........... Hah, Najib Bercuti Main Golf Lagi Di Bangkok Baru Ni ! ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hah, Najib Bercuti Main Golf Lagi Di Bangkok Baru Ni ! ? ?

Wednesday, January 7, 201518comments

Saya sebenarnya malas nak komen mengenai E-Coli ahjibgor. Walaupun berdetik juga hati nak pertikaikan kesahihan berita itu.... ialah samada benar atau tidak, samada benarkah ahjibgor dijangkiti e-coli sewaktu melawat kawasan banjir seperti mana yang didakwa ramai penyokongnya ( konon ahjibgor sanggup menggadai kesihatan malah nyawa demi untuk bersama rakyat ! ) ATAU kemungkinan ia dijangkiti semasa di Bangkok ! 

Biarlah ahjibgor dengan e-coli nya .....  Saya cadang nak berehat sekejap dari berblog.

TAPI semasa baca pendedahan blogger APANAMA mengenai laporan dari BANGKOK POST yang mendakwa-

A source close to Gen Prayut said on Tuesday that the Malaysian prime minister and his wife made a private visit to Thailand on Jan 2. They went shopping, played golf and stayed overnight at the Shangri-La...

Sumber yang rapat dengan Gen Prayut berkata Najib dan isteri membuat lawatan peribadi ke Thailand pada 2 Januari. Mereka bershopping, bermain golf dan menginap semalaman di Shangri-La ...

Woooooooo ..... kena komen juga nih ! Kalau benar apa yang didakwa, rakyat kena tahu sikap dan cara pemikiran ahjibgor dan isteri .... tentang bagaimana tidak perihatinnya atau betapa tidak sensitifnya mereka kepada nasib yang menimpa rakyat dibawah jagaan mereka ketika dilanda musibah.

Pedulikan pro ahjibgor yang akan serang artikel ini ! Kalau sikap begitu pun mahu mereka pertahankan, alamat memang hancurlah Umno dan BN ketika PRU14 nanti !

YA, memang ahjibgor balik sebaik saja diKANTOIkan oleh The Washington Post sedang bermain golf dengan Obama. Selama 3-4 hari ahjibgor telah melaksanakan tanggungjawabnya selaku pemimpin yang perihatin dengan nasib rakyat. 

Saya tidak mahu timbulkan bab sesi lakonan semasa gambar diambil meredah banjir.... siapapun pemimpin yang cari populariti akan beraksi sama.

Saya puji tindakan beliau .... TAPI sebaik saja Rosmah tiba di Bangkok, ahjibgor pun senyap2 cabut ke Bangkok. Dua hari hilang, tiba2 rakyat dapat mesej yang beliau sudah berada di Bangkok untuk berbincang dengan PM Thailand.

Ahjibgor nak ucap terimakasih atas bantuan 500 tan beras dari Thailand.

"'The Malaysian prime minister had to tweet that he had lunch with Gen Prayut to thank Thailand for donating 500 tonnes of rice to help flood-hit Malaysian victims and to exchange views on flood solving and restoration. This is seen as trying to avoid criticism about his trip. Thailand did not disclose news about his visit for etiquette reasons as he went to holiday here'' said the source. 


Cuma baca balik yang ini - This is seen as trying to avoid criticism about his trip. Thailand did not disclose news about his visit for etiquette reasons as he went to holiday here'' 


Nah, sumber dari PM Thailand sendiri kata yang pertemuan dengan PM Thailand itu sekadar alasan bagi mengaburi mata rakyat Malaysia, bertujuan mengelak dari sekali lagi dikritik kerana mahu menyambung cuti bersama isteri.


Juga dinyatakan media Thailand tidak menyiarkan berita lawatan ahjibgor atas alasan etika atau menjaga hati ..... patutlah saya tidak ketemu langsung berita dari media Bangkok tentang lawatan ahjibgor ke sana sebelum ini !


APA YANG TAK KENA DENGAN PM KITA NI ? ? Tak pandai langsung nak jaga hati rakyat ! Kita sendiri boleh nampak betapa sedih dan perihatinnya beliau dari raut wajahnya semasa melawat kawasan banjir. Tapi bagaimana mungkin dalam sekelip mata beliau boleh bertindak untuk sambung cuti bermain golf balik ? ? Kali ini tidak jauh dari kawasan yang paling teruk ditimpa musibah - hanya sekitar 2 jam penerbangan !

Rosmah pulak bagaimana ? Sebelum ini mereka yang pertikaikan gelaran First Lady Of Malaysia yang diberi/dipakai oleh Rosmah, telah dikritik hebat kononnya beliau tidak sama dengan isteri2 PM yang lain. Rosmah lebih aktif dan mahu memainkan peranan yang lebih menyerlah sebagai IBU kepada rakyat.

