........... Perang Team Mahathir - Team Najib Hanya Satu GAME PLAN Terancang | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perang Team Mahathir - Team Najib Hanya Satu GAME PLAN Terancang

Tuesday, January 27, 201523comments


Dah lama perkara/senario ini bermain dalam fikiran .... sejak team Najib menyerang Daim secara bersungguh2 ( yang mana target utama mereka sebenarnya adalah Tun Mahathir ). Mulanya saya anggap semuanya sebagai normal, reaksi spontan mereka yang mempertahankan tuan mereka daripada serangan 'musuh'.

Tapi lama kelamaan saya mula nampak akan satu pattern yang bagi saya, mungkin merupakan satu GAME PLAN yang dirancang rapi dengan mengambilkira respon rakyat termasuk reaksi dari sekumpulan kecil pengamal media yang mereka namakan sebagai Team Mahathir.

Entahlah ... nak katakan satu konspirasi, tak juga. Konspirasi bila satu pihak bersekongkol dengan pihak lain bertujuan menjatuhkan musuh. Tapi mereka ini tidak ada musuh. Tujuan mereka hanyalah mahu melagakan dua pihak supaya permusuhan itu bertambah kronik. Samada berlaku pertempuran atau tidak, itu bukan keutamaan mereka. Pihak mana yang kalah atau menang juga bukan prioriti mereka.

Well .... kalau tuan mereka menang, mungkin ia merupakan satu bonus besar. 

Keutamaan mereka adalah RM. Projek atau kontrek dari Najib yang bernilai ???? bagi mempertahankan kuasa.

Secara mudahnya, mereka mengambil sepenuh kesempatan di atas keadaan dan dalam kes ini - atas teguran Tun Mahathir terhadap Najib. MO mereka -

1 - mewujudkan persepsi bahawa teguran Tun itu adalah satu serangan atau ancaman yang serius terhadap kepimpinan Najib
2 - membesarkan semaksima mungkin tahap ancaman itu
3 - mewujudkan apa yang dinamakan sebagai Team Mahathir, seolah ia satu gerakan yang dirancang begitu rapi ..... bukannya kritikan bebas beberapa individu yang secara kebetulan selari dengan pandangan Tun Mahathir. 
4 - menghangatkan sepanas mungkin kontroversi itu, contohnya menggunakan TV3 dan media sosial supaya ia menjadi bualan hangat rakyat. Biar semua rakyat bercakap tentang isu itu.
5 - Laporkan kepada Najib bahawa situasi sudah semakin meruncing
6 - Sediakan Pelan Menyelamat kepada Najib .......... dan HARGA PAKEJnya. 

Makin besar dan panas isu, makin ramai askar yang diperlukan, makin rumit perancangannya dan sudah pasti MAKIN BESAR DANA YANG DIPERLUKAN.

Itulah keutamaan mereka - RM.

Maknanya perdamaian bukan matlamat. Peperangan yang diingini. Hanya melalui peperangan, RM akan mengalir.

Itulah GAME PLAN mereka.

Sebagai perbandingan mudah, lihatlah Perang Iraq. Ancaman diperbesarkan semaksima mungkin - kononnya Iraq memiliki WMD. Serangan harus secara besar2an dan menggunakan sebanyak mungkin aset tentera dan selepas tamat perang, tempoh untuk capai keamanan sebenar dilanjutkan selama mungkin ( bagi mewajarkan kehadiran tentera US di bumi Iraq )

Siapa yang untung sebenarnya ?

Amerika ? Iraq ? Israel ? Yang untung adalah pembekal aset tentera US ! 

                                           *****************************

Siapakah Team Mahathir ? Wujudkah Team Mahathir itu ? Saya rasa tidak ...... Setakat 2-3 orang yang mungkin berbincang sesama mereka dan bertindak secara bersama mungkin ada. Kalau itu dinamakan sebagai satu Team ....well, takkan setakat 2-3 orang je mampu menimbulkan ancaman besar ?

