........... 1MDB - Sekadar Bertanya Lagi, Perlu Ke DiWujudkan ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Sekadar Bertanya Lagi, Perlu Ke DiWujudkan ?

Thursday, January 29, 201521comments

" Jika hendak maju dalam pelajaran, kamu hendaklah bertanya jika tidak faham akan sesuatu perkara kerana malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut kata Cikgu Ahmad kepada muridnya "

Itu contoh ayat bagi menerangkan maksud peribahasa tersebut. Itu kalau diaplikasikan dalam kehidupan seharian, dalam memajukan diri dan karier memang cantik. TAPI dalam politik, peribahasa itu tak boleh pakai langsung ! Bab politik, Cikgu Ahmad silap.

Dalam politik, peribahasanya menjadi - Rajin Bertanya Pro Pembangkang, Malu Bertanya Najib Suka !


Saja saya guna peribahasa itu sebagai mukadimah sebab selepas ni saya nak bertanya mengenai 1MDB.

Untuk apa sebenarnya diwujudkan 1MDB jika sudah ada agensi kerajaan yang khusus dalam bidang yang mahu diceburinya ?

Baru baca satu blog pembangkang yang menanyakan perkara yang sama tapi sebab penulisnya pemimpin dari parti pembangkang, maka saya tidak mahu lah letakkan linknya, takut orang akan kata saya promosi ayat pembangkang. Tapi pertanyaan2 beliau relevan dan memerlukan jawapan yang boleh memuaskan hati rakyat. Jadi saya olah semula dalam ayat yang lembut sikit.

Contohnya jika 1MDB itu sebagai syarikat pelaburan kerajaan,  kita kan dah ada Khazanah Nasional. Jika nak bergiat dalam bisnes tenaga elektrik, kita kan dah ada TNB. 

Bila kita tanya kenapa 1MDB beli IPP dan kenapa kalau kerajaan dah beli IPP, tarif letrik tidak turun juga ? Dijawabnya supaya keuntungan IPP itu dapat pada kerajaan, dan dari situ dapatlah kerajaan salurkan semula kepada rakyat.

Pening juga memikirkannya ....... Maknakata, untung dari IPP hasil bayaran bil letrik yang dibuat oleh rakyat tak boleh diusik. Kalau kerajaan ambilalih IPP pun, tarif tetap sama sebab kerajaan pula akan ambilalih keuntungan itu. Kerajaan pun nak berniaga dengan rakyat ! Sekurang2nya, kerajaan yang dapat untung daripada diberi kepada syarikat swasta.

errrr ...... macam tak kena jer jawapan tu tapi payah nak cari ayat untuk jawap balik hehehehe .... 

Hajat nak jer tanya lagi, betul ke IPP yang dibeli tu rupanya dah macam besi buruk, dan kontrak dengan TNB pun dah nak tamat. Katanya kalau tunggu beberapa tahun jer lagi, kerajaan boleh beli IPP itu dengan harga RM100 jer ! ? , tapi sebab itu soalan AKadirJasin, tak tergamak pulak nak tanya.

Kerajaan yang tak mahu keluarkan duit pun pinjam billion2 untuk beli IPP dan keuntungan dari IPP kena bayar balik pinjaman campur bunga terlebih dulu. Agak2 berapa tahun baru habis bayar dan baru keuntungan itu dapat disalurkan kepada rakyat ?

Mana lebih baik ...... 1MDB ambilalih atau biarkan saja status quo ?

Sekarang pinjaman dah sangkut, so terpaksalah jual saham pada orang luar sebab nak cari duit bayar pinjaman. Pulak ..... bukan ke plan nya kerajaan yang nak ambilalih ?

OK, Hartanah pulak ...... kan kita dah ada UDA kalau benar 1MDB itu mahu tolong Bumi dari segi pembangunan dan pemilikan hartanah ? Kalau nak bina rumah, kan dah ada PRIMA ?

Kenapa perlu wujudkan 1MDB untuk majukan TRX ? Sebab 1MDB mampu cari pelabur luar bla bla bla ....... ? ? ? Agensi sedia ada tunggul atau tak cukup mahir ? Kita kan ada Felda dan TabungHaji dan beberapa lagi GLC Bumi yang kayaraya, kenapa perlu cari pelabur dari AbuDhabi ? 

Tak pasal2, syarikat luar pun dah miliki setengah dari TRX. 

Hmmmm ......kalau projek TRX tak wujud, bagaimana rupa akaun untung rugi 1MDB ek ? Tanpa aset tanah yang dibeli murah kemudian di mark up beberapa kali supaya jadi untung buta ?

