........... Tun Mahathir - Ubah Atau Transform Boleh Asal Jangan Ubah Asas Perjuangan Umno ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - Ubah Atau Transform Boleh Asal Jangan Ubah Asas Perjuangan Umno !

Sunday, January 11, 201526comments


Heran baca artikel Che Det semalam .... heran sebab isinya tak ngam dengan tajuk yang dipilih yakni SYUKUR. Bagi saya artikel itu lebih menumpukan kepada persoalan betapa pentingnya seorang pemimpin itu membawa aspirasi rakyat atau ahli yang memilihnya. 

Saya copy 3 perenggan terakhir -

15. Pemimpin tidak boleh membelakangkan dasar perjuangan UMNO. Apabila Presiden UMNO yang pertama, Dato Onn Jaafar dianggap membelakangkan dasar perjuangan UMNO, parti tidak teragak-agak menolak pendiriannya. Dan Dato Onn pula menyedari akan amalan demokrasi, menganggap penolakan pendiriannya sebagai “undi tidak percaya” dengan senang hati melepaskan jawatannya.

16. Perkara yang sama berlaku kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra, walaupun tidak ada undi tidak percaya. Tunku berundur.

17. Inilah kelebihan sistem demokrasi. Di sesetengah negara percubaan dibuat untuk mengekalkan jawatan kerapkali melalui keganasan. Tetapi dalam demokrasi yang matang, peralihan kepimpinan licin tanpa merosakkan negara.

Baca sepenuhnya - KLiK.

Sehingga saat ini saya masih menunggu bahagian kedua nya .... tak berani nak komen lebih2. Lain orang lain tafsirannya.

Tafsiran saya senang jer - Kalau pemimpin sedar beliau tidak lagi mendapat sokongan penuh dari ahli partinya, maka berundurlah. Dan sudah tentu ia merujuk kepada Presiden Umno sekarang.

Masalahnya, Presiden Umno perasan beliau mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi bukan saja dari ahli partinya malah dari orang2 Melayu. 

Kalau pun beliau sedar sudah tidak lagi mendapat sokongan, nampak seperti terlalu liat hendak berundur .... tak tahulah samada kerana masih yakin Transformasinya adalah yang terbaik buat bangsa Melayu dan beliau mahu selesaikannya atau ..... ada perkara lain yang terbabit atau ada orang lain yang menahan .... wallahualam..

                        **************************
Dah tengah malam baru keluar bahagian kedua SYUKUR BHG 2. Takper, janji ditepati.

Yang pasti, Tun Mahathir masih berkias. Selepas baca bahagian kedua, saya percaya Tun lebih banyak memberi nasihat yang ditujukan kepada ahli Umno. Supaya ahli Umno sedar dalam berdepan dengan laungan UBAH dan TRANSFORMASI yang dicanangkan oleh Presiden, ada perkara2 ASAS yang seharusnya dipertahankan.

20. Asas perjuangan untuk memberi tempat kepada orang Melayu di negara yang mereka bersetuju berkongsi dengan bangsa-bangsa lain tidak perlu diubah. Asas perjuangan UMNO untuk menebus maruah orang Melayu tidak perlu diubah. Asas perjuangan untuk orang Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain tidak perlu diubah.

21. Yang perlu diubah ialah pendekatan yang mampu mencapai matlamat dengan lebih awal dan lebih kukuh.

Bukan ikut buta saja apa kata pemimpin ..... gunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah untuk memilih, apa yang perlu ditolak, ditolak dan apa yang perlu diterima, diterima.

Yang perlu di ubah atau di transform adalah pendekatan bukannya asas perjuangan Umno.

25. Pemimpin yang cuba menukar perjuangan UMNO perlu ditegur. Jika tidak perjuangan akan lari jauh dari asas perjuangan Melayu. Sesungguhnya banyak sudah kesalahan yang berlaku dahulu kerana budaya Melayu yang tidak suka merentak hati pemimpin. Kemudian bermasalahlah mereka untuk menangani kesan kesalahan ini.

26. Ahli UMNO perlu bijak membeza antara pendekatan bagi menjayakan perjuangan UMNO dengan pendekatan yang akan mengubah perjuangan UMNO.

