........... Isu ahjibgor Main Golf - TERBAIK Kata Penyokongnya | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu ahjibgor Main Golf - TERBAIK Kata Penyokongnya

Friday, December 26, 201432comments

Memang panas berita ahjibgor main golf ngan Obama di Hawaii ketika rakyat yang beliau pimpin berdepan masalah banjir di tanahair. 

Paling menarik adalah reaksi pro ahjibgor yang bersungguh2 mempertahankan hak ahjibgor untuk bercuti sambil bermain golf. Bermacam2 alasan yang mereka kemukakan bagi pihak ahjibgor. KONON ahjibgor bekerja sebenarnya, KONON susah nak dapatkan temujanji bersama Obama maka ahjibgor harus meninggalkan rakyat dengan berat hati, KONON ahjibgor penat bekerja dan perlu rehat bla bla bla ...... dan kita tak perlu bising2 lagi dah dan hanya tumpu pada usaha menyelamat.

Well, tumpuan saya tetap pada usaha menyelamat walaupun saya tetap nak bergossip tentang ahjibgor. No Problem.

.

Kelakar pun ada .... sebab sebenarnya semua orang terkejut dengan pendedahan oleh Washington Post itu termasuk penyokong2 ahjibgor yang entah dari mana mereka dapat tahu segala info2 bagi mempertahankan ahjibgor bercuti dan bermain golf itu. Maksud saya semua yang KONON2 di atas tu .....

Bagi saya, apapun alasannya, tempat seorang PM adalah bersama rakyat jika bencana melanda negara. 


Saya tak tahulah berapa ramai yang sanggup telan alasan2 yang pro ahjibgor berikan itu, tapi yang saya tahu ramai yang mempersendakan perkara ini. Jadi bahan lawak rakyat ..... macam kes kangkung dulu.

Kenapa ek, ahjibgor ni sering menimbulkan masalah buat penyokong2nya ?  Jadi satu kerja tambahan pula duk mempertahankan tindakan dan kenyataan beliau. 

Oya, Rosmah ikut sekali kan ? Rosmah pun nak bercuti juga, ek ? Kalau ahjibgor dipadang golf, Rosmah buat apa ? Saya harap jangan lah pulak ada cerita lain mengenai mereka di Hawaii atau mana tempat lain dalam siri holiday vacation mereka. Entah apa pulak KONON2 yang terpaksa direka nanti ....


Soooo ..... apakah ahjibgor dalam perjalanan pulang atau masih mahu meneruskan cuti panjangnya hingga habis ?

Takkan ahjibgor tak sedar langsung yang ceritanya bermain golf itu menjadi satu isu hangat di tanahair ? ATAU ahjibgor perasan rakyat menyokong penuh ?

Sebab itu saya tetap nak tulis juga mengenai benda2 ni ..... kalau tidak, SIAPA LAGI yang nak tegur ? Buat penyokong2 ahjibgor, beliau MAKSUM, tak pernah buat salah.

Contohnya dalam isu Akta Hasutan ...... kalau ikutkan penyokongnya, dah lama terkubur Akta Hasutan ! Tidak akan ada suara bantahan atau teguran terhadap ahjibgor daripada para penyokongnya .... percayalah. Semuanya A OK !

Jadi biarlah saya dan beberapa rakan blogger ( yang boleh dikira dengan jari je ) yang terus buat teguran walaupun saya sedar akan menerima kritikan dan serangan dari penyokong ahjibgor. 

Oya, ternyata BENAR apa yang saya katakan minggu lepas, ek. Yang ahjibgor bersama isteri mahu pergi bercuti panjang ke US. Tujuan saya tulis SEBELUM mereka berangkat adalah supaya mesej itu dapat disampaikan dan trip itu ditunda.... supaya benda2 macam ni dapat dielakkan. Biarlah orang nak tuduh saya fitnah ke apa ke .... saya nak selamatkan imej ahjibgor !

