........... PM Najib Lebih Produktif Dan Efisien ..... Terutama Bila .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PM Najib Lebih Produktif Dan Efisien ..... Terutama Bila ....

Tuesday, December 30, 201421comments

Sejak PM Najib pulang dari percutian sambil bermain golf di Hawaii, nampaknya tak cukup tanah beliau menjelajah dan meninjau kawasan2 yang dilanda banjir ! Bertemu rakyat/mangsa banjir, makan minum bersama rakyat, menyelaras kerja2 menyelamat, mesyuarat bla bla bla .... WOW ! TABIK !


Itulah yang kita nak lihat walaupun kelibat beliau tidak membantu menyurutkan air banjir. Hanya kesan positif saja yang terhasil dengan kehadiran seorang pemimpin di saat rakyat memerlukan beliau. 

Bila cuaca tak mengizinkan penerbangan heli, beliau berkereta. Bila kereta tak boleh redah air, beliau berbot. Pendek kata, tidak ada apa yang boleh menghalang perjalanan beliau ....peeeergh !

Perhatikan wajah2 mangsa2 banjir di bawah .... dan saya lihat terpancar satu kepuasan di wajah PM tatkala menunaikan tanggungjawab yang datang bersama jawatan PM itu.




Terbaru saya baca beliau akan kembali ke Kelantan untuk melawat kawasan Kuala Krai hari ini bagi meninjau kesan bencana alam itu. Perjalanan mangsa2 banjir masih jauh walaupun air sudah surut dan mereka perlukan pembelaan dan bantuan untuk membina kembali hidup setakat yang termampu ....demi masadepan generasi yang akan datang.

Ya, lihat dengan deria pancaindera sendiri bukannya melalui laporan para penasihat semata2 atau melalui laporan twitter.

Teruskan usaha anda PM, rakyat pasti suka dan hargai !

OK, bab puji dah lepas. Yang ini pula mungkin buat darah pro ahjibgor naik ke mata hehehehehe .....

PM Najib ternyata begitu produktif dan efisien ........ bila Rosmah tidak ada ! 

Lantak koranglah nak bantai pun tapi ini fakta. Kali ini saya lihat tidak banyak protokol dan karenah dalam melayan kehadiran PM. Senang, cepat dan lancar kerja beliau bila isteri beliau tidak mengekor.

Well, mungkin ada yang berkata, sebab itu Rosmah dibiarkan tinggal di US bagi menguruskan apa2 niat holiday yang belum tertunai selepas terkantoi dek pendedahan paper US.

Well ...... boleh dibalas hujah itu tapi saya malas. Percayalah,bab Rosmah akan timbul tidak lama lagi. Rakyat akan bercakap juga nanti. Banyak cerita berlegar, saya dengar dan anda juga dengar, kan.... tak perlu disebut sini.

Point saya - ternyata PM Najib lebih produktif bila berjauhan dengan Rosmah ! Nah, debatlah ..... hahahahaha mampuih aku !

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2014 at 9:05 AM

Adoii Din Din hang tahu tak apasal Najib pi USA...jumpa obama pas main golf terus balik...adoi lepas ni Najib kne naik jet pejuang la kot cepat sikit baliknya ya la Din...

Kau ni jenis nak menang gak ya...apa2 hal Najib sukar dijatuhkan...

Seperkara lagi hang tak kenal PM kita rupanya...Najib memang camtu la suka tolong rakyat bkn waktu PRU je,,cuma tak kan najib nak hantar gambar kat hang hari2 adoiii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2014 at 9:57 AM

Din...hang pun tak kurang juga putaq .....

Suka hang LA din...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2014 at 10:18 AM

Beza pertama ialah apabila big boss ada, pekerja pun HARUS bekerja.

Undang undang baru - Cuti hujung tahun tidak boleh utk SEMUA pemimpin, selagi pemimpin TIDAK selesaikan masaalah banjir TIAP tahun.