Ya, saya tak faham.... makanya saya bertanya ini. Kenapa perlu diwujudkan 1MDB untuk kerja2 pelaburan yang agensi sedia ada pun boleh buat ? Dan pelabur tempatan pun sedia labur supaya dikekalkan hakmilik harta negara 100% tempatan.

Dari kosong, tiba2 pegang billion2 ( secara hutang ) ! Bila pegang billion2, tak tahu nak buat apa pulak..... maka labur di Cayman. Sekarang dah dapat balik billion2 pun, hutang bank masih sangkut.

Oya, berapa kos pengurusan 1MDB sejak ia dimulakan ? Gaji, elaun, bonus, kos pejabat dan apasajalah kos yang berkaitan ........ saja nak tahu berapa banyak Kos Bodoh yang telah dikeluarkan untuk masalah 1MDB.

Kalau takde benda bernama 1MDB ini, berapa banyak RM yang berjaya diselamatkan ? 

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2015 at 8:00 PM

Satu lagi agensi merapu yang tak perlu ada ialah PEMANDU dan Talentcorp. Kedua2nya kalau tak ada pun masih ada agensi kerajaan yang mampu melaksanakan tugas yang sama.

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2015 at 8:31 PM

Aku pn nk tnya din , perlu ke putrajaya sewaktu ianya d rancng dahulu ? Perlu ke menara petronas tu din , perlu ke litar f 1 tu din dan perlu ke proton yg kt rakyat malaysia smpai hri ni sama2 menangung hutangnya din ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2015 at 9:00 PM

@Rizal ZainalOK la tu .... kita saling tanya menanya hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2015 at 9:20 PM

Ini bkn masalah sling tnya menanya din , tp sama jg kn waktu tu projek tu msih baru lg , dh tentu kt tk nmpk hasilnya , jd jgn la kt asyik nk petikaikn semua pekara yg baru , kn plk benda tu melibatkn pelaburan atau perniagaan dh tentu kn melabur dulu baru dpt hsilnya . Dan semua pernigaan atau pelaburan ada risikonya , mcm proton tu la dlu untung , sekarang din ? Knp din tk pertikaikn proton , jgn plk din nk slhkn pengurusan plk sebb ada proton tu baru ada risiko kn ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2015 at 9:42 PM

Btl la apa yg d ktakn h20 tu din , sebbnya apa yg peminpn dahulu buat tk semestinya sesuai sekarng ni . Jd yg kn tngung yg sekarang ni la , cb sewaktu proton tu nk d tubuhkn dh ada blog , fb , tweter aku rsa tun m pn pnt nk lyn ,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2015 at 9:50 PM

Pada suatu masa dulu, hanya ada TNB sahaja. TNB di swastakan,
Kemudian tu di wujud kan IPP dan sekarang ni IPP di beli balik oleh TNB.
Wal hasil balik asal. Pusing pusing dok situ gak.
Setiap pusingan kroni kenyang, Ini semua penyamun cekik darah rakyat.
Mungkin selepas 5-6 tahun pusingan bermula semula

....................
Reply To This Comment ...................
Pro kekura
January 29, 2015 at 10:47 PM

Sori la din kalau nak jawapan. Abg jib akan diam je pastu bila line dah panas sngt, mula la line talipon kau, email kau, surat cinta kau dajah 6 dulu kena cari balik. Aku agak la ni la yg jadi kat zam. Sampai berenti la mamat tu. Alih2 je kata kecik hati sbb gamba sarapan padahal dia dah kena warning dah tu gamaknye. Apanama pun ada naik kata jangan nak character assasinate dia sampai blog dia pun kena godam. Bosanla bila nak belawan ngan orang bacul. Sampai daim pun dikata ada tape sex entah ye entah tak tp sampai diam la kawan tu. Kalau tak betul pun agaknye kawan tu fedap nak layan mainan bdk2. Orang professional dia main personal je keja. Steady la din moga tuhan bekap kau. Amin

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 29, 2015 at 11:01 PM

1MDB, PEMANDU, Talentcorp dll berkaitan semua buang masa dan duit saja. Kembalikan Kementerian Pembangunan Usahawan. Maju ekonomi bumiputera maka majulah negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2015 at 11:25 PM

Rancangan yang dibuat mesti berdasarkan kemapuan serta pulangan.
Kalau kemampuan tidak ada, pulangan tidak tentu, tak payah lah kita komit.

....................
Reply To This Comment ...................
January 30, 2015 at 12:03 AM

@Rizal ZainalSekarang ni isu 1MDB.... yang saudara asyik pusing tanya Proton, kenapa ?

