........... Maruah Isteri Pemimpin Lebih Bernilai Dari Rakyat Biasa ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Maruah Isteri Pemimpin Lebih Bernilai Dari Rakyat Biasa ?

Wednesday, January 14, 201521comments


Memang viral lah isu gadis Melayu KPop ! Menteri pun dah enter frame dan tidak terkecuali pihak Jabatan Agama pun beri komen.

"Sehubungan itu, bahagian penguatkuasaan Jawi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam. - mstar.

Blogger pun ikut sama memainkan isu panas ni hingga menjadikan perempuan2 Melayu terbabit tumpuan ..... kait dengan soal maruah BANGSA MELAYU dan ISLAM bla bla bla... 

Dicarinya identiti mereka dan kalau boleh muka mereka pun mahu dipaparkan !

Saya cuma perkatakan apa yang berlaku tanpa sentimen, ok.


Tapi bagaimana dengan perbandingan yang diutarakan oleh blogger SyedOTB ini - 

Kedua kes berlaku atas pentas depan khalayak ramai dan melibatkan artis luar.


woooooh .... tolong jangan aibkan orang, BERDOSA tau..... Ko tak belajar agama ke ?


ISU di sini bukan mereka yang di dalam gambar tapi KITA. Kenapa penilaian dan tindakan kita berbeza antara dua kes di atas ?

Adakah maruah isteri pemimpin lebih perlu dijaga berbanding maruah rakyat biasa ?

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2015 at 3:12 PM

kan aku da kata...undang2 hnya untuk rakyat kelas bawahan aje....terutama islam..kah3

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2015 at 3:21 PM

Din, aku rasa tak patutlah kalau kita nak backup satu dosa, maka kita pun membandingkan dosa yang setara dengannya. Sebagai contoh, kalau pemimpin PR dituduh rasuah, pasti akan dibalas balik dengan mengatakan orang UMNO pun rasuah jugak. Jika beginilah keadaannya, kita akan jadi sama macam bangau oh bangau yang sering menyalahkan atau nak membabitkan orang lain atas kesalahan sendiri. Sendiri buat sendiri tanggunglah akibatnya. Kira sebijik macam Anwar Ibrahim. Bayangkanlah kes dia dengan Saiful pun nak dipersalahkan UMNO jugak.

Sori Din, aku bukan nak backup Kak Mah sangat pun. Tapi, aku tak suka orang yang sering membanding-bandingkan dosa sendiri dengan dosa orang lain. Dosa kita dosa kita. Jangan kita nak membabitkan dengan dosa orang lain pulak. Sebagai contoh, macam isu sentuh anjing. Sampai ada yang menjawab kalau sengaja sentuh anjing tu berdosa, bagaimana pulak bagi yang sengaja bersentuhan dengan bukan mukhrim. Jawapan aku senang jer. Sentuh anjing tu berdosa dan haram. Sentuh bukan mukhrim pun berdosa dan haram. Jelas kan ? Tak payah nak konar-konar. Mengaku jerlah yang diri sendiri dah buat salah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2015 at 3:26 PM

Rosmah ada pakai tudung ke?
Blogger outsyed the box ni memang anti-kerajaan UMNO/BN.
Blogger "Melayu" paling sial sekali adalah OutSyed the box!

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2015 at 3:38 PM

Oooooh.... isu sebab gadis2 tu bertudung... kalau tam bertudung, takderlah jadi isu dan pejabat agama pun tak perlu komen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2015 at 3:51 PM

Din, makin jelas dh sisi kau ni. Aku suka blog kau...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2015 at 3:52 PM

