........... 1MDB - Persoalan Pinjaman US1 Billion Pula ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Persoalan Pinjaman US1 Billion Pula .....

Saturday, January 31, 201526comments


Nakal sekali tajuk artikel TMI hari ini .... Hutang matang bulan September tapi Rafizi dah mula pertikaikan kemampuan 1MDB nak langsaikan.

Lainlah hutang RM2 billion yang katanya Ananda nak tolong pinjamkan pada 1MDB buat bayar bank sebab hutang itu dah tertunggak 2 kali. Dah ada bukti yang ianya bermasalah. Hutang yang baru disebut itu belum tahu lagi, mungkin buat melabur kat Cayman juga, jadi takde masalahlah nak bayar balik. Sudah terbukti pelaburan di Cayman terjamin. Tapi itu KALAU dilabur di Cayman ......




"Kolumnis (IFR) Jonathan Rogers mengesahkan 1MDB mengambil satu lagi hutang jangka pendek berjumlah AS$1 bilion dari konsortium 6 bank yang diketuai Deutsche Bank yang perlu dibayar balik menjelang September 2015.

"Hutang AS$1 bilion ini dilaporkan diambil 1MDB dalam bulan Oktober 2014 iaitu di tengah-tengah kemelut hutang 1MDB mula mendapat perhatian umum,"- TMI.



Saya tidaklah nak pertikaikan kemampuan 1MDB bayar hutang US1 Billion di atas cuma .......... err...... bukankah waktu itu ( sekitar Oktober dan beberapa bulan sebelumnya ) isu 1MDB baru panas ? Dan artikel Chedet pertama kali sebut 1MDB pula bertarikh 10 September ( KLiK ) sebagai mengomen kenyataan Saleh Keruak kemudian disusuli satu lagi artikel pada 27 Oktober dimana Tun merujuk kepada laporan TheEdge. ( KLiK )

Dari situ isu 1MDB terus panas ...... 

Dan waktu sama 1MDB buat satu lagi pinjaman US1 Billion senyap2 ...... Berapa pula KOS nak dapatkan pinjaman kali ni ?

Persoalan sebenar yang saya nak timbulkan adalah - Bukankah waktu itu kita diberitahu yang 1MDB ada wang di Cayman ? So .... apa logiknya buat pinjaman baru ?

Saya copy kenyataan media dari laman 1MDB bertarikh 30 April 2014 -

Dana yang telah dilaburkan di luar negara adalah langkah sementara seperti dana di Kepulauan Cayman yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Kewangan Cayman.  

Kawalan penuh ke atas dana

Ahli Lembaga Pengarah 1MDB mempunyai kawalan penuh ke atas dana yang diuruskan di Kepulauan Cayman. Dana ini diuruskan dengan mandat yang diberikan oleh 1MDB dan 1MDB boleh mengeluarkan dana tersebut pada bila-bila masa. Ia adalah seperti pelaburan dalam dana bersama, dimana 1MDB merupakan pemegang saham yang turut serta (participating shareholder) dalam dana yang telah mempunyai mandat pelaburan sendiri. 

Kawalan penuh dan boleh keluarkan pada bila-bila masa .... jadi kenapa perlu buat pinjaman baru ?

Satu lagi persoalan - dikatakan pinjaman US1 Billion atau RM3.6 Billion itu dapat bulan Oktober .... hmmmm .... hujung bulan November dah sangkut bayar hutang RM2 Billion pulak ? ? ?

Itu belum kira persoalan semalam - Kalau duit Cayman dah ditebus semuanya pada pertengahan bulan ini, kenapa perlu menagih simpati pada Ananda untuk tolong bayarkan hutang RM2 Billion yang dah tertunggak 2 kali sebelum ini ?

Hadoooooi ........ Apa ni ? ? ? 

Bukan soal agenda politik nak jatuhkan sapa2 ok, siapapun akan tertanya2 apakebendanya yang berlaku di 1MDB ?

Ni main BILLION-BILLION, kalau kantoi, negara dan rakyat akan merana jadi rakyat berhak mendapat penjelasan. Tak semua orang macam pro ahjibgor yang boleh telan apa saja, yang tak perlu apapun penjelasan.

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2015 at 11:53 PM

Nampak gaya duit yg supposedly yg kena bawak kluar dari cayman tu nak bayar kat bank deutshe ni kot? Ini lagi gempak sbb bukan bank local. Mati ler kalau tak dpt bayar sebab guarantor dia semua orang sedia maklum sapa. Ayat rtm best.. Permainan persepsi..masalahnye ketua negara bingung..

