........... H2O - Anda Memang Tidak Layak ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

H2O - Anda Memang Tidak Layak !

Monday, January 26, 201525comments

RakyatNews

“Saya tidak layak,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, untuk menasihati bekas pemimpin parti dan kerajaan yang kini sering mengkritik pentadbiran semasa di bawah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, walaupun merupakan pemimpinan kanan UMNO dalam hierarki kerajaan, beliau tidak berada dalam kedudukan untuk memberikan nasihat yang diibaratkannya sebagai guru.

Bagaimanapun tegas Menteri Pertahanan itu, banyak perkara yang berlaku dalam negara dan pentadbiran sekarang ini juga berpunca daripada keputusan-keputusan pemimpin terbabit suatu ketika dulu.

“Siapa saya untuk menasihati orang yang mengajar saya hingga menjadi Naib Presiden hari ini? Adakah saya yang layak menasihati mereka? (Sedangkan) saya adalah hasil daripada didikan mereka.

“Mereka (pemimpin terdahulu) perlu tahu apa yang diajar oleh mereka, nilai-nilai yang mereka amal dan ajar ketika mereka memimpin diwariskan, (pemimpin sekarang) mengamalkannya,” jelas Hishamuddin.

Sehubungan itu beliau berharap perkara itu disedari semua bekas pemimpin atau pegawai tinggi kerajaan yang kini mencemuh kerajaan, bahawa kebanyakan apa yang mereka kritik telah berakar umbi ketika mereka berkuasa.

“Tidak bolehlah kerana mereka tidak lagi memimpin sekarang, maka mereka perlu membangkitkan pelbagai masalah. Apa yang kita ada sekarang adalah warisan dan legasi daripada kepimpinan mereka sendiri,” tegasnya.

Hishamuddin menambah: “Mereka telah memimpin negara selama bertahun-tahun, dan kita sekarang bersedia untuk menghadapi apa sahaja berdasarkan kepimpinan mereka.”

Kenyataan Naib Presiden UMNO ditujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang membuat beberapa kenyataan yang didakwa menyerang kepimpinan Najib.



Cuba perhatikan ayat2 H2O di atas -

" saya adalah hasil daripada didikan mereka." ...... Peeeeeergh !

Satu lagi, satu lagi .....

“Mereka (pemimpin terdahulu) perlu tahu apa yang diajar oleh mereka, nilai-nilai yang mereka amal dan ajar ketika mereka memimpin diwariskan, (pemimpin sekarang) mengamalkannya,”

“Tidak bolehlah kerana mereka tidak lagi memimpin sekarang, maka mereka perlu membangkitkan pelbagai masalah. Apa yang kita ada sekarang adalah warisan dan legasi daripada kepimpinan mereka sendiri,”


Dengan kata lain, H2O cuba cakap, Najib dan kepimpinannya sekarang TIDAK BERSALAH ? Hmmmmm ...... teringat kembali artikel Menegur Che Det di mana Tun menarik balik sokongan kepada Najib dan beberapa isu yang ditimbulkan seperti pelupusan ISA, BR1M dan dasar2 ekonomi ..... adakah semua itu angkara Tun Mahathir sendiri ?

1MDB yang Tun duk bising sekarang pun legasi Tun sendiri ?

Ya, jika begitulah caranya seorang pemimpin yang hanya tahu menyalahkan orang lain, perasan diri sendiri tidak pernah bersalah ...... sememangnya ANDA TIDAK LAYAK !

Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2015 at 6:51 PM

Macam mana nak PM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2015 at 6:58 PM

Tak layak, mmg tak layak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2015 at 7:07 PM

Din, i agree with you hishamuddin memang tak layak. Bukan saja untuk mengkritik malahan tak layak jadi menteri apa apa pun. Dia adalah menteri Retorik. No action talk only (Nato). All my comments will refer h20 as menteri retorik atau non corrobotive minister semasa kehilangsn mh 370.

ada setengah kata menteri pondan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2015 at 7:12 PM

