........... Najib - Anwar ? Takkanlah Najib Nak Telan Kahak Yang DiLudahnya ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib - Anwar ? Takkanlah Najib Nak Telan Kahak Yang DiLudahnya !

Saturday, January 24, 201514comments




Akhir2 ini ramai yang memperkatakan kemungkinan Najib bersekongkol dengan musuh politiknya Anwar dalam berdepan kritikan Tun Mahathir dan Daim. Ini berdasarkan liputan meluas yang diberikan oleh media yang dikawal oleh Umno terutamanya TV3 terhadap kenyataan pemimpin pembangkang termasuk Anwar yang kononnya sanggup kedepan dengan bukti bagi mendakwa Daim terlibat salahlaku rasuah (?) dan CBT.

Macam tak percaya jer ....... takkanlah begitu terdesak Najib ?

Bukankah Najib pernah melabel Anwar sebagai si Kitul moden pada PAU 2012 lalu ? Tidak cukup dengan siKitul, ditambah lagi dengan gelaran Sesumpah Politik dan Lidah Bercabang !

Memang Bapak Bangang lah kalau betul terdapat koloborasi antara mereka berdua .... hmmmm mungkin itu yang dinamakan Rekonsiliasi Nasional ...

Saya tak percaya Najib sanggup menelan kembali kahak yang diludahnya terhadap Anwar semata2 nak mempertahankan kuasanya.


Sinar  29/12/2012
Namun itulah rumusan ramai termasuk blogger otai contohnya A Kadir Jasin ( KLiK ). Well ..... jika mengingat kembali akan amaran yang AKJ pernah sebut sebelum ini yang Daim serta mereka yang diserang itu juga mempunyai cerita2 yang mengiurkan tentang Najib, bagi saya - What the hell, SERANGLAH !!


Terbaru dari blogger Annie, kemungkinan serangan terhadap Tun Mahathir dan Daim sudah STOP. Katanya serangan itu bukannya datang dari pejabat PM tapi dari assholes ( tak sampai hati nak terjemah ) di luar pejabat PM. 

Hebat2 blogger2 otai ni .... kabel diorang panjang dan tebal. Benar atau salah, yang nyata menambah rencah bahan gossip.


Hampir semua sepakat mengatakan yang Najib terdesak. Paling tidak pun, risau/terancam/gabra/berpeluh/taksenangduduk dengan kritikan dari Tun Mahathir dan Daim.


Yang saya masih tidak faham sehingga kini adalah, kenapa yang diserang adalah pengkritik bukannya menjawab kritikan ?

Buat tak tahu jerlah dan teruskan dnegan segala program2 Transformasi yang telah dirancang.... biar hasilnya menjadi bukti terhadap segala kritikan. Kalau yang ditanya adalah mengenai 1MDB, maka jawab ajalah.

Jika dasar ekonomi Najib adalah terbaik, buktikanlah dengan angka2 atau yang senang orang faham, tunjukkanlah betapa angka penerima BR1M sudah menurun dengan drastik bagi menunjukkan betapa kerajaan telah berjaya meningkatkan ekonomi rakyat. ( errr ... dah turun kan angka tu ? )

Langkah menyerang kedua tokoh negarawan itu akan hanya mengundang bahana politik yang lebih besar.  

Oya, sekarang juga sudah mula kedengaran akan kaitannya Rekonsiliasi di atas dengan keputusan kes Liwat 2 Anwar ..... yalah, kenapa lama sangat nak capai keputusan hukuman ? Mungkin saya salah tapi rasanya Hakim sudahpun sabitkan salah, cuma mahu menetapkan hukuman jer.

Entahlah ... habis semua benda nak dipolitikkan. Ada baiknya para hakim segera buat keputusan kes liwat Anwar itu supaya dapat ditangkis sebarang persepsi negatif yang semakin marak tersebar.

Malah ramai juga yang kata kes Anwar itu antara perkara yang dibincangkan dalam Golf Diplomasi antara Najib dan Obama di Hawaii baru ni.

Yang pastinya, Najib masih perasan beliau adalah yang terbaik untuk terus memegang jawatan PM.

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2015 at 6:12 PM

Din...persepsi semua tu.... nak menyedapkan hati. yg buat cerita adalah golongan penyokong tegar anwar al jub dulu. nak cakap kat org umno yg umno benar mereka malu...jadi mereka buat-buatlah cerita anwar baik ngan najib dan sedang berpakat.....SUPAYA mereka boleh duduk semeja nganorg umno untuk kembali ke arus perdana...we are buddy now man...sambil senyum sengit alang-alang malu gitu.... ceh....- WakAbi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2015 at 6:25 PM

tu la pelik ni...lama sgt keputusan diambil hakim untuk menghukum anwar...klu rakyat biasa hari ni bicara hari tu juga hukum..keh3...

