........... 1MDB Mahu Tangguh Hutang Kali KeTiga ? ? Duit Cayman Mana Pergi ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Mahu Tangguh Hutang Kali KeTiga ? ? Duit Cayman Mana Pergi ?

Wednesday, January 28, 20158comments

Kena hati2 tulis ni .... kena pastikan tidak ada disebut langsung nama PM atau Parti yang beliau wakili. Sebab saya taknak orang tuduh saya nak serang PM atau Parti yang beliau wakili.

Artikel adalah mengenai 1MDB dan BUKANNYA mengenai PM atau parti yang beliau wakili... OK.

Anda pastinya dah baca artikel terbaru Blogger Top 10 SyedOSTB - Third Extension?? Dey Arul kanda, yenna daa ?? 

Beliau mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh Bloomberg Business bertarikh 27 Januari yang antara lain mendakwa 1MDB sedang merancang untuk melanjutkan lagi tempoh bayar hutang RM2 Billion yang sebelum ini sudah pun tertangguh sebanyak 2 kali dan sepatutnya dibayar hujung bulan ini.

Saya prinskrin artikel Bloomberg itu di bawah.

TANGGUH LAGI ? ? Apahal ni ? ? ? 

Katanya duit dari Cayman sudah ditebus sepenuhnya ! Ramailah yang tolong sebarkan hal ini, siap puji lagi sebab duit beranak pinak bila ditanam di Cayman dan waktu dibawa balik, duit US makin naik. 

Tak kisahlah ....berapa ramai anak ia ..... tak kisah jugalah kat mana disimpan billion2 itu seperti yang ditanya oleh Tun Mahathir .... tapi yang nak dikisahkan - kenapa tak digunakan duit itu buat bayar hutang tersebut ?

Logik kan soalan itu ? Tidak ada kaitan dengan politik kan soalan itu ? Kalau ada kait ngan politik sila beritahu .... saya boleh olah semula.

Orang biasa yang baca tentang duit Cayman itu pastinya beranggapan ia akan digunakan untuk bayar hutang.

Tapi Bloomberg pula kata, 1MDB perlukan tempoh lanjutan sebulan lagi untuk membolehkannya menjual saham tenaganya ( IPP ) kepada Ananda Krishnan. Maknanya, duit hasil jualan saham itu lah yang akan digunakan buat bayar hutang berkenaan.


So, soalan logik tanpa unsur politik yang bakal ditanya seorang rakyat biasa, pastinya -

Mana perginya baki duit Cayman itu ? Katanya sebanyak US1.103 Billion. Hutang tertunggak itu pula US563 juta atau RM2 Billion.

Ternyata baki duit Cayman itu LEBIH BANYAK dari hutang tertunggak dan seingat saya, tidak ada disebut langsung ke mana mahu dibelanjakan duit Cayman itu.

Hmmm ...sekarang baru saya faham kenapa Tun Mahathir bertanyakan di mana wang sebanyak itu disimpan !

Mana pergi ayat - 1MDB tidak punya masalah nak bayar hutang kerana aset melebihi liabiliti ?





PS - Rasanya 1MDB kena perbetulkan salah maklumat yang disiarkan Bloomberg di atas. Arul Kanda adalah CEO baru 1MDB bukannya Presiden.

- Baca juga  di TMI - Bank Negara powerless to act on 1MDB loan extension request, says report

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2015 at 6:59 PM

soalan tu kena la tanya orang yg buat 1mdb tuh...1mdb ni sapa punya? apa citaaaa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2015 at 8:20 PM

When the debate over factual criticisms by TDM over ISA, AKTA HASUTAN,1MDB n BRIM was published, many disagreed with TDM. The first issue was proven correct when najib led govt abolished ISA and now was helpless when tackling critical issues facing the security nation. On issue no. 2, after much pressure by most veterans, politicians, academicians alike etc, najib decided to shelve abolishing akta hasutan. During this time, hasutan came in from all corners, something unheard before. On issue no. 3.......TDM once again proven right when IMDB is having difficulty in repaying loans for 3rd time. TDM even questioned where did they park the money allegedly brought back from caymen island. To this date there was no response.....think. 4th issue is BRIM......the economy is on the way down......can najib sustain BRIM hand outs?

Pro najib, bloggers or others must realise that TDM IS NOT OUT TO UNSEAT NAJIB BUT TO SAVE THE COUNTRY FROM GOING TO THE DOGS.

Wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2015 at 8:25 PM

salam,
kena tunggu blogger upahan dapat jawapan daripada 1mdb dulu. baru boleh gelak kuat. sekarang ni tak boleh jawab lagi pasal 1mdb tak beri jawapan lagi. sekarang masa untuk buat cerita buruk orang tulis cite 1mdb ni. nak kena tunggu jawapan 1mdb kerana tak dapat jawab walaupun dulu dah gelak besar pasal 1mdb dah bawa pulang duit. dengar jer cakap, terus percaya walaupun tak ada fakta duit kat mana. cakap aset lebih daripada hutang, aset pun hutang, camna nak bayar hutang dengan barang hutang. tu pun dah gelak besar kat orang yang tanya. pinjam duit tak bayar pasal kena pusing dulu duit, tu pun dah gelak besar. tu baru dengar 1mdb cakap, belum 1mdb beri bukti lagi. dasar syarikat tak boleh dedah semua kat umum, tapi bila jumpa tdm, kenapa tak cakap atau panggil orang yang dok tanya dan tak faham-faham bila dah beri penjelasan. panggil orang ni, beri penjelasan dan bukti, biar orang ni diam terduduk bila terbukti 1mdb ni betul, benar dan berada di jalan terbaik. bukan ramai pun yang tanya berfakta, tak sampai 5 orang pun. 2 tun, otsb, dato akj, sapa lagi aaaaaarrrr? nak harap anon tanya, baca pun tak berapa faham terutama tang bahasa omputih. kontek lens dah biru, masih tak faham. blogger lain tu tukang sampuk jer. tukang karut tak ramai pun. mesti dah belasah banyak duit ni, tu yang gerun kalu duit tak turun, mana mau cari makan. pengerusi dah steady, tebal dah duit dalam guni, yang dok terima ni yang tak tebal lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2015 at 8:32 PM

eh, betullah arul kanda adalah Presiden dan Pengarah eksekutif .... saya baru semak di http://www.1mdb.com.my/bm/governance/lembaga-pengarah

DAN Mohd Hazem masih lagi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2015 at 8:28 AM

membolehkannya menjual saham tenaganya ( IPP ) kepada Ananda .... selepas 1MDB beli dari dia. Pi mai pi mai tang tu juga?

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2015 at 8:37 AM

Dia jual satu tapi saham yg dia nak beli itu utk syarikat yg miliki semua ipp dibawah 1mdb.
yg penting adalah untuk melangkah masuk. Bila dah masuk satu kaki, tunggu masa sajalah untuk dia beli habis baik secara direct atau melalui proksi. Syarikat guna nama PM dan nama kerajaan dibidang monopoli - itik bertelur emas tu !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2015 at 1:06 PM

..nak beli itu utk syarikat yg miliki semua ipp dibawah 1mdb.
DIN U HAVE OPEN MY EYES AND HOPEFULLY OTHERS. Jual satu beli semua. Siapa lebih pandai dan strategic? PM, 1MDB or Ananda or ARUL?? This is what they called WInners gets all .

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2015 at 3:13 PM

Siapa jual siapa Bro...

Post a Comment