........... HOT - Mesej Asal Yang Jadi Rujukan TMI Untuk Artikel Tun M Berpisah Dengan Perkasa | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HOT - Mesej Asal Yang Jadi Rujukan TMI Untuk Artikel Tun M Berpisah Dengan Perkasa

Tuesday, January 20, 20156comments



Saya agak terkejut juga baca komen Tun Mahathir dalam CheDet yang 'terpaksa' menjelaskan hubungan beliau dengan Perkasa. Ia sebagai menjawap kononnya berlaku perpisahan antara Tun dengan Perkasa ...... huh ? Angin takde, hujan takde .... apakehal ?

Saya cek dengan sumber yang memulakan cerita itu - TMI dengan artikel yang agak sensasi tajuknya - Perkasa, Dr Mahathir 'berpisah', kata sumber.

Errr .... tapi kenapa URLnya lagi gempak ! ? - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkasa-dr-mahathir-bawa-haluan-masing-masing-kata-sumber


Mungkin itu tajuk asal artikel yang kemudiannya ditukar.

Tak perasan pulak saya artikel itu semalam. Takper, saya baca perlahan2 dan ternyata artikel itu cuba beri satu gambaran seolah berlaku pertelingkahan antara Tun dengan Perkasa ! TMI merujuk kepada satu sumber dari kepimpinan Perkasa yang beri maklumat.

Macam biasalah, kalau ada no contact mereka yang berkaitan, saya akan hubungi sendiri bagi mendapatkan kepastian. Jadi tadi saya hubungi Tuan Syed Hasan, Setiausaha Agung Perkasa untuk dapatkan komen.

Rupa2nya sumber yang TMI kata tidak mahu dinamakan itu adalah Syed Hasan sendiri !  Pulak... apa hal bro ? 

Panjanglah pulak Syed Hasan jawab .... dan beliau ada berikan saya jawapan yang diberikan kepada wartawan TMI yang mana dijadikan sumber artikel itu.

Jawapan Syed Hasan pada saya itu biarlah dulu .... lebih adil rasanya jika saya copy artikel TMI itu sepenuhnya bersama jawapan wassup dari Syed Hasan yang TMI jadikan sebagai rujukan, dan biar anda sendiri buat perbandingan apakah TMI ada SPIN atau sekadar melapurkan seadanya. ( Oya, saya ada buat prinskrin .... just in case )
 

Artikel TMI - ( saya gelapkan kenyataan yang di quote )




Selepas mempertahankan ancaman bakar Bible oleh Perkasa tahun lepas dan menghadiri hampir semua acara dianjurkannya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kumpulan hak Melayu itu membawa haluan masing-masing, kata sumber dalam pertubuhan itu, mengatakan bekas perdana menteri itu tidak senang dengan haluan diambil kumpulan itu.

Sumber yang merupakan pemimpin Perkasa memberitahu The Malaysian Insider, Dr Mahathir tidak gembira dengan cara Perkasa mencetuskan dan menguruskan isu melibatkan sensitiviti kaum, termasuk kontroversi bakar Bible oleh Datuk Ibrahim Ali yang menyebabkan kemarahan komuniti Kristian.

Pemimpin itu juga berkata, Perkasa juga tidak mahu dikaitkan dengan Dr Mahathir walaupun mereka sangat menghormati bekas perdana menteri itu.

"Kami harap jangan kaitkan pandangan Tun M dengan Perkasa dan jangan kaitan tindakan Perkasa dengan Tun M," katanya dengan syarat tidak dinamakan.

"Kedua-dua pihak tiada ikatan apa-apa kecuali kami menghormati Tun M dan kami percaya Tun M menyokong banyak perkara yang Perkasa perjuangkan.”

Kali terakhir Dr Mahathir bertemu dengan Perkasa pada November lepas; bekas presiden Umno itu tidak hadir semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-5 Perkasa pada Disember lepas atas faktor kesihatan.

Bagaimanapun, sumber mengatakan sebab utama Dr Mahathir hadir adalah kerana tidak berpuas hati dengan Perkasa dan sudah meluahkannya semasa pertemuan pada November.

"Dr Mahathir semasa pertemuan dengan Perkasa memberikan teguran yang agak tegas kepada mereka (Perkasa)," kata sumber yang turut berada dalam pertemuan tersebut.

Bagaimanapun pemimpin Perkasa itu mengatakan teguran Dr Mahathir itu merupakan perkara biasa.

"Pastinya mungkin ada juga yang Perkasa buat Tun M (Dr Mahathir) tidak selesa tetapi jarang beliau menegur kami kerana Tun M tahu beliau tiada hak menentukan hala tuju Perkasa.”

