........... 1MDB - Khairuddin Kepada Arul, You Talk Roundabout la .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Khairuddin Kepada Arul, You Talk Roundabout la ....

Monday, February 16, 20156comments




Kebetulan saya memang dah buat temujanji nak bertemu dengan Datuk Seri Khairuddin sebelum keluar artikel wawancara Utusan bersama Presiden 1MDB Arul Kanda semalam.

Jadi dari niat mahu berkenalan dan sentuh sikit2 1MDB dah jadi topik utama. Ada saya copy wawancara Utusan serta komen Datuk Kadir Jasin yang saya ambil dari blog beliau - KLiK.

Di bawah adalah kenyataan dari Khairuddin sebagai membalas kenyataan Arul semalam.

SIARAN MEDIA

Arul Kanda Kandasamy hakikatnya tidak menjawab sebarang persoalan tetapi hanya cuba untuk memperbodohkan serta mengelirukan keseluruhan rakyat.

Apakah Arul Kanda Kandasamy dibawa pulang menerajui 1MDB semata mata hanya untuk membuat kenyataan2 yang boleh mengelirukan rakyat mengenai isu ini ?  Kenapakah harus kita buang masa untuk berjumpa dengan arul kanda utk mendapatkan penjelasan ? Beliau hanya memutarbelitkan fakta saja bukan menjawab persoalan2 yg ditimbulkan.

Ianya amat mudah dan senang. Kita hanya tanya Arul Kanda kenapa 1MDB harus berhutang untuk membayar hutang ?! Di manakah duit2 1MDB berada masakini ? Arul Kanda kata kedudukan kewangan dan prestasi 1MDB amat teguh tetapi malangnya mereka terpaksa berhutang untuk bayar sejumlah rm2 billion hutang Maybank dan RHB Capital Bhd. Tidakkah itu menunjukkan yang kenyataan Arul Kanda tidak lebih hanyalah cubaan menegakkan benang yang basah ?

Satu persoalan lagi di manakah kedudukan wang yang telah ditebus secara sepenuhnya dari pelaburan Cayman Island ? Presiden 1MDB serta keseluruhan lembaga pengarah 1MDB gagal menjawab kepada rakyat mengenai.persoalan ini. Ini bukan jumlah wang yang kecil tetapi jumlah rm8.3billion merupakan satu jumlah yang amat besar yang boleh.meninggalkan kesan amat buruk kepada sistem ekonomi negara.

Arul Kanda jangan terlalu banyak membuat kenyataan untuk memutar belitkan fakta. Arul Kanda kena berani bercakap fakta yang hakikat seterusnya memperbetulkan segala spekulasi yang sedang melandai 1MDB. Arul Kanda mesti bertindak secara jujur untuk mengambil satu pendekatan proaktif bagi menyelesaikan kemelut 1MDB.

Saya ingin cabar Arul Kanda utk menyatakan secara jelas dan senaraikan semua hutang piutang 1MDB baik di dalam mahupun luar negara. 1MDB harus perincikan senarai ini untuk tatapan rakyat. Begitu juga dengan menyenaraikan keseluruhan aset2 1MDB agar rakyat lebih jelas dan faham akan kedudukan 1MDB pada masakini.

Arul Kanda juga mesti menjelaskan tentang kedudukan serta 'employment' beliau di dalam 1MDB. Adakah Arul Kanda dilantik dan digajikan oleh 1MDB ataupun adakah arul kanda hanya bersama 1MDB untuk menjaga.kepentingan syarikat kewangan dari Abu Dhabi sepertimana spekulasi yang banyak berlegar ketika ini ?? Saya memohon Arul Kanda utk mengesahkan status beliau bersama 1MDB....

Hakikatnya, 1MDB harus belajar untuk bersikap telus di dalam mentadbir serta membelanja dana 1MDB.

1MDB bukan syarikat swasta dalam ertikata sebenar tetapi 100% milik Kementerian Kewangan Malaysia. Ini bermakna sebagai rakyat, kita berhak untuk bertanya mengenai kedudukan sebenar 1MDB....

Isu 1MDB sebenarnya tidak mempunyai sebarang kaitan langsung dengan Umno atau pun Dato Seri Najib. Walaupun Dato Seri Najib adalah pengerusi advisory board 1MDB tetapi 1MDB adalah ditadbir oleh kumpulan pentadbir eksekutif serta lembaga pengarahnya secara harian.

