........... KEMASKINI 7:20PM - Tun Mahathir - Negara Tidak Perlu Pun 1MDB ! ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KEMASKINI 7:20PM - Tun Mahathir - Negara Tidak Perlu Pun 1MDB ! !

Friday, January 16, 201515comments

Komen terbaru dari Tun Mahathir bertanyakan nama bank di Cayman yang telah dipertanggungjawabkan melabur billion2 duit negara, eh duit kerajaan, eh duit 1MDB.

"Penjelasan itu tidak mencerahkan apa-apa kepada kita.

"Saya hendak tahu bank mana yang menyimpan wang itu. Jumlahnya berbilion dolar; kamu mesti simpannya di mana-mana.

"Saya tidak tahu di mana wang itu berada – ia adalah sebahagian daripada ketelusan,"
- Mkini.


Saya cek artikel asal di Sarawak Report

“The explanation does not enlighten us on anything”, the veteran politician insisted. “I want to know which bank it’s kept in now.  A billion dollars, you must keep it somewhere, you see.  I don’t know where the money is – that is part of transparency.”

Baru ni CEO Arul Kanda mengumumkan dana di Cayman sudah ditebus sepenuhnya namun bagi Tun, penjelasan itu masih tidak cukup telus.

“I question the explanation, it’s not something I can accept.  It is very shallow…. I question the creation of 1MDB and how it is managed. They [the managers] came to see me, but they couldn’t explain how the money was raised and why the power plants were brought at such high prices and the commission that was paid to Goldman Sachs”, Mahathir elaborated
.

Saya persoalkan kewujudan 1MDB dan bagaimana ia diuruskan. Mereka ( para manager ) datang bertemu saya tapi mereka juga tidak mampu jelaskan bagaimana dana itu diraih dan kenapa IPP dibeli dengan harga yang tinggi dan juga mengenai komisen yang dibayar kepada Goldman Sachs. ( terjemahan saya )

“I don’t think that it serves any purpose.  That’s my difference with the government.  I don’t think that it is necessary for us to have a fund like this.  We are doing well enough without a fund… in the first place they got the money to lend to the Saudis and they they put it in hedge funds. The government should not be gambling money in hedge funds”, Mahthir said, reiterating his main arguments against the development fund.

Saya tidak nampak keperluannya diwujudkan dana seperti 1MDB. Tidak menyumbang apapun. Kita dalam keadaan yang baik tanpa perlunya dana seperti itu. Kerajaan tidak seharusnya melabur dalam dana berbentuk perjudian seperti hedge fund.


( Saya ketemu satu artikel di Chedet bertarikh 15 Januari 2010 bertajuk The Hedge Funds... menarik untuk fahami maksud hedge fund dan risikonya )

Bukannya susah nak jawab persoalan dari Tun Mahathir itu. Yalah, mungkin 1MDB rasa tidak perlu nak dedahkan segalanya kepada rakyat tapi takkan dalam pertemuan empat mata antara Tun dengan bos2 1MDB pun, mereka tidak dapat berikan nama bank berkenaan ! 


Atau perjelaskan apa2 kemusykilan yang Tun ada .... nah, bila Tun sendiri tak puashati dan beliau luahkannya pada media, apalagi rakyat pun lagi lah tak puashati.

Satu lagi, betul juga apa yang Tun katakan. Sebelum ini ekonomi negara dalam keadaan yang memuaskan. Tak perlu pun diwujudkan dana seperti 1MDB. Sekarang bila ekonomi negara merudum, keadaan bertambah parah dengan bantuan 1MDB ! Itu yang rakyat fikirkan ....


PS - Baca juga di Astroawani

KEMASKINI 7:20 PM

Di tanah Arab pun media sudah mula bercakap mengenai masalah 1MDB ! - Gulftimes.


 

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2015 at 6:15 PM

Seperti yg dikatakan TUN berbulan2 lepas:
1MDB ialah satu PERJUDIAN.

Jika wang BESAR di BET oleh orang yg BUKAN PAKAR dalam bidang tertentu- ia umpama membeli 8D.

