........... Ku Nan Beri Persepsi Umno Ada Kaitan Dengan 1MDB ? @ Kenapa Perlu Tarik Balik Repot ? - Khairuddin | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ku Nan Beri Persepsi Umno Ada Kaitan Dengan 1MDB ? @ Kenapa Perlu Tarik Balik Repot ? - Khairuddin

Sunday, December 14, 201411comments




Berikut adalah komen balas Khairuddin kepada desakan Ku Nan yang mahu beliau menarik balik laporan Polisnya terhadap 1MDB, dari astroawani -

- "Kita hendak tegakkan kebenaran, tapi kenapa ada pihak seolah-olah tidak ada otak dan marah sangat dengan laporan polis tempoh hari?
"Saya hanya mahu siasatan terhadap 1MDB dibuat, itu duit rakyat dan hak mereka untuk tahu perjalanan syarikat itu,"


- "Sebab itu saya kata kenapa UMNO tiba-tiba hendak melenting? Ini tindakan peribadi, perjuangan saya sendiri, tidak ada kena mengena dengan parti.

- "Kenapa semua hendak saya tarik balik laporan polis itu? Apa puncanya semua jadi terlampau takut? Kalau saya kata ini laporan polis daripada UMNO Pulau Pinang itu lainlah ceritanya,

- "Ku Nan kata tidak wajar, tidak adil dan kebudak-budakkan, saya mahu tahu dari segi apa desakan itu dibuat?," 

- "Jangan anggap saya yang jatuhkan UMNO ... yang jatuhkan parti adalah 'kaki bodek'," 


Sebelum ini tumpuan hanya kepada meminta 1MDB supaya berikan penjelasan. Sekarang dah tambah satu lagi, tapi kepada Umno pula - Apa kaitannya Umno dengan 1MDB ? 

Rujuk balik kata Ku Nan -

"Inilah masalah orang UMNO yang tidak faham perjuangan parti. Kita tidak boleh mendengar (sembarangan) cerita dari laman web, internet atau media sosial.
"Jangan kita termakan persepsi yang bukan-bukan dari pihak pembangkang. Dia pergi buat laporan polis, saya pun tak faham," -
KLiK.

Tang mana kaitannya perjuangan parti Umno dengan 1MDB ?


Sekurang2nya Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berikan komen yang masuk akal -

"Kita tidak perlu membesarkan isu ini kerana itu haknya untuk membuat laporan polis. Laporan polis itu pula dibuat terhadap 1MDB. Jadi, 1MDB mungkin harus tampil ke hadapan dan beri penjelasan,"- KLiK.

                                  *********************



Semalam sebenarnya ada bunyi dari kem 1MDB. Mat Maslan kata -

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kumpulan mencatatkan kerugian berjumlah RM665.3 juta untuk tahun kewangan ini, sebahagian besarnya berpunca daripada kos pembiayaan yang lebih tinggi berjumlah RM2.4 bilion, berbanding RM1.6 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

"Ia sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengembangkan pangkalan asetnya.

"Nilai pangkalan aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 billion, berbanding RM44.6 billion pada tahun kewangan sebelumnya, dengan jumlah pinjaman meningkat daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya di sini hari ini.

Jelasnya, jumlah keseluruhan pendapatan meningkat 64 peratus daripada RM2.6 bilion kepada RM4.3 bilion, mencerminkan kualiti portfolio aset-asetnya yang sedang dibangunkan dan kekukuhan penjanaan pendapatan.

"Pangkalan aset berkualiti tinggi ini disokong oleh wang tunai yang kukuh dan simpanan yang sepadan berjumlah RM16.7 billion, dengan perniagaan berada pada kedudukan yang baik untuk membiayai perbelanjaan modal yang besar bagi 12 sehingga 24 bulan akan datang, dan menyediakan ruang yang luas untuk mencapai keperluan pembiayaan masa depan," katanya.


Dan CEO 1MDB juga ada berkata -

"Ini telah dipacu oleh perbelanjaan modal yang besar dalam jangka pendek yang menyebabkan kerugian yang telah dijangka untuk tahunan kewangan ini disebabkan kenaikan jumlah pinjaman".

"Walau bagaimanapun kami yakin bahawa aset-aset berkualiti tinggi dan projek yang telah diperolehi akan memacu perniagaan kami ke hadapan serta memastikan pertumbuhan dalam jangka masa panjang," -
KLiK.



Maka terjawablah sudah segala persoalan mengenai 1MDB. Fuuuuh, lega dengar..... selesai dah kot kemelut 1MDB.


PS - Ada satu artikel baru di TheEDGE mengenai keuntungan/pendapatan 1MDB yang didakwanya sebahagian dari cara penilaian semula harga aset dan 'goodwill' dari IPP yang dibeli, yang disifatkan tidak lebih hanyalah sebagai 'paper gains' atau keuntungan atas kertas saja - 

Big-ticket paper gains over the past four fiscal years include some RM5.03 billion in land revaluation gains that largely resulted from 1MDB buying land cheap from the government. Another sizeable paper boost to its asset base is the RM3.3 billion goodwill from its overpayment for power assets it bought, of which RM2.11 billion is still carried in its books (RM1.19 billion goodwill was written off in FY2013).