@dinturtleAku sedih Din kenapa gadis-gadis bertudung ni mudah diperalatkan atau membiarkan diri terperangkap dengan isu-isu sensitif sebegini. Dulu kes sentuh anjing pun melibatkan gadis bertudung jugak. Sekarang pulak kes gadis bertudung peluk artis kpop. Kita mintak menteri yang jaga belia ni supaya kurang-kurangkanlah sikit keliberalannya tu. Inilah akibatnya apabila kita terlalu liberal sehingga mengatakan tak apa, tiada salahnya ataskan tak melampaui batas. Semuanya boleh atas nama kebebasan. Oh, ya...Ah Jib Gor pun kena peratikan jugak. Jangan terlalu liberal sangat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2015 at 3:53 PM

Yang menambah celaka Jawi/Jakim ni, video Stopa spenda tak nak plak bukak kertas siasatan..
Bull punye undang2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2015 at 4:03 PM

apesal awak marah sangat kat OSTB wahai anon 3:26pm?

bagi aku betul la apa yang dia tulis dalam blog dia tu. kalau awak tanya rosmah ada pakai tudung ke? kitorang boleh soal awak balik...rosmah tu muslim ke bukan? tengkiu..

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2015 at 4:17 PM

artikel ini berkenaan cara KITA menilai dan komen isu. Kedua kes di atas cuma contoh. Kenapa berbeza ? itu jer....

Mohon pengomen jangan spin pada isu lain ya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2015 at 4:19 PM

@Anonymous

Anonymous
January 14, 2015 at 3:26 PM

bersikap minda terbuka bro.mengkritik tak bermakna anti. kritik adalah teguran yang biasanya digunapakai untuk mereka yang disayangi. lihat dari sudut konten penulisanya dan sila buat rujukan akan bahan penulisan yang dipaparkan. dari situ dapat dinilai dan ditetapkan kebenaran atau kebatilanya. pendapat saya OSTB bersikap berani kerana benar dan tetap akan bertanggungjawab ke atas penulisanya. penulisanya semata mata untuk berkongsi maklumat dengan pelawat ke blog beliau. saperti juga blog blog yang lainya, tujuan mereka adalah sama manakala penulisan mereka berbeza. matlamat adalah untuk mendapatkan respond dari yang empunya badan dan apabila berdiam, bermakna mereka bersetuju dengan apa yang dituliskan.

pendapat saya, bacalah dengan minda yang terbuka dan berikan pertimbangan dengan akal fikiran yang sehat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2015 at 4:21 PM

Tudung skrg ni cuma sekadar fesyen jer, tak berkaitan dgn aqidah...ramai jugak yg tak pakai tudung tapi akidah dan akhlak mereka lebih mulia...

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2015 at 4:55 PM

oya, satu lagi contoh -

Katakanlah orang bising dan jabatan agama pun ikut komen isu homoseks ........ kenapa tak bising dan komen sama hal Anwar yang didapati bersalah kerana homoseks ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2015 at 6:26 PM

Laaa mak rosmah anggap mereka sebagai ibu-anak. Datin,dah me..p.....
Tapi kpop ni org2 muda ghairahnya lain....:-P

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2015 at 6:48 PM

salute che Din, apa yg benar perlu didedahkan walau pahit. hilangkan PHD dan komen dgn akal kurniaan Allah sebagai muslim.. i follow

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2015 at 6:57 PM

salam,
kat malaysia, kalu tak pakai tudung satu dosa yang besar mengalahkan orang yang buat fitnah. yang berzina dan divideokan pun majlis agama tak panggil, kerana video tu besi. ni berubah pulak. hukum ikut orang ramai respon dan golongan yang beri respon pulak macam nak ambil kesempatan jer. nak popular la tu.

yg peluk tu memang salah pun, tak ada orang yang kata betul dan bersetuju. hanya kj jer harap pompuan tu tergoda kat lelaki kulit hitam dan tak kisah kalu dipeluk kerana tak komen tang peluk. tapi bila nak ambil tindakan, jangan pulak berpilih ikut darjat. kalu nak ambil tindakan, sapu semua sekali la. jangan ustaz buat fitnah pun kita beri dia peluang jadi khatib kerana ramai yang pi dengar dia buat fitnah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2015 at 8:13 PM

saya rasa isunya adalah tentang tindakan yang berpilih.ianya satu kesalahan pada satu pihak dan ianya bukan kesalahan pada pihak lain.