Pandai pulak tu pergi senyap2 ........ Kalau tak sebab pendedahan Washington Post, 1Malaysia pun tak tahu yang PM dan isteri sedang bercuti !


oya, hari ni panjang pulak mesej dari beliau mengenai masalah banjir. Kalau tak tersebar cerita main golf itu, mungkin setakat mesej twitter je kot.

Rasa bersalah la tu ..... hehehehe . 

Akhir kata - Tempat pemimpin adalah bersama rakyat ketika bencana melanda.  So simple and mudah, itu pun payah nak faham. 

Denyut nadi rakyat ..... hahahahahaha .......

Solidariti ...... hahahahahahahaha .....

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 1:40 AM

PM facebook..ada dgn tak ada sama je...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 1:44 AM

Ah Jib Gor,lepas main di Hawaai,terus kan cuti hingga 2 hb 2015.
Kalau pulang cepat esok pun, maka hilanglah peluang gerakan turunkan Ah Jib Gor desak Ah Jib Berhenti.Ini adalah peluang keemasan.
Harap Ah Jib buat keputusan turun segara.
arjuna waspada
changkat lobak

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2014 at 2:03 AM

Tambah sikit lagi - saya percaya rakyat US dan Obama sendiri akan lebih hormat serta puji jika ahjibgor buat keputusan pulang awal dan cancell golf untuk kembali bersama rakyat dlm menghadapi banjir ! Dan penyokong ahjibgor sendiri tak perlu pecah kepala cari alasan nak menangkan boss mereka malah kepulangan awal itu sendiri akan dipuji melambung opeh rakyat.

Bukan susah nak ambil hati rakyat tapi mungkin Allah nak tunjuk ...... takde siapa sangka washington post pula yg dedahkan ahjibgor berada di hawaii !

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2014 at 2:15 AM

obama pun sama..krisis kaum kulit hitam dinegaranya masih panas dgn kes baru tapi masih ada waktu bersantai di hawai..harap pm dpt pendekkan cuti bersama rakyat..janganlah 'merajuk' lama sangat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 2:29 AM

din. betul ke tak jangka keluar paper? najib rasa US akan backup dia ke? nampak macam satu propaganda halus dari US nak tunjuk pm Malaysia (UMNO/BN/orang melayu) tak peduli kan rakyat. takkan kita tak tahu kecenderungan US ni ke mana dan sapa control media.

takkan punahsihat 25% najib tak nampak risiko ni? bayar gaji mahal mahal buat apa? nasib kau la najib. sendiri makan pengat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 2:32 AM

hihi...aku pon malas da dgn najib ni..dia da tunjuk belang bangsawan dia tu...menghabiskan sisa2 sebagai PM 2014 bersama OBAMA....2015 da bukan PM lagi :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 4:06 AM

bro din TUN M ada twitter ke ? rasanya tak de

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 4:19 AM

cuti didahulukan main golf diutamakan .. cadangan slogan baru untuk PM

....................
Reply To This Comment ...................
AnakMalaysia
December 26, 2014 at 4:41 AM

AhJib Gorr lakukan kesilapan.
Dlm keadaan kelam kabut negara di landa banjir, beliau sepatutnya batalkan lawatan dan cuti luar. Lagi pun Rosmah boleh bantu masak untuk mangsa banjir :)

Apakah ugutan US sehingga sejak MH370 AhJib Gorr mcm tiada pendirian, asalkan AMerika je AhJib terus mcm dipukau xboleh pikir waras dan berjiwa negara?

Alangkan tepatnya jika AhJib batalkan lawatan dan bersuka ria dgn Obama tersebut. Itu akan menunjukkan wibawa sbg pemimpin.. utamakan rakyat.

Kalau setakat nk arahkan TS Muhyiddin.. apa kata AhJib kasi terus jawatan PM pada TS Muhyiddin. Bg dia work out sepenuhnya.

AhJib.. you no longer relevant to us...
please... give chance to your successor..
TS Muhyiddin take place..