MUNGKIN team Najib ada menyenaraikan blog DT ini sebagai Team Mahathir kerana banyak mengkritik Najib dan sering melayan kritikan2 yang dilemparkan oleh Tun. Seperti yang saya katakan, kebetulan apa yang Tun tulis itu selari dengan pandangan saya ( malah selari dengan pandangan rakyat juga ), maka saya tumpang sekaki lah. 

Tapi saya tidak diarah oleh Tun Mahathir atau Tun Daim atau sesiapa pun, apatah lagi dibayar untuk menulis segala kritikan itu. Saya percaya keadaan yang sama juga dialami oleh beberapa blogger lain yang sealiran. Semuanya luahan ikhlas dari hati tanpa paksaan atau sogokan.

Team Mahathir ? Hahahaha ..... namun label Team Mahathir itu selalu dimainkan dan lama kelamaan seperti sudah sebati dalam persepsi umum bahawa memang wujud Team Mahathir.

Nampak gayanya GAME PLAN team Najib ini sudah hampir kepada klimaksnya, iaitu persetujuan dari Najib kepada Rancangan Menyelamat mereka dan penyaluran DANA yang mereka idamkan.

Kalau dulu mangsa kepada GAME PLAN sebegini adalah para pemimpin yang berdepan dengan isu yang mampu menjejaskan imej dan kredibiliti mereka, yang mendapat perhatian ramai. Mereka bijak serta pantas mengambil kesempatan atas situasi malahan mereka juga terbabit sama menghangatkan situasi itu dan kemudiannya menawarkan khidmat dalam bentuk Rancangan Menyelamat kepada mangsa.

Kini level mangsa mereka sudah mencapai tahap yang tertinggi sekali iaitu Perdana Menteri sendiri !

Perdamaian bukan matlamat mereka. Lagi hebat pertempuran lagi tersenyum lebar mereka.

Tak percaya ? Renungilah apa yang telah berlaku akhir2 ini. Perhatikanlah apa yang sedang berlaku ketika ini .... 

Sama2 kita tunggu dan lihat ..... tak lama lagi dah.

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2015 at 7:44 AM

Penulisan yang baik. Tuan yang budiman, mohon pautkan blog baru saya ke dalam blog tuan.

http://kungkalikung2015.blogspot.com/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2015 at 8:05 AM

Semoga Allah gagalkan tipu muslihat mereka yg berniat jahat. Satukan lah kami ya Allah, khususnya umat Islam di bumi Malaysia ini. Amankanlah negara kami...ya Allah! ya Mukmin ya Maha Aman....sesungguhnya kami sedar tidak ada nikmat yang lebih baik daripada hidup dalam keadaan aman sentosa, rukun dan damai. Anugerahkanlah kebijaksanaan, ketabahan, kekuatan kpd pemimpin2 kami dalam mentadbir negara tercinta ini. Aameen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2015 at 8:47 AM

hang ni mengarut lah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2015 at 9:19 AM

betul..itulah yg sebenarnya sbb mereka tahu yang boss mereka suka dibodek, suka membodek utk selamat diri sendiri..

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2015 at 9:27 AM

Yang untung pembangkang. Perisai untuk tema- tema terlibat sudah masuk fasa bercerai roboh...

Najib kena panggil "mensyuarat meja bulat" melibatkan semua tokoh-tokoh terlibat dan balik bersatu hati, bersatu perjuangan. Bukan menaikkan darjat pembangkang yang sudah tersalah sasar ketika ini.

Kita tahu tokoh pembangkang sedang mencari resepi terbaik makanan berkhasiat demi boleh menolong "keputusan para hakim" dalam bulan februari kelak....

Jika kesihatan semua majoriti Melayu dapat merasakan hasil nikmat nya, tidak mengapa jua satu pihak mesti berkorban apa saja perkukuh platfom perjuangan di jalan benar. Di harap bukan $$$$$ seperti kita gusarkan yang boleh sahaja di anggap ekstremis sehingga di cop menjadi teroris terancang. Pihak yang pergi berperang hanya alat yang di beri arahan dari masa kesemasa yang selalu nya sudah di jenamakan. Negara-negara teluk kucar, seperti DT olahkan memang berpunca dengan rancangan untuk menguasai, kemudian di kuasai demi $$$$ yang memungkinkan apa sahaja perancangan di masa hadapan.