Seperti juga projek LEMBU- perjudian yg rugi- boleh bayar tapi MANA HASIl LEMBU nya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2015 at 7:07 PM

salam,
karang ada la yg jawab, ekonomi zaman tdm tak sama dgn sekarang. sekarang zaman globalisasi. zaman tdm, globalisasi baru nak mula dan tdm dah kritik globalisasi pasal tdm tak pandai main golf utk berbincang secara tertutup dan rahsia. bila dah tak tepuk bahu, macam mana usa nak berbaik dengan mesia zaman tdm. asyik nak menyalak kat usa jer. tun, bukan nak jilat macam ah jib gor, baru la liberal, moderat, transformasi, cakap mesti hebat, praktikal hancur tak apa di zaman globalisasi. tu yang mesia tak maju pasal tdm banyak sangat soal sampai tak boleh jawab. la ni, pm angguk dan terus setuju cadangan pemandu, teraju, konsultan, penasihat. tak ada soal pun kerana semua tu dan pm lantik menjalankan tugas bagi pihak pm. kan mesia dah maju kerana pendapatan perkapita rakyat mesia dah tinggi tak serupa zaman tdm, perkapita rendah jer. bila perkapita tinggi, harga barang mesti la mahal, baru sesuai dengan pendapatan.

la ni sibuk pasal minyak turun. orang dah tak pandang kat pembeli di usa dah, mereka pandang kat pengeluar, iaitu pemain minyak yg baru arab dan rusia. kalu lihat kat new york, tu semua ekonomi lapuk. tapi kalu pembeli tak beli, macam mana minyak nak naik harga. pening la orang yg jawab ekonomi ikut cara penulisan sastera.

para blogger yang bela ah jib gor tanpa berfikir panjang, memang golongan orang yang jual agama, bangsa dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2015 at 7:26 PM

Bajet 2015 adalah bersandar kepada anggapan bahawa harga minyak kekal pada paras harga 100usd setong. Apabila harga minyak jatuh menjunam ke paras 50usd setong, bajet 2015 perlu diselaraskan semula. Ini termasuklah kemungkinan kerajaan terpaksa menangguhkan projek pembangunan berskala besar. Apa yang kita risaukan ialah kerajaan dah berjanji pada rakyat untuk membina rumah mampu milik. Begitu jugak dengan pembinaan rumah baru mangsa-mangsa banjir. Kita harapkan projek yang berkait langsung dengan rakyat tidak terjejas dan diteruskan seperti biasa. Cadangan saya untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, bubar jerlah 1mdb, mkpn, talentcorp dan pemandu. Kalo kerajaan nak rakyat berkorban. Apalah salahnya kerajaan pun patut berkorban jugak dengan memansuhkan agensi2 yang tak beri faedah pun pada rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2015 at 10:07 PM

Adakah pembelian IPP dgn harga berlebihan salah satu cara penyelewengan berhemah... sama cara dap menjual tanah dgn harga murah dan menjual kembali dgn harga melambung?..

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2015 at 10:27 PM

Contoh yg lebih dekat adalah kes tanah projek TRX dan kem sungei besi   :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2015 at 11:41 PM

Sebenarnya malas juga nk mengulas hal ni. Dh berlambak kaki ulas, yg kaki ampu dan yg kaki bakar. Namun dlm keadaan 1mdb dh ada, dh melabur dan dh rugi, pernyataan dari tun bahawa negara tidak perlu 1mdb sebenarnya langsung tidak membantu. Adakah bila tun berkata begitu, hati rakyat akan lega, gembira dan kembang? Begitu juga bila kita kata negara tidak perlu ada najib, tidak perlu anwar juga. Soalnya mereka sudah ada dah dh berperanan. Sama ada peranan mereka menguntungkan negara atau merosakkan negara, itu soal kedua. Oh, sori aku merepek. Ok, sebenarnya manusia pemikir seperti tun harus mengusulkan idea bagaimana menyelesaikan soal langkah yg silap dilakukan oleh najib. Siapa yg menaikkan najib sebagai pengganti paklah? Tun tidak boleh lari dari tanggungjawab sebab kerjatangannya juga yg menaikkan pemimpin lemah dan gemalai najib ini. Tun tidak boleh begitu mudah berkata ' saya menarik balik sokongan kepada najib'. Semudah itu tun cuci tangan! Jd, selagi tun mampu berfikir, teruslah menyumbang idea, bukan cuba cuci tangan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2015 at 11:56 PM

Tun M sudah masak dengan pentadbiran dan selok belok kewangan negara. Tentu sahaja beliau inginkan jawapan yang memuaskan semoga tidak menjadi "bahan ledakan" yang boleh mematikan kerajaan dan Umno.

Terlalu banyak isu-isu yang jatuh ke tangan pembangkang untuk di manipulasi demi keuntungan politik mereka. Malah rahsia rasmi kerajaan dan maklumat beberapa individu boleh mereka akses secara terus lantas di sebar kepada awam. Apa implikasi nya ?

