........... 3 Langkah Terbaik Dari PM ! TERIMAKASIH ........ | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

3 Langkah Terbaik Dari PM ! TERIMAKASIH ........

Sunday, December 28, 201437comments

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga langkah tambahan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Beliau berkata, langkah pertama adalah dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM500 juta menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kedua adalah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)yang sepatutnya dibayar hujung bulan Januari namun akan dipercepatkan kepada pertengahan bulan Januari.

"Manakala langkah ketiga pula meminta agensi serta institusi berkaitan kewangan supaya membuat penjadualan semula berhubung permohonan pinjaman yang dibuat mangsa sebelum terlibat dalam kejadian banjir," katanya.



TERBAIK dari PM Najib !

Nah .... siapa kata yang tidak ada bezanya kalau PM ada atau tidak di tanahair tatkala dilanda musibah besar macam ni ?

Sejak Najib balik semalam, semuanya masuk gear 5, cepat dan efisien ! Dan saya percaya 100% semangat rakyat terutama mangsa juga sedikit sebanyak pulih dengan kehadiran PM Najib.


Buat mereka yang duk kutuk saya ( ada komen saya padam sebab bahasa kasar ), anda faham atau tidak maksud artikel2 saya berkaitan Najib pi cuti dan main golf di Hawaii tu ?

SEBELUM Najib pergi lagi saya dah sound, adalah lebih baik Najib JANGAN PERGI ketika ini. Rantau Panjang tenggelam hari Jumaat 2 hari sebelum Najib bertolak senyap2 ke US.  Sebab rakyat perlukan pemimpinnya dalam saat genting ini.

Salahkah saya kata begitu ?

Bila didedahkan Najib bercuti main golf di Hawaii, rakyat terkejut.... bila masa pula Najib gi Hawaii ? Alih2 main golf pulak ? 

Saya kritik sebab pendirian saya tetap sama - Pemimpin harus berada bersama rakyat disaat rakyat memerlukan perhatian penuh pemimpin !

Pro ahjibgor yang bermatian mempertahankan cuti beliau termasuk permainan golf itu. Bermakna, mereka tidak kisah kalau ahjibgor TERUS BERCUTI pun sebab kalau ikut hujah mereka, beliau layak untuk bercuti walaupun banjir melanda hampir setengah dari negara.

Jadi sejujurnya, saya gembira PM kembali kerana memang itu yang saya duk sebut selama ini dan TERBUKTI kehadiran beliau membawa kesan yang amat positif kepada rakyat. Kan bagus kalau dari awal lagi beliau ada ? 

Alih2 mereka yang mempertahankan cuti Najib pula yang bersorak sakan bila beliau pulang dan menempelak suara2 yang pada awalnya suruh Najib jangan pergi atau minta beliau pulang awal ! Hahahahaha ...

KENAPA TAK SURUH AHJIBGOR SAMBUNG BALIK CUTI  ? 


Jadi BAGUS PM dah pulang bersama rakyat.....

Dan JUTAAN TERIMAKASIH saya ucapkan kepada ....... THE WASHINGTON POST ! Hahahaha

Share this article :

+ comments + 37 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 1:42 AM

Yang mana betul, kita sokong. Yang mana silap kita tegor.. TQ PM

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2014 at 1:49 AM

@AnonymousYa, itu yang saya buat tapi bila saya tegur, saya diserang penyokong ahjibgor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 2:23 AM

Penyokong ah jib gor memang banggang, jib gor sendiri yg memanggil sedemikian & mengesahkannyer...

Sekalung Tahniah buat kita semua yg berusaha dan BERJAYA Menyedarkan PM supaya bersama rakyat ketika susah, walaupon dgn teguran keras...Tahniah juga buat PM Najib kerna segera pulang dan lakukan spt di atas. Syukur Alhamdulillah.

PM Najib rasanyer mungkin tersilap dlm:

1. Sepatutnyer PM memohon maaf kerna tiada disaat air bah besar, di kuala krai/gua musang. Pas tu citerlah Obama ajak main golf pd cuti Xmas..kebetulan, PM pon cuti di Hawai.

2. Soal Insuran & Force Majoure - Insuran Coverage bergantung kpd "Exception and Extention". Walaupon under Force Majoure, ada clause insuran yg beri cover extention polisi.. contoh banjir, ada policy extention yg cover, sama dgn windscreen. Kalau tak ambik, memang tak cover dok under Exception.

