........... Hai Melayu - A Samad Said | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hai Melayu - A Samad Said

Monday, December 1, 201422comments


HAI MELAYU..

Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,

ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

warga bangla pula menjadi JaGa,

orang Nepal yang menabur baja,

orang pakistan usung karpet jaja merata,

lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan,

rupanya kerja kelas bawahan,

ditipu mentah orang atasan,

konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,

banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang

duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,

konon kau tangkas menyambar,

tapi cuma indah khabar,

rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,

aku mahu engkau tahu,

kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,

kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

bila dah kaya kau jadi puaka,

ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,

buka lah minda mu,

bersatulah bangsa ku,

kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa....

A.Samad Said.

Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 9:12 PM

Dalam situasi ini dimana dan kemana Pak Samad ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 9:25 PM

Hari tu pak samad said kata bahawa melayu sedang terancam hanyalah omong kosong umno. Mana mungkin melayu memerintah melayu terancam. Puisi ni apa cerita pulak. Sejak mei puisi ini berlegar di media sosial. Pak said ni dah tak tahu berdiri sendiri ke? Sekejap begitu sekejap begini.... Dah terlalu tua agaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2014 at 9:45 PM

Bagus pula daya satira nya. Kenapa melawan arus ?

1. Jika engkau Melayu, aku pun merayu kerana BANGSA ku kian MeKayu dan membatu !

2. Jika kau Melayu, anak-anak tidak di didik kuat berpadu tahu derita moyang nya dulu..

3. Jika kau Melayu, kenapa tidak menghambat musuh dan memacu seru !

4. Jika kau Melayu, solat ku, mati ku iyya kana' budhu... Kenapa di "usir" Tuhan mu!

5. Jika kau Melayu, kenapa membunuh melulu BANGSA mu ? Kenapa di kekang bubu di ganti berudu ? Tidak kah ini Negara mu dan Negara ku ?

6. Jika kau Melayu, kenapa hilang lemah gemalai, hilangkan budaya ilmu, bersanggah pendapat berbulu-bulu dan akhir nya menapai kaku ?

7. Jika kau Melayu, ingat lah sejarah leluhur mu, siang malam di belenggu dengan nyanyian merapu !

Maka kau Melayu, aku juga Melayu, KITA semua MESTI BERSATU SEPERTI DULU DALAM SATU NAFAS BARU DALAM KALIMAH 'HA' DAN 'HU' BERPAKSIKAN YANG SATU, JELAS JITU ! Musuh kita sebagai Melayu, di kelilingi dengan lemparan batu-batu dari api-api rekayasa palsu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 9:46 PM

Aku tak paham pak samad serabut ni......tengok puisi dia ni macam dengan orang Umno.....tapi dia kata dia musuh Umno......serabut orng tua ni.....macam misai dan rambut dia juga.......aku nak tanya.. macamana dia mkan ha...trim lah sikit misai tu.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 9:51 PM

Budak si samat tu buat sajak perli anwar ibrahim jer bunyinye...dah tua nk mampos...meroyan sorang sorang nak kembali ke pangkal jalan terasa malu pulak....alahaiiiii...samat ooo samat....apo kono ko ni samat ooiii....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 10:43 PM

Itulah yg dinamakan negarawan samalah dgn Tun masanya telah berlalu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 11:00 PM

yang melaung laung kat jalan raya tu bukan dia ka?
apahal komplen orang yang melaung laung tu pak samad oiii ...
mabuk KETUM ka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 11:29 PM

cukup2 lah tok Samat...baik penuhkan hidup kita yg dah masuk isyak ni dgn perbanyakkan amal ibadat....lebih baik dan bermanafaat....biar pak najib dan mahyuddin mentadbir negara...kita perlu bersyukur dgn kemajuan dan keamanan negara di bawah pemerintah yg ada...jadilah macam pak mahadhir dan pak ungku aziz yang tetap menyokong kerajaan!

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
December 1, 2014 at 11:55 PM

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang dikatakan Samad Said benar belaka.

Mungkin beliau juga perlu duduk berfikir kenapa beliau sanggup bersekongkol dengan sepet "melaung-laung di jalan raya" ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 2:08 AM

Mungkin dia perlu belajar daripada sasterawan Shahnon Ahmad; sempat tersedar dipermainkan dap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 4:10 AM