Dan untuk kesekian kalinya Tun membicara hal keahlian Umno yang seharusnya dibuka dengan lebih luas ..... ( bab ini saya malas nak komen sangat )

31. Dalam UMNO tidak harus ada dinasti. Siapa sahaja yang layak dan cinta UMNO berhak dilantik ke semua jawatan. Kaitan kekeluargaan tidak boleh dijadikan asas pemilihan atau penolakan
.


Hmmmm ....siapa agaknya yang Tun maksudkan dengan mereka yang punya kaitan kekeluargaan dalam kepimpinan Umno ?

Yalah, kalau terbukti layak, apa salahnya...... masalahnya kalau mereka tak layak ?

OKlah, kali ini saya tersilap lompat semalam pada ending bahagian satu hehehe... Then again, saya rasa Tun pun sengaja tamatkan bahagian satu itu dengan ayat2 yang mencabar kesabaran !

                    
Suka saya ulangi ayat ini -

Pemimpin yang cuba menukar perjuangan UMNO perlu ditegur. Jika tidak perjuangan akan lari jauh dari asas perjuangan Melayu. 

Semua orang pun cakap yang sama.... masalahnya bila kita tegur, apakah mereka yang ditegur itu boleh terima ?

Cuba terangkan - Macamana cara menegur yang boleh diterima ? 

PS - Saya masih rasa tajuk artikel tak ngam dengan isi.

.

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2015 at 2:26 AM

Ahli2 umno patut bersyukur dengan sokongan orang melayu terhadap mereka selama.Tanda bersyukur itu patut diterjemahkan dengan mengekalkan perjuangan asas umno bagi membela kepentingan orang melayu.

Jika umno lupa untuk bersyukur kepada kaum yang menyokong mereka,umno akan hilang relevannya di kalangan orang melayu.

Orang melayu tidak memerlukan umno yang telah tergelincir dari asas perjuangannya...

....................
Reply To This Comment ...................
MdZam
January 11, 2015 at 3:33 AM

sudah2lah Tun M pun..
Nk nasihat UMNO ok tp kalu ada agenda berterusan untuk menjatuhkan Najib.. rasanya..
bukan masa yg betul dan tepat untuk serang Najib bagi dijatuhkan.
Ketika Malaysia di landa musibah besar.. Najib melakukan kerja yg betul.. jd jgn kelirukan rakyat..
so apa lagi nk main politik permusuhan dan jatuh menjatuh begini.. tak takut ke dgn Amaran Allah? bala mencurah2 skrg..

Kerajaan campuran PAS dgn UMNO tak perlu di Kelantan sbb PAS tak betul dan tak ikhlas.

Bila tersepit cari UMNO? Mana dia PKR yg ada kebolehan dana berbillion oleh Rafizi juara lembu dan Nuar BRahi

Mereka nk gabung sbb WANG krn Kelantan dh MUFLIS disbbkan bencana ni. Manakala RASUAH balak sudah bermaharajalela.. tak dapat dikawal lagi. Kartel2 balak Kelantan ala kongsi gelap jugak..

UMNO tak rasa bodoh ke utk ambil najis PAS di muat dlm rumah? utk apa cari pasal angkut masalah dan penyelewngan PAS kdlm Krjn BN.. silap2 UMNO yg akan diracuni PAS selepas dpt segala yg dimpikan PAS...

hentikan poplemik ini. Bantu Kelantan cukup atas dasar Kerajaan Pusat- Kerajaan Negeri

FULL STOP.. n Tun M please.. don't make people no mo respect at U.. to much attacking..
better to 'rectifying Marina Mahathir... she goes worse now Tunn... ur daughter...

Cheers.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2015 at 7:09 AM

Bro din.....
Tajuk artikel tu memang kena dengan isi. Sebab kali ni aku rasa artikel tu ditujukan kepada pemimpin umno. Bersyukurlah dipilih ahli umno(ahli yang masuk umno untuk pelihara nak melayu). Kalu dah tak reti bersyukur Dan berterima kasih kepada orang yang angkat kalu jadi presiden Dan pm maka boleh lab undur diri. Kalu dah otak tu banyak sangat idea yang sesuai untuk perjuangan kaum lain sahaja maka bolehlah buat parti baru macam dato on. Atau pun paling mudah pi masuk dapat ke MCA Dan bartending jadi s/u atau presiden . jadi bro din... Tajuk artikel tu memang kena dengan isi.

