........... Pihak Gereja Marah alKitab diCop, Azmin Sound Suruh Diam ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pihak Gereja Marah alKitab diCop, Azmin Sound Suruh Diam !

Sunday, December 7, 20146comments


Ingatkan dah selesai isu alkitab yang telah dipulangkan kembali lebih 3 minggu lalu. Tiba2 pemimpin gereja bising lagi ....  kali ni meroyan sebab mendakwa cop amaran dibuat pada alkitab berkenaan telah mencemar kesuciannya. Panjang kenyataan wakil gereja tu -

- Presiden PBM Bishop Datuk Ng Moon Hing berkata tindakan mencetak cap amaran di Bible itu bertentangan jaminan Putrajaya sebelum ini yang ia tidak akan berulang lagi selepas kejadian serupa terjadi pada 2011.


"Insiden itu kini berulang, kali ini oleh pegawai agama negeri Selangor. Pada kedua-dua keadaan, komuniti Kristian merasa terhina kerana teks agama mereka dicemari dan dinodai," katanya dalam satu kenyataan.


"Kami tidak kisah kerajaan pada peringkat mana yang melakukan tindakan kejam dan keji ini, hakikatnya Bible itu sudah dicemari dan golongan minoriti Kristian di negara ini menanggung akibat daripada perbuatan golongan pelampau agama yang bekerja dalam kerajaan.


"Kami tuntut penyataan maaf dari pihak berkuasa agama Selangor kerana mencemari kitab suci, setelah membuat serbuan atas premis kami awal tahun ini," kata Ng.



- Insiden terbaru ini "benar-benar melemahkan dan menidakkan" usaha Sultan Selangor mencapai penyelesaian kepada isu itu, kata Ng merujuk majlis di Istana Selangor pada 14 November yang disaksikan Sultan, di mana Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerahkan 351 naskhah Bible kepada Persatuan Gereja Sarawak (ACS). 

Apakah ini rupa cop yang buat gereja marah -


Ayat pada cop itu yang jadi pertikaian atau cop itu sendiri ( tak kira apapun ayatnya ) ?

Perlu diingat hanya 351 alkitab yang dirampas itu saja yang bercop dan alkitab2 itu berupa barang haram ( di sisi undang2 ) yang dirampas pihak berkuasa atau contraband.  Dan syarat utama pemulangan alkitab itu adalah -

“Pemulangan kembali Bible mengandungi kalimah 'Allah' ini dibuat dengan syarat yang ketat bahawa Bible mengandungi kalimah 'Allah' tidak diedarkan di negeri Selangor,”

iaitu sama dengan ayat yang terkandung dalam cop berkaitan. Jadi pada pandangan saya, tidak salah cop itu diletakkan. Selain sebagai tanda pengenalan ( supaya alkitab itu tidak dibawa semula masuk ke Selangor ) juga sebagai peringatan akan wujudnya undang2 berkaitan.

Bukan JAIS yang bersalah menyerbu dan merampas alkitab itu asalnya tapi pihak gereja yang harus dipersalahkan kerana dengan sengaja melanggar undang2 !

Apakah pihak gereja telah sedar dan belajar dari apa yang berlaku ? Jika melihat pada kenyataan bishop itu seterusnya, saya fikir tidak -



- "Selagi hak minoriti agama menyembah Tuhan dengan menggunakan apa jua nama yang mereka pilih, untuk menerbitkan dan mengedarkan teks agama dalam apa jua bahasa yang mereka mahu.  



“Dan untuk berkongsi penyataan iman dan agama mereka dengan sesiapa saja yang mahu mendengar, dikawal dan disekat, tidak boleh wujud kebebasan agama yang sebenar bagi semua penganut mana-mana agama.


"Pegawai pihak berkuasa agama mungkin boleh menggunakan undang-undang, yang skop dan bidang kuasanya boleh dipertikaikan, disangkal dan dinafikan, tetapi pada akhirnya, mereka ini tiada kuasa moral," - TMI.


Bukan saja pihak gereja tidak mahu akur malah mereka masih mempertikaikan kuasa undang2 negara !

Komen berbentuk amaran Azmin di bawah ini saya tak pasti ditujukan pada siapa ....... kemungkinan besar kepada pihak gereja sebab mereka yang mulakan episod kali ini.

“Isu ini sudah tamat,”  

“Jangan buat sebarang provokasi.” 

