........... 1MDB - Ismail Kijo Dan Ketua Bahagian Selangor Mahu Tolong Jawab ! ? Tahniah ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Ismail Kijo Dan Ketua Bahagian Selangor Mahu Tolong Jawab ! ? Tahniah !

Sunday, February 8, 201515comments

Ada rakan yang minta saya komen acara berbalas pantun antara Khairuddin ( ingat kes repot Polis 1MDB ? ) dengan Ismail Kijo yang mewakili himpunan Ketua Bahagian Umno ( Selangor ? ) dalam isu 1MDB. Diberinya saya link artikel terbaru astroawani  ini -


Saya amat tertarik dengan kenyataan Ismail yang lemah mindanya, kalau hendak mengampu pun berpada-padalah.‎ ‎ Apa yang Ismail tahu mengenai 1MDB? Jangan hendak menyerbu secara membabi buta. Nanti buruk padahnya, kata Khairuddin.

Wooooo .... panas ni ! Apa ceritanya ? Ni pula dari Utusan -

.

“Menggunakan seorang yang muflis untuk mensabotaj IMDB adalah tindakan tidak bermaruah dan satu fitnah politik. Ini agenda kotor pihak tertentu untuk memburukkan imej Presiden UMNO selaku Menteri Kewangan.


“Hal ini sama dengan tindakan menggunakan penyangak mata wang untuk menjatuhkan nilai ringgit dan seterusnya mensabotaj ekonomi negara, kerana objektif­nya sama,”
.
Hmmmm ....... pada pandangan sayalah, Khairuddin tidak seharusnya cepat melenting. Cuba kita bersangka baik.

Maksud saya, jika Ismail Kijo mahu mempertahankan 1MDB daripada fitnah, cara terbaik adalah dengan beri penjelasan supaya fitnah itu terburai. Contohnya - Nah, ini cerita sebenar 1MDB .... jelas apa yang mereka itu katakan semuanya adalah fitnah, tiada yang benar melainkan fitnah semata2. Kan ?

I mean, untuk apa diserang pengkritik kalau apa yang dikritik itu dibiarkan tidak berjawab. Persoalan masih berlegar tanpa jawapan. Jadi cara mempertahankan Najib dan 1MDB adalah dengan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh pengkritik seperti Khairuddin dan juga Tun Mahathir.

Kira OK lah tu !

Kita yang tertanya2 ini pun bukannya kisah apa nak jadi pada Najib atau Umno, kita cuma nak tahu cerita sebenar 1MDB. Seperti juga repot Polis yang dibuat oleh Khairuddin hari tu, tidak disebut langsung nama Najib atau Umno. Beliau hanya mahu pihak berkuasa menyiasat 1MDB.

Makanya saya menyokong penuh usaha Ismail Kijo yang mahu tampil menjawab segala persoalan mengenai 1MDB. Errr..... bukankah itu maksud beliau ? Atau ada maksud lain disebalik kata2 ini -


“Kami sanggup melakukan apa sahaja untuk patahkan agenda mereka, berani buat berani tanggung akibatnya, tidak kiralah apa pangkat atau pun jasa silam mereka kepada negara,”
.

Apakah Ismail Kijo juga turut merujuk kepada Tun Mahathir ? Kerana Tun Mahathir menulis -

Saya tidak bersetuju dengan 1MDB dan saya akan terus mengkritik mengenainya dan apa sahaja perkara yang saya fikir akan menjejaskan tadbir urus baik negara ini.



Baguslah jika Ismail Kijo berniat mahu tolong menjawab isu 1MDB sebagai apa yang dimaksudkan dengan kata2 itu. Saya harap tidak ada maksud lain.

Sebab isu 1MDB ini pada rakyat sebenarnya hanyalah berbentuk PERSOALAN. Banyak persoalan berbangkit yang tidak mendapat jawapan dari pihak 1MDB. 

Jadi jika Ismail Kijo nak tolong jawab, saya sokong !

PS - Antara persoalan terkini mengenai 1MDB adalah mengenai dana Cayman - KLiK.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 3:00 PM

Biar saya jawab yer,saya cuba bodek sebaik mungkin perihal 1mdb.....
1.Berhutang utk memiliki aset dan melabur pelbagai jenis perniagaan di dalam dan luar negara.
2.Menjana pendapatan utk membayar interest pinjaman dan membangungkan trx.
3.Pengiktirafan Trx dan proses pembangunannya akan meraih pendapatan negara.
4.Setelah siap sepenuhnya, pembangunan trx,akan meraih lebihan pendapatan negara,sekaligus melangsaikan semua hutang 1mdb.

Penasihat RM 2.50...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 3:02 PM

Ismail Kijo !! lemah sungguh minda saudara. Pun begitu, boleh gak jadi ketua bahagian. Kami hanya nak tahu keadaan kewangan 1MDB. Tak kan tanya pun sudah di cop nak sabotage ekonomi Malaysia? Kami bukannya macam lembu condo di cucuk hidung tau...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 3:55 PM

Org yg mengampu beginilah seperti makna sokong membawa rebah. Buktinya dah dua penggal Selangor tetap di pihak PR tp masih kekal berangan-angan.

