........... Kes Altantuya - Apakah Lagu Pulangkan.....Terus Menghantui Kita ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kes Altantuya - Apakah Lagu Pulangkan.....Terus Menghantui Kita ?

Saturday, January 31, 201511comments


Dah dua hari sejak interview khas Razak Baginda disiarkan oleh TMI. Amat menghairankan kenapa tidak ramai yang mahu mengulas pandangan yang dilemparkan oleh beliau dalam kes Altantuya. Panjang artikelnya, anda boleh baca di SINI. Bukan nak mengulas panjang sekadar nak simpan link2 berkaitan sebagai rujukan kemudian hari.

Point utama kenyataan Razak adalah - Ia kes pembunuhan biasa. Tidak ada apa yang peliknya .... soal Motif pembunuhan -


"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman,"
.
Ternyata kenyataan yang agak keras terhadap pihak Polis itu mendapat respon yang cool saja dari Ketua Polis Negara -

"Hanya satu atau dua kes (di mana polis menyebabkan kematian itu). Ini berlaku di mana-mana. Jadi kenyataannya secara menyeluruh itu tidak boleh diterima," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa kenyataan beliau itu bukan untuk mempertahankan anggotanya yang melanggar undang-undang, kerana kata beliau, pihaknya tidak akan bertolak ansur mengenainya.

Walaupun persoalan motif tidak penting kepada hakim, namun saya percaya ramai yang masih mempersoalkannya. Mulut orang tak boleh ditutup begitu saja. Kalaupun hukuman gantung dilaksanakan juga, ramai yang akan menganggap kes itu masih belum selesai selagi persoalan motif itu tidak dicari.

Ada dua komen menarik mengenai kenyataan Razak itu dan mengenai perjalanan prosiding yang hampir sama nadanya- dari Mkini dan TMI.

Sememangnya kes pembunuhan Altantuya ini PELIK.

Tidak ada siapa yang pertikaikan keputusan mahkamah cuma ramai yang merasakan ia tidak lengkap tanpa motif. Bila bendanya dibiarkan tergantung begitu, pastinya orang akan berspekulasi.

Dibuatnya Sirul mula bercerita di Australia, siapa pula yang akan mengadili dakwaan beliau ? Lagi bertambah serabut jadinya kes Altantuya. Sekali lagi perdebatan di luar mahkamah tidak dapat dielakkan.

Maksud saya, Sirul boleh cerita apa saja, beliau juga boleh kaitkan siapapun baik orang biasa maupun dari sekecil pemimpin hingga yang tertinggi. Dan cerita itu pula akan dibalas oleh pihak yang disebut... pung pang pung pang ..... di mana akhirnya ? 

Saya tak tahu SOP perundangan kita tapi saya harap sementara kedua pesalah itu masih hidup, dapatkanlah kepastian akan soal MOTIF PEMBUNUHAN ALTANTUYA.

Kerana kalau mengikut versi spekulasi pihak pembangkang, sudah pasti isu ini akan dibawa ke PRU.

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2015 at 1:53 AM

ini Negara hukum. namun persepsi pemerhati awam saperti saya harus d hiraukan olih pihak berwajib . bagi kes ini nampak gaya nya semua pihak tidak nampak bersungguh2 utk mencari kebenaran. saya bersetuju ia nya perlu d langsaikan sebelum GE14 bagi menghalang pihak lawan menggunakan nya sebagai satu isu politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2015 at 7:52 AM

Bagaimana seseorang yang didapati bersalah boleh ke luar negara??itu persoalannya!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2015 at 8:50 AM

Kadang2 Allah uji kita kerana dengan cara itu sahaja kita akan balik kepadaNya. Semoga kita mendapat signal ini dengan jelas dan hanya Allah pelindung kita. Semoga mereka yg terlibat dlm kes ini mendapat hidayah dan balik kpd Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2015 at 9:46 AM

Kruk agung yang melibatkan Najib mengarahkan sirul membunuh Altatunya adalah Lim Kit Sial. Kruk kedua adalah Ketum Peliwat.

....................
Reply To This Comment ...................
jerangkong
January 31, 2015 at 9:53 AM

Anon 7.52
Sirul ke luar negara semasa dia dibebaskan oleh mahkamah rayuan. Mana mana orang kena tuduh yang dibebaskan, boleh bergerak ke mana mana. Tiada yang pelik.
Dia didapati bersalah oleh mahkamah persekutuan semasa dia SUDAH di luar negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2015 at 10:40 AM

Lagi bikin orang lain baca jadi dosa. Altantuya ada wayang,semua wayang.Serupa 1mdb,sana sini pusing cayman island landing,taikun ada angkat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2015 at 1:21 PM

Motif? Tidak ada motif politik pun. RB hanya menyuruh Sirul & Azilah membawa Altantuya beredar dari rumahnya. Kalau nak suruh bunuh, mesti ada perancangan teratur, like a perfect murder. Tiada apa yang boleh kaitkan kepada si pembunuh. Kalau kita lihat sequence of events, tidak ada apa yang boleh suggest ada perancangan teratur untuk pembunuhan. ( recall dan bandingkan kes Sosilawati )

Semasa Altantuya dibawa pergi, terjadi pergelutan bila Altantuya mula meronta-ronta di dalam kereta. Ini telah menyebabkan pakaian Altantuya yang seksi itu terlondeh pada bahagian atas lalu menampakkan buah dada nya. Kita bolek agak rupa buah dada Altantuya dari gambar-gambar yang terdapat dalam internet, memang seksi. Ini telah menimbulkan perasaan berahi lalu Altantuya dipukul hingga pengsan, dan kemudian di rogol bergilir.

Setelah dirogol, barulah mereka sedar jenayah yang telah dilakukan dan kemudian bertindak untuk menghilangkan bukti.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2015 at 1:26 PM

Persoalannya bukan hanya sirul yang dimaksudkan....Alvin,aljuburi Dan lagi sorang mamat yang hina sultan selangor kalau tak silap!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2015 at 3:19 PM

@AnonymousKan ..... dah start dah.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 7:23 PM

Yelah mcm pak nuar dia akan sg buloh katanya,mcm mana dia boleh merayau kesana kemari. Sbb blm d jatuhkan hukuman?? Tuan Din, saya ter-miss something something.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 7:25 PM

Wow...creative la you tetapi mgkin berlaku. Nafsu nafsi...hehe

Post a Comment