....................
Reply To This Comment ...................
Bersatu Bersetia Berhidmat
January 11, 2015 at 7:39 AM

Sebenarnya hari ini para penasihat Presiden UMNO telah mewujudkan kumpulan yang dinamakan SETIAKAWAN pada Presiden merangkap PM.
Maka berSETIAlah mereka ini pada tokoh itu.Bukab berSETIA pada parti UMNO.Mereka juga adalah askar upahan.
Dalan UMNO inilah askar upahan untuk kepentingan tokoh.
Bagi tokoh-tokoh yang lain tentu ada juga kumpulan setiakawan mereka sendiri.
Tak tahulah apa nak jadi dengan UMNO.
Makin hari makin serabut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2015 at 8:40 AM

PM sekarang mendapat sokongan penuh daripada punasihat-punasihat terutama idris jala. Itu dah memadai untuk terus memimpin negara.

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2015 at 9:01 AM

Simple jer DT.

UMNO JANGAN DI UBAH menjadi DAP dan menjadi suara PR !!! Sekarang hampir mirip wajah himar...

Dalam UMNO, SIAPA-SIAPA saja yang bersuara dan berlagak KERA SUMBANG ? Jika tersedar, maka UNDUR LAH dari perjuangan halimunan !

Some Malays aaah... Apa khabar Ahli-Ahli Akar Umbi UMNO ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2015 at 9:48 AM

kerja yg betul bukan hny dinilai sewaktu musibah melanda negara..

mencegah adalah lebih baik dari merawat..

perlu diingat bahwa teguran sudah di buat lama..

pkara paling penting bkisar ttg:

1) kesan akibat dari penghapusan akta ISA
2) cabaran kepada penghinaan agama islam di dlm negara ini
3) cabaran terhadap penghinaan berterusan puak ekstrem kepada institusi raja
4) cabaran berterusan terhadap penghapusan akta hasutan
5) peringatan ttg perjanjian TPPA
6) cabaran mengatasi puak liberal dan syiah
7) cabaran ekonomi sehingga kejatuhan hrga ringgit
8) cabaran kepada kelemahan pemimpin umno mempertahankan dan memperjuangkan hak keistimewaan kaum melayu dan islam (ngo melayu dan islam yg lebih ke depan dlm isu ini); dan
9) kemerosotan besar undi rakyat kepada parti BN dlm pru12 & pru13

kesimpulannya, pemimpin harus ditegur agar perjuangan dan kepimpinannya tdk tsasar dari perjuangan parti dan aspirasi rakyat.. cara bgaimana utk ditegur agar teguran itu diterima.. bagi sy, ia amat subjektif.. bgantung kpd penerimaan seseorg pemimpin itu..

yg penting pemimpin la yg harus mentafsirnya dgn baik terhadap setiap teguran yg dibuat ke atas nya.. dan langkah seterusya adalah mengatasi dan menyelesaikannya.. jika dh cuba sebaik habis dan masih lagi tak mampu, maka berilah peluang kepada yg lain..

fikir la sendiri..



PEMIMPIN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2015 at 9:50 AM

setuju dgn anda dan izad12

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2015 at 10:58 AM

ahjibgor ni dengar sangat pakar dlm rumah yg desakkan kemewahan dan kekayaan. Dia harus mendengar suara rakyat yg sebenar bukan tukang ampu saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2015 at 11:02 AM

mdzam

"tak takut ke dgn Amaran Allah? bala mencurah2 skrg.."

mat mat, sebab tu lah ahjibgor harus dipecat. Era dia bawa banyak mala petaka - tanda dia ni tak sesuai

Tun Dr M dah pencen tak gila kuasa tamak kekayaan. Beliau hanya "microphone" suara akar umbi UMNO. Ramai ahli MASIH mengadu pada Tun sebab mereka ni takut kena hukuman

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2015 at 11:11 AM

TDM seorang doktor. Dia juga mantan PM. Dia juga melayu walaupun mix blood.
Sedikit sebanyak beliau tahu bagaimana sifat seorang pemimpin yg fokus dgn matlamat dan yg telah tersasar dari matlamat. Beliau juga sedikit sebanyak tahu sifat yg mendominasi pemimpin melayu bila mereka berada di puncak yg dikelilingi oleh penasihat2 beragenda.