Pemimpin lama boleh beri nasihat tapi jangan ketahap memecahbelahkan keadaan. Rakyat juga kena yakin dengan kemampuan Najib & crew. So far so good.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2015 at 7:14 PM

salam,
orang ramai dok kritik tang mana dan hisham auww dok jawab tang mana? yang dok kritik tang menghapuskan ISA cubaan ganti akta hasutan, dan juga apa yang bro din tulis di atas tu. rasanya semua tu bukan legasi daripada bekas pemimpin. isteri kelihatan lebih berkuasa, banyak kelihatan macam campurtangan isteri, gambar isteri lebih besar dan sambutan untuk isteri lebih bukan daripada legasi dahulu. punahsihat, konsultan juga bukan daripada legasi yang lepas juga. mengikut kehendak telunjuk pemimpin pembangkang juga bukan daripada legasi yang hisham katakan juga. selalu pi luar negara juga bukan daripada legasi yang lalu. banyak berhutang dan keputusan flip flop juga bukan daripada hasil legasi yang lampau. tak jawab segala isu dan clueless juga bukan daripada legasi lampau. yang pasti legasi baru membentuk kepimpinan menyalahkan orang lain dan menabur fitnah kepada orang yang tak setuju serupa legasi pembangkang yang wujud sejak dahulu hingga kini dituruti legasi baru umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2015 at 7:20 PM

hisham ni mmg x layak pon apa2 jawatan...tgk masa jadi ketua pemuda dulu klu x silap dia minta maaf psl keris tu ke...tu psl la nama timangan dia ni kerismudin..kui3...klu da tau dia x layak nasihat negarawan2 tu lps ni harap dia sedar yg dia x layak pon apa2 jawatan dlm parti atau kabinet :P

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2015 at 7:35 PM

Maaf..lari tajuk sikit..dato hisham mmg x layak bercakap..adakah nak buat pusat pertahanan peluru berpandu dan lain2 untk sepanggar!!siapa penasihat dato yg bodoh tolol tu..brpa bnyk kpl selam yg canggih ada kat situ?10,20..? Sabah sbnr nya memerlukan pertahanan maritim seperti bot2 laju dan kpl2 ronda sederhana yg canggih.dan tentera2 yg amat arif dari segi taktikal.smpai bila mereka asyik ceroboh escom.dah ka pulak semua bostead yg sapu..kroni lagi.dato2..awat jd mcm ni!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2015 at 8:12 PM

H20....komen playsafe tahap gaban....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2015 at 8:30 PM

inilah contoh pemimpin yg takde pendirian aka takde telur...

1mdb itu hasil dari pemimpin terdahulu ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2015 at 8:45 PM

Anon 7.12.....setuju rakyat kena yakin dgn kemampuan najib.sebab itu diberi peluang menerajui umno dan jadi PM. Malangnya keyakinan rakyat dengan kemampuan najib telah dicemari dengan dasar dan polisi yang merugikan rakyat dan negara. Sebab itu ada teguran daripada mereka yang sayangkan negara bangsa dan agama. So far its not good at all.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2015 at 9:03 PM

Saya pun mulanya nak komen dan memberi nasihat tadi tapi saya rasa saya pun tak layak disebabkan komen2 di atas,

Wakaka,,,,,,,,Saya tak layak,,,,,,,,Saya tak layak,,,,,,,,

Saya membayangkan bila mana ada pemimpin dah tak layak memberi nasihat (mungkin bukan nasihat tetapi teguran) apakah sebabnya sebenarnya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2015 at 9:34 PM

Hishamuddin ni kalau bercakap memang menyerlahkan kebodohan dan kelemahannya sebagai seorang pemimpin. Macam tu pun orang UMNO ada yang nak cadangkan dia gantikan tempat Najib. LONGLAI negara jadinya, barang dijauhi Allah SWT

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2015 at 9:51 PM

pentadbiran sekarang ini juga berpunca daripada keputusan-keputusan pemimpin terbabit suatu ketika dulu.... sedangkan H20 . Najib juda sebahagian dari mereka megapa tidak bangang dan bukan kah sekarang sebagai pemimpin utama maka betulkan lah, tapi massalah nya saya 'rakyat' tidak Nampak kebenaran yang diutarakan oleh H20 jika di tujukan keada DR M dan Daim tapi jika ditujukan bapada Badawai , mungkin ada kebenarannya., Maaf ye Badawi. H20 bultikan lah sebagai pemimpin anda boleh 'right the wrong' malangnya ISA , 1MDB dll yang sewaktu dengannya bermula di zamah H20 dan sewaktu dengan nya, maka adakah ianya disebabkan oleh pemimpin terdahulu? Please lah H2o dan merekaya yang sewaktu dengan nya. Kritikan mereka adalah ilmiah maka jawablah dengan ilmiah, simple as that tapi UMNO mau mengikut cara PR selesaikan masaalah serupa dengan PM Ah Gib Gor (maaf ye)) mengikut arahah pembangkang, mereka minta ISA dihapuskan, maka dihapuskan , sedition act dihapuskan maka nyaris dihapuskan, hak bumiputra dihapuskan that Work in progress. SO what say you Mr H20?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2015 at 10:03 PM