Persoalan tentang 1MDB bukan saja mengenai entiti nya saja tapi juga mengenai cara pelaburannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 7:03 AM

Mcm tu lah... Bila ditanya dipusing2nye balik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 9:38 AM

gara-gara brim bodoh dan 1mdb bodoh dan banyak lagi yang bodoh-bodoh. maka ramai rakyat telah disapa dengan penuh mesra oleh lhdn dan agensi-agensi kerajaan yang lain. bersedialah untuk membayar lagi. kocek rakyat akan dikorek sampai koyak.

....................
Reply To This Comment ...................
roslan
January 30, 2015 at 9:49 AM

rizal zainal, masalahnya orang yang ditanya pasal proton, menara petronas, litar f1 turut bertanya tentang imdb. kalau imdb sama seperti proton, menara petronas, litar f1 pasti tidak akan ada persoalan dari orang yang ditanya dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
January 30, 2015 at 10:00 AM

Kalau difahami artikel, 1mdb ditanya kewajaran diwujudkan atas dasar sudah ada agensi yg diamanahkan utk kesemua projek2nya. Bukan projek yg dipertikaikan tapi 1mdb. Ini tidak sama dengan f1, klcc, putrajaya dll kerana itu semua adalah projek bukan syarikat.

....................
Reply To This Comment ...................
roslan
January 30, 2015 at 11:30 AM

salam dinturtle,

kita sependapat. maksud saya "orang yang ditanya" pada post diatas adalah mantan pm. tun mahathir turut mempersoalkan 1mdb. sudah pasti seorang yang berpengalaman tentang projek baru tidak mempersoalkannya jika 1mdb berada dilandasan betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 11:53 AM

Kemungkinan kewujudan 1mdb adalah untuk melindungi seseorang. Namun tidak pasti siapa seseorang itu apa tujuannya. Memang betul kalau kita nak katakan banyak entiti pelaburan kerajaan yang boleh menjalankan tugas 1mdb. Tapi dalam masa yang sama terlalu banyak musang berbulu ayam di dalam entiti tersebut seperti juga staf Jabatan Kerajaan sekarang ini yang bukan melaksanakan polisi dan cadangan yang diperkenalkan kerajaan tetapi bertindak sebagai tukang kondem semua perancangan kerajaan tanpa mengambil kira kesannya pada kemajuan rakyat. Adalah lebih baik semua fungsi 1mdb ini diambil alih oleh GLC yang telah terbukti berjaya dalam bidangnya daripada memberi peluang kepada yang belum tentu hitam putihnya terutamanya dari sudut kefahaman politiknya.

1mdb juga seharusnya lebih telus dalam menjawab persoalan yang dibangkitkan daripada terus memberi 1001 alasan yang kadang-kadang tak masuk akal.

....................
Reply To This Comment ...................
January 30, 2015 at 1:18 PM

@Rizal Zainal

putrajaya perlu sebab masa tu kl dah sesak dan tak sesuai menjadi pusat pentadbiran lagi

menara petronas perlu sebab masa tu petronas takda bangunan sendiri macam tabung haji dan lain2nya

litar f1 perlu sebab masa tu malaysia takda litar f1 lagi

proton perlu sebab masa tu malaysia tak buat kereta lagi

1MDB tak perlu sebab dah ada UDA, FELDA, TH dan lain2nya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2015 at 7:55 AM

Satu lagi bodoh ialah MyCreative bila dah ada EPU dan DIKN.
@Rizal, mantan dulu tak suruh dua orang buat kerja sama.
Argonite.

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2015 at 1:53 PM

Apa beza dengan proton ? Proton pn dlu satu entity jg kn ? Yg sekarang ni rakyat kn tngung hutangnya kn ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2015 at 2:22 PM

Lg satu entyty kerajaan yg rakyat kn tangung htang ialh mas , dlu d swstakn sekarang ambl blk , hutang siapa yg kn tangung din ? Siapa pnya idea penswastaan tu din ?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
January 31, 2015 at 10:45 PM

Tuan Rizal Zainal,

Hutang apa yang rakyat perlu tanggung? Sila jelaskan dengan fakta dan angka.

Jika projek kereta nasional Proton, menara berkembar Petronas, litar F1 semua berkait dengan Tun Dr Mahathir, adakah 1MDB pun anda nak kaitkan Tun Dr Mahathir juga ? Saya keliru.

Jika Ah Jib nak hantar cybertrooper untuk "menjawab" dengan cara menghentam si pengkritik, rasanya simpati saya pada Ah Jib Gor dah hilang.

Post a Comment