Dulu Team A dan Team B. Masih berlarutan? Tersenyum lebar Dap....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2015 at 1:40 PM

Jangan percaya 100% cakap penasihat. PM kena turun padang, cross check apa penasihat cakap, kena ada SB pantau penasihat, kena ada SB pantau SB. PM kena pantau SB. Sultan Melaka tak pantau Raja Mendeliar, tengok apa jadi Melaka. Tun M tak pantau Anwar, dah nak bersara baru nak siasat, tengok apa jadi. Jangan percaya 100% penasihat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2015 at 2:03 PM

Apa yang di perkatakan oleh Mahathir rasanya sama dengan apa yang dibualkan oleh rakyat jelata di warung-warung, kedai kopi, pejabat dan lain-lain.
Yang menimbul isu kem Mahathir ini tentulah mereka yang dahulunya di dalam kem yang anti Mahathir.
Merekalah agaknya yang coba mengambil kesempatan dari keadaan ini.

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2015 at 2:37 PM

Mohon share di blog kawan...TQ Bro..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2015 at 3:13 PM

Menjatuhkan pemimpin atau pemimpin empunya diri,yang menjatuhkan dirinya sendiri kerana amalan dasarnya sendiri.40% penduduk malaysia di tahap pemikiran cerdik.Baki 60% di tahap semi-cerdik dan menurut atau bersyukur pada jangkamasa yang pendek.PRU 14 akan menterjemahkan dalam bentuk pola2 tersebut.PRU 13 adalah pertunjuk awal dan akan melebarkan jurang perbezaan jumlah kerusi parlimen pada kedudukan menang tipis atau bertukar kepada pemimpin kerajaan yang baru.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2015 at 4:01 PM

definisi team harus dihalusi. kalau bermakna setuju dgn dr M maka ramai totok team mahathir.

tp kita mmg mahu najib berundur. jadi team mahathir tidaklah keterlaluan sebenarnya. lagi bagus kalau tun m mmg berniat menyingkirkan dia.

balik pada asal team tun m ataupn tidak kita semua masih mahu najib turun. tumpang keadaan melihat seperti najib akan kecundang lebih baik kita ramaikan lagi suasana. sekiranya najib berundur kita jga yg untung.

ketua jenis apa kalau pengikut sesuka hati merancang dibelakang dia. itupn kalau mmg bkn dia tuk dalang. itulah petunjuk terang lagi benderang bahawa pemimpin seperti ini amatlah lemah.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2015 at 7:07 PM

gua cilok bro, tq

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2015 at 12:32 AM

PERHATIAN:
Blogger Upahan Perompak dan Lanun seperti di bawah adalah merupakan DURI DLM DAGING, GUNTUNG DLM LIPATAN yg masih dikategorikan sebagai Blogger Pro-Kerajaan walaupon hasil kerja mereka ini sebenarnya Melemahkan Kerajaan, Menganggu-gugat, melagakan Pemimpin Sedia Ada (Bukannya yang dah Pencen), dan Mengutuk, Mencari Salah sana sini Pentadbiran PM DS Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri dan juga Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional - UMNO.


1. OutSyed The Box - Syed Akbar Ali
2. Din Turtle
3. The Scribe A Kadir Jasin
4. Zamkata - Zainuddin Maidin
3. The Sense, Credibility and Accountability
4. Life of Annie
5. Apanama

Silalah kemukakan bukti, setakat hari ini Rabu, 28 Januari 2015, berapa banyakkah artikel, tulisan yang menyentuh, menceritakan, memberi gambaran mengenai Salah Laku Tun Mahathir dan Tun Daim? Apakah semasa zaman Pentadbiran Tun Dr Mahathir, segalanya sempurna? Kenapa Isu Tol Tak pernah turun yg dibuat semasa Tun tidak dibangkitkan oleh Blogger ini? Apatahlagi isu-isu mengenai Kejahatan Regim DAP Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng, Anwar Ibrahim, Mohd Sabu dan sebagainya. TIDAK, mereka ini hanya berminat mengenai hal-hal berkaitan yang hanya bertumpu kpd PM DS Mohd Najib dan kesuluruhan pentadbiran beliau.

