........... BANGANG ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

BANGANG !

Monday, December 1, 201430comments




Tak habis lagi isu 'BANGANG' Najib .... hari ni saja beberapa bloggers duk mengulas benda ni. Sebelum ni komen lebih pada mempersoalkan kewajaran Najib sebut bangang, tapi kali ni saya perasan nada sudah mula ke arah membangangkan sipengucap bangang ! Saya pun nak tumpang sekaki jugalah..


Pengumuman, di Perhimpunan Agung Umno, bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan disambut dengan tepukan gemuruh, sorakan dan standing ovation. 

Presiden Umno diperlihatkan sebagai hero kerana dikatakan mempertahankan Akta Hasutan, tetapi kita harus bertanya kenapa dan bagaimana Akta Hasutan 1948 menjadi satu beban dan isu yang begitu hangat?

Apa dan siapa punca sebenar sehingga NGO-NGO serta individu2 termasuk bekas Perdana Menteri, hakim-hakim, Ketua Hakim Negara serta bekas Ketua Polis Negara serta pemimpin masyarakat bangkit mendesak agar Kerajaan tidak memansuhkan Akta Hasutan?

Siapa sebenarnya yang bangang Datuk Seri? Baca sepenuhnya - APANAMA.

Ni lagi satu -


Sebenarnya ia gelagat si punahsihat, konsetan dan lain-lain merpati sejoli yang hinggap di keliling pinggang sang perdana menteri kita lah yang menghindar pengundi atas pagar daripada mahu mendekati BN.

Suara pembangkang berkumandang dalam BN gara-gara pendirian MCA dan pendekatan J-Star tidak banyak beza dengan DAP dan Rocket.

Ketua Pemuda Umno telah membawa sebilah gunting masuk pejabat Menteri Umno dan si Scissorati yang seekor itu diberi jawatan Setiausaha Akhbar.

Tapi yang kuat sokong kerajaan, contohnya blogger-blogger Umno, tidak diambil untuk bekerja di Kementerian. Baca sepenuhnya - Helenang.

Yang menghapuskan MECD, satu organisasi yang merupakan One Stop buat usahawan Melayu yang mahu bertapak itu bukankah BANGANG namanya ?

Yang Perasan pakai baju cantik lip lap depan orang kerana terpengaruh dengan pujian penasihat padahal sebenarnya dia bogel itu bukankah BANGANG ?

Yang gatal hapuskan ISA kemudian gatal pi sebut berulangkali nak hapuskan Akta Hasutan pula ..... itu bukan BANGANG namanya ?


Yang kena kencing kawa-kaw sampai lenjun masa PRU13 dek orang cina tapi masih merangkak2 menagih simpati mereka juga itu bukan BANGANG ?


Korang tambah la lagi ..... oya, saya tersenyum masa tulis ni..... serius ! sebab niat saya sekadar bergurau je hehehehe...


Issssh lupa lak - Yang kena queen control dan biarkan bini yang berkuasa disebalik tabir tu pun dipanggil BANGANG ke ?

Kemaskini - sebahagian dari komen pembaca di artikel sebelum ini - KLiK
 
Oleh itu, saya berpendapat istilah Blogger Bangang patut ditujukan kepada blogger yang suka mengampu, membodek, mengipas dan memuji-muji pemimpin UMNO meskipun rakyat biasa rasa meluat dengan perangai sesetengah pemimpin UMNO. Blogger sebegini adalah blogger yang mudah dibeli kerana sanggup mengubah haluan bila-bila masa asalkan dibayar. 


Sebagai contoh, jika dulu blogger ini membenci seseorang pemimpin UMNO, tapi kerana dibayar, dia boleh berubah kepada menyokongnya pula. Blogger sebegini akan mempertahankan dan membela bosnya habis-habisan jika bosnya dikritik. Ini sebenarnya blogger yang patut digelar sebagai Blogger Bangang.

