........... Luahanku - Kami Mahukan Pemimpin Yang Memimpin BUKAN Pemimpin Yang DiPimpin | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Luahanku - Kami Mahukan Pemimpin Yang Memimpin BUKAN Pemimpin Yang DiPimpin

Tuesday, December 2, 201434comments

Artikel luahan ini sebenarnya saya nak siarkan selepas saja PAU tapi tergendala dek ledakan bangang Najib.

Biasalah seperti yang lepas2, akan muncul satu sentimen 'ke arah Melayu Bersatu' sebaik saja Pau melabuhkan tirai. Benda tu dah kira SOP, takde bezanya dengan Pau tahun ni. Dan menjadi MO juga, sentimen itu akan hilang setelah beberapa hari dan semuanya balik asal.

Jadi ada baiknya saya tulis luahan ini sementara sentimen itu masih kuat. ( malangnya tahun ini sentimen ' ke arah  Melayu Bersatu' itu tahan tak sampai sehari dek keceluparan Najib dengan Bangangnya. Biasanya bloggers akan menulis tentang point2 utama semasa Pau tapi semuanya tenggelam hanya kerana satu perkataan minang yang Rosmah ajar. Najib yang cakap begitu OK ! - Bangang namanya! Saya belajar perkataan daripada isteri saya (bahasa minang) )


Kepada penyokong2 Najib, anda ingat saya dan ramai lagi yang sering kritik Najib, suka2 je ke nak lawan pemimpin ? Secara jujur ya, kami NAK sokong pemimpin. Kami NAK lihat orang Melayu bersatu. Dari penyatuan itulah datangnya Kekuatan. Melayu lemah kerana berpecah.

Bukannya kami tidak sedar perkara itu tapi yang menjadi masalah utama kami adalah - Kami tidak akan BUTA jer sokong apa saja jenis pemimpin yang ada. Kami dikurniakan akal untuk berfikir dan menilai apakah kriteria yang seharusnya dimiliki oleh seorang pemimpin. 

Tidak perlulah seseorang itu memiliki kesemua kriteria itu, cukup makan pun dah kira ok. Masalahnya ........ kami lihat Najib hanya memiliki seciput saja kriteria itu ! Najib cuma pandai cakap omputeh dan pandai bawa diri di pentas dunia. Itu jer la..... kalau dicalon kan jadi Setiausaha Agung PBB, memang teramat layak sangat.

Bab lain ..... Hancur ! Tak perlulah di ulang sebut satu persatu, semua dah sedia maklum. 

Sebenarnya Najib punya terlalu banyak peluang untuk ambil hati dan meraih sokongan dari orang Melayu. Pelbagai isu menjelma sejak mula Najib ambilalih jawatan PM.

Dari isu kalimah Allah, isu Akta Hasutan ( walaupun akhirnya mengalah tapi sebab dibuat last minit, orang susah nak terima keikhlasannya ), isu Namewee, TPPA  dan lain-lain .... tapi ternyata Najib punya pendirian yang berlawanan arus dengan orang Melayu !

Hampir setiap isu memerlukan sokongan buta dari penyokong setia dan memaksa pakar strategis Umno berperah otak men-spin situasi/kenyataan supaya menunjukkan sisi positifnya kepada orang Melayu. Serius.... hampir setiap isu !

Kemudian kita dimomokkan dengan kewujudan para penasihat yang kononnya menjadi punca segala masalah. Salahkan mereka, jangan salahkan Najib, kata pakar strategis Najib.

Tanpa mereka sedari, gesaan itu sendiri memBENARkan segala kepincangan kerana kesalahan tidak dipertikai cuma atas bahu siapa yang mahu dibebankan kesalahan itu. Kedua, gesaan itu juga membuktikan Najib tidak layak menjadi pemimpin. Pemimpin jenis apa yang mengikut je kata penasihat .....sekadar window dressing jer.


Kalau begitulah rupanya, seharusnya tidak timbul langsung persoalan siapa yang lebih layak selain Najib sebab tidak ada bezanya Najib ada atau tidak kalau dikekalkan para penasihat yang ada.... tak gitu ? Keputusan2 tetap sama sebab yang buat adalah para penasihat. Kalau berjaya, PM dapat nama dan kalau gagal dipersalahkan penasihat.

