........... Rezabkan Segera Tanah Kerajaan Di Bandar2 Besar | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rezabkan Segera Tanah Kerajaan Di Bandar2 Besar

Saturday, December 20, 201413comments

Saya sokong dengan tuntutan supaya tanah milik kerajaan yang ada di Kuala Lumpur dan semua bandar2 besar di jadikan Tanah Rizab Melayu.

Tak mahu tuduh apa2, pada siapa2 - Just Do It demi masadepan bangsa Melayu.

Kerajaan pun bukannya kuat sangat sekarang, jadi sementara kuasa masih ada, lakukannya !

Kerajaan didesak supaya mengisytiharkan tanah-tanah milik kerajaan yang masih ada di Kuala Lumpur termasuk kuarters tinggalan dijadikan sebagai tanah rizab Melayu.

Pengerusi Biro Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, hanya cara itu sahaja dapat menyelamatkan baki tanah rizab Melayu daripada dijual kepada orang bukan Melayu dan pihak luar.
“Ini bukan luar biasa, tanah yang kerajaan ada sudah tidak banyak. Kalau kita tidak buat begitu keadaan akan jadi buruk.


“Kita bukan mahu kerajaan rampas tanah orang bukan Melayu tapi selamatkan baki yang ada. Apa yang saya tahu di kawasan perniagaan di bandar satu peratus pun orang Melayu tidak ada pemilikan tanah,” 

“Tanah milik kerajaan di Kuala Lumpur, Selangor boleh diselamatkan dengan mengisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu menggunakan Enakmen Tanah Rizab Melayu di Selangor,”

Sinar

Di bawah adalah dari Sinar 29 Jun 2014 bertajuk Masa Depan Tanah Rezab Melayu

PEMILIKAN tanah adalah faktor penting tanda kekuasaan sesuatu bangsa dan kaum di tanah tumpah tanah air mereka. Penjualan tanah kepada warga asing atau bukan bangsa asal akan menatijahkan penghalauan penduduk asal di negara sendiri.

Sejarah Palestin menjadi iktibar umat Islam dengan penguasaan Yahudi di bumi Palestin melalui pemilikan tanah. Mereka sedar bahawa sebelum British keluar dari bumi Palestin dan undang-undang baru digubal, mereka perlu pantas mengambil jalan dengan mewujudkan dana nasional bagi membeli tanah di Palestin dengan nama Jewish National Fund pada tahun 1901.

Yahudi telah membeli hampir 1.5 juta ekar tanah di Palestin antara tahun 1920 hingga 1993 dan penempatan Yahudi meningkat dengan pesat iaitu daripada 55 kawasan pada tahun 1920 kepada 218 pada tahun 1939.

Tuan tanah di Palestin kebanyakannya tinggal di luar Palestin. Dengan tawaran harga tanah yang tinggi oleh Yahudi, mereka rabun mata dalam sedar. Mereka sebenarnya tahu Yahudi datang pasti mempunyai tujuan jahat.

Kesan pembelian tanah ini adalah wujudnya masalah setinggan. Rakyat Palestin mula marah dan memusuhi British kerana membawa masuk orang Yahudi ke bumi Palestin.

Penduduk Arab Palestin bangkit menentang penjajahan British dengan mengadakan mogok dan sabotaj sehingga berlakunya keganasan dan pembunuhan tidak henti pada tahun 1930-an. Namun, kelicikan British dan Yahudi dalam mengatasi masalah pertempuran ini nyata terserlah.

British mengarahkan sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi membuat kajian penyelesaian. Lord William Peel dilantik sebagai ketua suruhanjaya telah mencadangkan bumi Palestin perlu dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu wilayah yang dimiliki oleh Yahudi dan bahagian yang dikuasai oleh penduduk Arab Palestin. Jalan penyelesaian ini menggembirakan Yahudi dan satu musibah buruk kepada penduduk Arab Palestin.

Selepas Perang Dunia Kedua, British mengarahkan 100,000 tenteranya untuk berundur dari Palestin. Keputusan ini telah direbut oleh Yahudi dengan mengisi kekosongan di beberapa wilayah yang ditinggalkan oleh British. Tindakan British keluar secara beransur-ansur juga menguntungkan Yahudi untuk mengelakkan penduduk Arab sedar dan merampas wilayah tersebut.

Mandat pentadbiran seterusnya telah dilepaskan ke tangan PBB bagi menyelesaikan konflik perebutan tanah dan ia satu berita gembira kepada Yahudi. Perhimpunan Agung di Geneva pada 29 November 1947 telah meluluskan satu ketetapan yang dikenali sebagai UN Partition Resolution (GA 181) dengan sokongan bersetuju 33 negara, 13 negara tidak bersetuju dan 10 negera berkecuali.

