........... 1MDB - Satu Analogi @ Alo, Lu Apa Cerita ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Satu Analogi @ Alo, Lu Apa Cerita ?

Friday, January 30, 201513comments

TMI

1MDB kena seriusli pertimbangkan untuk saman TheEdge dan TMI jika berita di atas tidak benar. Takkanlah 1MDB dikatakan dah bersetuju dengan Ananda Krishnan nak pinjam RM2billion buat bayar hutang yang tempohnya tamat esok ! 

Bukankah 1MDB baru saja tebus sepenuhnya duit yang dilaburkan di Cayman ? ? Lebih dari RM2billion tu ...... kenapa sampai nak pinjam pulak ? Pinjam pulak tu dari penjual IPP yang sama yang mana tujuan pinjaman asal dibuat.

Berita turut dilaporkan oleh Reuters - Malaysia tycoon Krishnan to help 1MDB repay $550 mln loan -sources ( prinskrin di bawah )

Mungkin saya salah tapi saya nak beri contoh analoginya seperti mana saya faham situasi -

A beli kereta dari B untuk tujuan disewakan ( buat bisnes la ) tapi A takde duit. Jadi A pinjam bank tapi bank tak percaya sebab A takde bagi deposit atau sebarang cagaran. So A pakat dengan B supaya B sanggup jadi penjamin bank kepada A. Entah apa yang dibincangkan, B pun setuju dan jadi penjamin supaya A boleh beli kereta itu dari B secara hutang sepenuhnya. Bank pun luluskan pinjaman dan bayar harga kereta itu pada B.

Tapi A sangkut bayar pinjaman bank. 2 kali dah tunda tarikh namun sangkut juga. Sebab B jadi penjamin, maka A pun bincanglah dengan B. Dari bank kejar B sebab dia yang jamin, maka B pun bincanglah sekali lagi dengan A. Entah apa yang dibincangkan, B setuju untuk pinjamkan duit kepada A untuk bayar hutang bank yang asalnya digunakan buat beli kereta dari B.


B hanya perlu gunakan semula duit hasil jualan kereta itu yang dibayar oleh bank, untuk dipinjamkan kepada A.Mungkin ditambah lagi sebab pastinya bayaran balik itu mengandungi bunga.

Pelik bunyinya kan ...... tapi itulah yang berlaku. Apakah B akan saja-saja bagi pinjam pada A ? Pasti ada syaratnya kan ! 

A tak keluar pun duit, hanya cakap kosong jer.... B pun sebenarnya tak keluar juga duit sebab duit itu main pusing2 je antara  A, B dan bank. Yang tanggung risiko besar adalah B sebab dia telah serahkan hakmilik keretanya kepada A yang hanya bayar dengan airliur. 

So ...... jika anda di tempat B, apakah syarat yang anda akan kenakan untuk melepaskan A dari dikenakan tindakan bank ?

A pulak dah terjebak sebab buat pinjaman dua kali atas kereta yang sama. Pertama dengan bank dan kemudian dengan sipenjual kereta itu untuk bayar bank. Tapi masih berkokok bangga kerana 'memiliki' kereta itu.


Lagi menarik, saudara kepada A pulak boleh berkata, masa A takde duit nak bayar bank dan terpaksa tunda 2 kali tarikh bayaran pinjaman, itu menunjukkan yang bank punya kepercayaan penuh kepada A. Sebab itu bank bagi tunda 2 kali !

Makanya, jika bank bagi tunda buat kali ketiga, itu menunjukkan tahap kepercayaan bank kepada A terlalulah amat tinggi sekali. Jadi tidak perlulah A pinjam duit B buat bayaran bank esok.

Jadi salahkah jika adik beradik A yang lain bertanya - alo A, lu apa cerita ? ? 

PS - oya, bukan tujuan pembelian kereta itu yang menjadi persoalan


TMI

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 2:00 PM

Bro din.. Bukan syarikat C ke yg jadi Tukang jamin... Bukan anak buah syarikat C iaitu bank n ke yg surih lanjut tempoh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 2:10 PM

Pusing pi, pusing mai, Ananda jugak yang semakin kaya....terlajak cerdik!!!!

-Sharifah

....................
Reply To This Comment ...................
January 30, 2015 at 2:13 PM

@<a The loan is owed to the country's largest bank, Malayan Banking Bhd, and smaller lender RHB Capital Bhd, and was guaranteed by Krishnan's investment vehicle Usaha Tegas, according to the people familiar with the talks.

The loan guarantee came as part of a transaction Krishnan struck with 1MDB in 2012, when the 76-year-old tycoon sold his power company Tanjung Energy to 1MDB for US$2.8bil

http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/01/15/Ananda-Krishnan-in-talks-to-key-stake-in-1MDB-US$3bil-IPO/?style=biz

....................
Reply To This Comment ...................
January 30, 2015 at 4:04 PM

Nampaknya adik dia lagi cerdik tak bagi loan kepada 1 Malaysia Dalam Bahaya (1MDB). Selamat Nazir & CIMB! phew@%&%$

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 4:53 PM

jadi yang jadi mangsa siapa? rakyaaaaat jugak!

....................
Reply To This Comment ...................
berasiam
January 30, 2015 at 5:03 PM

nazir dah banyak tolong airasia beli kapal terbang. lebih kurang aja risikonya dengan 1mdb. bezanya 1mdb dijamin oleh gomen, airasia dijamin dengan operasi tambang murahnya. belumlah selamat sepenuhnya. yang selamat yayasan noah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 5:45 PM

Nampak gayanya tak perlu Soros campur tangan dalam mensabotaj ekonomi negara....najib dah pun memulakan tugas yang sepatutnya dilakukan olehnya....!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 5:48 PM

Tertunggu-tunggu komen bijak daripada Ahmad maslan Dan hassan malek....yb please say something about this!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 8:05 PM

Kena hati hati komen skang takut abg ketua polis cari. Ada ke bdk komen pasal mh370 ken cari. Ini la dinamakan membazir resource. Kita tngk boleh setel ke tak kes bdk tu bila dia mintak maaf mcm perangai sesetengah kaum tu bila maki melayu pastu mintak maaf, setel. Kita nk tngk jugak bila namewee bekarya, abg ketua polis nak main twitter ke suruh geng dia siasat. Sori lari tajuk din sekadar ingat mengingati

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 8:09 PM

salam,
agaknya, bil astro naik untuk bayar hutang 1mdb kot. 1bulan 3 hinggit satu bil, berapa pelanggan astro? tnb tak turun lagi tarif. dulu naik kata minyak naik rega. sikalang bila mau turun. masuk dalam tabung untuk bayar hutang juga ke? spekulasi la bila mereka spin cerita yang kita pun tak faham.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 8:45 PM

Ada terbaca nie td..

http://theflyingkick.blogspot.com/2015/01/kerana-bafia-urusan-dengan-ananda.html?m=1

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2015 at 8:52 PM

Lain Kali,tulissss tak mau kasi orang dosa. Satu kali pusing,lain mcm sudah jadi. Apa mcm sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2015 at 1:09 PM

Dulu kes kapal selam, sampai sekarang tak ada apa pun. Sekarang kes 1MDB pula....sampai bila pun akan jadi fitnah kosong.

Post a Comment