keasalahan yang dinyatakan adalah melakukan perbuatan kurang sopan di khalayak umum.dalam aspek ini,memang terlihat kesalahan berlaku terutamanya dalam kes kpop dan gadis melayu.

kalau kita lebih teliti,kesalahan serupa pernah dilakukan seorang artis dalam program gegar vaganza baru2 ini.peliknya tiada pihak2 yang menjadikannya satu isu besar.mungkin kerana lelaki yang menjadi pasangannya adalah melayu muslim?

apa yang saya lihat,pihak yang terlibat seperti gadis melayu tersebut haruslah berani ke depan dan menyelesaikan isu ini secepat mungkin.kemungkinan besar tiada pendakwaan akan dilakukan dan hanya nasihat yang akan diberikan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2015 at 11:42 AM

The alleged controversy arising from the act of a covered headscarf girl in the arms of a korean entertainer is a simple straight forward case.

1. It is no fault of the organiser.......
2. The korean must never be blamed...as its no fault of him
3. Re fans attended the concert, 2 sets of attendees, muslim and non muslim. Had she been a non muslim, case closed. Unfortunately she was a muslim girl with a coverhead scarf and this had caused uproar.

In the light of the above, no point in putting blame on others but the muslim girl herself and more importantly her parents.

Jakim had to be realistic and think like a true muslim authority. Why want to take action or charged this girl? A good tarbiah would be good enough. Using this case as a benchmark, shud rosmah also be reprimanded for alleged cheek kissing as gone viral in blogs? Wud it be wise for islamic advisor to govt to advise her as well.

I am a malay muslim and certainly not a liberalist or pluralist but i do believe in rational actions. Muslims and islam telah dihina akibat pemimpin yang beragama islam suka ber retorik (nato) dan self proclaimed ulamak yang suka sangat bercakap tanpa concrete plans and actions. Given current scenarios in malaysia, in spite of repeated warnings, expect more insults on muslim and islam. The only way is to act and change our leaders' attitude and ulamaks' approach in enhancing islam......wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2015 at 5:05 PM

two wrongs don't make a right. sekali air bah sekali tebing berubah makanya jangan salahkan pihak yang berubah dari lembut jadi tegas sebaliknya pihak yang berubah dari tegas jadi lembut yang harus mendapat perhatian.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 15, 2015 at 11:12 PM

Persepsi dan imej tak menggambarkan keseluruhan peribadi seseorang. Cara berpakaian juga tak melambangkan akhlak seseorang.

Pada saya isu ini tak sepatutnya dibesar2kan. Panggil saja remaja2 tersebut dan berilah nasihat. Tutup kes.

Tumpukan pada isu yang lebih besar. Jangan biarkan Islam dipijak2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2015 at 6:54 AM

Pak kaduk...saya sangat bersetuju dengan anda

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2015 at 6:21 PM

Adakah maruah isteri pemimpin lebih perlu dijaga berbanding maruah rakyat biasa ?

Jawapannya - YA dalam kes perbandingan ini

Alasan - Masalah kesan dan akibat secara keseluruhannya. Isu Mudarat kecil dan mudarat besar.

Prinsip asas - Semua kena di layan secara adil tidak kira status - rakyat biasa, bertaraf Isteri dan bertaraf anak perempuan Nabi, bertaraf Rabiatul Adawiyah, bertaraf seorang biasa, pelacur etc

Jika bersalah tetap seharusnya menerima hukuman menurut skop perundangan yang berkuatkuasa - ( hukum ini pelbagai - teguran juga satu hukuman) Akan Tetapi bagaimana tindakan harus di ambil hendaklah secara bijaksana dan penuh hikmah atas alasan di atas.

Post a Comment