3. In case of Force Majoure, selalunya berkaitan dgn kontrak, kontrak boleh batal, tangguh dsbnyer.bila keadaan ok balik kontrak disambung. Insuran coverage memang cover Force Majoure berkategori, kecuali War, terrorist dsbnya. Boleh ambik extention kena bayar premium lebih.

4. Sejak bila pulak announcement of State Emergency fall under Force Majoure? Flood / Banjir dah pon berlaku, Act of God - kenaper pulak announcement state emergency/darurat, insuran x nak cover? Kalau darurat lewat diumum, hanya untuk 10 hari, banjir 30 hari, jadi saat awal banjir 20 hari insuran tak cover? Ke tak cover semua sekali sejak hari pertama sebab pengumuman darurat?

Apa2 pon isu banyak berbeza, Force Majoure, Darurat, Exclusion, Exception, inclusion, and Extention of insurance coverage...

Darurat juga banyak kategori...

MacaibAh jib gor marilah kita berentap informasi...

Jangan senang2 nak salah orang yg berani menegur demi kebenaran..

Apa2 pon SYABAS POK DIN @ DIN TURTLE kerana berani atas kebenaran, walaupon macai Ah Jib Gor tak suka, tapi kita berjuang utk nama Perdana Menteri Malaysia, Najib supaya beliau sedar mana pengampu, pembodek, dan penyokong sebenar supaya pembangkang kurang isu di PRU14 nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
IzhamM
December 28, 2014 at 2:59 AM

Alhamdulillah PM mndengar dn cepat pulang.
Tuan Din, sudah2 lah kot, sikit2 hal jangan besarkan. Ujian Allah nk lihat kita bersatu dan hormat pemimpin yg berkerja untuk rakyat.
Musuh sedang gelak ketawa.
Macai PAS dan PR menyalak tak habis2 lagi nak cari pasal, seolah2 kecewa sgt lihat Najib pulang terus ke Kelantan..

Ore Kelantan ni time senang maki hamun Najib berjabu, doa penuh stadium Najib pevah perot.. skrg mereka yg pecah dgn banjir...bila susah ingat kitmmakin lembut, bekeng samseng cmtulah.. xmencerminkan rakyat 'Serambi Mekah'..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 3:00 AM

apa pula kata mereka mereka yang mengatakan apa bezanya samada najib ada atau pun takder sebagai sokongan terhadap percutian najib? ada pulak yang mengatakan najib telah mengarahkan menteri lain buat kerja dan memantau keadaan banjir dari hawai. nah! sekarang kan dah nampak bezanya bila najib berada ditanahair. walau pun damage sudah berlaku, tapi hati rakyat sekarang sudah semakin sejuk saperti direndamkan air banjir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 4:02 AM

biar la dia siapkan kerja dia dulu. dah siap kerja balik la. kalau tunggu kat sini pon llama, tak jadi kerja juga. life goes on.
kalau berdoa pon, dari jauh pon sampai. kita kena balance la. lagi pon orang lain kan ada. skrang ni anything di hujung jari. assistant dia reliable kan. kata nak cari pengganti najib. biar la org lain handle sekali sekali. asyik nak najib jer, bila org lain nk handle. nak tegur ada caranye, tak sama dgn mengkritik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 6:48 AM

merela bodek ada makna tu ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 7:25 AM

Ye la tu din. Blog ko, ko mana la nk ngaku silap kt sini. Ada ko sebut ayat2 ko terlalu kasar & tak sesuai langsung ditujukan kpd pm? Haram!!!. Ko sentiasa betul din. PM dh balik, follow la dia, mana tau boleh tegur dia bab lain pulak. Apapun, aku suka blog ko ni. Kredit untuk ko din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 8:17 AM

Aku bukan penyokong ahjibgor,tapi artikel yang kau tulis tu tidak adil,kau diamkan apa yang dibuat oleh m.b Kelantan,padahal kehadiran beliaulah yang paling penting sebab yang menjadi mangsa adalah rakyatnya.Dan kau din perlu tulis artikel supaya rakyat Kelantan bersyukur dengan bantuan yang diberikan,jgn jadi seperti menolong anjing tersepit.Dan yang terakhir Nak Tanya berapa bantuan yang diberikan m.b Kelantan kepada mangsa banjir din?dan tambahan din,orang Kelantan tak mengaku melayu,mengaku Islam je apakata suruh mereka mintak derma pada kerajaan Arab Saudi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 8:20 AM

Assalamulaikum Din macam biasa kau tak perlu siarkan psal lari tajuk la kot?

