........... Bila Petrol Turun Harga Tapi Diesel Naik Harga .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Petrol Turun Harga Tapi Diesel Naik Harga ....

Tuesday, December 2, 20146comments

Kita duk layan BANGANG hingga tak berapa kisah akan penurunan harga petrol di pasaran.  Ron 95 turun 4 sen, Ron 97 turun 9 sen dan diesel pula naik 3 sen.

Semalam ramai yang beritahu bekalan Ron 95 amat kurang .... huh ? takde pulak dengar orang beratur panjang nak ambil kesempatan harga minyak yang kurang 4 sen itu. Apakah ada perkara lain disebalik kekurangan stok Ron 95 ? Wallahualam ....

Apapun kita kenalah ucap TerimaKasih kepada kerajaan di atas pengurangan 4 sen itu .....


Tapi yang peliknya kenapa diesel boleh naik 3 sen ? Ini soalan akademik je sebab saya tak pakai diesel. Datuk Hasan Malek punya jawapannya -



"Dari segi diesel ini, subsidi yang diberikan terlalu besar. Oleh kerana itu bila kita kaji dan bincang semula, kita tidak boleh turunkan harga. Berdasarkan pengapungan harga ini, tiada pilihan bagi kita untuk naikkan harga tiga sen seliter".




Diesel ni besar kesannya kepada kos barangan penggunaan dan servis. Namun alhamdulillah tidak ada banyak rungutan mengenai kenaikan 3 sen itu. 

Mungkin pada mereka yang menggunakan diesel, ada baiknya Hasan berikan jawapan yang lebih jelas .... contohnya berapakah subsidi diesel yang dikatakan terlalu besar itu. Dan pada takat berapa harga dunia baru harga pamnya boleh dikurangkan ?

Tapi kenapa dinaikkan harganya kalau harga dunia menurun ? Maksud saya, kenapa tidak dikekalkan saja ? Siapa boleh tolong berikan jawapan selain dari yang diberikan Hasan ?


 Berdasarkan pengapungan harga ini, tiada pilihan bagi kita untuk naikkan harga tiga sen seliter

Kemaskini 9:10 am - Saya dapat imej ini dari FB yang mungkin boleh jelaskan -


Juga kenyataan akhbar dari Hasan -

 

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 9:16 AM

salam,
hasan malek ikut apa yang pemandu bangang di pmo tulis dan beri penerangan. yang dengar juga bangang, maka kenaikan harga diesel sebab subsidi ditarik kerana terlalu besar saiz dia. depa ni tahu tak subsidi diesel tu untuk pengangkutan awam. kalu dah rega minyak naik, harga barangan pun naik juga. so kerajaan kawal harga minyak melalui subsidi. pegawai pemandu, teraju, punahsihat kat pmo naik keta minyak diesel kot. tu yang naikkan harga diesel. lepas ni, tak ada ke adun dap nak sumbat minyak dalam mulut patung ah jib gor. boleh gak pi tadah. bogger umno yang bangang nak puji pun takut kerana bimbang berada dalam golongan bangang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 9:32 AM

Lepas ni kita mintak Hasan Malek tolong cadangkan pada kerajaan supaya semua lori-lori diubahsuai supaya boleh menggunakan Ron95. Lagipun kita risau jika harga diesel naik, harga produk turut akan naik. Lori-lori inilah yang menjadi pengangkutan utama bagi supplier2 yang sudah tentu kos pengangkutan telah diserap awal-awal ke dalam harga produk. Bayangkan dalam rantaian pengilang - supplier - pengedar - peruncit masing2 telah menyerap kos pengangkutan. Berapakah harga akhir yang pengguna harus bayar untuk satu-satu produk ? Oh, ya...harga ni belum termasuk GST lagi tau....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 11:21 AM

Sorry of topic jap...

Bro Din, kenapa blog apanama tak boleh diakses ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 11:29 AM

Nilai wang bersandarkan kepada barangan komoditi petroleum atau nilai dagangan terbesar dll.(Adam smith).Ia memberi impak besar pada nilai matawang.Di jangka, nilai matawang malaysia susut.Mungkin kesan dari rasionalisasi subsidi juga, turut membantu akibat dari tiada peningkatan /penambahan produktiviti.Akibat dari nilai matawang yang susut dan tanpa subsidi diesel,maka kos sara hidup rakyat akan meningkat dan mempengaruhi geografi politik tempatan.

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2014 at 12:15 PM

@Anonymousmenurut rockybru, serangan ddos.... kena khianat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 12:30 PM

Penghapusan subsidi akan mengakibatkan ketidaktentuan kos sara hidup rakyat.Ia amat bergantung kepada naik turun harga minyak,nilai matawang dan produktiviti.Wang yang bertimbun setinggi gunung,tidak melambangkan kekayaan sebenar, kerana nilainya di pengaruhi banyak instrumen dan bukan di sandarkan pada jongkong emas.Oleh, kerana krisis politik dan ekonomi di Zimbabwe,kadar inflasinya teramat tinggi dan matawang Zimbabwe jatuh teruk.Untuk menaiki bas,tambang yg di kenakan ialah 3 billion ZWD bersama 50sen di Malaysia.

Post a Comment