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 4:56 PM

salam,
biarkan bini kacau kat tempat kerja juga kerja bangang, perasan bagus tapi tak bagus juga bangang, orang dok tipu, tapi orang dah jerit bagitau awak kena tipu, tapi masih lagi percaya kat orang yang menipu juga bangang. lantik orang bukan politik dan jawatan tersebut melebihi orang politik juga bangang, banyak juga la bangangnya sibangang ni. tapi mesti peeee eeemmmmm clueless selepas ni kerana blogger bangangnya dok kutuk akj dan blogger seangkatan dengan tag sapa makan cili terasa pedas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 5:10 PM

Dah betul la tu din. Najib dh kena berbakul2 bangang. Dia relax je. Blogger baru kena sekali bangang, bagai nak runtuh bukit bintang. Lagipun cuba fikir, blogger tak habis2 tembak najib, tembak rosmah tak henti2. Mana najib tak geram. Cuba perati blogger pro pkr dan dap, ada dorang serang bos2 sendiri? Bukan pemimpin dorang tak buat salah tapi seboleh mungkin dorang akan cuba kepit, sorok dan masuk dalam peti. Blogger pro umno buat apa? Tak ke bangang tu namanya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 5:14 PM

Sejak dari mula ISA dihapuskan maka aku mula berpendapat jika ada PM Mesia yang yang boleh dikatakan bangang ia nya bermula dari PM flip flop tapi yang paling bangang adalah PM masakini.... aku pun rase meluat nak sebut nama....

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2014 at 5:22 PM

@Anonymousish, bukan ke mantra blogger adalah - Yang mana tak betul, aku balun ! Tak kira siapa ...

rupanya dah tukar jadi 'Balaci'.

Ingatkan blogger Umno ni lain, tak sama dengan blogger Pembangkang. Ada integriti, menulis demi kebenaran bla bla .... rupanya gaya itu tak kena dengan pemimpin umno ya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 5:33 PM

Persoalannya, apakah blogger yang dibayar ini patut membisu jer ? Apakah pemimpin UMNO ni tak boleh ditegur atau dikritik ? Jika ditegur akan digelar sebagai bangang. Jika tak ditegur, akan menjejaskan undi dalam PRU14 nanti. Serba-salah blogger dibuatnya. Adalah lebih baik jadi blogger bebas. Bebas kritik siapa sahaja. Bebas menghentam siapa sahaja.

Blogger Pro BN seboleh-bolehnya mahu semua pemimpin UMNO jangan sekadar syok sendiri ajer. Jangan setakat mendengar report berat sebelah daripada orang-orang di sekelilingnya sahaja. Dah tentulah report yang disampaikan adalah berita yang baik-baik belaka. Walhal di peringkat akar umbi, rakyat semakin benci dan meluat dengan pemimpin UMNO.

Saya ingin bertanya kepada Ah Jib Gor. Dalam PAU bilakah ISA dan Ordinan Darurat ini diluluskan untuk dihapuskan ? Bilakah kita pernah membincangkan soal penghapusan kedua-dua akta tersebut dalam mana-mana mesyuarat agung UMNO ? Ada tak Ah Jib Gor berbincang terlebih dahulu dengan NGO melayu sebelum membuat keputusan penting sebegitu ? Sebab itulah blogger pro UMNO menghentam Ah Jib Gor apabila Akta Hasutan dicadangkan untuk dihapuskan. Jika blogger tak bising awal-awal, mungkin Akta Hasutan pun akan menerima nasib sama seperti ISA dan Ordinan Darurat. Oleh itu, bagi blogger, segala tindak-tanduk Ah Jib Gor mesti dipantau supaya tidak tersasar daripada agenda utama dalam membela dan mempertahankan melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 5:41 PM

Najib kata jangan ulangi kesalahan TUN M. Tapi tak pulak dia pikir yang dia dah mengulangi kesalahan TU banyak kali dan hapir setiap kali dia beri ucapan. ORANG pun da NAIK MENYAMPAH tengok KEBANGANGAN PM berucap.

BELAJARLAH tengok KESALAHAN sendiri.