Din cara kau berfikir senang je contoh artikel tentang Banjir tapi bila aku sokong najib isu 1 MDB hang kata lari tajuk tapi bila aku kaw2 bg mampus Najib secara auto ok he he he sabar la,,,canggihla cara ketelusan kau bakal jadi Menteri Kehakiman ni.

Isu banjir ni ramai geng anti Najib terperangkap la..Najib bagi checkmate. Biasa la Din dah checkmate kne main lain la....Adoi

Din hang ingat Najib balik psal hang ke? adoi...Hmmm takpa la Din..Najib pi mana-mana bukan holiday la dia buat kerja sambil minum air.

Cuma ada satu perkara yg hang kne terima kenyataan bila Isu banjir melanda Team kacang putih cuba jatuhkan Najib hang tau apa jadi...ranking Najib naik lagi la..

Maaf la Din ada masa jom pi ground Zero di kelantan..cuba la hang interview kata ini masa tak makan 2-3 hari ada maki Najib tak?

Bukan apa aku takut dia seligi hang je..Din Kelantan kubu kuat PAS dan selama ni dok maki UMNO je.
Bila banjir UMNO tak pedajjal PAS malah semua org UMNO sepakat bantu membantu malah ...yg paling terkejut mangsa banjir tak maki Najib la...pelik kan????

Makanan tak sampai malah tempat penginapan sementara hancur ada yg tinggal atas bukit je,,,hang tahu depa tak maki najib.

Kau boleh lah Din generasi lama UMNO yg tahu dok jatuhkan pemimpin siang malam susah senang dan 24 jam tanpa henti...adoi ..teruska perjuangan maaf la Din Najib makin sukar dijatuhkan..dan ada berani siarkan???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 8:35 AM

bila susah cari Najib lah. Bila senang ko orang cari Nuar dan Jijah gak

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2014 at 9:30 AM

Ini lah di namakan "keseimbangan" Terma ini telah di guna pakai Najib dan aku banyak tekankan perkataan ini seperti perkataan "bangang" beberapa tahun sebelum ini.

Bila kita komen, perlu juga keseimbangan. Sebelah pembangkang, mereka hanya mencari peluang dan viralkan dengan gambar Najib, Obama dan golf. Maka perkara utama, banjir besar, mereka "banjirkan dan tenggelamkan" dan secara tidak lagsung "kita" juga ikut tenggelam !

Sebahagian nya melalak mohon isytihar darurat. Sebahagian nya ghairah menghentak Najib ran menyembunyikan kejahatan pemimpin-pemimpin mereka bergembira dengan kata-kata kosong beretorik hal banjir tanpa sumbangan apa-apa ! Azmin janji beri Kelantan 1juta dari berbillion mereka miliki, cukup ke ? Dapig tetap beroinki - oink. Pas.... masih membesar perut dan serban...

Sadis nya yang merana tetap mangsa-mangsa banjir dan Kerajaan Pusat ! PR juga di pandang hebat ! Sebab apa, Melayu semakin sukakan liberalisme dan "moderate" gila yang hak asasi nya menjurus kafirun, tidak kepada hak- hak Melayu Islam !

Apa khabar GMM dengan 25 suku ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 9:53 AM

Ekonomi negara lumpuh kerana banjir. Rakyat menderita kerana aktiviti harian terganggu. Kerja pun terganggu. Kos belanja rakyat berganda kerana nak cover balik peralatan sekolah anak yang musnah, barang elektrik yang rosak, kereta rosak dan ada yang hanya sehelai sepinggang kerana tak sempat nak selamatkan harta-benda. Rakyat kelaparan kerana terperangkap dalam banjir. Selain terpaksa bersesak-sesak di pusat pemindahan banjir.

Persoalannya, kenapa PM mesti bersama rakyat ketika rakyat ditimpa musibah dan tidak cukup sekadar memantau dari jauh. Jawapannya ialah rakyat perlukan sokongan moral dan empati daripada pemimpin no.1 negara. Kelibat PM diperlukan bagi mengurangkan keluh-kesah rakyat. Rakyat ingin meluahkan sendiri masalah yang ditanggung direct kepada PM. Inilah yang dinamakan pemimpin mendengar denyut nadi rakyat.