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2015 at 6:51 PM

Ya saya juga harap ia sekadar persepsi kerana hormat saya pada Najib akan hilang terus jika ianya benar.
Persepsi jika dibiarkan terlalu lama dan disokong oleh circumstantial evidence ( peranan tv3 dan kes liwat ) mampu beri kesan negatif yg sukar dibaiki .... apatah lagi jika akhirnya ternyata ada antara evidence itu berlaku seperti yg di gossipkan.
contohnya..... katakanlah anwar dibebaskan juga..... pasti melekat persepsi itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2015 at 6:56 PM

Dalam politik, apa pun boleh. Tidak hairan pun

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2015 at 7:04 PM

salam,
ah jib gor ikut tdm, terus bekerja walaupun akan berhenti bila-bila masa. selagi berkuasa, teruskan melawat luar negara kerana kemudahan yg ada sebagai pm. kalu dah pencen nanti tak dapat layanan vvvvvvvvvvvvvvip, setaraf vip biasa jer, tak boleh nak naik jet ikut masa sendiri. masa jadi pm la masa nak melancong sambil bekerja, nak harap menteri miti, menteri lain, cap ayam belaka tak cerdik langsung, semua dok harap kat pm ah jib gor dan bini nak cari pelabur. makan gaji buta jer semua menteri ni. patutnya, ah jib gor jer pegang semua jawatan menteri tu, memang patut la blogger dok kata tak ada yg layak ganti pm kerana pm kena ambil alih dan jalankan tugas menteri dan semua mp seta ajk bahagian umno

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 24, 2015 at 11:18 PM

Rakyat biasa macam saya cuma nak lihat orang yang telah disabitkan dengan jenayah liwat (menceroboh lubang dubur orang tanpa kerelaan) dihukum dan mangsanya diberi keadilan sewajarnya. Bukan nak lihat "drama" politik. Harap Ah Jib faham.

Agak menghairankan bila mana mahkamah mengambil masa sebegitu lama untuk membuat keputusan dalam kes yang pada saya tidaklah serumit mana kerana ia begitu terus-terang (straightforward) dengan adanya bukti DNA. Malah bukti tersebut berada 4cm ke "dalam". Orang gila manakah yang sanggup buat kerja nak sembunyikan bahan bukti sebegitu dalam ? ;)

Saya juga harap Ah Jib tidaklah sebodoh ini untuk mencipta satu drama politik yang amat bangang dengan mengupah peliwat sebagai pelakon gandingan.

Harap2 lepas ni boleh buang semua CONsultants dan mula ajak semua menteri & ahli2 pakar dalam UMNO/kerajaan dalam menyelesaikan apa saja permasalahan dalam negara.

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2015 at 12:21 AM

Ingatlah kepentingan ummah mesti didahului dari segala yg lain

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2015 at 1:09 AM

re: "Saya tak percaya Najib sanggup menelan kembali kahak yang diludahnya terhadap Anwar semata2 nak mempertahankan kuasanya."

Percayailah Tuan Din, dua orang ini dah terjunam nafsunya kepada gaung amarah yang tidak terkawal .. . merebut kuasa demi berkuasa bagaimanapun .... terhilang martabat mukmin Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2015 at 10:53 AM

Politik tak punya intergriti. Kawan atau Lawan adalah sama. Mereka cari makan. Kamus politik, majoriti adalah orang yg berkuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2015 at 12:49 PM

Dlm politik bkn takat kahak...kencing org pun boleh terima. Politik anwar kelihatan utk kepentingan diri dan kebebasan dr belenggu hukuman...
1 langkah kajang yg sumbang....
2 pertuduhan fitnah keatas khalid dlm isu air...akhir akui mengutungkan rakyat selangor
3 pertuduhan fitnah dlm isu kidex...akhirnya ikut
4 bodek najib menentang team mahadhir daim...agar mendapat pertimbangan mahkamah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2015 at 3:22 PM

Kalau betul perkara di atas berlaku:

1. Apa gunanya menjadi seorang melayu beragama islam?

2. Dimanakah letaknya kewibawaan seorang pemimpin islam?

3. Apakah terlalu nipis iman seorang pemimpin yang telah diberi mandat untuk memimpin?

Wallahualam


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2015 at 4:02 PM

najib berundur ..anwar ke dalam..selesai semua kemelut negara..
kedua dua nya sama berkiblat ke barat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2015 at 7:14 PM

Harap kerajaan terjemahkan isi kandungan dasar kerajaan dgn betul2.Sebab hamba dah jadi tahap dungu.Dari tranfomasi subsidi (Rasionalisasi subaidi) menjadi Brim.Lepas tu, Negara berpendapatan tinggi (macam lawak bunyinya).Timbul isu Tppa.Kemudian 1mdb.Oleh kerana kurang power jati diri orang melayu,maka di di perkenalkan ideologi librealisme dan moderation.Budak sekolah pondokpun,bantai gelak kalau mereka benar2 faham.Di luar,berlegar 2 dasar yang menipu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2015 at 8:30 PM

Say no to AI. Perosak bangsa, agama dan negara.

Post a Comment