........... Peringatan Menarik Buat Melayu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Peringatan Menarik Buat Melayu

Friday, December 5, 20145comments

Disini ingin saya kongsikan dua Tazkirah / Peringatan menarik dari Watsup -

Salahfaham Konsep Asobiyyah Punca Melayu Berpecah

Memang bagi Aktivis dan Islamis, asobiyyah ni pantang bagi mereka kerana bagi mereka Haram dan Jahiliyyah. Tetapi Ibn Khaldun adalah sarjana pertama mengungkapkan kepentingan dan keperluan asobiyyah sebagai asas pembinaan peradaban Islam yang beliau sebut sebagai Asobiyyah Qurasyh khususnya Asobiyya Banu 'Abd Manaf. 

Konsep Asobiyyah ini dalam Bahasa Eropah disebut sebagai Espirit de Corps. Disebabkan orang Melayu kita dah hilang Espirit de Corps inilah akibat dimomokkan dengan ciri2 Haram dan Jahiliyyah oleh Aktivis/Islamis kita tak hendak memperjuangkan hak-hak Melayu yang didalamnya banyak meliputi hak-hak Islam sekaligus.

Orang2 Cina di Malaysia tak kira MCA ke DAP ke PKR boleh bersatu dan bersama dalam banyak hal demi kepentingan bahasa, budaya, pendidikan, politik dan ekonomi mereka atas dasar Asobiyyah Kecinaan. Disebabkan orang2 Melayu sudah membuang Asobiyyah Kemelayuan mereka maka tidak mungkin untuk mereka bersatu dan bersama dalam banyak hal.

( DT - Seperkara yang saya perhatikan, orang Pas tidak kisah pula kalau kaum lain memperjuangkan budaya dan hak kaum mereka, malahan disokong dan diraikan pula. Tapi kalau orang Melayu ..... Asobiyyah ! )


Melayu Tidak Harus Rendahkan Nilai Bangsa Sendiri

Ajaib, dengan keadaan sifat-sifat Melayu yang sering digambarkan buruk belaka malah oleh orang Melayu sendiri, manusia-manusia Melayu dapat membina sebuah negara yang stabil, aman dan makmur jauh lebih baik dari banyak negara yang mencapai kemerdekaan lebih kurang pada waktu yang sama di banyak tempat di Asia, Timur-Tengah, Afrika dan Amerika Selatan ! 


Seburuk-buruk sifat Melayu seperti yang dimomokkan itu, kita jauh lebih baik dari orang Arab dan Afrika malah India dan Pakistan yang lebih mudah menumpahkan darah sesama mereka !

Fenomena melakukan generalisasi memburuk-burukkan sifat orang Melayu yang dipelopori para penjajah telah disanggah oleh Arwah Prof Syed Hussein Alatas dalam buku beliau Mitos Peribumi Malas. 

Ahli-ahli sosiologi seperti Robert K. Merton mengasaskan konsep Self-Fulfilling Prophecy bilamana seseorang akan cenderung menjadikan dirinya sepertimana gambaran terhadap dirinya diabsahkah dlm kehidupan. Atau ahli sosiologi terkenal Algeria Malik Bennabi menyebut idea Colonializability iaitu bagaimana minda orang terjajah akan lebih selesa hidup dalam keadaan dijajah.


Dr. Amran CENTHRA

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2014 at 6:30 AM

Orang PAS lebih melihat imej arab, menggunakan istilah arab adalah lebih islamik. Malah, sanggup memakai kopiah dan meninggalkan songkok kerana tidak mahu dilihat berimej melayu. Berdosakah pakai songkok ? Berdosakah pakai baju melayu bersampin ? Apakah dengan memakai serban dan berjubah menjadikan kita lebih islamik ? Jijik sangatkah melayu ni di mata PAS ? Seolah-olah malu mengaku sebagai melayu.

Bagi saya, kesilapan terbesar PAS ialah cuba memisahkan Islam dan melayu. Walhal dalam konteks Malaysia, melayu adalah Islam dan Islam adalah melayu. Memisahkan kedua-duanya adalah seperti memisahkan roh dan jasad. Tapi PAS tanpa rasa bersalah menuduh UMNO asobiyah kerana membela dan mempertahankan melayu. Hakikstnya UMNO membela melayu dalam satu pakej iaitu melayu dan Islam sekaligus. Tolong melayu bermakna tolong Islam.

Persoalannya, jika PAS kata nak tolong Islam, nak tegakkan Islam, apakah dikira salah kerana tolong bangsa sendiri ? Apa gunanya Islam ditegakkan, tapi melayu terus merempat, terus meraih simpati, terus mengemis di tanah air sendiri sehingga jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain. Hari ini melayu masih lagi lemah dari segi kuasa ekonomi. Apabila kita nakkan melayu berjaya dalam hidup dan keluar dari kepompong kemiskinan. Inilah jihad ekonomi yang UMNO perjuangkan selama ini. Bayangkan bila melayu dah menguasai ekonomi negara, apa saja kita boleh buat, nak buat negara Islam boleh, nak buat hudud pun boleh. Ini kerana, tiada sesiapa pun yang akan berani menentang apabila kita dah buat. Orang cina berani menentang kita kerana sekarang ini kita masih lemah dan ekonomi pun masih dipegang oleh mereka. Sebab itulah semua orang terpaksa tunduk dengan tuntutan dan desakan mereka kerana kedudukan kita masih lemah.

