........... 1MDB Tidak Ada Sebab Untuk Tidak Berjaya | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Tidak Ada Sebab Untuk Tidak Berjaya

Thursday, January 22, 201510comments


Tidak banyak yang PM Najib jelaskan akan kemelut yang melanda 1MDB semasa keluar TV semalam. Hanya jawapan sama yang diulangsebut, jawapan yang terlalu umum.

Contohnya, Jangan risau hutang besar 1mdb sebab aset melebihi liabiliti..... bla bla bla tapi hutang bank sangkut. Cuba ceritakan kenapa boleh sangkut ?

Sebenarnya TIDAK ADA SEBAB kenapa 1MDB tidak boleh maju dan mencatatkan keuntungan besar dalam tempoh singkat ! Kecuali lah ....... jika ada benda2 pelik yang diluar norma2 kebiasaan perniagaan.

Kita TANYA ( Bukan kritik ok ) untuk dapatkan penjelasan supaya tidak ada benda pelik berlaku. Bayangkan jika tidak ada siapapun yang dibenarkan menyoal apapun tindakan 1MDB ..... apakah anda yakin 1MDB mampu berjaya ?

Segala pertanyaan ini sebenarnya bagus buat memastikan 1MDB sentiasa berada di landasan yang betul. Biar 1MDB tahu banyak mata yang memerhati. Jika tidak ada benda pelik, seharusnya tidak ada masalah, kan ....

Saya lihat 1MDB ini sebagai satu syarikat yang menerima kemudahan / tongkat paling besar yang membantu perjalanannya. Walaupun kerajaan cuma labur RM1 Juta sebagai modal awal, tapi 1MDB juga membawa nama PM dan nama Malaysia ! 

Ramai yang bersusahpayah mengusahakan agar 'envelop' disampaikan waktu berjabat dengan pemimpin untuk dapatkan sain atau restu pemimpin atas projek ... tujuannya semata2 nak menyenangkan kerja. 1MDB ?

Kemudian bisnes utamanya adalah bersifat Monopoli iaitu tenaga / IPP. Langsung tidak ada persaingan ! Pendapatan dijamin 100%. Kalau modal sangkut, naikkan saja tarif .... Tidak ada sebab bank rasa cuak untuk berikan pinjaman kepada bisnes berbentuk monopoli yang membawa nama PM serta negara.

Anda tak hairan kenapa Ananda yang jual IPP kepada 1MDB mahu memiliki saham 1MDB pula ? Sebab 1MDB adalah cash cow atau angsa yang bertelurkan emas.

Bagaimana pula dengan tanah seluas 550 ekar ditengah2 bandaraya KL yang nilainya besar ..... kenapa itu tidak disebut sebagai bantuan dari kerajaan ? Kalau UDA atau mana2 agensi yang mempunyai dasar ke arah mempertahankan hak Melayu diberikan peluang emas sebegitu, saya akan sokong. 

Tapi sejauhmanakah tanah seluas 550 ekar ditengah KL yang nilainya besar itu akan menjaga hak Melayu ? Apakah akan dikena syarat minima 30% pemilikan Melayu untuk apajua premis yang bakal didirikan di situ ? Atau syarat peratusan penglibatan syarikat Melayu dalam pembangunan projek TRX ?

Tidak ada bunyi pun ...... hmmmm, mungkin sebab itu diberikan peluang itu kepada 1MDB bukannya kepada UDA kot.... 

Adakah kenyataan di atas berbentuk kritikan ? Tidak ..... saya lebih suka melihatnya sebagai peringatan. Tidak ada maknanya kejayaan besar bertaraf dunia sekalipun jika akhirnya hak kita dileburkan.

Nah, dengan tongkat2 besar di atas, makanya saya katakan TIDAK ADA SEBAB kenapa 1MDB boleh gagal.

Malahan jika dari awal lagi agenda Melayu menjadi sebahagian dari 1MDB, saya percaya tidak ada masalah untuk mendapatkan sumber kewangan dari Tabung Haji atau Baitul Mal atau mana2 GLC dan berikan pegangan saham 1MDB.

Tidak perlu dah nak libatkan Abu Dhabi atau Goldman atau Cayman atau Jo Low atau Ananda atau siapapun yang sehingga kini masih menjadi tandatanya kepada rakyat. Atau kena kejar dek bank sebab sangkut bayar pinjaman. Atau berputar lidah nak menjawap persoalan rakyat...