Sumber itu turut menafikan Dr Mahathir adalah penaung mereka walaupun bekas perdana menteri itu seringkali menghadiri program dan berpengaruh dalam Perkasa.

"Tun M tidak pernah menjadi patron, penasihat dan mahu pun penaung kepada Perkasa. Yang kami tahu Tun menyokong perjuangan Perkasa sebab itu beliau selalu hadir di program Perkasa," katanya.

"Kami pula melihat Tun M adalah seorang pemimpin yang perlu didengari apa sahaja pandangannya sebab beliau seorang pemimpin hebat yang tiada tolok banding dalam sejarah negara mahu pun dunia Islam sejak beliau menjadi perdana menteri Malaysia ke-4.”

Perkasa ditubuhkan Ibrahim yang merupakan bekas ahli Parlimen Pasir Mas, dua tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008 untuk mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan kesucian agama Islam.


Sepanjang penubuhan, mereka tidak pernah lari daripada kontroversi yang mengundang kritikan dan kecaman banyak pihak kerana dianggap tidak menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Semasa awal penubuhannya, Dr Mahathir banyak memainkan peranan dalam menyokong serta menjadikan Perkasa sebagai sebuah pertubuhan berpengaruh.

Tahun lepas, Dr Mahathir mempertahankan ancaman Ibrahim untuk membakar Bible berbahasa Melayu dan Iban, mengatakan ia bukanlah satu masalah asalkan berniat baik. – 19 Januari, 2015.





Dan ini pula mesej wassup dari Syed Hasan kepada wartawan TMI yang dijadikan rujukan artikel di atas -

Yes. November Pimpinan Perkasa ada berjumpa Tun M. Itu adalah jadual tahunan kami. Kami berjumpa Tun M secara beramai2 semua Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Malaysia setahun sekali sebagai bertanya khabar dan bertukar2 pandangan dlm isu2 semasa. Kami Perkasa tidak pernah bersama NGO lain bila berjumpa dgn Tun M secara tertutup. Kami sentiasa berjumpa Tun M hanya dikalangan kami sahaja. Tidak dgn NGO-NGO lain.

Tun M tidak pernah menjadi patron, penasihat dan mahu pun penaung kepada Perkasa. Yg kami tahu Tun menyokong perjuangan Perkasa sbb tu beliau selalu hadir di program2 Perkasa.

Kami pula melihat Tun M adalah seorang pemimpin yg perlu didengari apa sahaja pandangannya sbb beliau seorang pemimpin hebat yg tiada tolok banding dlm sejarah negara mahu pun dunia Islam sejak beliau menjadi PM Malaysia ke 4.

Kami harap jangan kaitkan pandangan Tun M dengan Perkasa dan jangan kaitan tindakan Perkasa dengan Tun M.

Dua pihak tiada ikatan apa2 kecuali kami menghormati Tun M dan kami percaya Tun M menyokong byk perkara yg Perkasa perjuangkan.

Pastinya mungkin ada juga yg Perkasa buat Tun M tidak selesa tetapi jarang beliau menegur kami kerana Tun M tahu beliau tiada hak menentukan hala tuju Perkasa.

Perkasa ada agenda kami. Agenda kami bukan agenda Tun M. Agenda kami demi Agama, Bangsa dan Negara dan pastinya begitu juga Tun M.

Sekian.

Yang saya merahkan di atas, tidak ada pun dalam mesej Syed Hasan. Dan yang saya warnakan di atas juga tidak ada di sebut. Pilihan ayat membawa haluan masing-masing juga memberi gambaran perpecahan.

Tujuan mesej itu dihantar adalah -

Saya nak perjelaskan supaya orang tidak anggap Tun M penaung kepada Perkasa. Sebab portal pembangkang selalu kaitkan Perkasa dengan Tun dan sebaliknya. Kita tidak mahu ( persepsi ) apa yang Perkasa buat adalah dibelakangi oleh Tun. Seolah2 Tun yang arahkan.

Sebab itu saya tekankan bahawa Tun M bukan patron, bukan penasihat rasmi atau pun penaung. Kita tak mahu babitkan nama Tun dalam setiap apa yang kami lakukan

Dan juga ini -

Saya tidak pun suruh rahsiakan nama saya. Saya sentiasa mahu nama saya disebut setiap kenyataan atau komen yang saya beri. Saya tidak pasti apa muslihat TMI. Apalagi menambah dengan cerita bukan2.

Anda nilaikan sendiri....