....................
Reply To This Comment ...................
February 1, 2015 at 12:00 AM

@AnonymousKalau dah ada duit nak buat bayar balik, buat apa buat pinjaman 3 bulan sebelumnya ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 12:06 AM

1mdb ni beniaga hutang kot tuan. Gali lubang tutup lubang. Cam skim pak man telo pon ada gak

....................
Reply To This Comment ...................
February 1, 2015 at 12:10 AM

@Anonymousdan setiap lubang baru semakin besar ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 1:11 AM

IPP 1mdb supply tenaga elektrik separuh dunia.Apa ada hal,buat hutang banyak2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 1:55 AM

Masa buat hutang,nilai pertukaran matawang Usd 1-Rm 3.2.Sekarang dah jadi Usd 1-Rm 3.61.Duit tu ada di bank2 tempatan.Untung buta 2 jer Kerajaan boleh bg Brim lg.Maknanya malaysia kita,tersangatlah kaya.Mampu buat pinjaman dan mampu bayar hutang.Berita di tv,Pm cakap malaysia tiada masaalah kewangan dan mampu serta bersedia menghadapi sebarang krisis eknomi.Ini bermaksud malaysia lagi kaya kaya kaya kaya.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 7:36 AM

Sdra Din.....please publish my comments and hopefully it will reach the eyes and ears of umno members especially pro PM supporters and bloggers alike.

Dear all,

1. Many moons back, it was made very clear that there were 2 groups at odd, one loose pact (or imaginary?) of TDM, TDZ, ex umno veterans such as tengku razaleigh, sabaruddin chik, sanusi junid and senior journalist kadir jasin and zam herein referred to as "concerned citizens" and the PM, a few ministers and his advisors as "the Don Quixotes" playing footsy.

2. Four broad areas of concerns namely the abolished ISA, the saved Instigation Act, the ever controversial MDB and the uncertain BRIM by far have dwarfed other issues facing the current regime.

3. The argument for and against the abolishment of ISA is no longer relevant as it has become academic. The result was heightened fear in incidents of extremism, racial slurs, religious and royal insults and the likes, matters that were unheard of or rarely occurred when ISA was instituted. To me, the critics had absolutely proven their case.

4. Lucky was the word when after so many debates, cursory exchange of opinions and pressure from all directions, Najib decided to call off his attempt to abolish Akta Hasutan albeit possibility of few changes allegedly to enhance the Act.....the rakyat will have to wait for this. Even so, many were let loose................perghhhhhhh.

5. The current uproar on 1MDB is a clear proof of a leader who lacks creativity and wisdom though with right academic background. This was compounded with inexperienced advisors who are without political traits and experience in running the country's administration in the likes of Idris Jala or Wahid Omar and others. With a datuk shorting the Ringgit and a tan sri buying back his power company, these all point to the woes of 1MDB. The alleged borrowing in October 2014 from an outside bank has added fire to the sickening problem. Again the critics won albeit personal attacks from the Don Quixotes chargers.

6. BRIM payout is another controversial issue against soft advice. With the low price of crude oil..it has impacted critically on the country's ability to pay and there is an urgent need to review the budget though the leader issued denials upon denials on the capability of the state to make payment. We will wait for the next scene.

7. In all, with 3 issues proven correct beyond reasonable doubts by the critics and the 4th being pending.......let us all pray for the best to come...hihihi

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
February 1, 2015 at 7:42 AM

Apa bole buat. ..Kan c bangang yg mengurusnya. .. Jadilah 1MalaysiaDahBangang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 8:18 AM

Ko ni din, tak habis2 cerita sedih 1mdb. Semua org dh tahu kisah pilu 1mdb ni. Dh la harga minyak jatuh (ok gak sbb harga petrol murah) ko pulak susahkan hati rakyat dgn cerita sedih pilu ni. Dah la din, next posting cerita ala2 hindustan dah la. Seronokkan hati berhibur utk redakan hati yg gundah gulana...boleh din?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 8:37 AM

Elok2 tun M elak pinjaman IMF...last2 kena plak 1mdb
Dulu anwar beriya nk IMF, skrang knp najib beria nk 1mdb?
Sama tp x serupa- dgn IMF kita berhutang, gadai negara... Dgn 1mdb berhutang pon gadai negara...cuma lg worst sb dgn IMF negara dpt duit dlm kocek utk ekonomi negara...dgn 1mdb pergi berhutang, apa pon x dpt...dpt rm1 biliyon pon duk byr hutang...celan mana rakyat dpt hasil??mana kekayaan negara?
Lagi worst 1mdb dicipta kita sendiri banding IMF...
Either najib is absolute clueless...ingat tadbir negara mcm niaga kedai bawang
Or tangan2 masonic or mmg pure org ambik kesempatan kaut duit negara tp kesan nya sm mcm ambik IMF..nak x nak najib kena pertahankan kesilapan demi kesilapan sambil cuba repair kapal yg bocor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 8:54 AM

agak2 kalau duit mereka sendiri,mereka Nak buat camni tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 10:38 AM

Acapkali saya tulis ayat2 berikut dalam mana2 blog.

1. Tunku benci penjajahan, kita dapat kemerdekaan

2. Razak tak suka kemiskinan, kita menikmati pembangunan

3. Hussein marah perpecahan, kita memiliki perpaduan

4. Mahathir pantang melihat kemunduran dan penghinaan, kita memperolehi kemajuan dan dihormati yang tak pernah dialami sebelum ini

5. Malangnya Abdullah suka mengimamkan berlandaskan hadhari, kita merasa mengantuk dan tidur dibuai mimpi

6. Ingat bila bangun, Najib benci penjajahan, kemiskinan, perpecahan, kemunduran dan penghinaan dan ditidurkan hingga dibuai mimpi. Rupa2nya beliau suka penjajahan (1MDB?), kemiskinan (BRIM?), perpecahan (pemansuhan ISA DAN COBAAN MEMANSUHJAN AKTA HASUTAN?), kemunduran dan p enghinaan (all critcisms as everyone is aware of). Kita terus ditidurkan dengan seribu alasan, denials......he literally becomes Don Quixote.

