........... 1MDB Antara Alasan Tun Mahathir Tidak Sokong Najib | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Antara Alasan Tun Mahathir Tidak Sokong Najib

Thursday, February 5, 201511comments


SEKALI LAGI Tun Mahathir mengingatkan kita yang beliau secara terbuka tidak menyokong Najib ! Antara sebab utamanya adalah kerana 1MDB.

Disebalik beberapa isu panas akhir2 ini yang seolah menenggelamkan isu 1MDB, Tun Mahathir menghangatkannya kembali dengan satu artikel yang bagi saya, MUDAH DIFAHAMI dan mewakili suara ramai rakyat.

Saya copy dan terjemahkan di bawah -

Saya adalah penyokong Umno dan saya masih ahli Umno. Tapi mana2 yang tidak betul dilakukan oleh sesiapapun termasuk Umno akan saya kritik. Bagaimanapun, saya telah menyatakan secara terbuka yang saya tidak menyokong Najib.
5. I am a supporter of UMNO. I am still a member of UMNO. But I believe in criticising any wrong thing done by anyone, UMNO included. However, I have openly stated I do not support Dato Seri Najib.

Antara BANYAK alasan kenapa saya tidak sokong ( Najib ) adalah kerana kewujudan 1MDB. Hutang tidak boleh dianggap sebagai kekayaan. BANYAK HAL MENGENAI WANG 1MDB YANG TIDAK BETUL. Salah satunya adalah kerajaan tidak seharusnya terlibat dalam aktiviti jualbeli saham untuk mencari keuntungan.
6. And one of the many reasons why I don’t support is the creation of 1MDB. Borrowed money cannot be regarded as wealth. And there are many things done with 1MDB money that are just plain wrong. Government should not be indulging in buying and selling shares to make money for itself.

Saya tidak setuju dengan 1MDB dan saya akan terus mengkritiknya termasuk apa juga yang saya fikir memudaratkan negara.
7. I disagree with the 1MDB and I will continue to criticise it and anything that I think is detrimental to the good governance of this country.

Tindakan memburukkan saya oleh bloggers adalah berniat politik. Tujuannya untuk memperlekehkan kredibiliti saya. Tapi saya akan terus bertanya DI MANAKAH WANG YANG DIKATAKAN TELAH DIBAWA BALIK DARI CAYMAN ? Kenapa perlu meminjam lagi untuk bayar hutang jika kita ada RM8 Billion ? Selagi tidak dijawab, persoalan2 ini akan terus ditanya.
8. The demonising by the bloggers is political. The intention is to undermine my credibility. But I will continue to ask where is the money which has been brought back from Cayman (Island)? Why is there a need to borrow money to pay debts when you have RM8 billion? Until these and other questions are answered the questions will keep coming.

Saya syak oleh kerana soalan2 itu tidak mampu dijawab, maka usaha dilakukan untuk memburukkan sipenyoal. Tindakan itu hanya menambahkan syakwasangka bahawa banyak yang tidak kena dengan 1MDB.
9. I suspect that because questions cannot be answered, resort is made to demonise the questioner. Doing this simply add to the suspicion that all is not well with 1MDB.

Mereka yang mengikuti blog DT pastinya ingat yang apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir baru saja saya nukilkan beberapa hari lalu. SAMA. Ini salah satu bukti yang menunjukkan Tun Mahathir bukan menghasut rakyat ( atau rakyat yang mengikut kata2 Tun ) tapi Tun sekadar menyuarakan apa yang sememangnya menjadi persoalan rakyat.

Makanya saya pernah tanya sebelum ini, apakah yang mahu didamaikan antara Tun Mahathir dengan Najib ? Apakah sekiranya Tun berjaya dipujuk dari bersuara, maka rakyat pun akan turut diam sama ? 

Nak 'damaikan' Tun senang saja - Jawab persoalan mengenai 1MDB dan lain2 persoalan yang pernah Tun timbulkan. Dengan cara itu bukan saja Tun berjaya didamaikan, malahan rakyat Malaysia pun akan terasa damai.

Oya, tertinggal pulak bahagian awal artikel Chedet - DEMONISING itu... Tun ada komen mengenai bloggers yang menyerang pengkritik 1MDB. Tun tak heran pun dengan perangai mereka kerana beliau sentiasa mengikuti akan aktiviti para bloggers.

Para bloggers ini merupakan pengkritik kerajaan satu masa dulu. Tapi atas sebab yang AMAT TIDAK DIKETAHUI, mereka telah berubah. Saya nampak perubahan mereka ini.
2. These bloggers were once the critics of the Government. But for some greatly unknown reason they have changed. I had noticed this change.

Namun Tun terima hak mereka untuk kritik beliau. Makanya Tun tidak terkejut dengan perubahan arah mereka ini. 

Cuma Tun terkejut dengan laporan oleh The Star kerana biasanya akhbar perdana deperti The Star tidak akan menulis apajua yang memberi gambaran negatif terhadap pihak berkuasa. Tapi The Star telah lakukannya waima secara tidak langsung.