Ni takut selepas segala masalah berlaku, akhirnya bila keluar IPO, dana2 awam itu juga yang akan beli . Kenapa tidak dari awal lagi libatkan mereka ?

Baru betul dikatakan yang 1MDB itu milik sepenuhnya rakyat Malaysia .... bukan 1MDB saja milik kita tapi anak syarikat milik orang luar.

Saya bukannya pandai bab ekonomi tapi begitulah pandangan saya.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2015 at 2:00 PM

UDA pun dah lari dari landasan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2015 at 2:01 PM

macai dan blogger banggang najib tak nak salahkan tun mahathir dan daim ke kerugian yang dialami 1MDB???hehe

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2015 at 2:15 PM

@Orang Sebarangandiharap UDA dibawah bos baru, Datuk Johari dapat mengembalikan UDA ke arah yang lebih berjaya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2015 at 2:48 PM

Salam,
Saya setuju bahawa kerajaan kena pastikan bahawa 30℅ hak berniaga diberi peluang kpd bumi. 30% mana tempat yg libat glc atau secara terus dgn kerajaan perlu peruntukan 30% utk bumi. Mana bumi yg main untung atas angin kasi blacklist dan ditarik kemudahan tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2015 at 2:53 PM

sejak najib jadi PM ni...apa2 yg berkaitan dgn hak melayu bumiputra byk yg terbuang....begitu juga berkaitan dgn isu yg sensitif tentang agama islam...lihat saja DEB, bapak yg buat anak yg buang....lu apa citaaaaaaa.....

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2015 at 9:01 PM

Salam. Rasanya blog Pak Kadiaq dah 'sangkut' lagi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2015 at 9:29 PM

Din tak abis lagi 1MDB

ulasan kau bagus terutama tanah 550 ekar hak 1MDB bkn kroni faham2 la Din...la ni kroni2 dah mula pasang senjata usaha jatuh menjatuhkan dah bermula..Harap kau bkn yg dibayar la bkn apa ni la masa duit mula mencurah2 ...biasala bila kapitalis bergaduh harta .

1MDB hak kerajaan..maknanya bkn individu cuma yg kau risau bila dijual kpd org luar..pelik gak aku apasal tak jual kat kroni kan lagi cantiiik?

Bab UDA ni dah bungkus la..zaman Pak Lah antara yg kuat bantu usahawan TEKUN..tekun ni zaman najib lagi power..
Zaman Najib dia tolong golongan usahawan rendah kira takda duit la...kalau rakyat yg takda duit BRIM..
Jadi biasa la tekun dimusuhi kroni kaya manakala BRIM pula org yg tk dapat...apa nak buat zaman Najib dia banyak jaga rakyat bawah la Din
Sabar la 2020 bkn jauh sangat nanti naik gaji korang masa itu cam biasa tak payah bersyukur joli beli kereta mewah...jgn lupa itulah standard org melayu biar papa asal bergaya...bila dah papa maki kerajaan cantiiik akhlak melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2015 at 6:25 AM

Saham 1MDB akan jadi macam FGV. FGV masa apongan RM4.00++ sekarang dah jadi RM2.00++. Begitu lah juga nasib !MDB nanti. Pelabor akan melanggan saham terbitan untuk di gunakan oleh !MDB langsai kan hutangnya. Penghujungnya nanti, pelabor akan kerugian macam FGV

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2015 at 11:03 PM

https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1616320741920047

....................
Reply To This Comment ...................
anak johor
January 27, 2015 at 7:35 PM

Tak perlu bising2..benda ni dipolitikkan dek pembangkang ..memang itulah kerjanya utk menanam persepsi buruk kpd kerajaan..serahkan kpd pehak pengurusan teratas memikirkan..yg di atas tu bukannya calang2 orang..lagi pun pengerusi PAC Nut Jazlan dah beritahu kewangan 1mdb blum berdepan dgn sbarang masalah, lagi pun ia dah diaudit firma audit terkemuka dunia..tak ada bukti kukuh syarikat berkenaan bermasalah..so jgnlah lekas ikut lagu puak pembangkang..bagi mereka apa yg kerajaan buat semua tak betul...berhati2lah !

Post a Comment