....................
Reply To This Comment ...................
December 30, 2014 at 11:07 AM

Adoooi... tolonglah jangan komen bab2 fizikal... atau sampai suruh cerai ... sadis tuh !

Maaf, saya tak mahu siarkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2014 at 12:17 PM

Adooi Din..npe hang marah sangat dengan Rosmah ni..hang ada kisah lampau dengan dia yang tak settle ke?..hehe.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2014 at 12:28 PM

Inilah yang diharap rakyat pada pemimpin. Sama-sama meredah air banjir dengan rakyat. Seluar basah dek air bah. Tengok dengan mata kepala sendiri kesusahan rakyat. Biar dia sedar sejauh mana kerajaan pimpinannya berkesan dalam membantu rakyat terutama dalam waktu bencana seperti ini.

Memang betul bila najib pulang air bah x akan surut serta merta. Tapi bila pemimpin turun padang sama-sama dengan rakyat sekurang-kurangnya rasa terbela itu ada. Bila blogger seperti DT dan rakyat biasa seperti saya dan ramai lagi mempersoalkan di mana najib ketika rakyat ditimpa bencana, bukan bermakna sengaja mencari salah najib. Kita nak pemimpin berjiwa rakyat, dekat dengan rakyat. Empati seorang pemimpin terhadap rakyat perlu ada.

Kalu ikutkan logik penasihat, najib berhak amik cuti rehat tak kira apa keadaan. Tapi ikut logik rakyat biasa, pemimpin perlu bersama rakyat ketika negara dilanda bencana. Itu yang membezakan penasihat 20% dan orang biasa. Apapun tahniah buat PM yang sanggup cancel cuti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2014 at 12:36 PM

Din, aku nak kasi petua cara-cara untuk membezakan antara Pro Ah Jib Gor dengan Pengkritik Ah Jib Gor. Pro Ah Jib Gor selalunya akan menggunapakai nama "Najib" dalam setiap komen. Manakala Pengkritik Ah Jib Gor pulak menggunakan nama "Ah Jib Gor". Meskipun begitu, kat sini aku nak kasi pencerahan sikit bahawa Pengkritik Ah Jib Gor tidak semestinya adalah Anti Ah Jib Gor. Maksudnya kita kritik bukan bermakna kita benci.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2014 at 1:45 PM

rocky the great brown unused dick says: wa tules kat sini la din, kat site bloglist lu banyak sangat eklan, wa tao lu kaya macam 1MDB; tapi lu punya bodek ni korang ngam laa.. lu mao up najib musti up kak mah skalik; untong2 lu dilantek jadik punasehat (macam orang-buat-PhD- yg- tak- balek2 tuh) kasik lu jaga kat Cayman Island wa ha ha ha ha ha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2014 at 1:58 PM

Hang jgn nak lps tangan plk din...hang yg mula cari pasal....buka cerita...bwk mulut..bila org komen lebih2 hang takut la plk...

....................
Reply To This Comment ...................
December 30, 2014 at 2:26 PM

Saudara orang baru agaknya di sini. Cuba perhatikan artikel dan komen2 yang lepas2...... apa yg saudara perasan ? Mana ada bahasa kasar atau maki hamun atau biadab ?
Nak kritik pun gunalah bahasa yg molek. Ramai budak2 baca ni :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2014 at 2:36 PM

Salam,
yer, setuju dengan pandangan bro. din. memang efisien. memang penyokong ah jib gor bangang bila suruh ah jib gor terus bercuti bersama keluarga kerana hak beliau untuk bercuti rehat selepas berhempas pulas keluar negara mencari dagangan pelaburan dan mementingkan kehendak kak ros melebihi orang yang mengundi.