Insya Allah kita lihat mcm mana pula..
Jgn KJ sudah.. nanti dia Zumba waktu banjir..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 7:00 AM

Awak tu dah turun padang ke tolong mangsa banjir? Dah buat sumbang kewangan ke? Janganlah fikir awak kebal dari dosa mengata siapa pun. Cubalah insaf sikit, dah Allah swt tunjukkan bala macam ni depan mata pun masih nak buat dosa menghina pemimpin Negara. Tak tengok ke tv semalam dia dah arahkan TPM sebelum ke luar Negara atas perancangan yang dibuat berbulan dulu? Mana pemimpin Negara yang lain? Juga pemimpin kesayangan kamu? Tak kiralah siapa, kata semua 'berjiwa rakyat'. Inilah masa nak berkumpul dalam stadium doa hajat banyak2 macam doa UMNO pecah perut dulu. Inilah masa nak gembeling tenaga kuat sihat tolong masa banjir macam yang berdemo tengah jalan masa BERSIH dulu. Mahasabahlah diri sendiri. Apa sumbangan kita pada Negara?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 7:21 AM

Penat beb pertahankan kerajaan najib ni lepas tu dia buat damage kita yg tidak bergaji di panggil hina ni juga yg bertahankanya.

Conclusion.....Najib memang tak rasa denyut nadi rakyat .......ya Allah begitu hebat sekali ujianMu ke atas umat Nabi Muhammad ni ya Allah ....kau ringankan azabmu ni ya Allah...amin...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 7:37 AM

apa jadi dgn anuar yg brcuti ke new zealand din..
karpal dh jadi arwah.. pas masih terkial kial nak laksana hudud... masa nelutong mana mampos mana pegi org yg nak langkah mayat karpal...
tu sbb kelantan kene bala banjir teruk..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 7:37 AM

ahjibgir balik nak buat apa? timba air ke laut? baik tak payah ada mkn

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 7:48 AM

Berapa peruntukkan utk Najib bercuti. Mangsa banjir baru dapat RM50 juta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 8:01 AM

damage sudah pun terjadi, samada pulang atau pun tidak rakyat sudah pun paham siapa kah pemimpin yang telah mereka pilih. kepada rakyat disarankan berkhidmat untuk negara, tetapi untuk dirinya berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri.

BANJIR BESAR: KENYATAAN YAB PM MENGENAI BENCANA BANJIR MEMBUATKAN PENCACAI BERTAMBAH SASAU...

satu artikel yang sangat bodoh yang pernah dibaca. nampak sangatlah dah menjadi pencacai sehinggakan tak dapat memperjuangkan akal menjadi lebih waras lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2014 at 8:05 AM

Jangan fokus kepada Najib sahaja. Ini satu kredit buat ketua-ketua pembangkang yang pandai menuding jari, beretorik dan menipu rakyat dengan seribu satu macam cerita melenakan.

Tanya apa Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Hj Hadi, Anwar Ib. dan paling terbaru nya Azmin buat ? Kelantan dan sebahagian Terengganu di bawah kawalan mereka. Juga di Pahang. Apa sumbangan mereka ? Dulu Guan Eng kata banjir itu apa... terbaru Hj Hadi bercerita konon nya banjir itu rezeki..

Memang apa jua bencana, Kerajaan Pusat juga yang di mangsakan. Bantuan 50 juta..betul kata Hadi, rezeki ! Betul kata Guan Eng, fenomena alam semulajadi. Maka Lim Kit Siang dan lidah-lidah rasmi beliau tetap angkuh dan tidak bersimpati kepada melayu, pengundi yang menjadikan "kuasa keangkuhan" membuli Pas ini bertambah mendada-dada(ada ke bahasa ini) !

Sekarang masa kita menghentak pembangkang beragenda songsang dan suku 25 yang di pergunakan, arus pusingan jam !