                                       ***********************************

Dari TMI pula, Tun Mahathir komen mengenai isu ahTong si spekulator matawang yang banyak dimainkan media akhir2 ini.



"Ini pasal dia tegur berkenaan 1MDB, maka kita tuduh dia jatuh mata wang. Kalau dia tak tegur 1MDB, kalau dia bagi jatuh mata wang pun takpalah... Jangan tegur 1MDB," 



Mengenai dakwaan yang Tong mensabotaj ekonomi Malaysia melalui spekulasi mata wang, Dr Mahathir berkata tuduhan itu masih belum disahkan.


"Buat kajianlah, betulkah tidak betul. The Edge ini tegur banyak 1MDB, balasannya dialah yang (dituduh) menjatuhkan nilai mata wang.


"Dulu nilai mata wang jatuh pasal peniaga antarabangsa. Lepas itu, kita buat kajian betulkah dia ada hubungan baik dengan Soros," kata Dr Mahathir, merujuk kepada hartawan George Soros yang menyerang ringgit ketika krisis kewangan Asia 1997. - TMI.



Sama juga dengan apa yang bermain difikiran saya sebelum ini ..... makanya saya tidak layan isu itu walaupun ada beberapa pembaca yang bertanya kenapa saya tidak ikut serta menyebarkan cerita ahTong.


Oya, ada satu persoalan yang ramai bertanya - Kenapa tidak ada pemimpin yang sanggup tampil menjawab ( atau menyoal ) persoalan 1MDB ? Bukankah anda dilantik menjadi wakil rakyat atau dalam ertikata lain, menjadi suara rakyat ? Nah, sekarang rakyat ramai yang bertanya, maka jadilah WAKIL SUARA RAKYAT !

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2015 at 6:28 AM

1MalaysiaDahBangang kantoi bro. Sure takde berani jawab punya. kononnya dah jumpa tun m personally, tapi still takde jawapan. sebab tu tun m tak puas hati.

cayman, hutang, default payment,ceo resign bla bla bla.....semua menunjukkan memang serba serbi tak betul. Pastu poket rakyat yang dikorek. Bukan haramj**** ke namanya tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2015 at 8:16 AM

Harap ada adviser najib baca ni. Memang la tun m tegur korang panas bontot skejap je sbb buat tak tau nanti lama2 senyap jugak. Tapi ingat, orang yg membaca tu dia simpan je lepastu dia ingat. Najib ni dah tak laku. Ada progam dia elok mcm peneraju profesional dan lain2 tapi dia punya excess baggage dan rupa mcm selesema tu tak boleh jalan. Bini dia lg la orang benci. Betty lim? Aku tak amek port pun. Sebab najib kesayangan kau tu la skang ni melayu dah porak peranda. Jadi cadangan aku untuk ok kn balik imej najib:

HAPUSKAN AP KERETA

Kejap je semua sokong najib. Tapi kalau lepas hapus a.p, najib pegi jalan2 lg rosak la plan. Najib ni jenis 1 step forward tapi 3 steps back. 1mdb tu dah la tu..bungkuskan je la. Tapi mana boleh bungkuskan kn? Sebab kau jual bond yg dibekap oleh kerajaan malaysia. Jadi.hmm..payahla

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2015 at 8:34 AM

entah la, susah juga gayanya kalau letakkan otak kita nak fikir kerja najib dan soalan tun mahathir. serbi dan serbanya memang tak kena. dulu tun juga yang menyorong najib duduk tempat paklah yang tidak kompiten dan kamcing gila dengan budak tingkat empat (dah besarpun budak tu, siap jadi menteri lagi). kini orang yang tun sorong-sorong tu, dah tidak disokongnya pulak. satu bendalah sebenarnya yang terlupa tun buat semasa memilih paklah menggantikannya dan mendesak najib menggantikan paklah pulak. apa dia tu? patutnya tun kena ikut cara lee kuan yew singapore, jadi penasihat pm atau menteri mentor. jadi pm-pm selepasnya akan buat cara yang betul ikut acuan tun. aku tak pasti apa lebihnya najib suatu ketika dahulu sehingga lorongnya ke kemuncak kuasa sentiasa digilap? sejak dulupun, beginilah 'stail' najib. gosok-gosok, hembus-hembus untuk dapatkan sokongan. ahli politik liberal begini bukan menjadi ikutan penyokong, tetapi akan ikut kata penyokong. pemimpin yang dipimpin agaknya. lebih-lebih lagi ketika berada di puncak kuasa, najib telah menyediakan sepasukan 'punahsihat' yang akan membantunya memerintah negara (baca > menjahanamkan kerajaan najib). entahlah, sakit kepala kalau hendak difikirkan. silap najib bermula dari era paklah. lemah paklah kerana tun salah pilih penggantinya. aduhhhh...nasik lemak telur rebus rupanya lebih mahal daripada harga seliter ron97. lantak koranglah nak fikir najib najib najib. baik aku cari duit untuk bagi kepada cina2 tamak yang malas nak turunkan harga barang. tak makan pulak anak bini aku nanti..huhhh!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2015 at 8:59 AM

Just asking najib and his advisors including bloggers, WHY IS IT SO DIFFICULT TO RESPOND TO THE QUEDTION????????

