........... Tun Mahathir -Kenapa Pemimpin Mengelak Jawap Isu TPPA dan 1MDB Masa PAU ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir -Kenapa Pemimpin Mengelak Jawap Isu TPPA dan 1MDB Masa PAU ?

Friday, December 5, 20147comments




Ramai yang menantikan komen Tun Mahathir berkenaan PAU yang baru lepas. Pagi tadi dah keluar - CheDet . Selain dari isu Akta Hasutan, isu2 lain yang sering dibangkitkan oleh Tun tidak disentuh langsung. Selain isu pendidikan, dua isu utama lain adalah mengenai TPPA -

3. Tidak ada perubahan terhadap niat untuk menandatangani perjanjian bebas cukai Trans Pacific Partnership Agreement. Perjanjian 29 bab ini merbahaya walaupun pengecualian diberi kepada usaha memperbaiki kedudukan bumiputera. Perjanjian ini lebih tertumpu kepada sekatan terhadap Negara Cina dan campurtangan dalam hal ehwal ekonomi dalaman Negara.

Topik langsung tidak disentuh. Hanya Datuk Maznah yang sebut sepintas lalu - Saya rasa, Yang Amat Berhormat Presiden perlulah mengkaji kembali dengan lebih mendalam, sebelum sebarang keputusan muktamad berhubung Perjanjian Perkongsian Trans Pasific atau Trans Pasific Partnership Agreement (TPPA) dibuat. Penjelasan yang lebih jelas dan terperinci amat diperlukan, kerana kerisauan rakyat pada isu ini adalah amat tinggi. Pada masa sekarang, apa yang rakyat faham adalah Perjanjian Perkongsian Trans Pasific (TPPA) tidak akan memberi apa jua keuntungan kepada rakyat terutamanya Bumiputera yang terpaksa bersaing hebat dengan pelabur-pelabur asing.

Langsung tidak ada respon atau komitmen disuarakan oleh pemimpin Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan mengenai TPPA. Ini hanya menunjukkan yang kerajaan Najib masih terbuka dalam rundingan TPPA.

Paling tidak, nyatakanlah yang TPPA tidak akan sekali2 mengorbankan hak dan kepentingan Bumiputera. Itu dah cukup buat perwakilan bertepuk sakan dan menjadikan Najib hero ..... tapi itu pun tak boleh sebut. ( mungkin pernah disebut sebelum ini tapi apasalahnya diulangsebut sekali lagi ? )

Semuanya rahsia ..... 1MDB pun sebelum ni banyak berahsia jadi bila terpaksa berdepan dengan rakyat, mulalah gelabah. Kenapa perlu mengelak dari menjawab kalau segalanya telus dan OK ?

4. Tidak juga ada respon berkenaan dengan tuduhan terhadap 1MDB. Yang membuat tandatanya bukan kenaikan harga elektrik kerana pembelian stesyen janakuasa, tetapi kerana harga belian yang amat tinggi, dibayar dengan duit hutang yang bunganya tertinggi yang pernah dikenakan kepada Kerajaan dan komisyen kepada Goldman Sachs sampai 11%.

5. Kenapa pula pelaburan dibuat di Cayman Islands atau wang disimpan di sana?

6. Cayman Islands adalah pusat operasi Hedge Fund dan dagangan matawang. Sementara orang atau syarikat biasa gemar melabur dalam Hedge Fund dengan pulangan yang tinggi, Kerajaan biasanya tidak melabur dalam Hedge Fund kerana ia adalah satu jenis judi.


Bos 1MDB Tan Sri Lodin sudah buat kenyataan sebelum PAU tapi ternyata jawapan itu tidak menjawab secara spesifik apa yang menjadi tandatanya rakyat. Kalau Tun Mahathir yang kabelnya panjang pun masih tak puas hati, apalagi rakyat yang langsung takde kabel !

Ada satu komen menarik mengenai kenyataan Tan Sri Lodin itu di sini - KLiK.


Ya, kenapa isu TPPA dan 1MDB tidak disentuh oleh Najib semasa PAU ? Bukankah PAU pentas terbaik menjelaskan sebarang isu bagi menguatkan kenyakinan ahli kepada kepimpinan ? Sebarang jawapan pun akan didengar seluruh rakyat secara live..... why ? why ?


Ni yang Tun Mahathir tanya sekali lagi mengenai 1MDB , salahkah ?

Selagi tidak berjawab,selagi itu ia menjadi tandatanya yang tidak mustahil bakal mencambahkan persepsi negatif. Takkan nak tunggu dah dekat PRU baru nak jawab ?

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2014 at 3:29 PM

Nanti bapak Obama marah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2014 at 3:40 PM

Saya tak berapa yakin dengan Ah Jib Gor dalam isu TPPA kerana sebelum ini telah terbukti beberapa kali yang beliau lebih condong ke arah US. Antaranya seperti pembukaan pejabat Khazanah Americas Incorporated (KAI) kat San Francisco, selfie bersama Obama dan menolak bulat-bulat penglibatan pangkalan tentera Amera (Diego Garcia) dalam isu MH370.

1MDB pulak langsung tidak diaudit oleh kerajaan. Jika isu hutang dikatakan sepatutnya tiada masalah, kenapa NFC diambil tindakan tetapi tidak 1MDB ? Hutang NFC hanya berjumlah RM250 juta jer jika nak dibandingkan dengan hutang 1MDB yang berjumlah RM 30 billion. Oleh itu, hutang 1MDB adalah lebih besar daripada hutang NFC. Tapi kenapa 1MDB tidak dikenakan tindakan ?

Saya musykil dengan cara Ah Jib Gor menangani isu TPPA dan dalam membelanjakan wang kerajaan secara berhemah.

....................
Reply To This Comment ...................
December 6, 2014 at 2:00 PM

Nak jawab macamana 1MDB dah banyak telan,,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2014 at 3:34 PM

Banyak negara2 amerika selatan yang membuat kerjasama perdangangan dengan amerika syarikat. Yang menghairankan, mengapa status negara2 tersebut,masih di anggap miskin?.Rakyatnya ramai yang menyemberangi sempadan negara mereka.Adakah ia di sebabkan oleh persaingan tenaga buruh,tekanan teknologi tinggi,kos sara hidup yang tinggi,ketidakadilan dalam ekonomi dll.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2014 at 3:43 PM

TPPA,Klogemerat negara jiran sangat beruntung atas dasar terbukaan ekonomi Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2014 at 4:12 PM

Harga rumah dengan sq feet yang kecil dengan harga yang tinggi yang tidak sealiran dengan kemampuan kaum bumiputera adalah untuk mereka yang sedasar dan sefahaman ekonomi terbuka seperti TPPA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2015 at 9:34 PM

kalau ikut apa kata najib hancus la. tgk apa dia buat selama ni ada ok ka? jahanam kita ooooiii

Post a Comment