........... A Kadir Jasin Kirim Salam Pada Cytro AhJibGor ! TERBAIK !! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

A Kadir Jasin Kirim Salam Pada Cytro AhJibGor ! TERBAIK !!

Monday, January 12, 201512comments




Memang terbaik artikel dari A Kadir Jasin kali ini ! Setelah begitu lama diserang oleh cytro ahjibgor, ini kali pertama beliau membuat teguran secara khusus kepada mereka. Bukan untuk pertahankan diri tapi sebaliknya cuba mengajar mereka cara yang sepatutnya dilakukan jika benar mereka mahu menolong perbaiki imej tuan yang mereka pertahankan.

Umpama bersilat, kita kena perhati dan cuba selami sejauh mana tahap keilmuan yang dimiliki lawan, bukannya sembrono terjah. 

Saya yakin ramai daripada mereka, kerana muda usia dan tidak berada di tengah-tengah pergelutan politik, khususnya yang membabitkan Mohd Najib, tidak pun tahu bentuk perhubungan di antara Perdana Menteri dengan orang yang hari ini menegur beliau.

AKJ merujuk kepada serangan yang dilakukan terhadap Tun Daim oleh cytro ahjibgor yang katanya masih mentah. tidak tahu sejarah selok belok politik. Tanpa disedari, merekalah yang sebenarnya bersekongkol dengan Pembangkang, yang sememangnya takut kepada Daim ! 

Jadi elok para propagandis, laskar siber dan penggilap epal Mohd Najib buang dulu hingus mereka dan belajar daripada sejarah. Jangan terlalu angkuh dengan operasi gelap mereka dan dengan wang yang mereka ada untuk mengupah dan membeli.

Selain dari artikel2 yang cuba memburukkan imej dan kredibiliti Daim, terbaru ada cubaan mengaitkan Daim dengan video seks ! Pesan AKJ - Tengok dulu rumah anda, diperbuat dari kaca atau bukan ! Peeeergh ....

Kalau mereka kata mereka ada maklumat “juicy” (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka.

Entah apa yang AKJ maksudkan wallahualam ..... tapi bunyinya memang MENARIK ! Seranglah lagi ! Seranglah ! Saya nak tahu juga apakebendanya yang tersirat disebalik kata2 itu ....

Tetapi cerita-cerita yang menyelerakan mengenai Mohd Najib, kalau ada, boleh menjatuhkan beliau.


OKlah, sebenarnya point yang lebih penting adalah ini -

Disebalik semua serangan PERIBADI terhadap Daim... maupun AKJ sendiri, cytro ahjibgor tidak cuba menjawap persoalan yang sering ditimbulkan mereka. Samada mereka cuba ALIH ISU atau mereka sendiri tidak punya jawapan .... hanya mereka yang tahu.

Untuk pengetahuan mereka, soalan2 yang ditimbulkan adalah juga soalan2 yang sering bermain difikiran rakyat ! Menyerang secara peribadi individu yang bertanya tidak membantu ahjibgor, malahan akan lebih membawa mudarat kepada ahjibgor.

Adalah lebih baik cytro ahjibgor menggunakan tenaga dan masa itu bagi mencari jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan kerana dengan cara itu, mereka akan lebih membantu memperbaiki imej tuan mereka. 

Saya ulang - ini adalah persoalan sama yang bermain difikiran rakyat. Tolong carikan jawapan yang memuaskan ..... anda nak tolong ahjibgor atau nak hancurkan beliau ? Jangan jadi gunting dalam lipatan !


1. Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013?

2. Bagaimanakah PM, sebagai Menteri Kewangan, hendak melestarikan (sustain) Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100 hingga AS$105 setong?

3. Apakah laskar siber Mohd Najib peduli membaca berita ekonomi untuk mengetahui bahawa harga minyak mentah Brent yang digunakan sebagai penanda aras telah jatuh kepada AS$48.90 setong Jumaat lepas dan harga di New York jatuh kepada AS$46.85 pada hari Rabu, iaitu paras paling rendah sejak April 2009?

4. Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40% kepada perolehan kerajaan?

5. Apakah implikasi kejatuhan nilai ringgit terhadap kos import, khususnya import bahan makanan seperti beras, gandum, jagung, gula, kacang soya, susu dan daging yang bernilai lebih RM35 bilion setahun?

6. Apakah potensi inflasi import (imported inflation) ke atas harga barang pengguna akibat kejatuhan nilai ringgit?

7. Sebanyak manakah kita dapat menambah eksport negara kerana nilai ringgit jatuh dan eksport kita menjadi lebih murah?

8. Mengapakah prestasi pasaran saham kita buruk sehingga dikalahkan oleh Filipina, Indonesia dan Thailand dan banyak lagi pasaran membangun?