                                     ******************

PS -  Tajuk artikel tu saya yang tulis hehehe.... Maksudnya, kenyataan Arul semalam MACAM menjawab segala spekulasi tapi sebenarnya tidak jawab mana pun. Masih berlegar2 sekeliling point2 utama yang menjadi tandatanya rakyat.

Kenyataan media yang sama boleh dibaca di astro awani.

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2015 at 5:00 PM

DT,

Syarikat berkaitan kerajaan (pusat/negeri) dipimpini oleh dua pihak dari dua partisan yang berlainan. Ini bermakna rakyat berhak mendapat maklumat sepenuhnya berhubung GLC (baik berkaitan PR mahupun BN).

Jadi timbul pertanyaan, bagaimanakah rakyat boleh mendapatkan maklumat berkenaan? Apakah perlu ada permohonan dan kalau ada apakah caranya? Isu ini perlu diseragamkan kerana bukan saja GLC di pihak sini membelanjakan wang rakyat tetapi di pihak sebelah sana juga membelanjakan wang rakyat jua.

Apakah cara sebegini -- Ahli Umno jadi whistle blower Umno dan ahli PR jadi WB PR -- satu satunya cara yang ada dan berkesan?

....................
Reply To This Comment ...................
February 17, 2015 at 6:12 PM

Dear Uncle Din,
salam. Saya nak minta can Uncle Din please kindly help nak promote about a petition to the White House telling them to respect the sovereignty of our country sebagai tindakbalas to Anwar's supporters petition to the White House minta US take action to force Malaysia bebaskan Anwar. Ini hal undang-undang negara kita yang merdeka dan kita tak mahu dijajah oleh orang luar.
Saya tulis pasal petition itu disini:
https://ahmadalikarim.wordpress.com/say-that-you-respect-the-sovereignty-of-malaysia/
https://ahmadalikarim.wordpress.com/pakatan-is-selling-off-malaysia-for-anwar/

Uncle DIn tolonglah promote. Blog Uncle ada beribu-ribu orang baca, bukan macam blog Ali :)
Thanks.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2015 at 6:49 PM

Siapa yg nak jatuhkan be end x perlu bawa isu RM. Mereka dan kuncu suma ada banyak RM. Bila2 boleh cover masing2 demi untuk terus memerintah.

Kalau nak jatuh pun mungkin apabila masing2 jadi tamak dan memijak sesama sendiri.

Masalah be end sebenar ialah masalah moral. Moral Melayu terutamanya.

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2015 at 2:18 PM

@ahmadalikarimSalam Ahmd ali.... agak besar topik itu untuk budak berumur 12 tahun, don't u think ? :)

Sebenarnya saya malas nak main isu Anwar atau sebut pun nama Anwar. Selagi kita layan karenah berkaitan dia, selagi itu saham politiknya tinggi. Kita tanpa disedari menolong memastikan yang beliau sentiasa relevan.

Lebih baik buat tak tahu je dan biarkan dia mereput dalam penjara tanpa dipedulikan.

Baca artikel saya seterusnya.... sebagai komen kenyataan KJ mengenai usaha memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kes liwat Anwar.

selepas ni saya malas dah nak sebut nama Anwar

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2015 at 2:42 PM

Dear Uncle Din,
Assalamualaikum.
re: "agak besar topik itu untuk budak berumur 12 tahun, don't u think ? :)"
:) I'm only 12 but I love my country. Kita mesti menjaga kedaulatan negara kita untuk bangsa dan agama kita. Anyway bukan saya yang buat petition itu tapi saya rasa saya wajib promote kerana dalam Islam mempertahankan negara itu wajib.
Uncle Din, for me petition ini bukan only about Anwar himself but pasal maruah negara when pengkhianat nak jual kedaulatan kita and jemput orang luar mencabar undang-undang negara. Should we just say nothing and tengok sahaja? Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna. Betul tak?

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2015 at 3:39 PM

@ahmadalikarimi knew u wud say that :)

Ya, memang ada pointnya juga. Cuma saya tidak mahu diheret dalam isu yg bagi saya sudah selesai.

tapi saya tidak ada masalah jika ada ygmahu protes petitio tajaan US itu

Post a Comment