Tidak kah PM Najib berasa gusar ? Bagaimana pula para rasa pendokong Umno yang telah dari mula sehingga ke saat ini bersetia ? Kerajaan BN kian lemah kerana parti-parti komponen utama bersekongkol dengan rentak pembangkang. Tidak jelaskah isyarat nya ? Banjir besar di Pantai Timur masih lagi kita kekurangan logistik. Masih tidak memantau amaran dan bahaya mendatang. Masih membiarkan "tangan-tangan pemusnah nya" bermaharajalela.

Kata bijak pandai - Jika yang mengetuai dan memimpin kita semakin menjadi buta, wajar lah kita yang mengikut nya "bertegur sapa" menilai kesalahan yang di lakukan. Maka keputusan akhir nya di buat, terbaik secara berjemaah yang telah menilai dengan cara terperinci. Saranan ini sebenar nya memang dari Allah SWT.

Tolong lah jawab secara tuntas isu 1MDB. Juga cara Khazanah "memakmurkan" kewangan negara dan pemilikan ekuiti bumiputera. Ia teramat penting demi masa depan negara agar cekap bersaing secara menguntungkan untuk semua peringkat rakyat Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2015 at 12:34 AM

Nak cuba faham kalau 1MDB beli IPP harga mahal macam mana nak jual elektrik harga sekarang atau harga rendah pada TNB dan seterusnya pengguna ia itu kita lah.......hissss.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2015 at 1:33 AM

bagaimana tun nk bagi idea kalau maklumat di rahsiakn?.. mcm anak kamu, bgmana nak perbaiki keputusan periksa kalau report card sekolah tak tunjuk kat abah? salahkah abah klu anak walaupun dah di ajar masih kurang ajar? ... cuba renung kisah nabi noh dan nabi lut.. cepikir ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2015 at 6:25 AM

dah berbuih mulut tun menegur ah jib ..dah naik jelak pun..tapi ah jib tetap dengan ego dia sebagai blue eye boy. bior pape asai bergaye..bukan rete die..itu rete negare yg punye..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2015 at 7:53 AM

Contohnya dh baik hehe. Repot kad boleh dtg sendiri ke rumah jika anak tak bawa balik? Abah kena pegi sekolah jumpa cikgu minta nk tengok repot kad. Abah ada hak dan kelayakan utk jumpa cikgu sebab anaknya murid cikgu itu. Bukan semua org dibenarkan minta repot kad sesuka hati sesiapa yg dia nak. Begitu juga tun, tun ada hubungan dgn najib sebab najib naik kerana kerja tangan tun. Tun boleh jumpa najib, jumpa pengurusan 1mdb. Bukan orang mcm aku, mcm ko yg bukan sesiapa... Lain kali jangan kritik cikgu sebelum jumpa cikgu dan tengok apa yg tercatat dalam repot kad...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2015 at 10:52 AM

Dlm kerajaan ada penasihat dn ada yg punahsihat. Najib mesti berilmu, berfikiran bijak dn pndang jauh kedepan. Tun m dah terbukti dlm pentadbiran kerajaan. Klu x...malaysia xda dlm kedudukan sekarang. Npe ceo 1mdb letak jawatan?????????? Dana di tebus ketika rm susut nilai....??? Mmg untung sgt pelaburan 1mdb kn....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2015 at 8:53 PM

Klu sama.... kampung baru kl bakal menerima nasib serupa... tuan tanah hilang harta, serigala baham habuan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2015 at 12:04 AM

wuyooooo, cara mudah untuk selamatkan ah jib gor, salahkan tun kerana menyokong ah jib gor ganti pak lah. bila dah ganti, tun kena pulak fikir cara untuk atasi ekonomi yang lemah sekarang. yang bahagian umno undi dan beri sokongan 100% tak salah pulak. memang dah kronik penyakit penyokong ah jib gor ni. isu ni muncul pun kerana ada orang yang tahu dan mahir dalam bidang ekonomi dan perniagaan yang bercakap. kita faham, tak semua yang dikatakan benar dan tdak semua tindakan kerajaan salah. tapi jika perkara yang dikatakan benar dan tindakan kerajaan salah, sekurang-kurangnya, mereka dah jalankan tanggungjawab mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2015 at 7:17 PM

konsep dan pembentukan entiti mungkin tersirat niat yang baik tetapi apakah mungkin pelaksanaannya yang tidak menepati piawaian? maksudnya tidak mungkinkah ianya sama seperti DEB -- matlamat akhir tidak tercapai.

contohnya ialah industri keluli. penubuhan Perwaja tersirat agenda yang baik dan mewangi tetapi perjalanannya selepas itu yang tidak diurus dengan sempurna membuatkannya tersasar separuh jalan.

Post a Comment