........... 70 ekar Tanah TRX 1MDB Di Kuala Lumpur Pun Bakal Tergadai ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

70 ekar Tanah TRX 1MDB Di Kuala Lumpur Pun Bakal Tergadai ?

Tuesday, December 23, 20148comments


HEBAT ! Itulah reaksi saya bila melihat gambar projek TRX di bawah 1MDB selepas siap kelak. Satu lagi hub perdagangan utama di tanah seluas 70 ekar tidak jauh dari KLCC.

Satu lagi kebanggaan negara dalam pembikinan.



Terimakasih kepada Abu Dhabi yang menjadi pelabur utama - Abu Dhabi is moving ahead to provide the required capital for the multi-billion ringgit Tun Razak Exchange (TRX) development, making it the first major multinational anchor investor for Malaysia’s new growth nucleus with billions of major infrastructure works expected to be awarded starting as early as end March 2013. 1MDB will remain as the master developer of the TRX project.

Antara pelabur lain yang turut aktif dalam TRX adalah Lend Lease dari Australia yang akan membangunkan 17 ekar bagi konsep Lifestyle Quarter di TRX - sebuah kawasan pembangunan bercampur berasaskan peruncitanl seluas 6.8 hektar (17 ekar) merangkumi sebuah hotel, tiga menara kediaman dan sebuah pusat beli belah baharu yang dihubungkan terus dengan tempat letak kereta bertingkat TRX serta terletak berdekatan stesen MRT.

Pembangunan ‘Lifestyle Quarter’ ini dijangka menarik hingga AS$1 bilion (RM3.2 bilion) dalam bentuk pelaburan langsung asing ke Malaysia. Lend Lease akan menjadi pemegang saham utama dalam usahasama itu, manakala 1MDB RE akan memiliki saham yang signifikan.


Teringat saya akan satu lagi projek mega di kawasan berhampiran iaitu projek BBCC di bawah UDA yang sebelum ini berdepan dengan masalah ' Hak Bumiputera' sehingga ditegur oleh Kementerian Kewangan.


Libatkan syarikat Bumiputera ! Pastikan Hak Bumiptera terjaga !

Kebetulan semalam saya siarkan artikel mengenai pemilikan Melayu dalam hartanah komersil di Kuala Lumpur di mana hanya 21.9% saja dimiliki oleh Melayu dan kalau dikira hak secara persendirian, ia cuma 1% saja. Makanya gesaan dari MPM supaya tanah2 milik kerajaan yang masih berbaki di Kuala Lumpur dijadikan tanah rezab Melayu secepat mungkin sebelum semuanya habis tergadai.

Jadi saya tertanya2 ...... apakah projek pembangunan TRX tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan yang antara lain akan memastikan penglibatan Bumiputera sepertimana projek BBCC ?


Saya rasa tidak ..... ( mungkin saya salah ) kerana 1MDB walaupun dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan tapi ia merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang bebas. Menurut Pengarahnya Tan Sri Lodin -

“Oleh kerana 1MDB tidak menerima sebarang dana daripada kerajaan, justeru itu tidak benar dakwaan bahawa syarikat melabur, atau lebih teruk, membazir, wang rakyat negara ini,” ( kecuali RM1juta dari kerajaan dalam bentuk ekuiti semasa penubuhannya ) - Mkini.

Apapun saya harap Kementerian Kewangan tetap memantau TRX dengan syarat2 sama sepertimana BBCC. Walaupun dana untuk membangunkan TRX kesemuanya adalah hutang, perlu diingat yang bakal dimajukan itu adalah di atas Tanah Melayu.

Ada yang kata - apa pulak, kan 1MDB dah beli dari kerajaan ... jadi sekarang ia milik bebas 1MDB. Terpulang pada 1MDB nak buat apapun. Berbeza ngan UDA yang diberi tanah secara percuma.

Berapa harga yang 1MDB bayar kepada kerajaan untuk tanah 70 ekar itu ?

Dari KiniBiz 22/4/2014 - The land value grew mainly on the back of a revaluation of 1MDB land in the Tun Razak Exchange area and the Sungai Besi area to RM2.74 billion from RM569.9 million previously. This in turn contributed to the significant increase in profit recorded by the group as of end March 2013.

Kalau harganya terlalu murah dari harga pasaran, apa bezanya 1MDB dengan UDA ?

Lagipun bukankah 1MDB milik penuh Kementerian Kewangan ? 

Maka sewajarnya sebarang projek 1MDB termasuk TRX ini wajar mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Tanah bebas semakin kurang di Kuala Lumpur dan menjadi kewajipan kerajaan untuk tidak terus menggadai baki yang ada kepada bangsa lain ..... walaupun nilainya berbillion2 RM.

Tanah2 lain tergadai pun sebelum ini, semuanya kerana RM juga. Bermula dari sekarang, kerajaan kena tegas !

Pemimpin Melayu, Pegawai2 kerajaan pun Melayu .... tapi kenapa Tanah Melayu makin terhakis ?

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2014 at 4:39 PM

Kerana Pemimpin Melayu dan Pegawai Tinggi Kerajaan Adalah terdiri drp Melayu yg BODOH & BANGGANG.

Ah Jib Gor Bapa BANGGANG Satu Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2014 at 4:45 PM

Susah mahu cerita ....kalau aku katakan pemimpin2 UMNO (bukan semua) juga tamak dan rakus harta ....nanti dikatakan sabotaj pemimpin n parti tapi itulah hakikatnya.... jadi pemimpin2 yg ada sekrg ni muhasabah lah diri tu jgn sampai rakyat berpaling tadah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2014 at 5:06 PM

SEMUA sbb $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ din...........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2014 at 7:06 PM

salam,
waaaahhhhhhhhhh (menguap) kerajaan kena kasi bikin satu dua flat harga patut kat trx tu. kalu idak, 70 hektar tu milik 100% golongan melayu elit antaranya 25 pegawai yang dah pencen tu. melayu lain tak mampu rasanya. selain melayu tu mungkin bangsa lain lebih ramai daripada 100% melayu elit tu. serupa jual kat bangsa asing jer. dengar cakap, arab tu pun dah cabut lari bila dah dapat pinjaman. yer ke? mungkin fitnah kot? 1mdb tu ada banyak harta untuk dijual, duit mudah tunai jer kurang banyak. hutang berlambak. kira ok per untuk bisness jangka panjang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2014 at 7:52 PM

Muhasabah diri atau muhasabah RM ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 23, 2014 at 8:27 PM

Ah Jib Gooo wajar dikekalkan jawatannya sebagai PM = Property Marketer a.k.a penjual harta..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
December 23, 2014 at 8:53 PM

Saya harap UMNO, PAS, UDA, MARA, PNB, FELDA, dll dapat tolong beli hartanah di situ untuk disewakan/dijual pada bumiputera. Apalah sangat pelaburan kecil dalam negara untuk bantu bumiputera jika dibandingkan dengan pelaburan berbillion2 di luar negara ya tak ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 24, 2014 at 10:07 AM

Projek2 impian najib ni kebanyakannya bersifat glamer, world standard mcm TRX ni. Dah xde projek pembangunan bersifat tempatan atau local seperti zaman Tun Razak dulu seperti Felda.

Projek local seperti ini yang banyak membebaskan orang Melayu dari belenggu kemiskinan. Bukan TRX yang menguntungkan kapitalis semata2. Betul teguran Tun Daim terhadap najib iaitu dasar ekonomi najib terlalu fokus terhadap high income nation tetapi mengetepikan ekonomi rakyat.

Post a Comment