Oleh itu, dah tiba masanya kita perkuatkan Islam dengan melaksanakan jihad ekonomi. Kita perkukuhkan kedudukan kita supaya kita mampu melawan mereka. Jangan sesekali meninggalkan Bukit Uhud dalam apa jua keadaan sekalipun kerana jika kita bersabar sedikit, Insha Allah, Islam pasti akan menang suatu hari nanti. Jangan sesekali abaikan melayu hanya kerana engkau mahukan Islam. Ambillah kedua-duanya serentak kerana itu adalah pilihan terbaik dan lebih menepati kehendak Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2014 at 8:29 AM

faktor utama perpecahan orang melayu adalah dengan wujudnya parti bernama pas dan sampai sekarang saya masih tak jumpa jasa pas membangunkan syiar islam di malaysia.kalau ada tuan penyu boleh senaraikan,boleh tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2014 at 8:40 AM

Sebab Pas anggap sgla arab itu bgus. Islam adala universal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2014 at 11:11 AM

Kesalah fahaman terhadap Islam banyak merugikan umat Islam. Sebagai contoh bila salah faham tentang jihad sehingga menyebabkan musuh Islam mendapat untung sehingga menjayakan usaha musuh islam menghidupkan imej "Islam itu Ganas". maka umat Islam yang cetek dan naif mengikut tok guru mereka menyertai kumpulan militan seperti IS.
Begitulah juga yang berlaku di negara ini, kerana salah faham para ustaz yang kita sangka mereka arif ilmu Islam, mengharamkan semangat asabiyah yang betul, menjadi haram. maka orang melayu telah mengalami kerugian selama berpuluh puluh tahun. Umat melayu mundur dalam semua aspek sedangkan musuh kita cina Evangelis telah mengambil peluang itu untuk membangunkan bangsa mereka di atas tanah orang melayu. Kita mesti bermati-matian berusaha tetapi orang melayu terus bergaduh, berdengki, berpuak-puak, berpecah dan menolak bangsanya sendiri. Yang paling buruk ialah...tidak percaya kepada bangsa sendiri. Tidak perduli kehebatan asal usul bangsa sendiri yang pernah gemilang dan menguasai nusantara.
Ayuh jangan berbicara sahaja! Jangan berdiskusi tempurung kepala sahaj! Jangan beretorik macam orang akademik sahaja! KITA MESTI AJAK semua orang melayu tanpa mengira fahaman politik untuk memberi harapan kepada bangsa ini untuk bangun semula ! Berilah peluang dan bersabarlah dengan bangsa melayu. Banyak kelemahan bangsa kita ini perlu diberi masa dan jangan berputus asa dengan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
December 5, 2014 at 3:26 PM

Melayu gagal mempromosi dan mengangkat bangsa sendiri. Bila menjadi cerdik pandai mereka lebih percaya kepada kepalsuan / toghut dari sebenar-benar Kebenaran dari Allah Taala yang di peringatkan dan di contohkan oleh Nabi Besar kita. Begitu juga Nabi-Nabi sebelum nya untuk kaum / bangsa mereka sendiri.

Maka Yahudi dan Nasara itu telah melakukan kezaliman diri hakiki ketika mereka menolak Nabi-Nabi yang Allah lantik dari kalangan mereka mengikuti kebenaran. Sesungguh nya sudah sesat nyata seperti Allah nyatakan dalam ayat-ayat NYA.

Kini sebahagian Melayu telah ramai melanggar syariat Islam. Mereka mengolah kebathilan menyerupai Kebenaran dengan kesesuaian mengikut logik akal sendiri demi kepentingan dunia. Malah mereka menyokong musuh Allah SWT dan tidak berlandaskan ilmu-ilmu bersumber sahih Islam menegak Kebenaran tetapi merujuk sarjana-sarjana barat yang teruja dengan penyesatan demi penyesatan. Nyata nya mereka memang berkawan dengan syaitan atau di jadikan guru, mengikut logik akal bisikan idola mereka, yang mati atau hidup dengan berpaksikan hak asasi manusia semata-mata. Sudah tentu sahaja bertentangan syariat Islam yang syumul.

Bukan orang lain yang salah. Kebanyakan Melayu itu lemah dan semakin di lemahkan oleh jelmaan syaitan di rejam, tidak tahu lagi menilai dari akal nakli dan akli, yang waras dan berhemah menegakkan syiar Islam. Lantaran itu membiarkan kemurtadan, satu dosa besar Ulama dan Umara yang cuba menyembunyikan Kebenaran yang sepatut nya berpegang konsep, " berkata benar lah atau bertindak benar lah, walaupun pahit !" Ini lah "kata-kata" Allah SWT.

Jadi Umno teruja dengan apa ? Pas pula bermuka-muka hendak ke mana ? Melayu Pkr kenapa kenapa begitu ghairah mencerca nikmat yang ADA ? Kita tahu, liberal, sekular, pluralis, komunis dan seumpama nya memang bercanggah norma-norma Islam dan memang alam syaitan dalam sesat
nyata !!! Tidak berdosa menjadi munafik, musyrik dan murtad ? Hanya hukum manusia suka menghalalkan cara demi laba dunia di depan mata

Sumber :- rujuk lah Hadis sahih dan Al Quran. Bukan saya kata...he..he...


Post a Comment