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2015 at 2:12 AM

Aku akan sentiasa MENYOKONG PERKASA & ISMA yg. begitu berani MEMPERTAHANkan ISLAM serta hak umat Islam/Melayu-Bumiputera kita - merekalah PENDEKAR TULEN Islam/Melayu!

Kita sbg. NEGARA ISLAM tak patut asyik APOLOGETIK & TUNDUK-mcm-KULI pd. si puak EKTREMIS/PENGGANAS KAPIRDAJAL ANTI-ISLAM termasuk yg. mcm. PENGGANAS loyar LONGKANG PORKsen dan puak DAPKANGKANG BABI/PKRSODOM tu - dasar si ejen Barat/Zionis-KEPARAT!

Hidup KERIS pusaka nenek moyang ALAM MELAYU berzaman kita!

Nek Tempoyak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2015 at 9:45 AM

dahsyatnya dunia wartawan, perkara bukan priority and diluar dr kerangka yg lebih tepat boleh diangkat menjadi berita yg utama.

patutlaa manusia yg mengisi neraka majoriti dari umat terkemudian, jelass

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2015 at 10:01 AM

Cina Malaysia Insider mana faham bahasa tersirat orang-orang Melayu tu jadi bengong tew.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2015 at 11:27 AM

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153014025473629&id=773088628&ref=bookmark

["Cari Muslim Yang Liberal"]

Ketika wawancara bersama Sinchew (pocketimes), kebanyakan soalan yang diajukan saya berusaha menjawab berdasarkan perspektif Islam berpandukan Quran & Sunnah. Bila menjawab, saya akan kata; 'Dalam Islam, Allah firman dalam Quran' & 'Dalam sejarah, Nabi Muhammad cakap & buat begini'... Islam adalah apa yang Allah & Nabi Muhammad kata dan buat bukan apa yang Muslim buat dan cakap.

Rupa-rupanya, cara saya menjawab di dalam studio tidak disenangi oleh mereka yang berada di konti lalu mereka bercakap sesama mereka dalam Mandarin;

"Awak (sambil menuding ke arah producer) kena ambil Muslim yang lebih liberal la... Dia ni banyak preaching.. Sikit sikit Tuhan cakap sikit sikit Nabi cakap... Kita mahu dengar apa dia rasa dan fikir.. Ada beberapa babak ni saya akan potong"

Namun mereka tidak mengetahui bahawa sukarelawan yang saya bawa bersama adalah seorang Cina tetapi mereka menyangka dia adalah berbangsa Melayu. Apabila melihat semula kepada rakaman wawancara, saya dapati ada beberapa ulasan saya dipotong dan akan mengambil tindakan susulan dengan meminta rakaman penuh yang tidak dipotong...

Mungkin bagi mereka ulasan yang dipotong tidak mengubah maksud keseluruhan namun kita sedia maklum adakalanya bagaimana media berfungsi bagi menjadikan seolah-olah kita bercakap sedemikian rupa sedangkan itu bukan ulasan yang penuh...

Begitulah lumrah diwawancara... Semoga Allah membantu usaha dakwah kita semua...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 20, 2015 at 10:59 PM

syaitan dah mula kerja keras.... melaga2kan orang. hati2 semua...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2015 at 8:08 AM

Tun M dan Perkasa adalah dua entiti berbeza dan berjuangan atas platform berbeza. Tetapi perjuangan mereka adalah sama - demi ABT. I hope PERKASA is ready to be the alternative body for the majority Muslims and soon to be registered as political party. Forget about winning chinese votes which will eventually create another tsunami, dan tidak membawa manfaat pun kepada ABT.
Penyokong-penyokong PAS sudah-sudah lah ditipu dengan pelawak-pelawak yang menggunakan agama Islam. Bacalah Quran lebih baik dari dengar mereka bercerabih. Sejarah menunjukkan kemana negeri-negeri yang dipimpin PAS telah dibawa? Kesudahannya kekayaan dibolot juga oleh orang asing dan orang Melayu masih dalam kemiskinan ditimpa musibah dan bala banjir lumpur. Ini alaf baru, jangalah terus dimomokkan dan ditipu.
Kerana pemimpin tidak lagi peduli , KERANA MU MALAYSIA dan DEMI NUSA BANGSA, bersedialah ‘the silent majority’ beralih kepada PERKASA. Justeru, PERKASA harus dari sekarang mempersiapkan diri dan mengenalpasti pemimpin-pemimpin teras dan pelapis yang layak untuk diketengahkan dalam PRU14.
Allah kareem.

Post a Comment