Jadi kenapa ditimbulkan persoalan siapa yang lebih layak ganti tempat Najib sebab SIAPA PUN akan setaraf Najib asal mereka ikut jer apakata Penasihat !

Pendek kata, kami akan sokong pemimpin yang benar2 memiliki kriteria pemimpin ..... Menyokong pemimpin macam Najib akan hanya membawa kehancuran kepada bangsa dalam jangkamasa panjang.

Berpecah membawa kehancuran ...... tidak ada bezanya kalau kita bersatu di bawah Najib.

Saya tahu ramai yang akan marah dengan luahan ini. Biarlah, sekurang2nya saya puas hati dapat meluahkannya.

Siapa pemimpin itu tidak penting.... yang penting adalah bagaimana dia menjaga dan memimpin bangsa Melayu ke arah masa depan yang cerah dan mendukung apa yang terdapat dalam Perlembagaan yang berkaitan dengan agama Islam, bangsa Melayu, bahasa Melayu dan Raja2 Melayu.

Kalau barisan seperti di bawah ini pun.... saya OK jer ...




Imej di atas semakin kerap disebar dalam dunia watsup ....tak usah buat terkejut la.

Meminjam lagi kata rakan , Bertanyalah, apakah seseorang pemimpin itu tidak kenal diri sendiri ? Kalau kenal, cepat2lah tarik diri jika cintakan UMNO. Lebih untung UMNO jika beliau itu menarik diri daripada menjerit2 menyalahkan orang lain.

Umpamanya, orang ramai akan memandang jijik jika yang rasuah sehingga merugikan Melayu, menjerit2 menentang rasuah kononnya ......

Atau yang diketahui tidak berjiwa Melayu ambil kesempatan melaungkan slogan yang nampaknya seperti anti cina padahal dalam hidup seharian bersekongkol dengan cina kaya.


Ya, mungkin semangat kami tidak sekuat Hang Tuah yang dijiwai oleh penyokong setia Najib dalam konteks menyokong buta .... tapi itu bukan sesuatu yang perlu untuk kami minta maaf.

BERSATU ...... Ya, tapi biarlah di bawah pemimpin yang satu kepala. Kami akan bersatu dibawah pemimpin yang memimpin bukan pemimpin yang dipimpin.

Share this article :

+ comments + 34 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 5:12 PM

Wow...bro Din..caya lah.....!!! Sememangnya itu la suara hati rakyat marhaen....

-Sharifah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 5:30 PM

Setuju sangat dgn barisan baru.

....................
Reply To This Comment ...................
Azam
December 2, 2014 at 5:38 PM

Salam Bro Din,
Saya sokong 110% cadangan tro-pemimpin di atas untuk menerajui UMNO!!
Saya bosan dan muak dan benci dengan puak liberal perosak yang bermuka-muka seperti yang ada sekarang. Presiden Bangang sekarang MESTI diturunkan.

PAU 2014 telah jelas menunjukkan Presiden so-called Bangang ini sudah expired dan tidak ada apa lagi kebolehan yang ada untuk memimpin kita.

Presiden Bangang ini telah jelas menunjukkan beliau tak sealiran dengan wajah dan perjuangan sebenar UMNO.
kalau tak kerana desakan dan ketajaman ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin rasanya Akta HAsutan akan kekal. dan pengampu Najib akan terus mengampu beliau sehingga beliau terasa di kayangan.. dan didodoi dengan keindahan palsu.. dan mencapai tahap Bangang tertinggi.

Najib kelihatan melepaskan kegeramannya pada semua kerana mendesaknya mengubah haluan UMNO dan Kerajaan, daripada bersifat liberal, pro- Pakatan kepada kembali semula ke jalan asal UMNO sebagai wadah Melayu dan Islam.

Najib kelihatan bengang, lalu melepaskan sikap bangang nya dengan membangangkan blog pengampu yang dibayar untuk mengampu beliau dan Punahsehat2 perosak negara.