9. Tidak percaya tanyalah peneroka Felda atau sesiapa saja yang melabur dalam saham Felda Global Ventures Berhad. Bukankah harga saham FGVB telah merosot daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada RM2.18 pada 9 Jan, kejatuhan lebih 50 peratus?
10. Apakah sebabnya rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh daripada RM441.9 bilion pada akhir 2013 kepada RM405.5 bilion – merosot RM36.4 bilion- dalam masa 12 bulan hingga akhir bulan lalu?

11. Adakah Bank Negara masuk ke pasaran bagi mempertahankan nilai ringgit dan rugi?

12. Apakah akan terjadi kepada sistem perbankan negara dan penarafan antarabangsa pasaran modal kita kalau 1MDB gagal memenuhi obligasi hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu?

13. Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit terhadap hutang 1MDB yang kebanyakannya dalam mata wang dolar Amerika?

14. Apakah tepat laporan CIMB (yang dibina oleh adik PM sendiri) pada awal bulan ini bahawa 1MDB “telah gagal” membayar balik pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada Maybank yang sepatutnya dilakukan pada Disember lalu?

15. Apakah tepat unjuran CIMB bahawa Maybank terdedah kepada RM5.5 bilion hutang 1MDB?

16. Apakah tepat unjuran jika Maybank (milik PNB) membuat peruntukan (provision) hutang lapuk bagi tahun kewangan 2015 akibat pinjaman 1MDB keuntungan bersihnya akan merosot 5.6 peratus?

17. Adakah benar syarikat-syarikat yang menjual IPP hujung hayat kepada 1MDB belum mendapat bayaran sepenuhnya dan mempunyai opsyen membeli balik IPP itu dengan harga potongan?

18. Dan satu soalan yang mudah – mengapakah kerajaan tidak memberi penjelasan terperinci dan terus terang mengenai apa sebenarnya terjadi kepada pesawat eksekutif TUDM yang membawa PM ke Hawaii, tetapi tidak membawa beliau balik?
  
Ayat2 last ni memang tak boleh blah ...

Para pendiayah, laskar siber PM dan kaki ampu perlu faham dan ada keutamaan. Yang hendak dipertahankan adalah PM – peribadi beliau, dasar beliau, prestasi beliau dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah.

Peribadi, dasar, prestasi dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah tidak akan menjadi bertambah baik dengan membunuh pembawa khabar ngeri.


Atau apakah pendiayah, laskar siber dan pengampu PM mempunyai agenda sendiri yang mirip sokong bawa rebah dan gunting dalam lipatan?

Perdana Menteri wajib berhati-hati terhadap musuh dalam selimut yang mendakap dan menggosok belakang beliau, tetapi di tangan keris terhunus.

Artikel sepenuhnya -  Perang Saraf Hingusan Ancam Kewibawaan PM
..

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 13, 2015 at 8:02 AM

Datuk Paduka Khairuddin dah kena! Rumah pun dah dilelong. Melayu yang kaya ada harta mewah perlu dikorbankan. Laporan polis pun dah dibuat sebagai tambahan.

Tan Sri Sanusi memang tak dengar langsunglah berita pasal beliau!

Tun Dr Mahathir seorang negarawan yang banyak berjasa pun ada blogger bangang kutuk. Ini paling saya tak fahamlah!

Akhir sekali, Tun Daim seorang pakar ekonomi negara yang terbaik negara pernah ada kena siasat dengan SPRM sepantas kilat walaupun yang buat aduan orang pembangkang! Saya ada highlight ni di blog2 tapi tak ada yang sambut pun isu ini.

1MDB adalah satu entiti yang menggerunkan pada masa hala tuju ekonomi kita tak tahu ke mana pada ketika ini. Orang2 politik yang banyak berjasa seperti disebutkan di atas amat2 diperlukan untuk MEMBANTU negara pada masa ini sama ada dalam bidang ekonomi mahupun lain2. Jika Ah Jib Gor mahu jadi PM lebih lama lagi dan sayangkan negara ini, bekerjasamalah dengan wira2 negara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
January 13, 2015 at 8:20 AM

@PakKadukKan saya ada siarkan video bersama Tan Sri Sanusi beberapa bulan lepas ... beliau tidak aktif, low profile, agak tidak berapa sihat namun sering juga melayan tetamu yang beri kunjungan hormat sambil meminta nasihat pandangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2015 at 8:38 AM

Tulah najib suka sangat dengar puji pujian. Maka pengampu tak payah kerja hanya ampu kiri kanan.

Boss yg bangang bersama isteri bengong tak tahu nilai mutu pekerja mereka. Maka ambil pak turut dan mak ampu saja sebagai orang kuat.

Kalau dah bangang berdamping bengong jadi lah kangkung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2015 at 8:41 AM

Pemimpin yg gila glamour bukan lah pemimpin yg punyai integrity. Harus dikikis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2015 at 10:07 AM

Bila pemimpin belagak pandai, tak dengar nasihat, menjauhi dan meminggirkan tokoh2 hebat seperti TDM, Tun Daim dan beberapa yang lain, maka beliau kini kesorangan dikelilingi oleh pelahap2 duit dan projek, yang bodoh dalam serba serbi melainkan cerdik hanya dalam menyonglap harta kerajaan. maka PM dah boleh bagi salam terakhir... tanpa kekuatan PR pun....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2015 at 12:22 PM

Aku masih tertanya-tanya walaupun hingus di hidungku ini sudah lama kering mungkin umur ini menjakau 60 tahun.

