........... Saya Seorang Blogger Rakyat | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Saya Seorang Blogger Rakyat

Friday, January 30, 20153comments

Berbual dengan seorang rakan mediasosial petang tadi, terpacul pertanyaan darinya .... wah, kuat berpolitik ler nih, katanya merujuk kepada artikel2 blog DT.

Ayat itu buat saya berfikir ..... Apakah saya ini blogger yang menulis hal2 politik ? Apakah cara penulisan saya sama dengan mereka yang diiktiraf sebagai blogger politik ?

Saya rasa saya bukan blogger politik.

Habis tu.... yang ko duk komen hal2 politik, hal2 Najib, 1MDB semua tu ? Bukan politik ke tu ?

Entahlah..... macam politik tapi rasanya bukan politik ! Mungkin nampak macam politik sebab berkait dengan pemimpin politik tapi isu2 yang saya komen hampir kesemuanya merupakan isu2 yang biasa dibincang oleh rakyat biasa. Isu2 yang menyentuh dasar dan tindakan pemimpin yang berkait rapat dengan rakyat.

Saya tidak sentuh politik dalaman mana2 parti. Mungkin adalah menyibuk sikit masa Pemilihan Umno tapi isu2 yang saya sentuh biasanya secara umum. Itu pun hanya beberapa peratus je dari keseluruhan artikel saya.

Komen2 saya mengenai dasar dan tindakan kerajaan pun hampir semuanya merujuk kepada laporan media, sama dengan rakyat biasa. Saya komen pula menurut kacamata rakyat bukan dari kacamata ahli politik.

Saya tak ambil tahu langsung politik dalaman Umno Negeri. Sebab tu kalau ada yang tanya saya macamana keadaan Umno Terengganu, saya jawab saya tak tahu. Siapa pegang apa jawatan apapun saya tak tahu. Sebab saya memang tak ambil pot hal dalaman mana2 parti politik.

Berbeza dengan rakan2 blogger lain, mereka boleh saja komen mengenai pergolakan politik dalaman parti. Siapa yang berpengaruh, siapa yang boleh pakai, siapa yang kuat bodek, siapa yang kuat kerja ( menurut pandangan mereka lah ). Sebut saja nama mana2 Ketua Bahagian, Timbalan, KP baik negeri sendiri maupun negeri lain, mereka kenal dan boleh bercerita. Siapa yang jadi Setpol siapa, apa peranan dan pengaruh mereka... semuanya mereka boleh cerita.

Itu baru boleh kita panggil sebagai blogger politik.

Saya tidak pandai benda2 tu semua. Makanya saya bukan blogger politik.

Saya cuma seorang Blogger Rakyat. Saya cuma tahu komen apa2 yang berkaitan dengan rakyat saja terutama yang menyentuh soal maruah bangsa Melayu. Sering saya tulis yang komen2 saya adalah merujuk kepada laporan media tanpa privy kepada mana2 info dalaman.

Saya menulis mengikut apa yang saya fikir tanpa dipengaruhi sentimen politik. Dan saya rasa apa yang saya tulis mewakili pandangan kebanyakan rakyat biasa. Jadi kalau ada isu2 yang saya komen itu berlawan arus dengan pro kerajaan, nak buat macamana kalau dah itu pandangan rakyat. 

Bukan kerja saya untuk mengubah atau membentuk persepsi rakyat, saya cuma menyampaikan persepsi rakyat.

Sekadar meluahkan perasaan  hehehe .......

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 9:54 PM

Blog to unblock... hehehe.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 10:04 PM

jgn riso tanggapan org pd kita...Allah ada...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2015 at 11:35 AM

Sdra Din,

1. Saya orang melayu dan islam sarawak. Saya suka blig anda kerana telah banyak membuka mata saya dan minda saya seluas2nya.

2. Saya mendapati sukar menjadi seorang melayu islam yang hidup dalam sebuah negara yang rakyat melayunya adalah kaum majoriti dan agama yang dianutinya adalah islam seperti dalam perlembagaan negara.

3. Jika saya melayu, jangan sama sekali meminta hak anda. Kalau tidak saya rasis dan dilaporkan kepada pihak yang berwajib, saya bersalah. Jika bangsa lain mengutuk kita, sabarlah dan terima ajelah. Itulah dia toleransi. Siapa kata...... pemimpin kita.

4. Jika saya beragama islam, jangan sama sekali bertekak untuk berkata benar, itu namanya beradap dan sabar. Kalau bukan islam melaungkan penghinaan sekalipun, jangan melenting...kita kena bertoleransi.

5.Jadilah melayu terus layu dsn islam terus tenggelam.

6. Apabila melayu islam ditindas, no leader to champion you. But when come election, melayu ditindas adalah tuan dan pemimpin adalah hamba kepada tertindas.

7. Tinggallah melayu dan islam pada nama. Tak guna mengecam Othman Wok....... kerana melayu islam ini sebenanya hanyalah retorik semata2.

Wallahualam

Post a Comment