Sebagai doktor yg observant, beliau sedikit sebanyak tahu bila ada pemimpin2 yg telah menzahirkan simptom2 yg in longterm merosak, tiada cara lain selain mengikut langkah2 pencegahan bermula dgn pemberian kaunseling, ubat dos rendah, ubat dos tinggi, pembedahan hingga yg paling ekstrim membuang anggota dgn harapan virus tidak merebak jauh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2015 at 11:25 AM

Lahirnya UNIted Malay N.Org sebagai pewaris legacy British ....alat zionist. Bila TDM memegang kepimpinan, Zionist tak senang krn TDM mentransfornasikan Melayu agar berpaksi pd agama dan bangsa yg kena dimerdekakan dr ikatan zionist selaka sejak 31 ogos 1957.

Namun kepimpinan UNIted MNO selepas TDM kembali kpd menjadi pewaris legacy british @ zionist. Islam liberal @ hadhari dan 1 malaysia diperkenalkan.

Atas rasa insaf menjunjung Islam @melayu, kita perlukan TDM utk kembali memimpin bangsa ini dgn menyatukan umat melayu terlebih dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2015 at 1:03 PM

Dap xpernah ubah dasar...
pkr x ubah polisi..
pas dgn umno je yg berubah....
Dan skrg bukan makin kuat...makin lemah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2015 at 2:05 PM

Bercakap soal transformasi yang tercetus daripada idea seorang pemimpin UMNO...

Dulu bila melayu nak mohon tempat di IPTA, biasiswa dan pinjaman pelajaran, ada kuota khas untuk bumi. Tapi apabila sistem kuota ini ditransformasikan, kuota ini terus dihapuskan. Akibatnya, melayu terus ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan yang lebih baik kerana faktor-faktor tertentu.

Ini adalah bukti bahawa trasformasi itu bukan menjurus kepada menambahbaik sistem sedia ada tapi menghapuskan sistem sedia ada. Pada masa yang sama mewujudkan sistem baru yang kononnya lebih adil dan saksama. Satu pandangan yang condong ke arah liberalisasi yang merosakkan asas negara.

Mungkin ramai tak tau bahawa transformasi itu adalah adik-beradik kepada reformasi. Perbezaan cuma satu iaitu reformasi dicetuskan semata-mata hanya untuk mendapatkan keadilan seorang manusia sahaja tapi transformasi adalah lebih menyeluruh demi mendapatkan keadilan untuk semua rakyattanpa mengira kaum dan agama. Teorinya nampak cantik dalam powerpoint tapi praktikalnya adalah tidak berpijak di bumi yang nyata.

Malaysia adalah negara berdaulat yang tiang serinya adalah melayu, Islam dan raja. Jika ada sesiapapun yang pandai-pandai nak tumbangkan tiang seri negara, maka akibatnya amatlah buruk. Melayu, Islam dan raja adalah hak yang wajib dikekalkan sampai bila-bila pun. Idea-idea merapu seperti transformasi, liberalisasi, rasionalisasi hanya bertujuan untuk mengganggugugat sistem sedia ada. Kenapa nak diusik sesuatu yang telah diterima sejak sekian lama.

Hakikat yang harus diakui ialah tuan rumah tetap tuan rumah dan penumpang tetap penumpang. Ianya adalah kekal dan tidak boleh diubah sampai bila-bila pun. Agenda nak mengubah perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan hanyalah semata-mata untuk menjadikan melayu terus merempat di bumi sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2015 at 2:44 PM

1500TH-1436TH=64TH....16TH sebagai persiapan secara serius.Prasarana perlu di siapkan,pemahaman dan pendidikan serta notis pemberitahuan untuk menempuh fasa tersebut.Andai malaysia berperanan baik,kita akan mengapai fasa emas 40TH.Bukan lagi pasal isu brim,tppa,perihal isteri pm,1mdb dll.Kita perlu pemimpin yang serious dan bijak utk mencapai matlamat tersebut.Ia sangat baik utk masa depan rakyat malaysia. Kita kena berubah dari sekarang utk menyatukan ummah.Bukan masanya kita melayan berita2 fitnah hingga kita semua terlalai.

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2015 at 3:47 PM

@Anonymous Ye lah... idris jala kat mane skrg hah langsung tak dengar cerita dikala musim banjir ni!

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2015 at 3:49 PM

Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah pun mendapat 'hukuman' kerana UBAH ni..