Nota: Pre merdeka leaders and folks really understand it. Those folks born in1957 like me and many others perfectly understood it clearly. Post merdeka leaders and other folks think otherwise. They think they know better. Akibatnya dimana ISA, apadah jadi dengan 1MDB, dimana hala tuju BRIM dan adakah AKTA HASUTAN dalam keadaan selamat?

Adios gringo kata zul nordin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 11:10 AM

@dinturtle

Tuhan je tau din. Nak letak kemungkinan takut polis tweet suruh siasat plak jadi elok aku simpan teori konspirasi aku elok2 dan kemas2 dalam laci spender

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 11:24 AM

Artikel ini,adalah fitnah dan tidak patuh kepadsa indeks maqasih syariah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 12:49 PM

Din, did you read an entry bt THE ECONOMIST on no one is good enough to topple najib? Wow what a statement.....not at all surprised as they are the voice of outsiders. Najib will get a Datuk for the writer like jackie chan.

1. Who says everyone is after najib's blood? He is only getting factual criticisms! Not seeking him to step down.

2. It was Don Quixotes' soldiers who cried foul and alleged everyone want his post.

3. And when they were cornered, someone cheeky posted who would be his successor. Of course in the light of the hoohaa, muhyiddin's name was up.

4. Thus, as an observer, I personally feel the don quixotes team is getting outsidets to help their defence as they on their own are helpless

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 2:20 PM

Anon 11.24.....

1. keseluruhan artikel atau perenggan yang mana dikatakan fitnah?

2. Tang mana yang tak patuh indeks maqaseh syariah?

mohon pencerahan,,,,,,,,

Wallahuaklam

....................
Reply To This Comment ...................
February 1, 2015 at 2:54 PM

@Anonymousindeks maqaseh syariah tu apakebendanya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 3:16 PM

Meminjam dan berhutang di bolehkan atas alasan keperluan apa?Kemudaratan atau kesan dari pinjaman perlu di ambil kira,untuk jangka pendek atau panjang.Kebijaksanaan mendahului semua perkara.Berhutang tidak boleh kurang atau lebih dari amaun pinjaman.Riba itu haram.Spekulasi juga haram dlm urusan jual beli.Adakah tindakan spekulasi matawang sehingga menjejaskan ekonomi negara di bolehkan dlm Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 3:25 PM

Ko nk ketawa ke din? Bunyi mcm terima kasih syariah. Tolong eja dgn betul ye apa yg ingin disampaikan. Kesian dinturtle ketawa guling2..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 3:31 PM

Maqaseh syariah bermakna tugasan kerajaan dan swasta di asingkan dalam ekonomi syariah.Kerajaan tidak boleh campur dalam urusan perekonomian rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 4:09 PM

Kalau dah untung billion2 ringgit dalam industri kewangan Islam, beralih ler cepat2 ke sektor kewangan dan ekonomi syariah.Dapat ler rakyat kurangkan tension kos sara hidup dan mainan politik.Kena ler serious.Jangan ler pakai consultant kewangan Islam.Pakai ler consultant syariah bersesuaian dgn indeks maqasih syariah.Kalau dah mampu buat kos rumah Rm15K syukur alhamdullilah ler.Bagi ler pembiayaan pinjaman perumahan tanpa riba.Bank syariah ambil alih ler,PBT utk buat keuntungan tertakluk kepada memberi perkhidmatan atau jual beli dll.Allah menghalakan jual beli dan mengharamkan riba.Allah dan radulNya akan mengiktiharkan perang kepada mereka yang terlibat dgn riba.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 4:51 PM

maqasid syariah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 6:52 PM

sebab tu lah agensi2 terutama sekali el ec dee en bergiat aktif sekarang ni....tak lama cas tam pun akan berlegar2 mencari mangsa.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2015 at 10:23 PM

(x+y)=(y+x)
(Najib Ah Gib Gor + Anwar AI)= (Anwar AI + Najib Ah Gib Gor)
So whether Najib orAnwar pm is dua kali lima jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
February 2, 2015 at 9:45 PM

Apa tujuan 1MDB ditubuhkan pun kita tak tahu. Tiba-tiba saja 1MDB sudah tanggung hutang berbillion.

......

Apa cerita KPN "CEPAT" saja nak panggil bila dengan menteri melayu? Kasihan Ismail Sabri. Mana KP UMNO lembab sangat ni ? Semua pasal cina walaupun benar tak boleh sentuh, apa cerita ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2015 at 7:28 AM

din...aku pelik sibuk2 nak sebut maqasid syariah tu apsal...ccciiitt

Post a Comment