Si pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-BANGANG mana boleh lihat kesalahan sendiri?! Kan EGO mereka kerana pentingkan KUASA dan DARJAT, dah tak boleh dibendung lagi - tapi ALLAH SWT itu MAHA ADIL!

Mereka juga telah hilang rasa simpati yg. TULEN pd. PENDERITAAN umat Islam/Melayu-Bumiputera yg. miskn dan terindas - yg. dilayan spt. KULI di bumi sendiri! Yg. penting, terus mengkayakan anak beranak depa dgn. kehidupan mewah serta kuasa mendominasi turun temurun!

Apakah mereka anak-beranak, mampu hidup cthnya. di kwsn Perumahan Rakyat cthnya. di Pantai Dalam/Pantai Permai yg. majoriti BUMIPUTERA Islam/Melayu; dgn. gerai-gerai usang tepi jln. dan lorong-lorong serta longkang-longkang luar kedai penuh kekotoran?! Atau melihat rumah pangsa polis yg. kelihatan juga usang dan kecil cthnya di Kerinchi?! JGN: HARAP; palagi nak diPERBAIKI - nak MELAWAT pun mungkin tidak; melainkan utk- "foto-op"!

Nek Tempoyak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2015 at 12:05 AM

Adalah lebih baik kita buat poster banyak-banyak, 'Ini Sepupu Najib. Bakal Timbalan Perdana Meneteri'.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2015 at 12:32 AM

Setuju memang tak layak langsung!!!! H2O hunus keris pakai bunga, dah lupa ka?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 27, 2015 at 12:40 AM

.....dan seperti biasa mereka tak mampu menjawab/menangani kritikan tetapi hanya mampu menyalahkan pengkritik mereka....

GAGAL!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2015 at 12:57 AM

Mula2 cakap dia "TAK LAYAK" nak NASIHAT kononnya nak tunjuk baik. TAPI sebenarnya dia nak kata apa yang berlaku adalah salah GURUNYA. Realitinya ... seorang GURU hanya mendidik anak muridnya menjadi lebih baik daripadanya atau sekurang kurangya mencapai apa yang DIA tealh capai. JIKA ANAK DIDIKNYA menjadi seorang PELACUR itu bukan salah GURUNYA .. BANGANG

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2015 at 3:50 AM

Dato sri...dato patut bersara dan ikut dato K naik moto pi ronda2.jgn ingat kes MH 370 dato sri ok dan kembali menyinar.Nasib baik yb mukriz x tapau dato sri hari tu..kalau tidak entah la...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2015 at 10:32 PM

Ini adalah hasil ahjibgor manjakan ahli UMNO. Asal kapal tidak digoyang maka habuan makin bertambah.

Amanah dan tanggong jawab pada rakyat mudah dilupakan.

sepupu maklumlah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2015 at 12:15 PM

salam

tun yang ajar ek..lupe ke layanan tun kepada pengkritik tetap tun sebelum ini iaitu arwah tunku abdul rahman..tunku kritik tun sehinggakan mengajak rakyat supaya tidak menyokong BN bawah tun dr mahathir...ingatkah lagi kita pada waktu itu...tunku siap berceramah utnuk pembangkang...tapi macam mana layanan media dan layanan tun pada tunku...tunku masih d jemput pada perhimpunan agung UMNO

pada perhimpunan agung UMNO tun masih memimpin tangan tunku...bukan kritik tau...ni dah tahap nak jatuhkan beliau..tapi layanan tun pada tunku macam mana..takde pun..manusia biasa buat silap..tun terima hakikat tu...lagipun tunku layak kritik tun sbg pemimpin ...