Lepas ni sapa pula? Hmm..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2015 at 3:51 PM

UMNO berubah sebelum rebah!!!

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2015 at 3:56 PM

Dah rasa geruh apbila mula-mula Najib memegang jawatan dan membentuk kabinetnya dengan melupuskan Kementerian Pembangunan Usahawan! Sehingga sekarang orang Melayu masih belum mencapai sasaran DEB. Kalau nak disalahkan Melayu tidak boleh sebab kerajaan yang dikuasai oleh UMNO! Hakikatnya ialah UMNO dipimpin oleh pemimpin yang GAGAL!

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2015 at 5:52 PM

Sekarang najib ada kekalkan satu dasar... sm mcm pak lah.. "bunuh" semua yg x sehaluan... kahirudin,daim , kadir,dll.... teori RAHMAN mcm sumpahan utk umno...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2015 at 7:05 PM

Umno baru kena mati sebab dah lepas sell by date dia. Ramai sangat yg menangguk di air keroh. Pastu nak jadi cita dah simbiosis dengan kaum sbelah sana. Ali baba punya budaya. Ali tu umno, baba tu semua skali yg selain ali. Problem dia lagi jauh. Problem utama dia institsi kekeluargaan melayu tu sendiri yg kena ubah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2015 at 9:05 PM

sbb najib malas nak baca komen diblog sendiri....sbb najib kata aq pm ko hado...

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2015 at 10:51 PM

Khabarnya, PM tiada di negara selama seminggu. Dia menghilangkan diri untuk menghadiri kerja-kerja yang sepatutnya dibuat oleh MITI. Bila PM tiada, maksudnya menteri kewangan juga tiada. Sementera rakyat marah dengan perselisihan perkauman dan agama, kekadang terlintas di benak, adakah semua ini sandiwara untuk mengaburi mata rakyat, menyenangkan penyamun-penyamun bekerja?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2015 at 8:55 AM

Idea kesamarataan hanyalah propaganda DAP untuk menghancurkan hak istimewa orang melayu. Malangnya, ada jugak melayu liberal yang turut terpengaruh dengan ideologi kesamarataan yang kononnya lebih adil dan saksama. Ya, benar kita adalah sama sahaja, tiada perbezaan sebagai seorang warganegara Malaysia. Tapi harus diingat bahawa ini adalah Malaysia yang asasnya adalah melayu. Orang melayu menerima bangsa lain sebagai warganegara dengan bersyarat iaitu mereka wajib kena menerima konsep ketuanan melayu.
Cuma sejak akhir-akhir ini nampak agak pelik sikit kerana apabila kita menyebut soal agenda melayu pasti akan dicop sebagai rasis. Rasiskah apabila kita mempertahankan hak kita ? Rasiskah apabila kita nak memastikan generasi melayu akan datang terbela nasibnya ? Rasiskah apabila kita mempertikaikan sekolah vernakular ?
Kita bukannya nak merampas hak bukan melayu. Kita cuma mahukan supaya keadilan itu dilihat sebagai sesuai pada tempatnya. Bukan adil dalam konteks kesamarataan kerana perbezaan itu tetap wujud kerana kedudukan melayu dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 12, 2015 at 8:54 PM

1. Idea Moderate Malaysia cetusan Ah Jib Gor mendapat sambutan baik daripada keturunan pendatang dengan intepretasi tersendiri iaitu kesamarataan.

2. Idea ini disokong sepenuhnya oleh kumpulan media bintang milik keturunan pendatang. Hari2 mereka promosikan idea ini di akhbar dan radio. Kebanyakkan jurucakap mereka terdiri daripada melayu2 yang tiada jatidiri atau melayu liberal.

3. Idea ini juga dijulang oleh 25+10 melayu lupa jatidiri. Kemudian disokong dengan membabi-buta oleh blogger2 bangang pilihan Ah Jib Gor.

4. Entah kenapa pemimpin2 bumiputera yang dipilih oleh rakyat tidak menghargai harapan rakyat bumiputera untuk memberi mereka kesenangan dan kesejahteraan di bumi bertuah Malaysia ini. Pemimpin2 ini lupa untuk bersyukur......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2015 at 2:16 PM

Ayat terakhir betul tapi kena pada pemimpin 2 terakhir je.......

Post a Comment