Apa akan jadi jika Tan Sri Muhyiddin tidak memberikan 'jalan' kepada kita? Sebenarnya TS Muhyiddin sudah cukup tegas dan jelas memberikan isyarat kepada UMNO bahawa UMNO sudah lari jauh dari matlamat asal.

Manakala Najib terus bangang dengan hanya bercakap soal Cina sokong BN. Najib kelihatan semakin tidak waras lagi dalam soal politik. Matlamat beliau hanyalah sokongan Cina pada BN.

Selagi itu tak tercapai beliau kelihatan sanggup lakukan apa sahaja termasuk menggugat Perlembagaan dan hak orang lain.

Najib lupa tanpa sokongan Cina, UMNO lebih berjaya dan tidak terikat dengan ketakutan dan kebaculan pemimpin UMNO kepada suara Cina.

PRU 13 menunjukkan suara Melayu dan Bumiputra berjaya memenangkan BN. Tapi Najib tak puas hati.. beliau nak jugak Cina..

Najib menunjukkan beliau tak puas hati dengan mengekalkan Akta Hasutan setelah diasak teruk oleh semua pihak. Akhirnya Najib meluahkan sikap bangang nya melalui tajuk berita ini :

Kekalkan Akta Hasutan tidak menjamin rakyat sokong BN -

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kekalkan-akta-hasutan-tidak-menjamin-rakyat-sokong-bn-1.31000

Tuan2 semua yang berakal cuba muhasabah sejenak.. apa jenis Presiden parti UMNO jika begini suaranya?
Apakah masih tidur lena orang Melayu.. tak peduli apa? Musuh dalam UMNO sendiri ialah 'Presiden Najib Bangang..'

Mohon maaf jika Bro Din rasakan posting saya tiada adab, kerana saya belajar dari bahasa Perdana Menteri Malaysia - Najib laki Rosmah Al-Bangang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 5:56 PM

saya sokong bro din...artikel ni mmg terus dari hati akar umbi tidak kira ahli umno atau pengundi BN....kita mau pemimpin yg memimpin bukan dipimpim...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 6:04 PM

tapi isu dia muhyiddin kata sekolah vernakular kekal? macamana? sama jugak. ramai nak sekolah satu aliran tapi muhyiddin ni tak boleh deliver jugak. tapi macamana pun muhyiddin ni takde la seteruk najib. zahid tu aku tak stuju. mukhriz pun aku tak stuju sbb orang suka dia semata mata sbb bapak dia je. senang kira macamni lah, umno dah nak pupus. katalah najib turun skalipun, ingat dia nak turun kosong? lepas rosak segala benda dalam negara ni dia kejakan demi nak menjadi mamat yg merealisasikan 2020, sapa je yg boleh naik selamatkan kita suma? isu dia kita tak bole nak tngk esok najib turun lusa sapa naik tapi kena tengok minggu depan tu remnants najib masih ada ke tak? rasanye susah melayu nak selamat. tapi apakan daya..benda dah jadi bubur.

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2014 at 6:08 PM

@Anonymouswell ... masa Paklah, Najib sebagai no 2 pun berHadhari. Lepas jadi no 1, Hadhari pun ntah kemana .....

Memang trend Umno, siapa yang jadi Presiden akan hanya nampak belangnya yang sebenar bila dah jadi no 1.

....................
Reply To This Comment ...................
Azam
December 2, 2014 at 6:12 PM

@Anonymous

Bro.. Muhyiddin bercakap atas kapasiti sebagai Menteri Najib. Jika dia lantang tak tentu pasal sekarang, itu kerja bodoh namanya. Belum sempat naik ke pucuk sudha dicantas rapi.

Najib berulang kali mahu SRJKC di bela, diberi dana besar, tiba-tiba TS Muhyiddin cakap nak mansuh.. dalam keadaan sekarang ni? Nak cari pasal ke?

Kena cerdik lah. Yang penting baca dan fahami ucapan Dasar TS Muhyiddin baru2 ini.

cukup jelas, tegas dan memberikan isyarat tinggi kepada akar umbi supaya buang kebodohan dan berubah!

Nak jadi pemimpin kena cerdik bukan terpekeik terlolong berjanji bukan-bukan di atas stage. Akhirnya makan diri mcm Pm Najib laki Rosmah tu buat!!

