........... KepadaNYA Kita Berserah Dan Berdoa Agar Segalanya DiPermudahkan .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KepadaNYA Kita Berserah Dan Berdoa Agar Segalanya DiPermudahkan ....

Saturday, December 27, 20142comments

Gambar kat bawah ni memang tak boleh tahan beb ! Hahahahaha .... kantoi....  Punyalah teruja nak tunjuk yang kita ni memberi sumbangan pada mangsa banjir.... tapi kalau berlakon sekalipun, agak2 la tempatnya, dan perhatikan sekeliling. Zaman sekarang semua orang ada kamera hp. Sipelakon yang jadi penerima pun, agak2lah wajah keriangan tu,  jangan over sangat.


Macam Brader kita kat bawah ni .... baru OK. Pakai towel tu beb ! Ni baru real ....


Kelakarla orang politik ni... kalau buat apa2 tu mesti nak orang tahu dan nampak, Takut orang tak tahu, akan dipaksanya supaya orang tahu juga.

Lantaklah ...... pada mangsa2 banjir, janji bantuan diterima. Alhamdulillah ..... Nak letak muka siapa pun, nak pakai logo apapun ... yang penting isinya. 

Terbukti rakyat Malaysia amat perihatin dan murah hati tiapkali bencana melanda. TAHNIAH ! Bukan saja dari segi material, malah kudrat tenaga dan masa tanpa mengenal penat, disumbangkan atas nama kemanusiaan.




Apapun kepada NYA kita berserah dan berdoa agar segalanya dipermudahkan ....


Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat2 baginda....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis & Perak yang terkena musibbah banjir ini....

Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba2 Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,

Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin,
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....

Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi,
Kasihilah kami semua,
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...

Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,

Ya Allah, Ya Tawwab,
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,

Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....

Amin....

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2014 at 1:48 PM

Orang politik ni kalau tak ada glamor memang tak buat kerja punya... Selagi boleh tipu masa macam ni pun duk menipu lagi... ADUN Meru tak ada rasa malu ke??? Ostad taik kucing.... ptuiiii!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2014 at 2:07 PM

Aku nak gelak pecacai pr ni sekor, memperbodohkan puak 2 penyokong pr dengan lakonan 10sen tu je tahap pemikiran pecacai pembangkang Malaysia, adui....tahap sampah je....

Post a Comment