Hasil keputusan ini, Palestin terpecah kepada dua bahagian; satu bahagian seluas 4,700 batu persegi untuk penduduk Arab Palestin yang berjumlah 1.35 juta penduduk dan bahagian kedua seluas 5,300 batu persegi untuk pendatang Yahudi seramai lebih kurang 630,000 orang.

Nasib Tanah Rizab Melayu

Enakmen Rizab Melayu diperkenalkan pada tahun 1914 bagi mencapai matlamat untuk menjaga tanah-tanah kepunyaan Melayu agar kekal dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan.

Namun, realiti yang berlaku, tanah yang dibatalkan sebagai tanah rizab Melayu tidak digantikan. Kerajaan Persekutuan juga perlu dipersoalkan dalam usaha mengawal, menyelia  dan mendesak kerajaan negeri  bagi memastikan berlakunya penggantian tanah.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 telah mendedahkan 65 kes penggantian tanah rizab Melayu di Pahang belum diselesaikan.

Tanah rizab Melayu adalah seluas 3 juta hektar dan pada tahun 1965, sebanyak 1.3 juta hektar tanah rizab Melayu sudah hilang dan baki yang tingal sebanyak 1.7 juta hektar dengan penurunan sebanyak 44 peratus.

Satu usaha yang baik diambil oleh kerajaan Kelantan dalam menjaga pemilikan tanah rizab Melayu. Kelantan adalah antara negeri Melayu yang paling banyak tanah rizab. Melalui Akta Kanun Tanah Negeri Kelantan, bukan anak kelantan tidak dibenarkan membeli dan memiliki tanah di Kelantan.

Namun di negeri Johor, kerajaan negeri telah menukarkan status tanah rizab kepada pegangan bebas yang memberi peluang kepada bukan Bumiputera dan orang asing seperti Singapura untuk membeli tanah di Johor. Kesannya, rakyat Bumiputera Johor tidak mampu untuk bersaing dalam pegangan bebas dengan bukan Bumiputera dan orang asing untuk pemilikan tanah. Tambahan pula, Tanah Rizab Melayu yang telah ditukar status tidak diganti semula dan bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan.


Abdul Malik bin Ab Razak ( Presiden Gamis )
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2014 at 3:09 PM

Dengan politikus Melayu yang ada skrg, baik UMNO, PAS PKR, boleh diharap ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2014 at 3:22 PM

Dah terlambat beb....

Bangsa kiasu dah menguasai kesemua bandar2 besar di seluruh negara. Semua rumah yang dibina habis diaorang sapu. Orang melayu dihalau secara halus dengan menggunakan strategi menaikkan harga rumah ke paras yang melampau. Itu sebab kouta bumi dalam pembelian rumah patut dikuatkuasakan semula. Cuba bilang berapa ramai orang melayu yang bekerja di bandar dan memiliki rumah sendiri. Kalau macam nilah keadaannya, aku confirm orang melayu akan kekal menyewa rumah flat sampai bila2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2014 at 3:37 PM

Aku tak tau sampai bila isu harga rumah ni akan selesai. Senang citer, selagi Ah Jib Gor memerintah, selagi itulah melayu akan terus merempat di bumi sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2014 at 9:31 PM

Selagi Melayu suka jual tanah sebab nak joli selagi tu lah tanah habis..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2014 at 10:15 PM

Semua tanah kerajaan dlm bandar dah habis di jual oleh BN, DAP dan PKR... Tak sempat nak di rezabkan pun...

....................
Reply To This Comment ...................
December 21, 2014 at 12:12 AM

Mahukah mereka merezabkan tanah tinggalan kuarters kerajaan sebagaai rizab melayu? Sedangkan inilah punca pendapatan kerajaan atau perbadanan2 ekonomi negeri untuk menyara lembaga--lembaga pengarah lantikan kerajaan negeri serta kakitangan agensi badan2 berkanun mereka!. Ambil contoh tanah kuarters kerajaan (mungkin terbesar di Malaysia) di Greentown Ipoh habis dijual kepada firma-firma atau pemaju swasta. Ambil pula contoh sejarah Kg Jawa di Ipoh iaitu satu-satunya sebuah kampong melayu ditengah-tengah pusat bandar Ipoh kini telah lenyap dijual oleh kerajaan negeri. Kini diambil alih oleh kelab-kelab malam, hotel, pusat maksiat dengan logo dan lambang guinness stout, heinneken, tiger stout merata-rata. Ini kerja-kerja pemimpin UMNO yang memerintah negeri. Kita menanggung sama dosa yang dibuat kerana mengundi mereka!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2014 at 3:23 AM

jadi melayu jangan jual tanah. tapi beli tanah. saya sudah mulakan sekarang sudah ada 4. kita jangan ashik salahkan orang sampaikan tanah pusaka sekangkang kera pun kita tak mampu selesaikan. ambil jalan mudah nak cairkan sahaja. kalau berjawatan tinggi jangan ashik gila kereta. cubalah dapatkan paling bangsat pun sebidang tanah.