Don't worry.. TS Muhyiddin Insya Allah tak 'bangang' macam bosnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 6:14 PM

Teman sokong tapi dalam kurungan "pantau".Akan terjah dengan comment,andaikata mereka pada kedudukam tergeliat.

....................
Reply To This Comment ...................
Azam
December 2, 2014 at 6:23 PM

Bro 6.04PM.. Muhyiddin bercakap atas kapasiti nya sebagai Menteri dibawah Najib. Jika dia lantang tak tentu pasal sekarang, itu kerja bodoh namanya. Belum sempat ambil alih UMNO sudah di cantas rapi dengan musuh-musuh Melayu begitu ramai sekarang.

Cuba baca dan fahami dengan jelas Ucapan Dasar Tan Sri Muhyiddin Yassin, begitu jelas, tegas dan sudah cukup memberikan isyarat tinggi kepada akar umbi secara terhormat.

Jangan minta TS Muhyiddin langsungkan cara biadab mengambil alih tempat Najib kerana di masa depan cara yang sama jua akan berbalas. Yang penting ialah kebijaksanaan.

Rancang dan aturkan supaya gelombang pemulihan ini bergerakn lancar. Jangan hanya panas ketika PAU sahaja. Bloggers mainkan peranan penting sebagai network maklumat dan pembawa gelombang.

Sebab itu Najib marah dan panggil bangang.

Jauh beza perwatakan dan aras pemikiran TS Muhyiddin dan Najib.
Lihat cara TS Muhyiddin menghadapi isu soalan UPSR bocor ketika beliau di luar negara.
Tegas dan pantas, gantung tugas pegawai tertinggi LPM..sebab rakyat mahu keyakinan.

so jangan risau Insya Allah TS Muhyiddin boleh lakukan yang terbaik berbanding Najib,.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 6:29 PM

Mengkritik sudah...menghentam pun sudah....
Tapi nampaknya 'orang yang di atas itu' masih enggan turun...masih enggan berundur...
Meskipun telah gagal melaksanakan amanah sebagai pemimpin orang melayu.
Tapi nampaknya masih tetap rasa selesa dan perasan bahawa rakyat masih sayangkannya.
Mungkin kerana telah dibuai dengan banner "I Love PM".

Rasa geram dan menyampah rakyat rasanya telah berada di tahap maksimum.
Bukan kerana kita bencikan UMNO tapi kerana kita bencikan pemimpin yang merosakkan UMNO dari dalam.
Kita sayangkan UMNO kerana UMNO menjadi tempat berteduh orang-orang melayu sejak dulu hingga kini.
Tapi nampaknya UMNO telah berubah kerana kini dasar perjuangannya telah dilencongkan oleh pemimpin-pemimpinnya yang berjiwa liberal.

Kita tiada masalah dengan pemimpin UMNO yang berdarah bangsawan...
Cumanya jika bangsawan itu tidak pernah hidup susah.
Tidak pernah merasa perit meneruskan hidup di kampung-kampung.
Tidak pernah merasa beban dengan kos sara hidup yang tinggi.
Tapi pada masa yang sama mengakui kononnya beliau mendengar denyut nadi rakyat.

Kita juga tiada masalah jika pemimpin UMNO itu pernah lahir di luar negara...
Yang menjadi masalah jika pemimpin itu masih belum cukup melayunya...
Mungkin beliau hebat dalam berzumba...
Mungkin beliau hebat dalam shout awards...
Tapi adakah itu semua menjadikan beliau cukup melayunya ?

Inilah masalahnya apabila UMNO dipimpin oleh manusia yang berjiwa liberal
Luarannya mungkin nampak macam melayu, tapi dalamannya adalah kiasu
Dalam PAU, kita mungkin gerun mendengar pemimpin sebegini berucap dengan penuh lantang...bersemangat sehingga menaikkan bulu roma.
Tapi selepas PAU...pendekar ini telah hilang tanjaknya...telah hilang kerisnya...
Ke manakah menghilangnya pendekar kita yang kononnya gagah berani itu ?