Persoalannya kenapa segala yang dilakukan oleh Najib itu tidak betul semuanya. Mungkin kiranya cukup ruang di sini seluar dalam Najib pakai pun akan dibahaskan.

Jika hebat sangat AKJ ini mengguna bahasa liok lintok Melayu dan awak sendiri yang menguasai blog ini sila perincikan pula setiap kabaikan yang telah dilakukan oleh orang2 hebat seperti Anwar Inrahim, Lim Kit siang, Guan Eng, Rafizi, AKJ, Wan Azizah, Hadi Awang, Nik Aziz, Mahfuz, Mat Sabu untuk kesejahteraan RAKYAT MALAYSIA kiranya mereka2 ini tiada langsung keburukkan, kesalahan maupun kesilapan. Dalam bahasa mudah Ma'asum.

Cara awak membentangkan hujah kononnya untuk kebaikan namun hakikatnya orang tahu yang tersirat itu sebaliknya. Elok juga hujah2 awak ini ditujukan kepada Si KETUM.

AKJ kan pakar menganalisa para pemimpin politik. Tebarkan kehebatan hujah dan analisa beliau untuk setiap tokoh2 yang berkeliaran dalam arena politik negara ini.

Hingus hijau dah lama kering cuma kadang2 selesma.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2015 at 12:29 PM

salam,
dah lama dah akj kena kutuk oleh hingusan ni. tu pasal kena balun dek ketua mereka dengan perkataan bangang. patutnya kritikan dijawab dengan fakta. tapi bila dah orang kritik berfakta dan bukan cakap kosong, maka mereka balun hentam tubuh badan orang yang kritik. orang yang kritik mungkin tak kisah pun, tapi keluarga mungkin terasa hati. kena jaga hati juga tu.

ya la terkincit la hingusan ni nak jawab soalan akj tu, kata kluangman. hingusan ni sanggup jual agama, bangsa, negara demi boss mereka ah jib gor ni demi wang yang masuk. mereka ingat, orang yang kritik ni tak sayang agama, bangsa dan negara gamaknya. mereka ingat ah jib gor tu negara, bangsa dan agama ker? mereka tak hayati pesanan pemimpin lama, dahulukan parti, bukannya pemimpin. mereka mendahulukan perut dan kocek mereka dahulu dan menanam kebencian dan fitnah terhadap orang yang kritik boss ampuan mereka melebihi agama, bangsa dan negara. moga negara kita malaysia terus dirahmati dan diberkati Allah swt.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 13, 2015 at 3:46 PM

@dinturtle

Tuan Din,

Saya merujuk pada media arus perdana dan juga blogger2 bangang. Saya harap Tuan bukan dalam kategori itu.

Mukhriz pun dah tak ada berita. Apa cerita ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2015 at 8:09 PM

@Anonymous jwab la persoalan tu. pemimpin pembangkang tu memang dah tak boleh pakai pun. cukup la dengan laskar hingusan ah jib gor belasah. ini pemimpin yang buat keputusan untuk negara. tolong berfikir seperti mana umur yang diberi. tdm kata, kritikan membina kekuatan pemimpin. yang takut kritikan pemimpin yang lemah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2015 at 8:39 PM

Baru di Buletin Utama 1mdb membawa balik untung RM2.3 bil dari Caymans Island. Wow ponzi scheme kah ini

....................
Reply To This Comment ...................
January 13, 2015 at 9:06 PM

@AnonymousBawa balik untung atau bawa balik baki pelaburan ( campur untung ) ?

Seingat saya, tak pernah disebut walau sekali TARIKH berkaitan pelaburan Cayman. Tak heran ke ? Mana ada institusi kewangan yang berurus niaga tanpa spesifik terutamanya TARIKH ?

Kalau dah tahu akan dapat balik duit tu bulan Januari, kenapa pi reschedule hutang pada 31 Disember? kenapa tidak buat pada 13 Januari ?

Melainkan 1MDB pun tak tahu TARIKH bila boleh dapat balik ! kan ?

Biasanya kalau jenis tak boleh nak sebut TARIKH ni, orang pinjam hehehehe

Ni dah dapat balik duit tu, cepat2lah bayar balik hutang. Jangan pula ada yang kreatif nak labur dulu ke apa ke .... jadi satu kerja pula nak berdebat lagi !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 13, 2015 at 10:55 PM

@Anonymous Salam Hingus Hijau Anon 12:22

Kami sayangkan parti kami dan orang Melayu. LKS, Anwar, Hadi dll tak perlu kami kritik sebab kami tak pilih dia!

Umur 60 tahun kalau sasau macam Pak Samat tak guna juga..

Post a Comment