Tapi dalam bab bercuti kali ini, pro Rosmah mempertahankan beliau yang hanya sekadar seorang isteri bukannya pemimpin yang harus bersama rakyat ..... pulak !

Bayangkan ...... dah lebih seminggu bercuti di Amerika selepas enggan pulang bersama ahjibgor, sedang dalam penerbangan pulang ke tanahair  .... BOLEH PULAK SINGGAH DI BANGKOK yang tidak sampai 2 jam ke KLIA...... dan SAMBUNG LAGI CUTI ! 

Boleh pulak mereka laki bini merancang untuk sambung cuti di Bangkok dengan menjadikan pertemuan dengan PM Thailand sebagai alasan ! ( jika benar apa yang ditulis oleh Bangkok Post )

Anda fikirlah sendiri apa yang bermain dalam fikiran ahjibgor dan Rosmah ketika mereka merancang semua itu .......ketika imej mangsa banjir masih segar lagi dalam minda mereka 




Ya, ahjibgor dan Rosmah mungkin perihatin tapi itu bukan penghalang untuk mereka bercuti senyap2 sambil bermain golf dan bershopping tidak jauh dari kawasan malapetaka.

Anda nilaikanlah ..... 

Najib mungkin patut mengambil tindakan saman terhadap Bangkok Post kerana menulis artikel yang berunsur fitnah terhadapnya .... kalau beliau mahu mengelakkan persepsi negatif dari terus melekat dalam minda rakyat.

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 6:23 AM

x tau la benar atau tidak dia main golf ka bercuti ka atau kena sakit e-coli rosmah ka...yg aku mau PM spatutnya jgn kemana2 dlm negara masih lagi memerlukan beliau dlm saat2 rakyat tgh besusah dgn musibah banjir ni...x tau apa dlm di otak najib ni...da xnak jadi PM da agaknya la...tang rosmah tu lantak dia la nak buat apa...bknnya aku nak undi dia pon...yg penting PM tu hak rakyat, wajub bersama rakyat...

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2015 at 6:51 AM

Yang si Al juburi bercuti kau tak bising? Dia kan Ketua pembangkang,sama dengan Prime Minister in waiting,only on the other side.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 7:42 AM

Sahihkan dulu bro. Dlm artikel ni kata belum pasti sahih atau tak, tapi bom dh meletup dulu. Sebenarnya awak nk terangkan bahawa najib sudah tak relevan sebagai pm atau nk pastikan cerita golf najib di bangkok itu benar? Yg mana satu ni. Mcm ni lah bro, kalau rasa najib ni sudah out function sebagai pm malaysia, selaraskan desakan agar beliau turun, tetapi bukan dengan memanjangkan persepsi buruk beliau di mata rakyat. Kalau betul cerita tu takpe, takut salah. Dh jadi fitnah pulak. Minta sahaja najib lepas jawatan dpd menjadi pm, sebab tak relevan dan paling penting beliau takut bini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 7:58 AM

Kalau isteri nk gi mana ok sebab kuasa ditgn PM. Bini sign pun tk laku. Najib tu kene sensitif sikit. Ape2 pun penasihat dia tu krnr resign tak tau nk nasihat dgn betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 8:11 AM

Untuk paper mcm bangkok post tu tesalah post ke apa, tak lojik. Nak kata editor bangkok post ada agenda kat najib, dia takan buat keja gila. Sapa yg tulis artikel tu, dah kena tapis siap2 dan memang betul pun apa dia tulis. Yg pelik tu, cane dia tau najib pegi holiday? Benda ni pre-planned ke ada bukak mulut? Apa la najib ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 8:14 AM

Din,

We should let PMO confirm the news. If its an official visit, then its ok.

But if its not an official visit, then we should ask him and rosmah, why are you using government jet for personal used?

I think he want to spend his final days on vacation. Who knows..

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 8:38 AM

itulah yang pelik tu..pro ajib dan rusma dok backing bagai nak rak..sedangkan dalam hati dorang memang tahu apa yang berlaku..patutpun ajib kata dorang bangang.

bayangkan...SEWAKTU KEMPEN PILIHANRAYA..boleh je rusmah ikut suami dia ke sini ke sana ke ceruk kampung tak kira masa tak kira tempat..begitu juga sewaktu kes kehilangan pesawat mas tempoh hari...siap nangis2 peluk cium bagai...

tapi bila RAKYAT SENDIRI yang ditimpa musibah...suami je balik? dia tak nak ikut? suami balik pun macam tak ikhlas...asyik berlakon je depan kamera..

aduhai..apela nak jadi dengan negara ini?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 9:59 AM

senang citer najib letak jawatan bagi orang yg beribawa jadi PM...da bosan da nak backup najib ni...ada je citer yg x best dari dia...kita nak pemimpin yg memimpin bukan dipimpin kata bro din dlm artikel dlu...harap tahun ni najib letak jawatan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 10:20 AM

Hahahahahah...tetiba al-juburi jadi penting, yek?!!!