Cukuplah melayu ditipu dengan lakonan sebegini.
Ayuh, kita gerakkan Tsunami Melayu untuk menurunkan pemimpin sebegini dari atas takhta.
Jika dulu Pak Lah dijatuhkan...kini tibalah giliran Ah Jib Gor pulak.
Kita sudah lama bersabar...kita sudah lama menahan geram atas tindak-tanduk pemimpin yang malu mengaku sebagai melayu.
Marilah kita berbuat sesuatu sebelum melayu hancur dan hanya menjadi pengemis di tanah air sendiri.
Pemimpin boleh datang dan pergi tapi UMNO tetap kekal sebagai benteng orang melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
KuPerhatikan
December 2, 2014 at 6:46 PM

kenapa parti UMNO dan pemimpin UMNO mesti jadi liberal?
Semuanya Melayu, Islam tapi cara fikir dan gaya hidup mcm bangsawan British.
Bab Agama hanya ambil part2 tertentu. Ini punca lohong yang ditinggalkan UMNO ini di eksploitasi memanjang oleh PAS.. Parti Munafik Agama Semalaysia.

Saya hairan kenapa pemimpin UMNO enggan berubah?
Mereka bukan tak lihat akar umbi Melayu macam mana
Bezanya gaya hidup akar umbi dengan gaya hidup pemimpin atasan seperti Najib dan Ahmad Maslan (adik beradiknya pakai Bently), Apatah lagi KJ yang berada dalam tatangan bapa mertuanya yang senang lenang.

Kenapa pemimpin UMNO berpura2 dalam hidup?
menunggangi UMNO konon sebagai pejuang Melayu dan Islam..
tapi diri org UMNO sendiri tak ikut Melayu dan Islam hanya ambil yang sedap2.

Sekurang2nya TS Muhyiddin boleh membaca Al-Quran dan menghayati tafsirannya. It basic ciri2 pemimpin yang wajib ada dalam UMNO. Boleh jadi imam Solat.

Maka barulah diyakini.

Bila bercakap soal ini ada yang cuba menjumudkan ciri2 ini. Inilah pemikiran sekular dan liberal. Mau tak mau pemimpin UMNO mesti ada KPI Muslim dan Melayu yang terbaik barulah boleh memimpin rakyat.

Duduk dalam UMNO jadi Presiden, tapi kiblat kepala pada Cina, pada Amerika, pada pemikir2 Barat.

Harap songkok tinggi. Kadang-kadang kita benci melihat songkok orang UMNO.. kerana songkok orang UMNO melambangkan kesombongan dan ketidak cerdik kan.

Dengan misai tebal sehingga ke bibir.. kebanyakkan org2 UMNO.. sedangkan dlm Isla menipsikan misai..kumis.. menyimpan janggut.. kenapa Islam begini tapi orang UMNO imej mcm lain.

Kalau sekecil benda mudah pun mereka gagal tunjuk contoh mcm mana hal2 yang lebih besar.

Ubahlah UMNO ikut cara yang betul seperti mana perlembagaan parti tu.
Jgn biarkan lagi puak2 elit, bangsawan dan pro2 liberal yang hidup anak bini mereka pun tak ubah seperti orang bukan Islam..

itu barulah dinamakan perubahan.. barulah boleh menjiwai rakyat bila hidup cara sederhana dan sama seperti akar umbi.

Najib memang tak boleh ikut kot sebab dia bangsawan. Rosmah bini bangsawan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 7:11 PM

My sentiment exactly. Thx.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 7:33 PM