Semoga pihak gereja akur dengan amaran dari Azmin itu. Kali ini mungkin pihak gereja tidak akan mendapat sokongan padu dari parti Dap sebab yang sound adalah pemimpin PR. Takkan pihak gereja berani bergaduh dengan PR kan .....

Azmin sound pulak tu dalam gereja ! Peeeergh ....
Ng berkata PBM memohon satu penyelesaian yang boleh diterima dan mampan untuk "provokasi yang seperti tidak berkesudahan" dari pihak berkuasa agama ini.
Bagaimanapun, katanya, tiada keharmonian tulen dan satu resolusi yang kekal lama boleh dicapai melainkan jika wujud penghargaan dan penerimaan yang ikhlas terhadap kebebasan beragama.
"Kerajaan boleh menggubal undang-undang, tetapi tidak boleh menyekat semangat dalam jiwa."
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/persatuan-mahu-pihak-berkuasa-islam-minta-maaf-kerana-cemari-bible#sthash.f3jHlAvS.dp

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2014 at 11:09 PM

kalau betul dia sound tu, makna memang dia dapat bekap dari sultan atau dia dah janji dengan sultan benda ni dia boleh setelkan. tapi mentor dia punya title kena tarik balik. jadi azmin ni kira baik dah ke??? tapi sejak dua menjak ni asyik tengok jalan kena turap sana sini dan asyik kena korek je....macam zaman toyo2 dulu..taktau la kalau memanga ada rosak jalan tu atau saje cari keja.

apa2 pun bagus azmin ni. firm. keep it up

....................
Reply To This Comment ...................
December 8, 2014 at 8:55 AM

Selepas segala cara diplomasi di persetujui, kenapa masih tidak akur undang-undang di atas kesalahan yang di buat dengan tujuan tersirat membelakangkan segala peruntukan?

Jika Azmin sudah "sound" kita lihat sahaja apa kemungkinan nya selepas ini, ia tak ? Ada kah kedudukan Sultan itu di bawah taraf mereka ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2014 at 10:21 AM

akta hasutan kan ada, gunalah. utk cauvinis mcm ni la gunanya akta hasutan.

mereka x pernah ikhlas nk berdamai. selagi x akur dgn kehendak mereka, mereka xkan redha, sounds familiar? kan kita org islam dh diingatkan.

bukankah ini hasutan lagi? tentang agama plak tu, ape lagi yg lebih sensitive kalau bkn tentang agama. x guna kalau akta ada tp x digunapakai. bishop ini adalah org yg sama mahu semua agama bebas didakwahkan kepada org2 islam. bknkah ini dh melanggar perlembagaan. apa guna akta hasutan sekiranya provokasi mereka sentiasa kedengaran?

apa jalan moderation datuk seri dlm hal ni? demi agama pn kita bertolak ansur dgn mereka yg melampau? datuk seri kene ingat nabi saw berpesan berlembat sesama saudara, bertegas dgn kafir harbi.

padahal kita memulangkan kembali kitab mereka yg terang2an diedarkan pada org islam pn sudah begitu pahit. mereka buat pasal lagi jgn salahkan org2 melayu kelak. apa mereka ingat mahu mencari pasal dgn mais dan jais tidak bermaksud mencari pasal dgn org melayu dan islam? jgn hanya asyik suruh org2 melayu saja bertolak ansur. diberi betis nk peha. jgn sampai pipi bengkak kene pelempang.

golongan liberal akan melalak. MKPN akan melalak, marina akan melalak. ini sentiasa berlaku. kalau ini berterusan x gunalah apa2 akta pn.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2014 at 10:24 AM

https://helenang.wordpress.com/2014/12/08/christian-extremists-confrontational-over-allah-bibles/

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2014 at 7:20 PM

Puak2 jahat ni sengaja uji umat islam secubit kita undur sejuta langkah mereka mara...jangan sekali2 hilang fokus wahai umat islam.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
December 16, 2014 at 12:06 AM

Saya sudah tulis komen pada artikel mengenai pemulangan bible oleh Azmin & Sultan dan jangkakan perkara ini akan berulang.

Saya keliru. Sepatutnya dilupuskan sahaja sebagaimana saranan Ibrahim Ali. Maka dah tak jadi isu. Tapi yang kena dakwa Ibrahim Ali. Nasib baik dibebaskan.

Akta hasutan sepatutnya digunakan.

Post a Comment