Kalau MEREMAJAKAN UMNO itu adalah dengan menurunkan PEMINPIM yang tidak REMAJA. Maka ORANG PERTAMA adalah NAJIB

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 5:51 PM

tak lama dah najib ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 5:51 PM

Mungkin LEPAS PRU14 & BN Kalah MASA tu mungkin masuk akal kenapa blogger BANGANGKAN Najib. Dan waktu tu dah tak MASUK AKAL Nak TERIMA KASIH dengan orang yang cuba nak menyedarkan anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 6:35 PM

If there is ever a debate on the issue ofWHO IS ACTUALLY BANGANG.....please examine flwg facts and evidences:

1. Who discarded ISA? Najib
2. Who wanted TPPA signed? Najib
3. Who always gave way to the demand of chinese and indians inspite of not giving their votes to BN? Najib
4. Who refused to listen to the malays and muslims although they were the ones who gave BN victory? Najib
5. Who refused to proceed to sue Tian Chua for defaming umno on lahad datu case? Najib
6. Who ignored calls to stop bribing rakyat thru BRIM? Najib
7. If pak lah caused to open the flood gate for intrusion by oppositions, who gave the key to final unlocking of the gates and opened it as wide as possible? Najib
8. Why penghinaan keatas orang melayu dan agama islam of late? Najib
9. Siapa yang sebenar penderhaka kepada orang melayu dan islam? Najib
10. Siapa yang sepatutnya diganti secepat mungkin sebelum pru14? Najib, zahidi, hishamuddin, nazri dan khairy

Trust us sarawakians, if things do not change in and within umno, you would lose your deposits in sarawak and sabah

Wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 6:47 PM

Anon 6.35

You forgot one more

WHO WANTED TO DISCARD SEDITION ACT BUT LATER ON THE BARKING BY MUSLIM NGOS, TDM AND FORMER CHIEF JUSTICE RELENTED AND KEPT THE ACT INTACT AND ALLEGEDLY ENHANCED? NAJIB.....

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2014 at 6:47 PM

@Anonymousbro, u have been quite a regular commenting here... thanks.
can u do a write up on the change in political support @ sarawak ... would like to know more on that subject since PRN Sarawak is coming soon.

Send it as a comment and i will publish it as an article.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 7:01 PM

DT, analisa, komen serta maklumbalas yg memberansangkang!
Maka secara matematiknya bangang ni bersamaan angka SIFAR. Kalau dicampur ia tidak memberi nilai tambahan, di tolak tidak mengurangkan, tetapi didarabkan akan jadi 'bangang' manakala dibahagi akan menuju infiniti.......brimmmm...

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
December 1, 2014 at 7:06 PM

Kita tunggu dan lihat..

Jika BN tumbang 2018 nanti..maka terbuktilah Ajib yg bangang..

Jika BN masih berkuasa.. bloggers kena terima hakikat mereka lebih bangang drpd ajib..

Hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 7:12 PM

Will do. Its quite interesting here in sarawak especially the antics of our new CM Adenan has put up quite a stir amongst local sarawakians.

Wait til i reach kuching next weekend

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 7:31 PM

@Anonymous mana boleh bagi pemimpin terutama menteri berada di zon selesa. kita yg kerja pun boss dok jerit selalu agar terhindar dari zon selesa. bila dah selesa, maka mutu kerja pun jatuh la sebab dah syiok sangat selesa. kalu nak selesa, jadi pembangkang la, tak buat apa pun tak apa, pasal pembangkang. bangkang ajer la kerjanya. yang betul pun dia bangkang. memang zon selesa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 7:43 PM

Blogger pro umno/bn patutnya hafal sifir din. Sifir yg mudah2. Dalam seminggu berapa persen balun najib dan berapa persen balun pakatan. Janganlah seminggu suntuk 100% kerja nak membalun najib dan rosmah. Semak juga isu2 sedap untuk balun pakatan. Kalau kerja bersifir begini, barulah tak digelar bangang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 7:45 PM

I hope he is listening to all d who do tht who do this who did tht n who did this.....saya rasa denyut nadi rakyat which rakyat?...listen ...

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2014 at 8:11 PM

bro din..masih ada lagikah sinaran keramat Parti UMNO atau bakal berkubur kerana dibiarkn pengkhianat mnghancurkn Parti Terbesar Melayu ini???

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2014 at 8:56 PM

@jgn jadi bodoh!!!Bergantung pada berapa ramai orang Melayu yang sedar dan berani bersuara.