dah tebiat kot

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 5:09 AM

Bila dia tak dapat apa kehendak dia dan dia anggap dia paling betul dan dia paling hebat, dia akan cakap yang bukan2. Semua Melayu mesti ikut cakap dia. Sajak Hai Melayu ini mencerminkan diri dia. Bila dia tersedar barulah dia nak patah balik selepas orang tak layan kehendak dia termasuklah orang2 yang dia sokong. Banyak kerosakan yang telah dia lakukan pada orang Melayu termasuklah tokoh2 yang dahulunya begitu menyokong Anwar dan berpatah balik. Setelah melakukan banyak kerosakan pada Bangsa, Agama dan tanahair baru nak tersedar. Orang2 ini adalah orang2 yang kononnya tokoh, hebat dan kononnya bijak pandai. Aku yang bodoh ini dari dahulu lagi tahu membezakan. Hari ini dia telah tersedar, baguslah tetapi bagaimanakah diaorang ini nak pulihkan balik kerosakan yang mereka telah lakukan pada bangsa, agama dan tanahair. Bagaimana pula orang2 yang kononnya perjuangkan agama tetapi sebenarnya merosakkan agama, mempergunakan agama untuk pengaruh dan kepentingan hendak pulihkan kerosakan2 yang telah dilakukan. Ada yang tersedar dan melakukan sesuatu untuk pulihkan tetapi da yang tersedar tetapi tidak melakukan sesuatu kerana malu, hendak menegakkan benang basah dan assobiyah. Orang agama yang kononnya bail tetapi melakukan MAKSIAT dan melindungi maksiat dengan kesedaran dan pengetahuan. Hari ini barulah tersedar apabila kerosakan telah banyak berlaku dan sebahagian besarnya mereka2 ini ada bahagiannya. Apabila tersedar. baguslah, lakukan sesuatu untuk memulihkan keadaan TANPA meminta sesuatu, jika ada kepentingan, itu namanya - HIPOKRIT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 6:11 AM

Hai Melayu
Ludah kelangit terkono muka sendiri
Hai Melayu
Jadi pemimpin pun gila p**** sepet
Hai Melayu
Gila nak jd pemimpin pula
Robek judbur orang
Hai Melayu
Nak perjuang islam dibawanya Melayu gaduh sama Melayu
Hai Melayu ku !!!!!!!
Sepet dan legam jg yang untung

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 6:21 AM

perut bukan boleh kenyang dengan bersajak pak samad ooi...
sajak pak samad telah ditelan zaman ...
apa yang penting ialah realiti .. bukan illusi pak samad..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 8:08 AM

Saya anggap pak samad ini OTP...orang tiada pendirian atau OFK....orang fikiran keliru.

Mana tidaknya.....lihat tindak tanduknya dari dia mula menonjol menyokong anwar dan geng2.....no reflection of this in his current sajak. Its to the contrary. Just wonder how he won the sasterawan negara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 8:29 AM

Suatu Masa dulu
Dimana Mana boleh Ku lihat
Sebatang Tubuh berdiri sana sini
Di bas stand kelang
Di Kelang Bas Stand
Di Petaling street
DI Jalan Pudu
Di Subang Jaya
DI Petaling Jaya
Berambut panjang
Bermisai dan berjangut
berpakain Kemeja lusuh
Mancari Idea
A Samad Said
Usia menjelang Senja
Mula ''membersihkan' diri
Sekongkol dengan Ambiga
Setia Bersih di sokongi
Matematik di melayukan
Kononnya untuk nusa dan bangsa
Itulah A Samad Said
Versi 2020
Perlukah aku kesal
Menyangjungi Karya mu
Salina salah satu
Suatu masa dulu?
Ku Mengenali mu Sejak Sekolah
Ini Luahan Hati ku
Maafkan daku Pak Samad Said
Jika karya kecil ku
Melukai hati mu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 8:50 AM

hai a samad said, baik ko insaf dari diperkuda bangsa sepet yang nak perguna ko utk sokong bersih2 mereka. ingatlah bila mereka dah berkuasa mutlak nanti, sajak2 bahkan puisi2 ko ni kelak langsung takde nilai. sebab bahasa pengantar yang baru adalah bahasa inggeris dan mandarin. mungkin hanya lagu negaraku saja yang dikekalkan macam mana dibuat di Negara seberang tambak sana. jadi jangan lah jadi bodoh wahai a samad said. walaupun ko benci kerajaan yang sekarang, tak perlulah bersekongkol dengan penentang yang jelas nak hancurkan agama dan bangsa kita. lebih elok ko duduk diam2 dalam rumah untuk elakkan fitnah sambil mengkaryakan sajak/puisi baru.

jentayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 10:18 AM

Setuju...aku melayu kau pun melayu ayuh bersatu.......bersama membina negara bersatu pertahankan perlembagaan bersatu menari rentak yg sama usah berbala kelak rugi anak cucu kita..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 10:21 AM

Penyakit dementia due to old age...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2014 at 4:59 AM

Betul tu Tuan Hamba. Engkau Melayu Aku pun Melayu. Pedulikan apa kata seteru. Kita yang harus bersatu. Membina semula Tanah Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
February 12, 2015 at 9:37 AM

A.Samad Said nafi pemilik puisi ‘Hai Melayu’ -

YouTube -

https://m.youtube.com/watch?v=EPD5MuvKQiw


Islam Asal Asing Assobiyah


Dari Abdullah bin Mas’ud :
Rasulullah SAW bersabda :

Islam itu berawal dengan asing...
dan AKAN kembali menjadi asing...
SEBAGAIMANA awal kedatangannya...

Oleh karena itu..

BERUNTUNGLAH orang-orang yang asing...

Rasulullah SAW Ditanya:

Siapakah orang-orang yang terasing itu?

Rasulullah SAW menjawab :

An Nazaih (orang-orang yang jauh) dari mengagung-agungkan kesukuan.

HR Ibnu Majah



http://alfitan.tumblr.com/

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2016 at 12:01 PM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

Ya jiwa yang tenang, kembalilah kepada Penguasa dengan kepuasan dan keredaan, kekal abadi berasama jemaah di Jannah.

(QS al-Fajr [89]:

Post a Comment