In short, instead of a RM2.44 billion surplus, 1MDB’s shareholders’ equity would show a RM4.7 billion deficit without these two big-ticket paper gains that do not generate any actual cash flow.




- 1MDB would have been loss-making in all past four fiscal years without RM5.03 billion worth of land revaluation gains.

- The problem with paper profits is there is no actual cash flow. This is compounded by the fact that 1MDB needs sizeable cash flow as it relies on borrowed money to fund acquisitions — expensive debt that cost RM4.81 billion to service over the past four financial years.
m/news/show/1mdb-pemimpin-umno-tolong-jangan-jadi-bacul-khairuddin-50251?cp

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2014 at 3:26 PM

pasal apa nak tarik balik laporan polis tu? biar polis investigate and let there be no unturn stone. if it is not true why are the bankers and other financial institution talking about it in cafes and kedai mamak. these people are as professional as can be. they are also learn the financial instrument that is are being used and they too have business acumen. so why the hell is Ku Nan trying to slow talk the guy to drop the report.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2014 at 4:05 PM

Terjwb apanya bro din. Mereka sudah commit non performing loan. Strategy apa yg mat maslan buat sampai 12 bulan x mampu bayar balik pada bank. Adakah strategy turut melibat tebal muka x bayar balik loan?

....................
Reply To This Comment ...................
Hujan
December 14, 2014 at 4:55 PM

Ku nan tu ckp mcm tu sbb dia bangang. Dia telupa yg 1mdb tu bukan umno dan umno bukan 1mdb. Nampak sngt telepas ckp. Ini la kualiti orang melayu bila push comes to shove baru kita nampak kaler dia, jelas lagi bersinar ku nan ni bangang. Bos telepas ckp yg dia pegi bayar blogger jadi memang padan lah anak buah takde kualiti bahkan bangang macam ku nan ni. Btw bangang bukan kata kesat kan sbb perdana menteri melancong boleh guna on live tv lolzzz

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2014 at 5:33 PM

Ish ish ish kunan ni yg perangai macam budak budak. Dulu era Paklah dia pun ampu paklah, sekarang dia ampu najib.

Sabenarnya kunan ni jaga periuk nasi dia sendiri.

Sikit sikit melenting, UMNO sendiri yg ingin tahu tentang 1MD ni.

Dari dulu kunan ni bodyguard PM ke?

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2014 at 7:04 PM

Singspura ada glc buat mcm2 x kecoh pun.X salah 1mdb nak buat apa2 pun untk kebaikan dan keuntungan,tapi jgn dok masuk duit untung tu pada org2 yg berkepentingan.dah kaya dan tamak.Utamakan rakyatla.PM sila amik tau sikit..jgn dok amik advisor kaki balun duit!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2014 at 7:09 PM

RUGI ratus2 juta adalah sebahagian daripada strategi untuk kembangkan pengkalan aset?

model bisnes apakah itu?

very fishy...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2014 at 9:31 PM

Yang Tengku Adnan melenting ni pasai apa???? IMDB is not UMNO and UMNO is not 1MDB. Elok lah polis siasat. Lagi nampak telus dia. Lebih elok Amrin Buang and team masuk sekali, lagi cantik. Habaq kat Tengku Adnan tu jangan lah melenting tak tentu pasal. Kalau nak jadi tukang bodek pun patut2lah......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2014 at 7:31 AM

Aku dari dulu lagi tak berapa berkenan dgn ku nan ni. Nampak x berapa ikhlas perjuangannya. Dari raut wajah sudah menampakkan perangai seseorang. Inilah liabiliti kpd parti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2014 at 12:57 PM

Ia sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengembangkan pangkalan asetnya.
???
Beli asset dg hutang yang tinggi? Kalau beli asset dg Hutang setakat yang Mampu di bayar balik atau every year profitable itu baru lah 'Good Business' tapi beli Asset dg berhutang tinggi dan jana pendapatan kurang dari jangkaan is this professional and good busness ethic. Evry year loss? Can 1MDD GUARANTEE next year profitable? Seeling of Asset will be profitable KALAU harga MENINGKAT tapi duit di CAYMEN ISLAND?? Kenan pak di CIMB or MBB KL? Pinjam MBB simpan di CAYMAN ISLAND?? New bisness ideas form New Generation Y and thay Y a lot of WHY's??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2014 at 2:41 PM

Cer kalo rakyat biasa yang berhutang....dah tentu sampai ke lubang cacing gomen nak carik...contoh terdekat ialah hutang PTPTN yang sehingga sanggup nak blacklist saper2 yang degil nak bayar...tu baru hutang kecik...ni hutang yang menjangkau ke angka bilion ringgit...boleh pulak nak disapu bawah karpet...tu duit rakyat tau...rakyat berhak tau ke mana wang mereka dibelanjakan...

P/S : Hutang Deepak yang RM32 juta tu (http://dinturtle.blogspot.com/2014/05/hasan-malek-penukaran-pinjaman-deepak.html) dah setel ke belom ? Ke pakat2 senyap jugak....takut bos marah kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2014 at 12:57 PM

IMDB satu misteri ..........kalau tak diungkit ada kemungkinan jadi milik keluarga sdn bhd .diam diam berfikir macam mana nak songlap.......macam ada yang tak kena .......

Post a Comment