lihat betapa imej ah jib gor bila bersama mangsa banjir. mereka tersenyum dan gembira sampai pemimpin pembangkang terpaksa berlakon demi menandingi ah jib gor. tak patut betul ostb bila kata ah jib gor naik flight komersial dan tinggalkan jet malaysia untuk bini serta keluarganya melaram dengan jet tersebut. macam ah jib gor kata, dapatkan bukti dahulu sebelum bercakap dan bukti itu daripada pmo yang tak pernah berbohong dalam memberi fakta. teruskan memuji tindakan yang betul, usik mengusik membawa bahagia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2014 at 3:39 PM

Najib tu pemimpin MUNAFIK....beriadah dengan kepala kuffar di luar negara ketika rakyat sengsara banjir di pantai timur. ..inilah inti khutbah Jumaat lepas oleh seorang ustaz kelulusan law di satu masjid di pulau pinang...anta2 nilaikan lah...gue malas nak komen..

---gue pun Din Juga...Din Kura Kura-'

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2014 at 4:24 PM

Kami tidak kisah kemana Rosmah nak pergi. Tetapi jangan guna duit rakyat salah guna kemudahan kerajaan. Mungkin Rosmah kata dia pun rakyat juga, jadi dia ambil hak dia sebagai rakyat, cuma dia mungkin ambil lebih "sejuta untuk aku, sepuluh sen untuk kau semua"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2014 at 6:58 PM

Susah betul nak puaskam species bername manusia. Tak balek salah bila dah balek mcm2 bahasa d klrkan. Nik abduh mana piee. Lagi sorang MUNAFIQ trus kapish dari kelantan.

....................
Reply To This Comment ...................
December 30, 2014 at 8:09 PM

He..he.. bila hujan memang produktif. Bila banjir memang eksklusif. Tambah-tambah puak-puak setengah masak suka fitnah nak jadi popular !

Maka tugas PM lebih efisyen dan menyelami hati rakyat. Sultan Kelantan pun boleh jadi "rakyat biasa"... yang penting bantuan dan memberi akomodasi keselesaan kepada mangsa-mangsa. Lain-lain memang bencana alam akbat tangan-tangan dan mulut manusia.

Apa khabar Pak Anwar Ib ?

....................
Reply To This Comment ...................
December 31, 2014 at 12:53 AM

Ni dh nampak jugaklah 'kulit' Tn Din.. tak ikhlas jugak nampaknya.. takkan nak tumbang semangkok dgn macai2 PAS dn PR kot duk serang Najib tanpa sebab yang haq?

Maaf ini buat saya tawar hati dgn blon Tuan.
Saya respect blog ni bila tegur hal2 yang jelas mudharat negara dan keadaan.
Tp dlm suasana Allah SWT menguji kita dgn mcm2 hal yang berat seperti banjir ini
janganlah kita jd iblis yg menghasut manusia kpd keburukan dan kebencian.

Cukup2lah dgn munafiknya sikap PAS dan PR dlm isu banjir ini.. bantu tidak tp diserangkan segenap penjuru kepada Najib dn Kerajaan.

Apakah Tn Din pun juga mahu join mereka? join puak iblis laknatullah?

Kalau tak boleh membantu jangan jadi perosak..penghasut.. BERAT AZAB ALLAH nanti..

Allah Maha Adil. Najib ada kelemahan sebagai manusia..tp jangan kita berlagak seperti kita ini sempurna..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2014 at 1:09 AM

Salam,

Mari kita mengenal siapa PERDANA MENTERI MALAYSIA, mengikut pengamatan saya yea..!!!

Najib sebenarnya memiliki DUA karektor yang amat berbeza..

I. AH JIB GOR
- Jib Gor teramat suka dan menyayangi kaum Pendatang Cina kerana mereka ini menguasai ekonomi Malaysia, melebihi kaumnya sendiri.

