........... 1MDB - Kantoi Lagi Bayar Hutang ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Kantoi Lagi Bayar Hutang ! ?

Friday, February 6, 201512comments


Semalam ada rakan yang minta saya komen kenyataan Moody's yang seolah menyokong 1MDB ... menyokong ? Well .... kalau tidak kenapa 1MDB pun turut copy artikel TheEdge itu dalam laman web resminya hehehe ... si Moody's kata hutang 1MDB mungkin tidak akan beri risiko ancaman systemic kepada sistem perbankan negara. ( Perkataan Systemic threat dah jadi favoret sejak akhir2 ini bila sebut tentang isu 1MDB )

“We don’t rate 1MDB so we don’t know if it’s going to reform its debt or not. But if you look at the scale of its debt, it would not represent a systemic threat to the financial system. Firstly, we think the banks’ exposures are collateralised. So, if the worst-case scenario happens, the loss will be probably limited and they will take collateral,”

Saya bukannya pandai nak buat analisis atas kenyataan berekonomi itu, sekadar nak copypaste di sini dan harap ada kalangan pembaca yang mahir dalam ekonomi akan komen. Hairan juga bila tidak ada para bloggers yang mahu mengulas isu ini. 

Agak lucu juga bila 1MDB pun turut siarkan artikel itu. Kalau ikut kefahaman saya, artikel itu bukannya menyokong 1MDB ! Ia cuma puji sistem perbankan kita stabil dan kata hutang 1MDB tidak akan beri kesan besar kepada ekonomi negara. Dengan katalain, tak perlulah risau sangat dengan hutang billion2 1MDB tu. Lagipun hutang2 1MDB bercagar. Jadi tang mana yang komen Moody's itu menyokong 1MDB ?

“While we did note there is concern for the sovereign debt — there are contingent liabilities that are looming, in particular the case of 1MDB — we think the government will be hard-pressed to support 1MDB over and above its contractual obligations and I think these are well known [that] it’s limited to RM5.8 billion [in] explicit guarantee.

“But perhaps [even] the support of the RM5.8 billion won’t be as forthcoming, given the political sensitivity around this organisation,” he said, when asked how 1MDB’s debts would affect the country’s sovereign ratings
.


Yang saya tahu, segala persoalan yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir masih PERLU di jawab oleh 1MDB walaupun Moody's kata tak perlu risau sangat dengan hutang2 1MDB !

Ingatkan bos2 di 1MDB tak ambil pot dengan segala kemelut yang melanda syarikat mereka ...... rupa2nya mereka amat ambil berat. Buktinya, pada hari yang sama 1MDB telah copy artikel itu dalam laman webnya. Jadi kalau mereka memang keep track apa yang berlaku, kenapa mereka tidak jawab saja soalan2 yang dikemukakan ?

                                         ****************************

Saya cari artikel berkenaan di TheEdge dan terbaca satu lagi artikel terbaru berkaitan 1MDB - Bank Negara queries bank auditors on unpaid 1MDB loan. Katanya Bank Negara melontarkan pertanyaan kepada para auditor luar bank2 peminjam bagaimana mereka mahu ambilkira hutang2 tak terbayar 1MDB dalam akaun mereka nanti ?

1MDB had failed to settle the loan, which was originally due on Nov 30, 2014, despite being given two one-month extensions for the facility. It had also missed the latest Jan 30, 2015, deadline to pay up.

“BNM was told that it would be classified as NPL but, for the moment, it would have no bottomline impact on the banks because the loans are secured by the power assets [among other things],” one source familiar with the matter said.

“There will be a bottomline impact only if the value of the security drops significantly or if something happens that prevents the banks from taking over the assets.”

Tak bayar juga hutang RM2 billion tu pada 30 Januari baru ni !

“The lenders are planning to call for an event of default (EOD) on the loan, but they must first seek board consent to do this. The lenders are expected to revert on whether to officially declare it a default by Feb 18,” the source said.

“The lenders have been forced into a corner. If it’s not declared a default, they can’t crystallise the assets and force AK to make good on his guarantee. The lenders have already issued a letter to PIH to inform it that it is technically in default,” the source added.

Dateline adalah pada 18 Februari untuk bank2 peminjam itu umum secara rasmi hutang itu gagal dikutip balik ( lapuk ? ). Kemudian baru bank2 itu boleh tarik balik asset yang dicagarkan dan kejar penjamin.


Hmmmm ..... semalam Moody's kata tak perlu risau dengan hutang 1MDB kalau kantoi pun, hari ini keluar pulak artikel 1MDB kantoi lagi bayar hutang. Timing ia mungkin satu kebetulan kot ..... Tapi artikel terbaru TheEdge itu tidak pula di copy oleh 1MDB !

