapan dari pelaburan bermodalkan 1juta kunun nya dari kerajaan. 1MDB ini asas nya juga GLC dalam bidan pelaburan modal milik gomen.

Kita tanya dulu. Gaji dan kemudahan para staf 1MDB, siapa bayar dan datang dari mana? Gaji "over" lumayan atau tidak ? Jika keadaan nya begitu maka yang mrnjalankan pelaburan modal ini sudah selesa dan segala perancangan 1MDB sudah tentu "tangkap muat" Jika rugi, bukan mereka yang tanggung kerana modal dan bantuan sepenuh nya "bercagarkan" kerajaan.

Keuntungan 1MDB itu sebenar nya kerugian berganda. Tak apa lah. Angka wujud dalam akaun sudah tercatit. Apa-apa pun, untung sebenar sudah di tibai oleh puak-puak yang bijak "mengendalikan" modal mudah yang di perolehi mereka.

1MDB sudah mula di ubahsuai. Bagus begitu tetapi memang memerlukan pantauan "cctv" (he..he.. terma sekarang..)

Sebenar nya tiada untung segera bila berdagang kecuali niat hanya ingin menjadi "broker setan"...

Kita harapkan yang terbaik demi ekonomi Malaysia, supaya satu juta anak bangsa boleh berkerjasama dengan 1MDB meraih kesejahteraan bersama, dalam acuan kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2015 at 11:01 PM

salam,
tu bila baca ostb, dia dah lama kata pegawain1mdb dah kena kelentong dengan pak arab. 1mdb kata duit dah masuk balik dan dilabur di cayman. orang kampung macam aku ni, memang percaya la apa yang pegawai ni kata sebab tak tau maklumat dan tak pandai cari maklumat. tapi ada orang yang ambil tahu dan patriotik yang tinggi ambil peduli. so, kita kena la ambil tahu walaupun ada yang kata hutang 1mdb tak jejas kewangan negara. mana boleh kita kasi orang kebas duit berbillion macam tu jer. dahulu lain, sekarang lain.

memang tak masuk akal kalu duit keuntungan tu dapat ciput jer, tapi hutang bertimbun-timbun. orang kampung setakat dengar carekarama, ok la, tapi fakta dan maklumat akan dinilai dan dianalisa oleh pakar yang lain. maka kita kena beri sokongan kepada mereka yang menilai dengan fakta dan bukan kepada blogger angguk2 sahaja yang buat cerita penglipurlara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2015 at 12:28 AM

Duit dah termakan geng dia sekarang dia pinjam sana ganti sini, hulur sana tarik sini .... phew!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2015 at 10:52 AM

Cerita juta2 ni mainan be end sambil minum kopi je. Cuba tolong terangkan dan bongkarkan pada si miskin segala kebatilan be end. Kesian kat Pak tani dan nelayan yang bergolok bergadai nun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 24, 2015 at 12:09 PM

Boo hoo hoo, Ah Jib Gor! Kenapa awak pakat dengan Jho Samseng Low buat 1MDB makan berbilion wang rakyat? Boo hoo hoo awak dah jadi Tai Kor?

Post a Comment