-Jib Gor nie akan menurut sajer apa kemahuan Kau Cina terutama kumpulan pendesak mereka terdiri drp Dong Zuan.Jib Gor telah hapuskan ISA dan Ordinan Darurat dan cuba menghapuskan Akta Hasutan, kerna tunduk pada desakan Kaum Pendatang Cina Gila Bxbx nie. Sekolah Vernakular diagungkan dan mahu dijaga oleh Jib Gor sampai tersasul sasul ada terjamin dlm perlembagaan. Hal sebenarnya tidak!

-Jib Gor amat menyanyangi isterinya DS Rosmah 30%, kerana DS Rosmah seorang wanita yang bijak mengatur strategi, bijak memanipulasi orang dan amat berpengaruh, malah banyak Ketua Wanita dunia pon berkawan rapat dgn DS Rosmah, terutama Michele Obama, bini Tony Abbot, Bini2 Sheikh di Timor Tengah.
Kuasa Allah, walaupon DS Rosmah ni pendek orangnya, tapi kepala besar dan otak bergeliga, banyak nasihat DS Rosmah nie menjadi, kecuali sejak akhir tahun 2012 ke atas, banyak strategi DS Rosmah tidak menjadi... Banyak Gagal, digagalkan oleh orang yg rapat dengan DS Rosmah ..contoh spt Datuk Mumtaz J yang telah sebat dan bawak lari sumbangan tunai puluhan juta...kasihan DS Rosmah...

-Jib Gor amat kecewa dengan keputusan PRU 13, di mana sebagai pemimpin, beliau gagal mendapat majoriti 2/3, apalagi undi popular. Nuar Brahman Penjubor nie guna kesempatan melobi diri dgn pihak Amerika, yang dia lebih popular drp Jib Gor..maka Jib Gor pon memulakan kempen mempopularkan dan mementingkan diri sendiri..

-Jib Gor dan Isteri suka sangat merasmikan apa sajer, muncul dikhalak ramai rasmi dan lancar kan itu dan ini, semua berita mengenai Jib Gor, Jib Gor, Jib Gor, Jib Gor, Jib Gor, samapi Rakyat Marhaen pom naik Jelak, Bosan, nak termuntah rasanya. Seolah-olah tak der Menteri-Menteri lain di dalam Kabinet, semuanya Jib Gor, Jib Gor, dan Jib Gor.

- Jib Gor sangat sombong, angkuh, ego dan bangga diri. Banyak teguran dan nasihat yang dilontarkan secara percuma oleh Veteran UMNO, langsung tak mahu diendahnya, didengari apa lagi untuk dikaji selidik, di tolak mentah-mentah, "Yoour time is over, now my time", begitulah ungkapan hati Jib Gor.

- Jib Gor terlalu amat percaya dengan beberapa kerat ahli yang dilantiknya, punahsihat yang menjahanamkan karier politiknya, spt Idris Jala, Omar Ong.

-Jib Gor amat suka dibodek, dipuji terutama oleh Macai Banggang dan Blogger Banggang yang dibayar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2014 at 1:10 AM

II. MOHD NAJIB RAZAK
- DS Mohd Najib merupaka seorang insan yang baik hati, lemah lembut, mudah senyum, penyayang, ramah dan berhati mulia.

-Najib teramat jarang MEMAKI HAMUN bila berceramah, paling teruk terkeluar drp mulutnya perkataan "BANGGANG"... Bukan macam Anwar Ibrahim... segala macam cacian makian seperti Bodoh, Haramjaddah, Buta Perut, asyik keluar drp Mulut Anwar takkala berceramah...setiap ceramah fitnah, dusta, nista semua ditabur.... Jauh Beza Anwar dan Najib, ternayata Najib lebih hebat drp Anwar.

-Najib amat jarang menolak sesiapa saja yang memerlukan pertolongannya, yang tidak mendatangkan bahaya kpd Negara, Najib sudah pasti menolong, tak kira parti, agama dan bangsa, beliau memiliki ciri2 perwatakan bapanya.