....................
Reply To This Comment ...................
February 5, 2015 at 9:10 AM

Assalam Bro

Macamana nak jawab..periuk nasi depa nanti kena taruk pasir..nanti tak dicalonkan utk PRU 14..So kena playsafe memanjang macam telur kena picit...Bak kata Tun M Hutang tidak boleh dianggap kekayaan..mana mereka di 1MDB belajar Ekonomi?

....................
Reply To This Comment ...................
February 5, 2015 at 10:26 AM

Bagi saya,

1. 1MDB mesti di ubah segera. Duit dari Cayman bukan semudah itu untuk di perolehi semula. Jika dapat pun sebahagian nya sudah lenyap kerana susut nya nilai ringgit dan sudah tentu di potong belanja komisen urusan. Siapa mahu rugi bolong bila urus dana mewah? Ini pendapat saya.

2. Segala urusan tidak telus mesti di nyatakan. Wang yang lebur dan di labur dari perolehan pinjaman sendikit institusi kewangan di sini mesti di dapatkan semula, sekurang-kurang nya membangunkan harta sedia ada menjadi aset bernilai lima tahun akan datang. Sebaik mungkin boleh servis semula hutang piutang dan menjadikan bon yang di jual kerajaan lebih berharga bermanfaat mengikut nilai pasaran.

3. Lebih baik PM Najib berterus terang sahaja dan mengstruktur semula kebarangkalian 1MDB. Saya rasa Tun M sudah tahu, cuma kepuasan apabila rakyat juga ikut merasa lega.

4. Spekulator matawang tetap juga di awasi. Dalam keadaan sekarang bukan semua syarikat mengalami kerugian benar kerana mereka telah bersedia menghadapi sebarang risiko unjuran untuk tahun-tahun berikut nya dengan maklumat indikasi pasaran dunia demi pasaran barangan mereka.

Kita amat risaukan inflasi. Jika ini terjadi, cairan tunai di Malaysia akan di bawa lari. Siapa bakal menerima impak yang besar ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2015 at 12:15 PM

Soalan. Apa kaitan harga minyak dunia dan nilai matawang ringgit dgn 1mdb,hutang bank tempatan dan luar negara yang besar,cayman island,kos sara hidup rakyat dan masa hadapan rakyat.Bagaimana prestasi pelaburan aset2 1mdb di luar negara.Mengapa konsep berhutang untuk memiliki aset dgn harga yang mahal tanpa memikirkan atau mengambil kira situasi semasa eknomi dan geopolitik dunia.Apa dia maksud 'berani membuat keputusan'

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2015 at 12:42 PM

Bagi pihak yang memerintah .. WAJIB JAWAB SOALAN MENGENAI 1 MDB.. KAMI RAKYAT MALAYSIA INGIN TAHU JAWAPANNYA !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2015 at 6:17 PM

Betul ker nilai aset 1mdb RM 48 billion?.Macam karut shj.Namakan aset2 dan nilai semasa yang berada di dalam dan luar negara.Harta Ismit ulam raja pun kemas dgn dokumennya di pejabat peguam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2015 at 9:05 PM

Din kau ada tngk buletin utama? 1mdb jawab posting kadir jasin. 1mdb kata kegagalan bayar hutang takan menyebabkan kegagalan "sistematik" (sistemik). Pastu kata government exposure 5.8 billion je jadi kalau pape jadi gomen kena cover 5.8 billion je. Dia punya cita mcm main sen sen je. Pastu kata sbb 1mdb guna leverage untuk amek loan, jadi baki 40+ billion tu makna kalau gagal bayar nak liquidate asset ke? Ni la aku ckp dari mula dulu. Mesti dia nak cairkan aset nak bayar kalau 1mdb ni fail. habisla kedaulatan kita sbb dengar cita ada hutang kat deutsh bank? Dah la nilai aset punya asyik revalue je. Entah berapa harga sebenar sapa tau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2015 at 8:36 AM

Inilah masaalahnya dia chairman 1mdb, dia finance minister, dia jugak pm. Tak siapa dlm kerajaan berani tegur. Yg diluar bila menegur habis kena bantai dek bloggers upahan umno yang bangang (Najib yg ngaku). Mamat Penang yg buat lapuran polis habis kena telanjang. Tapi polis ada bertindak buat siasatan ke atas jenayah perdagangan. Atau polis pun dah kena bangang. Ni baru betul 1MDB - 1Malaysia Dah Bangang.

Joe

Post a Comment