tunku meninggal tun arahkan orang yng ingin jatuhkan dia ni d beri kehormatan negara...tak silap sampai kita berkabung pada msa tu (betulkan kalau salah)...macam mana layanan tun pada tunku lepas tun meninggal...banyak nama d abadikan sebagai mengenang jasa tunku...takde pun tun bangkit tunku pernah kritik dia..tun masih anggap tunku banyak berjasa pada negara...

tun buat pusat kerajaan baharu...d namakan sempena nama tunku..ini layanan tun pada tunku..orang yang kritik dan hentam dia...putrajaya....nama tunku abdul rahman yang sentiasa d sebut sepanjang zaman selagi tak hilang putrajaya..supaya orang tak lupa tunku abdul rahman..orang yang kritik tun sepanjang masa..apa tun buat pada tunku lagi...

tun buat bangunan PM yang megah dan d panggil bangunan Perdana Putra...masih nama tunku..orang yang kritik tun sebegitu hebat...tun buat masjid pertama kat putrajaya...d namakan masjid tu masjid putra...nama tunku abdul rahman..orang yang ingin jatuhkan beliau..

pemimpin biasa buat silap...tak salah pun orang nak kritik..isam2...ni ajaran tun pada korang semua..ada korang praktik....ni ajaran tun pada korang untuk orang yang kritik..tanya penulis pak belalang....dia paling banyak kritik tun secara menulis..ada tun jelkan dia..ada tun hina dia..tak...tun sellau salam dengan dia tanya kesihatan dia...pemimpin milik rakyat yang d pimpin..isam2...

kau memang tak layak kritik sbb kau bercuti masa orang susah...tun jarang bercuti malah isteri dia bagi barang kemas untuk selamatkan ekonomi negara...ye gelang tun siti hasmah tak berapa kerat tapi pengorbanan tun pada malaysia kau tak layak nak ulas..kau bukan pemimpin...kau hanya ketua...

kau tiada masa krisis..tun tak lari masa krisis...tun tak bercuti masa krisis..bila gawak gaji pm n kabinet d ptong..tpai buat kali pertama bukan sahaja gaji penjawat awam tak d potong tapi dapat bonus...

gie7

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2015 at 9:13 PM

Dkt blog ni yg btl cma tun m je ! Yg tk yah nk sbk , tun m bising sbb tkut wawasan 2020 tu tk kesampaian . Pd aku najib ke tun m ke sama je , mereka bkn malaikat pn , mereka mentadbir ikut persepsi masing2 apa yg mereka fkrkn btl pd waktu mereka memerintah . Contoh gaji minima , waktu tun m tk ada gaji minima sbb takut pelabur tk dtng melabur tp d waktu yg sama singapura ok je , dan sekrang ni malaysia jg megamalkan system gaji minima adakah pelabur tk melabur d malaysia ? Kt nk salahkn kerajaan kerana melayu lemah dr segala hal tp penah tk kta tnya melayu itu lemah kerana skp melayu itu sendri atau kerana kerajaan ? Klau kt kt kerana kerajaan maknanya semua peminpin melayu telah gagal . Begitu jg dengan pegagn ekuiti melayu , blh d ktakn hmpir 70 peratus melayu bekerja dengan orng atau dengan kerajaan , cb kt tnya berapa gji yg mereka dpt , mampu ke dengan gaji yg mereka dpt mereka blh membeli hartanah ? Setakat rumah tu blh la , tp yg lain ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2015 at 9:54 PM

Sbenarnya din bkn ini cranya jk kt nk melayu itu maju , bkn semuanya nk d hrp pd kerajaan , sepatutnya din kt buka minda orng melayu tu sendri , biar melayu itu sendri tentukn nsb bangsa melayu itu sendri , sebenarnya din kerajaan dh sediakn jln tp minda orng melayu itu sendri yg nk segalanya di sediakan oleh kerajaan atas alasan mereka orng melayu .

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 29, 2015 at 10:35 PM

@Rizal Zainal

Kalau nak kritik Tun M biar jelas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 7:31 AM

PELIK TAPI BENAR

bukanya nak kata apa tun buat semua betul tak salah langsung macam malaikat... tapi bila tun bersuara aku biasanya setuju dengan apa yang dia cakap tu. rasa macam tun boleh baca pulak isi hati perut aku..

dan lebih pelik lagi dulu ada benda yang tak setuju pun bila dengar betul betul apa dia cakap pun boleh jadi setuju.

kalau banding ngan Najib.. mula mula je sedap dengar. hehehe

Post a Comment