-Najib perlu secara terbuka menyatakan sokongan padu pada Orang Melayu & Bumiputra Sabah Serawak kerana mereka nie adalah Tuan Tanah sebenar Malaysia.

-Najib perlu pastikan apa saja program Kerajaan mestilah 70% untuk kepentingan Melayu & Bumiputra.

-Malaysia terdedah kepada Bahaya Terrorist, Penyeludupan Wang Manusia dan Dadah, jadi Najib perlu mengembalikan segera akta yang bersamaan dengan Akta ISA dan Ordinan Darurat.

-Najib perlu berikan sedikit ruang dan peluang untuk semua Jemaah Menteri untuk muncul bersama, mendedahkan pemimpin tersebut kepada kawasan masing2, kerapkan berjumpa dengan rakyat bersama pemimpin.

-Najib perlu yakini kemampuan diri sendiri, jangan terlalu berharap dengan punahsihat, dapatkan nasihat drp pegawai kerajaan berjawatan tinggi secara langsung tanpa pengetahuna punahsihat.

-Najib perlu nasihatkan DS Rosmah supaya kurangkan % Peratusan, ambik bahagian di dalam pentadbirannya.

-Najib tidak perlu takut pada US Amerika, Obama, yakin pada diri, dan nyatakan pendirian Malaysia tanpa berbelah bagi, tuntas dan padat. Tak perlu buang
masa dengan Obama, dia pon dah nak EXPIRED, President US dua musim saja...apa Obama nak mintak tanah nak duduk kat Malaysia ker apa?

-Najib perlu jalinkan hubungan rapat dengan Jokowi, PM Thai, PM Cambodia, PM Vietnam, Presiden Filipina dan adakan rundingan terus yang dapat memberi kebaikan secara dua hala, tanpa menjejaskan negara lain. Di sini, tingkatkan pasaran eksport malaysia ke negara asean dan asia pasifik, sementara menunggu ekonomi Blok eropah dan amerika pulih.

-Tubuhkan Kesatuan Bencana Asean - negara terlibat sumbang danan dan kepakaran, IANYA berpusat di Malaysia.

-Tegur Macai dan Blogger Banggang supaya mereka tidak lagi tersasar dan salah dalam memberikan gambaran situasi dan tegah mereka drp membodek.

-ada apa2 lagi tambah sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2015 at 12:46 AM

@Anonymous

Tuduhan kau tu berat wahai manusia.. senang2 kau label org Munafik yang ada jasa byk pada rakyat disebalik kelemahannya sbg manusia.

Apakah kau tak takut sifat munafik tu kembali pada kau?
Kenapa kau benci sgt dgn Najib pd masa begini?

Apakah kau juga sama mcm Anwar? Anwar yg penuh lakonan, di gereja lain di depan org permatang Pauh lain.. jelas menggadai Agama dan Bangsa.. mengapa kau tak ckp munafik?

Semoga Allah beri kau Hidayah.. kau sedekahkan pahala kau yg mungkin sudah kering tu FREE pd Najib..

Wallahualam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2015 at 9:59 PM

PM Ds najib sekali lagi membuktikan keperihatinan dan tanggungjawabnya kpd nasib rakyat...tanpa mengira faham politik sanggup memindekkan percutian di luar negara ..meninjau kawasan2 dilanda banjir termasuk Kelantan yg bukan negeri perintah BN..di mana Anwar Ibrahim dan Lim kit Siang?...jelas cakap berdegar2 tapi tahi sangkut kat gelegar!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2015 at 10:05 PM

aku tersentuh dn belas melihat PM yg kelihatan raut wajahnya yg seperti kurang rehat dn tidur..apa taknya terpaksa bergegas pulang ke negara meninjau musibah banjir melanda negara terutama Kelantan..mengisytharkan bantuan 500 juta yg tentunya melegakan rakyat yg dilanda musibah...tq Pm Najib..SubhanaAllah!

Post a Comment