salam,
tak mau tambah dah. lebih kurang camtu yg ada dalam kapla otak kita. jangan kata yg kritik ni bukan ahli umno. tapi kita ikut cakap pemimpin, dahulukan parti, bukan pemimpin. pemimpin dahulukan diri, baru parti. dah dapat habuan baru parti. orang muda yg join umno ingat nak jawatan jer. kerja la dulu secara baik. beri idea. biar orang yg nilai kita, bukan kita nilai sendiri, perasan bagus. bila kerja molek, baru orang lihat kepimpinan kita. ramai pemimpin lihat, kemasukan orang yang lantang dan cerdik akan menyebabkan mereka tak dapat jawab masalah yg menunjukkan mereka tak buat kerja. setakat cakap besar dan kuat kat kedai kopi boleh la. orang luar lihat pun menyampah. lifestyle kononnya. tak payah nak meremajakan umno, yang patut buat ialah kerja dengan jujur dan ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan. biar Allah yang menentukannya dengan usaha yang telah pemimpin lakukan demi agama, bangsa dan negara. sekarang ni, adun yg tak super kaya dahulu pun dah jadi kaya raya beratus juta dan ada berlambak harta kat luar negara lagi. camna orang tak pertikai? yg bodek tu dah hilang naluri dan mata duitan jer macam dato norza cerita masa mula jadi ahli biasa, duit dalam poket pernah tinggal 5 hinggit. tapi bila dah berjawatan dan baik dengan pemimpin, bendahari fam sekarang. duit dalam poket bukan lagi tinggal 5 hinggit. itu yang orang muda ramai nak meremajakan umno agar dapat berlifestyle dengan ketua pondan umno yg bercita2 nak jadi pm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 7:40 PM

Bro Din. I am the sarawakian guy who put up regular comments in your blog. Wow.......I like the chart you put up minus zahidi, the rhetorical flip flop. I totally agree with muhyiddin, mukhriz n if possible dr razali ibrahim from johor. All you need is a strong advisor like mahathir n a responsible AG like mohamad shafiee. Baru ngam malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 8:13 PM

@Anonymous

I'm too agreed with you 7.40PM.
I don't trust Zahid.. he has no good brilliant and strong action.. just rhetorical spoken..

sadly how UMNO looks like not many good leader..

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2014 at 8:34 PM

najib salesman yang teruk.ucapan dia tak mampu membangkitkan semangat orang ramai untuk bersama2 dengan umno.

ucapannya seolah2 satu lakonan yang tak menjadi.unnatural and repulsive to a certain extent.umno perlukan pemimpin yang mampu meyakinkan orang ramai dengan ucapan2nya.

satu lagi perkara adalah kenyataan2 perwakilan yang menyentuh kaum lain.ianya hanya akan mengukuhkan umno tetapi akan melemahkan bn.be wise and stop giving the non malays the reason to reject umno and bn.

najib must go for the betterment of umno and bn...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 8:51 PM

Aku juga ada membaca berita Utusan:

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, keputusan kerajaan untuk mengekal dan menambah baik Akta Hasutan 1948 tidak menjamin Barisan Nasional (BN) akan dipilih semula oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14”.

Pada pendapat aku Najib seolah olah masih belum berpuas hati dengan pengekalan Akta tersebut. Najib masih lagi mungkin berpendapat undi bangsa Cina adalah penentu kepada kejayaan BN di PRU14. Persoalanya ada kah BN akan dipilih di PRU14 sekiranya Akta itu dihapuskan? Sukar sekali nak difikirkan kenapa Akta tersebut yang menjadi penentu jatuh bangunya kerajaan BN.

Sepatutnya anggapkan tajuk Akta Hasutan sudah dimuktamadkan dan mulakan membicara perkara baru untuk meraih sokongan pengundi. Tak perlu lagi disentuh di Perhimpunan Agung PPP Ke-61. Bagaimana pula kiranya ada kelompok dari komponen BN yang berdegil berkehendakkan Akta tersebut diganti sapertimana janji asal Najib? Mungkin kah Najib akan membuat UTurn?

Maaf cakaplah, aku payah nak percaya kata kata Najib selagi belum terbukti sesuatu. Sapertimana yang ramai faham bahawa Najib sentiasa perasan dirinya disukai dan disanjung dan tidak hairanlah boleh melakukan sesuatu kejutan bila dibawakan berunding dengan penasihatnya.

Bagaimana pun aku tetap tegas berharap Najib berundur sebelum UMNO berkubur.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
December 2, 2014 at 8:53 PM

@Anonymous

Sama juga. Saya setuju 2 orang tu tapi Zahid bekas pengikut Anwar tu tak bolehlah....hanya tahu pung-pang pung-pang cakap kosong saja.

Malah KDN dbawah pimpinan beliau teramat lemah!