Joe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 4:57 PM

Dato ismail!! Tlg fikir mcm mana nak menang sgor dan ampang balik.jgn dok sibuk2 hal koperat2 ni yg PM sendiri kata blh handle.ketua bhgn umno di sgor pun bnyk masaalah..ni pulak nak sibuk2 hal lain.lagi satu dato x pyh la nak tunjuk2 muka kat semua majlis PM satu malaysia.Geli la saya..bersara aja lah jaga bini muda tu kan elok..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 5:43 PM

Lepas ni kalau kalau ada pihak2 tertentu yang nak mendedahkan kedudukan terkini kewangan 1MDB tolonglah jangan menggunakan bahasa ekonomi aras tinggi. Istilah yang mudah2 cukuplah. Ramai rakyat marhean yang nak tau pasal 1MDB tapi apabila tiba bab memberi penjelasan, makin ramai yang tak faham daripada yang faham. Istilah-istilah bombastic hanyalah bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan bukannya untuk memahamkan rakyat.

Penjelasan 1MDB sendiri menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Rakyat perlukan pencerahan dan bukannya kekaburan. Usahlah menjawab persoalan rakyat secara berbelit-belit kerana rakyat mahu kerajaan buktikan ketelusan. Kenapa nampak seolah-olah 1MDB terlalu dilindungi sehinggakan PAC dan Jabatan Audit Negara tak boleh kacau ? Kata telus.

Kan mudah kalau kasitau rakyat jalan cerita 1MDB. Dimulai dengan pendedahan sumber pembiayaan, banyak mana peruntukan diterima, pastu ke mana dilaburkan, berapa banyak dilaburkan dan dedahkan berapa banyak aset dan liabiliti yang dimiliki. Jangan nak mundar-mandir atau putar-belit dengan mengatakan bahawa hutang adalah aset (milikan). Sedangkan seperti yang kita semua fahami, hutang adalah liabiliti (tanggungan beban). Seandainya hutang tidak mampu untuk dibayar balik, kita ingin tahu bagaimana hutang nak dilangsaikan. Adakah dengan mencairkan aset sedia-ada atau dengan menambah hutang baru (gali lubang tutup lubang) ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 5:53 PM

Bukan dia ke yg baru kawin dgn gadis umur 25 tahun..itulah tahap ahli umno bro..itulah tahap pemikiran pemimpin umno..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 7:35 PM

Bro Din,

1. Datuk Ismail's words only deserve to be flushed at Datum Jelatek.....

2. Typical apple polisher much needed to make the quorum

3. Would follow his idol even to the dogs.

4. Ignore his comments in the future.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 7:39 PM

Itu la caranya mereka menipu rakyat Malaysia... belitkan lagi apa yang sememangnya sudah terbelit...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 7:41 PM

Pemimpin UMNO kini hanya pandai membodek... akal singkat... nampaknya UMNO hanya akan tinggal nama di dalam lipatan sejarah negara Malaysia... itu pun kalau puak2 ultra kiasu tak ubah jadi republik cina bersekutu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 8:22 PM

Patotla aku skrang lg sangup beli harian metro dr utusan...
Dulu mmg beli...skrang setakat kualiti mcm baca mangga baik x payah...
Setakat stetmen ismail kijo penjilat tu diberi page besar..isi xde,x kupas isu 1mdb
Nak beli pon malu skrang.
Kpd ismail kijo..ayuh...buktikan dlm kepala anda ade 'something that really works!'

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 8, 2015 at 8:24 PM

Umno selangor x blh explain knp sampai skrang org selangor x sokong umnoo...
Blh plak nk explain 1mdb??

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2015 at 9:48 AM

Assalam Bro

Arun 1MBD ada keluar statement yang mengatakan 1MDB diserang kerana politik.. Ulas sikit Bro..

....................
Reply To This Comment ...................
February 9, 2015 at 9:58 AM

@Abdul Jalaini Abdul Jalilsudah saya komen sedikit di artikel sebelum ini - http://dinturtle.blogspot.com/2015/02/1mdb-wang-cayman-ada-arul-dah-lihat.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 9, 2015 at 10:34 AM

If I were Arul,

1. I would not get myself squeezed in the polemics

2. I would make an effort to call all parties who had questioned 1MDB and explain the REAL SITUATION and COME OUT clean with no red patch on the paper......why because he was only recently appointed

3. Call a spade a spade. No beating around the bush

4. Do the above to prove 1MDB detractors wrong. If you don't......the polemics will govon and on.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 12, 2015 at 11:24 AM

Mail Kijo??? tanya orang ampang laaa apa jadi kat tanah kubor taman kosas, hai laa mail kijo

Post a Comment