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2014 at 11:18 PM

Artikel apanama tu dah tak ada...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
December 1, 2014 at 11:39 PM

@Anonymous

Anon December 1, 2014 at 5:14 PM,

Sebaik saja Najib pegang jawatan PM, perkara pertama yang dilakukan beliau ialah meruntuhkan institusi yang membantu penguasaan bumiputera dalam bidang ekonomi iaitu dengan memansuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan. Sejak itulah saya jadi tawar hati dengan PM Najib tapi masih menyokong UMNO kerana percaya UMNO adalah satu2nya parti yang dapat mengubah nasib bumiputera.

Kemudian, Najib mula melakukan tindakan2 "bangang" seperti memberi berjuta2 kepada sekolah perkauman dan memanjakan kaum keturunan pendatang, menghapuskan akta2 yang menjadi benteng keselamatan negara ini, boros berbelanja melantik pelbagai consultants dari luar sebagai penasihat2 beliau. Maka bertambahlah lagi meluat saya pada Najib. Sokongan pada UMNO juga sudah berkurang disebabkan YB-YB UMNO cuma menjadi pak turut presiden mereka yang suka membuat keputusan bangang.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 12:08 AM

Jangan lupa Din, Tun M pun blogger UMNO juga.. 'Bangang' jugak la Tun M yer..

....................
Reply To This Comment ...................
Azam
December 2, 2014 at 12:39 AM

Maaf Bro Din.. saya dari awal tak percaya Najib, bila dia tarik balik pemansuhan AKta HAsutan dia tidak ikhlas. Sebab itu dia geram dan rasa nak membangangkan orang lain.

Kita patut fikir siapa Najib sebenarnya. Apakah dia grand design musuh yang merancang menjahanamkian UMNO. Tidka mustahil. Najib kelihatan geram bila akar umbi tidak mahu terima pemansuhan AKta HAsutan.

Najib rasa bengang bila akar umbi takmahu SRKJC di kekalkan. Najib mahu hapuskan elemen Melayu, Islam pun cukup2 ala kadar.

Sebab itu Najib tanpa angin ribut terus mencetuskan GERAKAN KESEDERHANAAN ISLAM? APa ini? Islam yang tulen memang sedia sederhana, kenapa Najib gelisah dan mahu ubah? Kemudian isu Pengganas.. Najib takut Islam atau takut pengganas?

Najib seolah-olah tidak cukup lepas geram, dia mengeluarkan kata-kata buruk kepada blogger Melayu.

Apakah Najib berani kata bangang kepada Cina yang menghina dia setiap hari?
Kenapa Najib tak sebut bangang kepada perasuah-perasuah yang menyebabkan Kerajaan kelihatan lemah?

Kenapa Najib tak serang dengan perkataan bangang kepada Sister In Islam, Pluralisme, Liberalisme yg jelas menjahanamkan Institusi Agama dan Perlembagaan Negara?

Siapa yang bangang sebenarnya menghapuskan undang2 yang mempertahankan keharmonian Negara? ISA? Ordinan Darurat?

Betapa bangangnya seorang PM bila berkata mengekalkan undang-undang Akta Hasutan takkan beri sokongan pada BN?

Najib ini waras atau tidak? Apa prinsip asas beliau memerintah sekarang? Apakah mentadbir atas nama kebenaran atau mentadbir mengejar undi sehingga menjual maruah bangsa, Agama, dan undang-undang??

Najib ini sebenarnya membawa suara siapa? Pelik benar kelakuannya sejak akhir-akhir ini?
DImansuhnay subsidi dengan mendadak, tanpa fikir apa2 lagi soal akar umbi.. Najib sudah jadi boneka Cina+Amerika? atau sebenarnya dia adalah ejen CIA?

Saya semakin tidak hormat lagi pada Najib. Saya lihat Najib adalah perosak UMNO.
Najib adalah perosak peradaban Negara.
Maafkan saya bagi siapa yang tidak setuju, tapi dengan mengekalkan Najib seperti kelakuan sekarang akan mengalahkan UMNO BN.

Najib tak layak lagi menjadi Presiden UMNO, apatah lagi Perdana Menteri.

Sama ada suka atau tidak kita mesti terima hakikat. Najib mesti diundurkan segera jika kita sayangkan Agama dan Bangsa. Jika tidak mahu UMNO pecah dan runtuh, Najib mesti di turunkan segera.