PS - Soalan cepumas dari rakyat kepada 1MDB ketika ini adalah - Kemana perginya dana dari Cayman ? Itu yang rakyat nak tahu sekarang.
.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2015 at 2:27 PM

salam,
tak ramai blogger nak jawab pasal bukan mahir bab ekonomi ni. mahir tang hantam orang yang kritik ah jib gor jer. tu pasal kita kena dengar orang yang mahir ekonomi ulas isu ni. bila 1mdb jawab, masih ada lagi orang nak tanya pasal jawapan mereka tu.
kalu ikut mooody tu, kira sotb cakap betul la, duit tu akan habis macam tu jer, kira tutup syarikat, diam 2 3 bulan, cari idea nak cari duit lagi. kerajaan pula guna duit untuk selamatkan 1mdb kerana ada power supply yang penting untuk negara. tak bayar hutang berbillion no hal kerana trillion lagi banyak. duit labur berbillion habis macam tu jer. kira salah tadbir urus. beli mahal, jual murah, cara baru kerajaan dan glc buat duit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2015 at 2:37 PM

Din berapa the edges bayar kat kau....akhirnya tembelang sudah pecah bukan..Din sampai bila nak pakai baju UMNO.

Din kau buka je baju UMNO terus merundum popular kau.Kau hidup kerana tibai UMNO la.Dulu yg kuat hemtam UMNO PAS.Sekarang PAS dah lesu.

Din usaha engkau menjatuhkan kepimpinan UMNO bakal gagal.Bukan mudah Din.Kalau dahulu kau jatuhkan Pak lah sekarang Najib.

Lepas Najib siapa Muhiydeen .Agak2 kau bg masa kpd Muhiydeen brape tahun? orang macam kau yg menjadi bidak catur paling lama 2 tahun je lepas tu meragam tak tentu arah.

Din teruskan perjuangan engkau menjatuhkan kepimpinan UMNO.Insyaallah Allah berkati.

Sebelum lupa tak habis lagi ya 1 MDB ,Din tunggu la pemimpin sifat dengki kau menulis baru tulis tahu.Jangan memandai tulis pulak.Alamak lupa pulak tunggu washington post siarkan artikel hemtam najib ..jangan lupa ulas..

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2015 at 2:54 PM

@AnonymousIni contoh komen pro ahjibgor yang selalu saya terima dalam artikel2 yang mengkritik kesalahan pemimpin Umno dan artikel2 mengenai 1MDB. Kali ni saya siarkan ..... supaya anda tahu mentaliti mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2015 at 3:50 PM

Niat 1mdb untuk terajui power plant tu,mmglah bagus.Tapi bertepatan dgn harga untuk pemilikan aset penjanaan kuasa mcm harga kereta lama bukan antik.Lepas tu pelahan2lah untuk menguasai atau menerajui teknologi penjanaan kuasa bukan dari bahan bakar fosil seperti steam sel,solar ,empangan hidroelektrik dll.Kalau dah ambil alih dgn harga mahal, caj tarif lektrik pun mahal, macam mana nak menarik minat pelabur dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.Sepatutny,kita memasuki tarif elektrik paling murah di asia tenggara dgn tamatnya konsesi IPP.Pelabur hanya berperanan utk mengaut keuntungan dgn kos operasi yg rendah.Mereka lebih kepada tunggu dan lihat serta tidak bergerak serentak.TPPA tidak baik untuk malaysia kerana nilai ringgit boleh di manipulasi terhadap kehidupan sosial ekonomi rakyat di masa akan datang dan pendapatan cukai kerajaan yang rendah dalam nilai ringgit.Perdagangan yang tidak adil dan boleh menggangu gugat kedaulatan negara adalah tidak baik untuk rakyat malaysia walaupun kita terpaku dgn penglibatan kita terhadap nilai angka import eksport yang besar.Kita kena lihat pada sudut persaingan dan pemilikan teknologi pemain syarikat besar bertaraf dunia yang berusia ratusan tahun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2015 at 4:07 PM

Bro Din,

1. Let pro najib people condemn you for your article. Bet, they are all otak kayu dalam comedy YES MINISTER

2. Remember moody does not do rating for 1MDB.....let they say wharever they want. They have nothing to loose.......no what i mean?

To all najib men, sesal dahulu pendapatan,,,.sesal kemudian tak berguna.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2015 at 4:34 PM

anon 2:37pm adalah seorang yang BANGANG. bukan aku kata, ajib yang kata okay..kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2015 at 4:50 PM

Terlalu bnyak mkn telo penyu sbb tu otak pun dh jd penyu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2015 at 4:55 PM

Ooo...mcm tu mentaliti penyokong ahjib gor...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2015 at 5:12 PM

Apabila aku mengkritik Ah Jib Gor tidak bermakna aku anti Ah Jib Gor. Ingat tu, jauh beza antara kritik dengan anti.

Tapi...

Kalau aku kritik Anwar ke, Hadi ke, Lim ke atau mana-mana pemimpin pembangkang, confirm aku anti ngan diaorang.

* Inilah yang sering berlaku kepada pro Ah Jib Gor sehingga sanggup membuat tuduhan melulu kepada sesiapa sahaja yang mengkritik pemimpin kesayangan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2015 at 5:31 PM

Anon 5.12 pm

Saya sangat setuju dengan anda

Macam mana nak pass the message across to pro najib men about yang betul dan yang salah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2015 at 5:32 PM

SPAD,APMM,PRIMA Dan 1MDB adalah bukti idea najib bertaraf dunia....!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2015 at 7:01 PM

Saya tertanya......apakah tuduhan yang sama turut dilemparkan oleh proahjibgor terhadap Tun Mahathir ?

Post a Comment