Adalah dipercayai bahawa Mereka ini dibiayai oleh Mahazalim MahaFiraun Tun Mahathir dan Perompak @ Lanun Wang Rakyat Tun Daim Zainuddin samada secara terus mahupon secara Proksi. Mereka ini ada tabung yang kuat dan sebarang isu yang memburukkan Kerajaan DS Moh\d Najib, mereka akan dapat Hadiah Saguhati..

Oleh itu, Blogger Pro-Kerajaan perlu berhati-hati dengan setan dan jin yang nampak bersama kamu di dalam menentang Cyber Red Bean Army Pakatan Rakyat Kelolaan DAPigs, tapi setan-setan dan jin ini membunuh usaha kamu secara halus-halusan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2015 at 1:02 AM

@AnonymousDT no 2 !!! Wow ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2015 at 8:12 AM

Anon 7.07....

Its either you are suffering from dementia or pure loon. I try my best to stomach your comments but unfortunately my taste bud said no.

1. For you to list down the names of "trouble makers" appeared malicious to influence the thoughts of rational thinking malaysians

2. I am a sarawakian and has been living in KL for almost 40 years. I have met many people like you speaking evil about past leaders and other rational thinking personalities.

3. You do not differentiate ISSUES and personal differences. ISA, AKTA HASUTAN, BRIM, TPPA, 1MDB ARE ISSUES INVOLVING THE PEOPLEAND THE NATION. Sodomy is about personality.

4. Accusing past leaders of robbing the country etc shows your immaturity of thoughts as most dap, pkr and pas are. Try to be open minded and THINK.

5. I am not umno supporter. I am a normal voter who have seen PM goes PM comes. After a dismal performance of PM5, PM6 is no different and even worst. Factual criticisms are met with accusations and allegations.......have you no grey matter to differentiate?

6. To all those listed as blogger perompak and lanun, keep writing and exposing wraknesses of current PM to avoid defeat in incoming pru14.

7. All I can say here is anon 7.07 is a typical najib's paid blogger meant to neutralise the listed bloggers' write up. Believe me sir, you are not their match.....antara bumi dan langit.

Wallahualam




....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2015 at 8:54 AM

1. Sdra Din and those listed bloggers, please continue exposing the weaknesses of najib. I do not want this country to go down to the dogs.

2. Sdra Din....Boleh tak conduct a survey whether umno members want muhyiddin to take over immediately?

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2015 at 9:19 AM

Saya lebih nak tahu 7 nama bloggers terbaik yang berlawanan dgn senarai diatas yg menjadi pujian anon itu. Dari situ baru senang nak buat perbandingan ..... siapa yg berbayar dan tidak.
hairan ya.... kenapa kesemua yang disenaraikan adalah blogger bebas yg tidak dibayar untuk menulis ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2015 at 9:25 AM

@dinturtle


Rasanya yang buat karangan panjang lebar ni siapa ye?
Malaun dalam kem Najib atau malaun cybertrooper Pakatan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2015 at 2:50 PM

Bro Din, ah jib gor dah umum nak bagi sampul angpau percuma kat fb... memang terbaik la pm sorang ni.. mohon komen dari bro din... dah berbakul2 nasihat orang bagi, tak masuk jugak dalam kepala PM 1Malaysia ni..

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2015 at 3:17 PM

RM - Rosmah Mansor ke Ringgit Malaysia?

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2015 at 6:54 PM

Jika mereka nak sebut ream Tun M tu terpulanglah tapi yg senada dgn Tun M adalah tujuan nak selamatkan Agama Melayu dan negara bukan nak selamatkan tun M ...manakala satu lagi pihak nak selamatkan Najib bukan Agama Melayu dan negara serta kuasa melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2015 at 7:58 PM

Saya sgt setuju dgn komen anda tn syed hassan

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2015 at 8:33 PM

Mn kau thu yg serang daim tu team najib ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2015 at 6:21 PM

Kita tunggulah pilihanraya umum. Cakap banyak tiada guna.

Post a Comment