What say you DT ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 8:48 AM

Bro din... Di negeri banjir majorities kawasan melayu...ramai melayu yang terlibat... Dan ramai melayu yang terlibat tu penyokong umno.... Aku sedih sebab dah terbukti kita ada seorang pm yang clueless Dan tak reti bertanggung kawan.... Kalu peruntukan untuk sekolah cina laju he dia kedepan... Bagi berbeliyon beliyon.... Ni untuk bangsa yang julang dia jadi pee eem nak tunjuk muka pun tak boleh?.. Aku harap pas Dan pkr lepas habis banjir ni korang buat la apa yang patut... Ramai yang crust Dan akan bealih arah untuk sokong pas Dan pkr dgn mudah.... Kalau najib tak reti nak step down... Maka biar umno Dan bn kalah Pru adalah jalan terbaik mengajar mereka yang gila kuasa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 9:17 AM

salam,
bro, kalu sebut dan tulis nama ah jib gor, tak ada blogger yang akan membela membuta tuli. tapi kalu sebut dato sri najib, maka panglima blogger akan bangun membangangkan diri mereka demi ah jib gor tercinta yang tak buat salah pun padahal dia yang nak hapus akta hasutan tapi tarik balik dan penyokong dok ingat pembangkang yang nak hapus akta hasutan tu.
tu yang saya komen pasal dok main golf sama obama ni. main golf 18 lubang kat 4 jam baru habis. banyak menda tu boleh bincang yang semuanya off record dan berapa banyak tepuk dah ah jib gor dapat dari lubang satu sampai 18. tu tak masuk lagi dalam keta. mesti tppa tu sangat menguntungkan us dan banyak lagi syarikat glc mesia boleh melabur kat us. jangan sampai pak syed luar kotak tahu dah ler. banyak pula dia punya cerita sampai tak jadi. abis nanti pahlawan blogger bangang ah jib gor buat serangan peribadi dan bukan jawab isu.

mungkin nanti us pun akan kasi sikit wang bantuan banjir hasil perbincangan dalam padang golf tu. bukan senang nak jumpa presiden us. setahun berapa kali ah jib gor dapat jumpa? tdm dulu, dalam tempoh 22 tahun berapa kali jumpa, tak dapt tepuk bahu pun. ni kat padang golf, hari raya natal pulak tu. banyak la hebat ah jib gor berbanding tdm. jumpa PRESIDEN USA, sambil main GOLF, sambut RAYA sekali lak tu.

4 jam bincang, mesti berkait dengan mh370, mh17, tppa, pelaburan kat us, bang non, akta hasutan yang kansel, banjir kat mesia, banyak lagi tu. tapi bimbang hilang bila dah habis main golf. ye la tak ada yg catat, ingat dalam kapla jer. tapi yang tak boleh tahan, mereka samakan ah jib gor dengan bang non dan kak jijah. kalu bang non dan kak jijah cakap dan praktikal hancur, sama gak juga dengan ah jib gor, praktikal hancur juga la tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 9:30 AM

ah jib main golf....rosmah jadi pelampung...sesuai tuu!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 9:35 AM

Nothing changes... Najib should know better but instead chooses golf/vacation rather than his people that voted him. Where is his sense of compassion..? It's probably embedded in his golf ball. Bye2 UMNO..You won't get my vote next time.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 9:50 AM

main golf depan mata rakyat bising..yang main kot belakang jamban rakyat kata Liberalisme. porahhhh..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 9:51 AM

Relax la bro, peluang kita desak pm letak jawatan. Dia dh tersalah cuti daaa...masa rakyat tgh gawat. Apa alasanpun, imej buruk pm kita tu dh terbuku dlm hati rakyat. Moralnya dh jatuh. Eloklah tu, dia sendiri yang menjatuhkan diri.... Tak perlu salahkan orang lain atau punahsihat2nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 9:54 AM

TPM Muhyiddin sedkarang pemangku PM he is incharge. Indirectly reporting to najib and vice versa. Mana pemimpin Pembangkang seorang pun tak nampak. Anwar sedang seronok bercuti dengan keluarga/ berbasikal di new zealand. Limkitsiang n Limguaneng mana??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 9:55 AM

KAk mah tak marah ke kalau balik awal.....holiday pulak tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 9:58 AM