Najib tak ikhlas lagi dengan perjuangan dan beliau sudah mula menunjukkan warna kulit sebenar beliau.. apakah terlalu LEMBAB otak kita nak fikir dan mengesan keganjilan Najib?

Apakah kita mahu Najib umumkan suatu yang mengejutkan kita baru mahu bertindak?

Pakatan Rakyat sedang lemah, tapi mereka boleh 'hidup' kerana dasar Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 2:04 AM

Blog Apanama kena suspend! Bangang ke apa nak tunjuk kuasa?!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 6:27 AM

PM cina kita tu memang Bangang!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 6:33 AM

Saja tanya.....beranikah ahli umno berjumpa muhyiddin dan tun mahathir dan rangka strategi untuk memberi cahaya yang baru untuk umno dan bn menang pru14? If you have to sacrifice najib and all 3 naib presiden n nazri n khairy....be it as they are all weak and living on rhetorics. Saya cabar ahli umno.....kalau anda berani, kami orang sarawak dan sabah angkat topi. Kalau tidak, andalah yang BANGANG. Jangan hanya berani sebagai keyboard warrior...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 7:48 AM

Masa dan fikiran orang melayu telah banyak terbuang semata-mata untuk mempertahankan hak melayu dari tindakan bangang pemimpinnya sendiri..

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2014 at 8:55 AM

"Jangan berperang sesama sendiri. Tidak masuk akal. Bangang namanya! Saya belajar perkataan daripada isteri saya (bahasa minang)."

Ayat akhir tu tak ramai yang ulas ...... dalam situasi apa agaknya Najib belajar perkataan BANGANG dari Rosmah, ek ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 3:30 PM

Kata-kata Dato Md Alwi Che Ahmad di-atas adalah rasa, suara dan perasaan terpendam kebanyakan rakyat Malaysia. Ucapan beliau sungguh bernas, pedas dan pasti menusuk kalbu mereka yang ikhlas. (harap maklum bahawa audio/suara kurang memuaskan)

Tanpa perlu menggunakan perkataan kesat pun, ucapan Dato Alwi Ketereh menjadi tajuk perbualan ramai. Ramai yang terharu sehingga ada seorang rakan bekas Ahli Parlimen Umno dari Sabah berkata ‘kalau duduk bersendirian dengar ucapan Alwi betul-betul boleh menangis, sungguh hiba. It is from his heart”.

Tidak dapat dinafikan bahawa kata kesat yang dilemparkan Datuk Seri Najib Razak terhadap golongan blogger yang dibayar/di-upah/di-gaji oleh parti Umno juga sedang hangat diperkatakan.

Ramai yang bertanya siapa sebenarnya yang Presiden Umno dan Perdana Menteri tujukan perkataan kesat BANGANG dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014 pada Sabtu lepas.

Siapa blogger-blogger upahan Umno yang begitu bangang sehingga seorang Perdana Menteri dan pemimpin parti Melayu sanggup mengeluarkan perkataan kesat itu yang disiarkan keseluruh negara secara langsung?

Mungkin Datuk Seri Najib sendiri harus perjelaskan siapa sebenarnya blogger-blogger yang beliau anggap bangang itu kerana ramai juga bloggers Umno yang terasa panas dan pedas. Yang tidak menerima walau se-sen dari Umno tetapi menyokong Umno juga amat tersinggung dengan ‘bangang’ PM kita.

Luahan rasa hati dalam facebook juga sudah kelihatan.

IMG_9114 IMG_9115

Tokoh wartawan negara Datuk A.Kadir Jasin telah menzahirkan pendapat beliau dalam tulisan Mohd Najib Kecam Blogger Upahan Umno. Sila baca dan tafsir sendiri pengamatan beliau.

Ada teman yang mengatakan bahawa sebenarnya Najib tidak marah, hanya berseloroh ketika mengungkapkan perkataan BANGANG dalam ucapan penggulungan beliau. Harus di-akui ucapan penggulungan Najib nyata lebih baik daripada ucapan dasar yang hambar dengan lawak So-li-da-ri-ti yg dikatakan hasil nukilan penulis ucapan Najib.