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2015 at 1:36 PM

Al juburi bkn ketua aku. Najib ketua aku, sbb tu aku bsg, klau x, lsntak p la die nk buat pe pon

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 1:38 PM

stigma org melayu cpt kesian cpt cair cpt layu. bila najib bergambar masuk berita di sana sini makan cairlah kita kesian la dia, rehat kejap.

kita lupa najib jgk politician, penasihat saya ragui mengutamakan rakyat (since najib suka sgt pakai cons dia maka kita kene consider dia bertindak atas nasihat cons)

saya x kata dia berlakon, tp kita kene selalu bersikap critical pada politician, adakah dia menipu. kita kene sentiasa tanya. sehingga terbukti dia ni bagus sehingga dia gain kepercayaan melalui performance dan jati diri, kita kene sentiasa critical.

lgpn jgn pandang hanya pada sekarang. banjir dh mcm tahunan di merata negeri, ape pelan yg dirancang utk tangani masalah banjir tahunan. biar saja? rakyat kene selalu ke pusat pemindahan? xkan itu solution dr barisan kepimpinan negara kita? dh hampir lima tahun, jadi ape pelan tindakan?

hanya kerana dia dtg sehari dua seminggu, kita jgn lupakan semua ni. kerajaan negeri dan pusat bertangggungjwb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 3:55 PM

Fokuskan juga kpd tekanan terhadap politicians dari kelantan. Setiap tahun banjir melanda kelantan. Ada masa besar ada masa kecil, tapi setiap kali banjir pasti ada yg kena tidur baring dipusat pemindahan. Berapa puluh tahun rakyat kelantan memilih pas sebagai kerajaan dan apa sistem tebatan banjir yang kerajaan pas buat untuk membela rakyat yang memilih mereka sebagai kerajaan? Adakah dengan memberi ban balak kepada kroni politik akan menguntungkan rakyat terbanyak kelantan. Bila rumah dah hanyut, harta benda musnah apa plan kerajaan pas untuk membela rakyat? Memang kerajaan persekutuan bertanggungjawab sebab kelantan adalah sebahagian malaysia, soalnya apa yang mampu dilakukan oleh kerajaan negeri yang memikul amanah rakyat? Kalau jawapannya 'yillek', jawablah di akhirat nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 4:27 PM

letih juga kalau ikut rentak gaya hidup mcm pm kita ye...asyik piker nak gormal orang aje..kita rakyat biasa perlu ada rasa bersyukur...apahal pun destinasi kita semua adalah sama..tak kira pm ke, ulama ke, sultan ke, agong ke...pokoknya ada mata lihat...bukan lihat karenah hidupnya, ada telinga dengar...bukan dengar gelicik suaranya, ada akal piker...bukan piker serabut akalnya... rd5

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 10:14 PM

Kita bg ahjibgor ngan kak mah cuti panjang lps pru14 ni!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 10:19 PM

Persepsi buruk tu najib yg cipta sendiri. Bukan din kut!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 10:21 PM

Editor tu nk bersihkan nama pm thai sebab najib main kotor nk cover pasal jet kerajaan salah guna di Bangkok terpaksa tweet pasal dia jumpa pm thai sekejap. Unofficial pasaipa ahjibgor buat2 official?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2015 at 10:23 PM

Ecoli tu pun tah betoi tah idak!!! 200k tak kena. Ahjibgor plak kena. Masa pi thailand 2hb tu dh kena ka blum? Kena bila? Tomyam kt shang tu tak bersih kut tok jib?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2015 at 1:08 PM

@Anonymous


focus juga pada seluruh malaysia sbb bukan kelantan saja banjir tahunan. kadang2 perlis, kedah,

persoalannya kita x pernah dgr pengumuman concrete about tindakan drastic nk tackle problem ni once and for all.

nampaknya attitude pentadbiran, banjir xpa pegi pusat pemindahan. org mcm ni x meletakkan keadaan rakyat yg susah setiapkali kene buat routine yg sama cuci balik rumah, dan lari ke pusat pemindahan. bkn semua ade duit utk pindah?

kenapa sampai sekarang kita xde pelan menyeluruh tindakan mengatasi keadaan ni? bende dh berlaku lebih dua tahun. xkan nk tunggu bah satu negara baru nk buat something. tp itula typical kerajaan . dh jadi baru nk menggelabah

Post a Comment