Jika kuat sudah pasti ISA masih dikekalkan dan mungkin ada penambahbaikan.

Jika kuat mungkin hal semua manusia sejenis namewee dah selesai.

Jika kuat sudah pasti Islam, Melayu/bumiputera dan tanahair ini tidak dihina sebegitu rupa.

Jika kuat sudah tentu Malaysia tak jadi sarang/transit pengganas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 9:13 PM

Wahai pejuang umno yang tulin. Kenapakah kamu tidak berani tampil ke hadapan dan tell najib off? Kenapakah ketua2 umno bahagian tidak mahu membuat petisyen mendesak najib berundur? If you all have to leave umno, regroup and get muhyiddin to lead you. Do it now cos u dont have much time. If not beyond reasonable doubt umno is going to be destroyed and defeated

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2014 at 2:23 AM

anon 9.13..ketua bahagian sentiasa kenyang ..perut pun dah boroi dibawah pemimpin yg dipimpin oleh punahsihatnya.. malah ketua penerangan umno bahagian pun mula terasa kenyang dengan layanan KP umno pusat ..masakan kucing menolak lauk.. sebab itu juga, tuan presiden terasa dirinya paling hebat dan enggan mendengar kritikan membina....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2014 at 6:06 AM

Anon 2.23....kalau itulah senarionya, mana ahli2 tulin biasa....adakah anda tidak ada keberanian? Kalau kamu sayang melayu dan islam...Naer tak bertindak secara kumpulan? Tak payah berdemo....tapi setiap hari ada kumpulan2 yang mesti jumpa najib....press for him to stepdown. Najibtak kan dapat bertahan. Get as much publicity as possible. One thing u all must remember, get a dream team ready to take over. The chart yg din turtle letak dalam article must be promoted minus zahidi. Get party veteran to help you guys. Otherwise, BYE BYE UMNO FOREVER AND EVER.....wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2014 at 6:12 AM

By the way, pemimpin only a few, the members are many. Without members the few leaders Are Nothing.

In sarawak, a few leaders and many members made it possible for Teras and UPP to break away from BN component SPDP n SUPP. Why, becos they got guts unlike umno members. Dont forget to get advice from Tun Mahathir.......insyallah boleh punya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2014 at 6:24 AM

I do not know umno constitution. Can any genuine umno member tell me what are provisions in umno's constitution if members are to consider unseat its president n even naib presiden? Look at your constitution and work around it.

Remember, opposition leaders in pkr, dap and pas are not strong, but umno leaders are weak. Paklah has laid the ground work for destruction of umno and najib with perform the final hammering and destruction

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
December 3, 2014 at 6:45 AM

Terima kasih bro din..tidak dinafikan inilah juga pendirian saya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2014 at 6:45 AM

Aku tak akan sokong lagi mana-mana pemimpin UMNO ANGKUH yg. asyik nak TUNDUK pd. HASUTAN DALANG-DUA-MUKA-Islam/Melayu-LIBERAL serta kaum Pendatang KAPIRDAJAL RASIS termasuk dlm. BN sendiri – percayalah, akan hilang terus KEPERCAYAAN pd. UMNO sedangkan UMNO bukan kepunyaan depa VIP dan KETURUNAN depa saja, tetapi adalah kepunyaan SELURUH umat Islam/Melayu, untuk MEMPERTAHANkan ISLAM serta hak mereka dari mana-mana PENGKHIANAT agama/bangsa/negara!!

Bagi aku, gabungan YAB TS Muhyiddin Yassin-DS Khaled Nordin - yang boleh menebus balik maruah dan kepentingan ISLAM/umatnya kat bumi PUSAKA nenek moyang kita ini!

Nenek TUA Sambal Petai.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
December 3, 2014 at 6:49 AM

Bro anon 6:04pm

Kit siang pernah cabar tan sri muhyiddin melayu dulu atau malaysian dulu...

Ingat lg apa jawapan muhyidin? MELAYU DULU.

kalau hang tanya ajib..berani ke dia jawab camtu? I bet memang jaeaan bangang je dia buat..

