........... Drama Bila Syarikat 123ABC Gagal Bayar Hutang Billion2 ...... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Drama Bila Syarikat 123ABC Gagal Bayar Hutang Billion2 ......

Thursday, January 8, 201512comments

Pendapat saya pertukaran Ceo dalam jangka waktu singkat ke atas sebuah syarikat yang tinggi pinjamannya memperlihatkan bahawa suatu tindakan soft receivership dari pihak pemberi pinjaman. Ia mungkin untuk membuka ruang kepada perbincangan dengan kalangan pemberi pinjaman secara setiakawan bagi melihat akan gurantee2 yang ada dan kekukuhan aset2 serta prospek aset2 sebelum langkah undang2 digunapakai.


Tujuannya untuk susun semua pinjaman dan aset yang bernilai untuk dinilai semua sebelum membuat sebarang tindakan selanjutnya. Dan ini tidak menolak kemungkinan kepada tindakan undang2 sebagai jalan penyelesaian sekiranya kedua pihak peminjam dan pemberi pinjam tidak mampu capai kata sepakat.

1MDB merupakan syarikat yang mempunyai guarantee kerajaan maka perlu ada soft approach. Kalau terus dengan tindakan yang keras, kerajaan akan menerima tamparan yang teruk.


Ini hanya dari pengamatan dan pengalaman semasa saya mengharungi krisis ekonomi dahulu.

Di atas emel yang saya terima dari seorang pengirim yang tidak mahu dikenali. 

Lama juga saya memikirkan kandungan emel tersebut. Jelas pengirim punya pengetahuan ( banyak atau sedikit .. wallahualam ) tentang apa yang beliau katakan. Simple jer kandungannya tapi buat saya termenung juga .....

Tetiba saya terfikir satu perkara akan 'pengamatan' pengirim emel itu ..... Ni boleh buat drama ni !

SINOPSI drama rekaan seperti berikut -

Umum dah tahu 123ABC banyak berhutang, malah semuanya berkenaan 123ABC adalah hutang. Itu secara mudahlah sebab asset2 semua dibeli melalui pinjaman2 dalam dan luar negara. 

KATAKANLAH 123ABC tengah sakit, berdepan masalah untuk melangsaikan hutang sebagaimana yang dipersetujui dengan bank2, malahan faedah pun sangkut ! .... 2-3 kali berbincang untuk reschedule hutang yang dah matang atau hampir matang dan tempoh baru pun sangkut .... pada pandangan anda, apakah tindakan bank2 yang beri pinjaman itu ?

( Perlu saya ingatkan, kita BERDRAMA di sini ok. TAK REAL, saja suka2 bergossip dan mencipta senario yang tidak mungkin berlaku. )

Bank perlu bertanggungjawab kepada pemegang saham atau pemiliknya. Ingat kes hutang Bank Rakyat dengan penjual karpet ? Tujuannya satu - bagi menjaga kepentingan pemilik bank. Yang penting bank dapat balik dananya atau paling tidak, kerugian di minimakan sekecil mungkin.

So ...... apa tindakan bank yang terlibat DAN bank2 lain yang pinjaman diberi masih belum matang tapi sudah mula risau melihat keadaan keupayaan 123ABC yang semput dalam membayar hutang .... adakah berdiam diri dan berdoa semoga keadaan akan berubah baik ATAU bertindak awal bagi menyelamatkan aset masing2 ?

Bukan pinjaman kereta OK. ini main BILLION2 .... bank2 pun boleh bangkrap !

Jadi ada kemungkinan bank2 akan berpakat cuba menyelamatkan 123ABC demi menjaga kepentingan masing ..... bermakna bank2 kena MASUK CAMPUR dalam pengurusan tertinggi 123ABC. Bermakna juga, bank2 sudah tidak lagi percaya kepada kemampuan pengurusan sedia ada. 

Kuasa syarikat dalam membuat keputusan kewangan harus berada dalam tangan bank2. Secara logiknya, orang yang berjawatan No 1 haruslah orang bank2.  Logik kan ?

So ...... CEO 123ABC kena letak jawatan dan digantikan dengan CEO pilihan bank2. SECEPAT MUNGKIN. Biarlah orang awam akan terkejut dengan tindakan tiba2 itu ... yang penting kepentingan bank2.

CEO baru ini pastinya tidak perlu menjalani proses temuduga seperti biasa yang dilalui oleh calon2 dalam keadaan biasa. Ini operasi menyelamat billion2, apa barang nak main temuduga.

Langkah pertama CEO baru 123ABC ..... yang ini saya nak pinjam kata2 dari 1MDB -

.... will be undertaking a strategic review to explore and determine a course of action that will allow the company to maximize returns for all of its stakeholders.

Tidak ada kaitan dengan 1MDB, ok cuma ayat dia sedap bunyinya .... macamana rupa tindakan itu .... errrr..... bab itu kena sambung PART 2. Ia bergantung kepada sambutan PART 1 ...

ASASNYA adalah bagi memastikan pemberi pinjaman ( yakni bank2 itu ) dapat kembali wang mereka.


                                                     ***********************

Amacam sinopsis drama Bila Syarikat 123ABC Gagal Bayar Hutang Part 1 di atas ?

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2015 at 5:51 AM

Din, emmmm maknenye, beberapa asset yg dibeli melalui hutang oleh syarikat 123abc akan dipindah milik? Jikalau 123abc sekali gagal dlm debt obligation utk another 3mnth term???