Oleh kerana ada pendapat mengatakan Perdana Menteri hanya berseloroh, maka pasti tidak salah jika kita juga berseloroh menggunakan perkataan yang sama.

COPIED FROM APANAMA.part 1/2


Joe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 3:31 PM

Siapa sebenarnya yang bangang Datuk Seri?

Apakah perkataan itu boleh dilemparkan keatas mereka yang bertanggungjawab memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), EO serta RR dan berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan secara unilateral?

Umum harus mengetahui bahawa ISA di-mansuhkan tanpa apa-apa perundingan dan hanya berdasarkan seruan dan saranan penasihat serta konsultan. Kini seluruh negara mengakui kita perlukan suatu undang-undang pencegahan seperti ISA untuk melindungi negara ini dari pelbagai ancaman dari luar dan dalam. Malah kita kini sedang merangka kembali satu rang undang-undang baru yang hampir serupa dengan ISA. Kenapa ini terjadi?

Siapa yang sebenarnya bangang Datuk Seri?

Pengumuman, di Perhimpunan Agung Umno, bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan disambut dengan tepukan gemuruh, sorakan dan standing ovation.

Presiden Umno diperlihatkan sebagai hero kerana dikatakan mempertahankan Akta Hasutan, tetapi kita harus bertanya kenapa dan bagaimana Akta Hasutan 1948 menjadi satu beban dan isu yang begitu hangat?

Apa dan siapa punca sebenar sehingga NGO-NGO serta individu2 termasuk bekas Perdana Menteri, hakim-hakim, Ketua Hakim Negara serta bekas Ketua Polis Negara serta pemimpin masyarakat bangkit mendesak agar Kerajaan tidak memansuhkan Akta Hasutan?

Siapa sebenarnya yang bangang Datuk Seri?

Apakah perbuatan melantik Penasihat British di Pejabat Perdana Menteri, selepas lebih 57 tahun negara ini mencapai kemerdekaan dari Britain juga boleh di-anggap bangang?

Pada pendapat saya baik Dato Alwi Ketereh, seorang pemimpin akar umbi yang jelas tentang perjuangan, berani, tidak kurang ajar, tidak menggunakan perkataan kesat dan menjiwai hati dan perasaan rakyat dilantik sebagai penasihat kepada Perdana Menteri.

Harus diakui bahawa Perdana Menteri kita ini seolah-olah tidak mempunyai jati diri yang kukuh, senang di-ugut, di-desak, di-tarik kesana-sini seperti lembu yang dicucuk hidung (ini perumpamaan dan saya juga berseloroh). Flip-flop Akta Hasutan serta pemansuhan Akta ISA adalah bukti nyata dalam perkara ini.

Perdana Menteri kita harus melantik seorang penasihat yang mempunyai jati diri yang ampuh serta akal fikiran yang tajam and a heart in the right place. Bukan tempat warganegara British bekas Pengarah Urusan syarikat Yahudi APCO di inner circle Presiden Umno. Ini lebih teruk dari bangang.

Apakah tindakan melantik individu yang tidak sesui langung untuk menduduki kerusi Ketua Penerangan Umno juga satu tindakan yang boleh di-anggap bangang Datuk Seri?

Menurut Utusan Malaysia, keluhan terhadap Ketua Penerangan yang syiok sendiri telah lama dikemukakan tetapi tidak ada apa-apa perubahan. Begitu juga rintihan akar-umbi terhadap ibu-pejabat Umno dan beberapa individu yang memperlakukan Umno umpama syarikat Sendirian Berhad milik nenek moyang mereka.

Ada teman yang berkata Najib tidak berani ambil apa-apa tindakan terhadap lembu-lembu kerana lembu2 pegang rahsia Najib. Ini saya tak tahu betul atau tidak tetapi ini yang diperkatakan oleh mereka yang ingin lihat merubahan dan penambahbaikan dalam Umno.

Mereka kata lembu pun sudah pandai berseloroh. Lembu suruh orang lain pulak yang gantung diri.

Siapa yang sebenarnya bangang Datuk Seri?

COPIED FROM APANAMA. part 2/2.
LA NI APADAHJADI. Site masih suspended.

Joe

Post a Comment