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
December 3, 2014 at 6:54 AM

Agree..zahid failed the test. Empty can should not be deputy president. I believe there is someone much more capable than him out there..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2014 at 10:16 AM

persoalannya ke mana kita sekarang. kita kata nk tunggu dan lihat. kita kata tgk pau.

pau dh habis. adakah kita berikan nyawa lagi pada umno? muhyiddin mmg meyakinkan tp nampaknya sabotaj terhadap beliau sudah bermula. dh x masuk paper dh muhyiddin, kalau ade pn 1 2 ms last dlm utusan. sepatutnya at least di tgh2.

najib kita boleh baca masih dgn agenda liberalnya. adakah kita masih tunggu dh lihat. lagipn nk tunggu najib berundur kalau boleh pn lagi 2 tahun. PRU akan menjelang. nnt akan keluar alasan risiko menukar presiden PRU dh dekat. saya dh boleh baca.

dan umno di bwh najib sudah pasti BN akan kalah. kita tidak boleh lagi hanya mengkritik. kita perlu bertindak.

posting yg lepas bertanya adakah umno masih relevant pada org melayu. dh dua hari pau berakhir. adakah kita nampak perubahan? adakah semangat berubah masih sama? kita juga jgnlah seperti PAU hanya setahun sekali berckp dan tiada tindakan.

masa utk kita memulaukan umno. masa utk membina platform baru. saya tau ramai x yakin umno sebagai pendokong agama bangsa dan negara. tp apa yg kita tunggu lagi? adakah kita hanya selesa mengkritik?

suara kita sahaja tidak cukup. kita bertegang urat separuh mati baru akta hasutan dikekalkan. itu baru satu. cukupkah suara kita utk memaksa najib berundur?

jadi?

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2014 at 12:41 PM

saya memang ahli umno satu keluarga ahli umno sebab apa sebab mengenangkan perjuangan tok nenek kita dulu2. tapi sekarang dah tawar hati tak pernah terasa sebegini benci terhadap kepimpinan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2014 at 12:46 PM

kebanyakan ucapan beliau banyak membanggakan diri, banyak memuji dan terlalu menjaga kaum lain, banyak memandang tinggi pada barat. inikah pemimpin yang kita nak.apakata ahli2 umno yang kecil ni kita boikot dengan ini kami sekeluarga akan keluar umno.tiada parti yang benar2 menjaga hal rakyat di malaysia asyik2 gaduh pasal pangkat, jawatan, harta

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2014 at 1:00 PM

Anon 10.16

Keluarlah beramai2 sehingga najib turun takhta. Guna apa jua cara asal jgn demonstrasi jalanan dsbnya. Kalau tak ada tindakan skrg..all genuine umno members are bangang. Maaf saya guna istilah itu tapi itulah realitinya. Tutup blog dan tunggu langit jatuh

Iklas dari melayu islsm sarawak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2014 at 1:52 PM

Bro Din......apa pendapat anda jika ahli umno (yg helpless) bergabung dengan perkasa, isma dan muslim ngo yang lain buat perhimpunan "TIBA MASA UNTUK BERTINDAK". .... apa macam boleh? Resolusi dihantar kpd najib dan seluruh ahli umno, perkasa, isma dan ngo muslim yg lain dan juga(without fail) raja2 melayu dan TYT.

WE MAY SOUND RACIST BUT WE HV TO KEEP OUR FEET FIRMLY ON THE GROUND

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2014 at 3:58 PM

isma pn sudah mula diserang kwn najib, mca... kalau isma pn disenyapkan mana lagi suara kita? kalau najib mahu dipulau total oleh org melayu cubalah ambil tindakan terhadap isma.

saya dh agak derang akan tuju akta hasutan pada ngo melayu. apa yg kita nk harap dr umno lagi?

https://helenang.wordpress.com/2014/12/03/isma-vs-mca/

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2014 at 6:45 PM

Betul isma diserang mca. Ingat isma takut ke? Saya melihat isma n perkasa boleh bekerjasama. Semua melayu beri sokongan kuat......najib boleh turun takhta bro. Percayalah.

Saya orang sarawak dan dapat maklumat dari melayu kuala lumpur. Ada gerakan yg cuba menemukan muhyiddin dan mahathir. Harap berjaya.....insyallah

Post a Comment