Just wndring, why Bank CinaIndiaMelayu didnt involve in this gargantuan debt deal? The chairman suppose to be his closet ally,

Joh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2015 at 6:12 AM

Yang aku pelik..boleh pulak tangguh2 bayar hutang..lembut hati je bank. Kononnya atas guarantee kerajaan..Tapi dengan rakyat marhaen..kemain lg bank. Blm apa2 lg dah keluar surat lawyer..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2015 at 6:13 AM

Mangsa Banjir - Rakyat
Sukarelawan - Rakyat
Yg Menderma- Rakyat
Yg Risau- Rakyat
Yg Bantu Pemimpin- Rakyat
Yg Kena Berjimat Cermat- Rakyat
Yg Kena Tipu- Rakyat
Yg Disuruh Bersyukur- Rakyat
Yg Selalu Susah- Rakyat
Yg Kena GST- Rakyat
Yg kena bayar Tol -Rakyat
Yg kena bayar hutang -Rakyat
Yg menanggung beban -Rakyat
Yg mengikat perut-Rakyat
Yg tanggung Biawak hidup-Rakyat..
Yg kena ugut kerana menegakkan kebenaran - rakyat

Bestnya jadi Rakyat 1Malaysia ni.. Semua Rakyat Didahulukan & Diutamakan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2015 at 8:40 AM

Ada logiknya...... Ini namanya pecah Dan perintah. Kita pun tau aset2 apa yg di beli Dan Cuba di bina dengan duit yg billion2 Tu...... Tak dabar untuk siri kedua bro din. Nak nengok sangat Siapa sebenarnya hero dalam kes Ni. TQ din berkongsi drama. Kekadang Kita lebih faham drama Dari lakonan reliti manusia.- WakAbi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2015 at 9:49 AM

Syarikat 123ABC mungkin kita boleh samakan dengan MAS. Kerajaan mungkin terpaksa melakukan 'pertolongan cemas' bagi mengelakkan kesan yang lebih serius. Suntikan baru yang menjangkau berbilion ringgit mungkin diperlukan kerana jika berlaku muflis akan memburukkan lagi keadaan.

Tapi, rakyat mungkin akan persoalkan apakah langkah kerajaan itu betul. Sedangkan kerajaan pada masa sekarang masih berdepan dengan kemelut kemerosotan nilai ringgit, kejatuhan harga minyak yang mungkin memberi kesan kepada defisit negara. Pada masa yang sama, negara pula ditimpa musibah banjir yang memerlukan dana yang besar untuk tujuan bantuan one off banjir, pemulihan infrastruktur dan pembinaan semula rumah rakyat yang terjejas. Itu belum lagi termasuk pembayaran BR1M dan one off bantuan awal persekolahan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2015 at 10:50 AM

@Anonymous Cina India Melayu Bank (CIMB) ha ha ha.. betul2 1Malaysia !

Tapi Bank ni kaki kemut duit orang la... Aku kirim RM100 untuk anak di asrama bleh kuar RM70 sahaja!

Macam tanda nak bangkrap jer

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2015 at 1:51 PM

salam,
kalu ikut pikiran ceo kampung, bukan belajar ekonomi, tapi hutang rajin bayar sebab nanti roh terapung tak diterima kerana gagal bayar hutang. tindakan part 2 mungkin jual aset la, lelong murah-murah. aset dalam pinjaman, ceo lama claim macam aset dah habis bayar. pengerusi jawab masalah serupa aset dah dalam pegangan dan dalam kuasa penuh untuk bertindak dalam apa jua rintangan. bila orang tanya, datang abis pahlawan terbangang menjawab isu. so, kita tunggu part 2. tu pun harap orang yg pandai bisness dan ekonomi sentiasa ambil tahu syarikat 123abc ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2015 at 3:20 PM

yg nak perintah pakatan rakyat
yg digunakan rakyat
yg baring dijalan rakyat
yg berdemo rakyat
yg dipancut air rakyat
yg mengundi tentulah rakyat

bila dah dapat
yg dilupakan rakyat!!!!


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2015 at 3:22 PM

Amalan Bank berteraskan keuntungan riba.melalui rutin memberi hutang.Situasi Sekarang amat berbeza semasa krisis ekonomi 97-98.Walaupun malaysia menghadapi krisis ekonomi ketika itu, nilai dagangan minyak hitam tetap memberangsangkan.Zon eropah menjadi pasaran eksport malaysia. Cuma,tindakan tambatan ringgit amat luarbiasa ketika itu. Tetapi ia sangat berjaya.Berlainan dgn tindakan era pemerintahan sekarang yang menjangka kedudukan ekonomi dunia akan pulih.Dasar negara yang kepincangan dalam mengurus negara,akhirnya terperangkap dengan situasi geografi politik dan ekonomi dunia.Nilai matawang ringgit susut.pendapatan petronas merudum,harga barang komoditi menjadi murah,hutang bertambah,pembaziran meningkat dan berbelanja besar.Belum lagi, isu perang di syiar,kereta elektrik dan hidrogen.Untuk mendapat pemahaman yang lebih tepat dengan lebih mendalam,eloklah pergi ke utube Sheik imran hossein,ilmu akhir zaman.

....................
Reply To This Comment ...................
Zahid Hamid
January 10, 2015 at 9:58 AM

Rasanya dah nampak ending drama syarikat 123abc ni.
Endingnya nanti salah najib kan ?....hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
January 10, 2015 at 1:12 PM

Jadi apa yg berlaku kalo ceo adalah pilihan bank? Dari segi pengurusan pinjaman, bank akan rasa selesa kerana key decision pada dorang. tpi untuk kepentingan rakyat camne pulak 2? x berapa clear tentang implikasi yg lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anony
January 12, 2015 at 11:36 PM

@AnonymousPembetulan: Bank CinaIndiaMelayuBenggali

Post a Comment