Pemimpin pembangkang hanya turun padang ketika cuaca best dan ketika memancing undi saja..hari lain kelibat pun tak nampak. lebih-lebih lagi banjir besar macam ni.. itu pun penyokong buta dan tuli masih lagi nak memperlekehkan bantuan yang giat dihulurkan oleh pemimpin umno. kah kah kah. gajag depan mata tidak nampak tetapi kuman di seberang laut nampak jelas. apa punya pembangkang, betullah kata kata mereka hanya berjuang untuk diri sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 10:08 AM

Cuba bayangkan semua mangsa banjir ni berbangsa cina...!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 10:41 AM

Dasyatnya! Semoga ALLAH SWT membalas PENGKHIANATAN golongan elit Islam/ Melayu LIBERAL ini! Majoriti umat Islam sdg. MENDERITA dgn. banjir sini-sana dan Tanah Rizab Melayu yg. asyik diRAMPAS – tapi golongan si elit ini sibuk bergembira dgn. MUSUH Islam/umatnya!

Patutlah TV 1&2 sampai boleh ada program/berita pro-US termasuk program pro-tentera US! Sedangkan rejim US memang dikuasai ISrael/Zionis! Tak lama lagi TPPA-JAHANAM pun bakal di persetujui!

Nek Tempoyak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 11:47 AM

@maae
dude.

aku rasa din punya posting ni jelas. PM sepatutnya ada kat Malaysia masa krisis. banjir berlaku tiap tiap tahun dude. kita faham kalau tarikh cuti tu tidak mengambilkira musim tengkujuh. tapi tahun ni krisis bro. bukan banjir biasa. memang la najib tak boleh suruh banjir surut. tapi kalau mak bapak pergi shopping sedang anak tengah tenat, masalah lah bro. memang lah kalau mak bapak ada kat sebelah, bukan boleh baik pun anak dia. tapi ada la satu dua ikhtiar boleh buat. paling busuk, moral support. memang abang long dok jaga dan boleh jaga. bagi abang lng je lah jadi bapak kalau macam tu.

pasal jiran sebelah yang tau memekak je, kita tak perlu serabutkan kepala dengan puak puak poyo tu. jiran kita memang jenis menyondol. sembang je lebih. semua orang dah tau.

dengar cerita najib dah balik dan akan terus ke KB. bagus lah. najib tetap takkan boleh arahkan banjir surut. tapi at least, PM ada kat sini masa krisis.

duh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 1:11 PM

aku da bosan da pertahankan najib ni...x tau apa yg dipikirkannya...sejak dia jadi pm ni mcm2 benda terjadi...mungkin itu sdh takdir tragedi2 yg berlaku menimpa negara..tapi kelakuan najib tindakan2 yg dibuatnya buat aku menyampah...orang yg menjadi harapan untuk membetulkan apa yg dibuat pm sebelumnya tidak dpt diharapkan...malah lebih teruk...salah satu contoh slogan 1malaysia, tapi ada 3 skola..hipokrit betol...harapan seterusnya najib letak jawatan jelah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 2:49 PM

Bomba keje
tentera keje
jpam keje
polis keje
diorg pon manusia biasa...
biasa?...
Ada menteri bgth..buat apa nk lyn "ahli" biasa2....
Matlamat tak halalkan cara...
Akhlak mulia x perlukan alasan bodoh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2014 at 5:40 PM

Seperti biasa bila terkena kpd depa dia kata rezki. Kena kpd org lain kena bala. The joke is on him n his baldi words..meluat den..perasan dan syiok sendiri pak hadi ni pon.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2014 at 8:48 PM

Selaku pemimpin yg baik sy rasa dia patut ada bersama rakyat ketika rakyat menderita.pndapat sy x salah dia nk bercuti tp dia septutnya balik apabila tahu banjir semakin truk.bukannya truskan aktvt dia.bila rakyat da persoal baru nk balik.itu bukan ciri seorang pemimpin yg baik.pemimpin dan rakyat berpisah tiada.

Post a Comment