....................
Reply To This Comment ...................
December 21, 2014 at 8:47 AM

Sudah lama minta di buat. Mereka pekakkan telinga, butakan mata. Kawasan strtegik tanah-tanah Rezab Melayu makin habis di godam. Lihat saja di pinggiran KL, majoriti Melayu berjaya di minoritikan dengan harga-harga hartanah di luar kemampuan biasa, secara sengaja...

Kenapa lah di sengajakan "terlepas pandang?"

Wartakan segera, di bangunkan mengimbangi sosio politik sekarang. Di mana-mana jua, terpenting nya radius lima / enam puluh km di sekeliling bandar - bandar sedia ada. Malah wajib di bandar-bandar baru. Cara tidak langsung premis-premis perniagaan wujud demi kelangsungan komersial Melayu berserta gabungan dan kerjasama bukan melayu.

Ku Nan apa khabar ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2014 at 10:59 AM

Menteri Besar Melayu, setiausaha kerajaan negeri juga dah lama orang Melayu.....bukan kata tanah kerajaan di rezabkan jadi rezab Melayu tapi tanah rezab Melayu yg memang berharga di pinggiran padang golf pun telah di susutkan nilai oleh kerajaan Melayu di Negeri Sembilan kalau mengikut blog Paneh Miang. Harap blog Paneh Miang tu tak tepat la...krn kalau betul mana la ada penglibatan bangsa lain dlm merompak kekayaan Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2014 at 3:06 PM

Rujukan .... tanahpuchong.blogspot.com

Salah satu cara nak selamatkan tanah reserve melayu ialah kerajaan atau ahli koperat/mereka yg berkemampuan/pelabur/pemaju membeli tanah reserve melayu yg nak dijual untuk dibangun dan dimajukan.

Aku ada semak satu tanah reserved melayu yang hendak dijual di Puchong, dah berbulan tuan tanah nak cari pembeli, tapi tak ada dari kalangan bangsa Melayu ini yang ada kemampuan untuk ambil perhatian. Tuan tanah ada 2 lot iaitu 4 ekar kali 4 ekar, dia nak jual satu lot 4 ekar sahaja untuk sara hidup dan untuk penjagaan ibu mereka yang tua dan uzur. Tanah tersebut terletak lebih kurang 500 meter dari Taman Putra Perdana. Asalnyanya dulu tanah berbukit dengan tanaman getah, tetapi sekarang sudah rata dan kosong terbiar. Selang 2 lot ada 3 lot yg telah dipecah pecahkan untuk unit banglow dengan harga 600 ribu bagi 0.3 ekar dan 2 lot bersebelahan sudah diambil oleh syarikat pemaju (sudah tentu milik Cina) untuk didirikan rumah. Mereka minta juga tanah yg hendak dijual ini, tapi pemilik lebih berharap ada bangsa Melayu yg ambil alih tanah itu, namun sampai sekarang seolah olah pemilik tidak ada pilihan untuk menyerahkan tanah itu kepada bukan Melayu atas nama proksi. Mereka menjanjikan 20 unit rumah berharga 600 ribu setiap unit sebagai pulangan Joint Venture.

Bagaikan tidak ada pemaju Melayu yg berkemampuan, ajensi kerajaan pun diam membisu, PRIMA atau SPNB pun buat tak tahu... berdegar degar dalam PAU... habuk pun tak ada !!!

rujukan ... http://tanahpuchong.blogspot.com

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2014 at 3:26 PM

Mana ada, tanah di wartakan tidak bernilai. Tanah, memiiki kuasa pasaran atas permintaan yang telah lama di tentukan oleh golongan kapitalis.Kerana golongan inilah,rakyat di belenggu masaalah dan penyakit gila.Di sebabkan tanah,maka wujudlah instrumen riba,sepekulasi dan manipulasi di dalam kehidupan rakyat.Perkara2 sebegini segaja di reka2 utk kepentingan individualistik.Sedangkan sistem Islam lebih baik dari itu.

....................
Reply To This Comment ...................
December 21, 2014 at 5:38 PM

Salam. Pemerintah dan pemimin dan gelap mata dgn wang ringgit, bukan tanah je tergadai, agama pu n dah terlelong sekarang ni....

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
December 21, 2014 at 11:25 PM

UMNO & PAS jika boleh duduk semeja bersama2 NGO2 peribumi berbincang dan laksanakan semua agenda pemerkasaan bumiputera termasuk menggantikan tanah rezab melayu dalam bandar2 secara drastik. Tak perlu nak fikir banyak kerana masa tak menunggu kita.

Wujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan. MARA pun diletak bawah Kementerian Luar Bandar buat apa? Bangang betullah!

Post a Comment