Apabila Dinturtle (DT) mengeluarkan artikel pasal percutian Ah Jib Gor, aku memandang dari sisi yang positif. Ada mesej yang DT ingin sampaikan. Mungkin cara DT tidak disenangi beberapa pihak tapi saya percaya DT berniat baik. Ada sindirian tajam di situ. Mungkin ramai tak tahu, Tun M pun kerapkali jugak membuat sindirin tajam dalam artikel-artikel beliau.

Kepada penyokong Ah Jib Gor yang mengatakan bahawa seorang PM patut berehat. Ada jugak yang mengatakan bahawa PM jugak buat kerja walaupun ketika bercuti melalui aktiviti santai. Senang citer, sambil menyelam minum air. Dan ada yang mengatakan Ah Jib Gor boleh memberi arahan secara remote control dari jauh. Di sini kita nak tegaskan bahawa tak salah Ah Jib Gor bercuti. Yang salahnya ialah rakyat kehilangan seseorang yang amat penting dalam negara ketika rakyat berada dalam keadaan berdukacita. Orang yang penting itu ialah Perdana Menteri Malaysia. Apabila orang no.1 turun ke ground zero, rakyat nampak keikhlasan kerajaan dalam meringankan beban rakyat. Situasi ini samalah seperti musibah yang melanda mangsa MH370 dan MH17 yang memerlukan seorang PM untuk menenangkan emosi keluarga mangsa yang terlibat.

PM diperlukan terutamanya ketika rakyat ditimpa musibah. Dan lihatlah apa yang berlaku apabila Ah Jib Gor turun padang. Kehadiran PM memudahkan segala urusan bagaikan minyak pelincir yang menjadikan enjin bergerak lancar. Segala yang payah dipermudahkan, segala yang lambat dipercepatkan dengan adanya PM. Itulah magiknya apabila PM ada kerana kita tau kuasa TPM ada had dan kekangannya. Lagipun untuk musibah sebesar ini perlukan bajet segera yang jugak besar nilainya dalam tempoh yang singkat. Alhamdullilah, pengumuman PM melegakan rakyat khususnya yang menjadi mangsa banjir. Inilah yang rakyat mahukan daripada seorang pemimpin negara. Rakyat hanya nak dengar tindakan pantas, penyelesaian terbaik, keputusan yang tepat dan pelaksanaan yang berkesan. Ini adalah antara perkara yang dinilai atau dipertimbangkan sebelum rakyat memangkah dalam pru akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2014 at 10:06 AM

@AnonymousTerimaKasih, anda menerangkan duduk perkara lebih baik dari saya :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 10:52 AM

Kalau kehadiran najib memberi impak yang besar kepada mangsa banjir kenapa mereka tak undi najib sewaktu Pru?kenapa mereka undi pemimpin yang setaraf biawak?adakah mereka ini munafiq?..persoalan yang tidak akan disiarkan din turtle!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 11:02 AM

Haaa...cam ni la din. Nampak gentleman. Tahu dimana yg kurang pd diri.

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2014 at 12:51 PM

@Anonymoussaudara masih tak faham .... rakyat bukannya nak Najib tapi rakyat mahukan PERDANA MENTERI ada bersama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 1:11 PM

Ya mereka memang menunggu p.m,menunggu p.m mengisytiharkan seperti bantuan rm 500 juta.Kalau m.b Kelantan dtg pun boleh buat apa?ye dak!!sebagai contoh kau bela anak kau Dari kecil sampai besar macam menatang minyak yang penuh,last2 kau tua dia hantar rumah orang TUA..adilkah begitu?dlm alquran adakah nyatakan begitu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 1:39 PM

PM BN juga yang terbaik!.. Dan siapa kata PM tidak turun padang sebelum dan selepas. Adakah dengan baliknya PM mangsa banjir semua sekali telah dapat diselamatkan dan serta-merta air banjir terus surut? Hebat tu! Masing-masing memaikan peranan dan bermain gold dengan pemimpin dunia atas jemputan adalah keperluaan di dalam tanggung jawab pemimpin. Cuba congak masa berapa lama Najib di sana. Kredit yang sepatutnya diberikan kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan mangsa, tiba-tiba kredit ini hilang begitu sahaja malah dikatakan lembab dan tidak efisien. Apa sumbangan din turtle kepada mangsa banjir? Warrior keyboard? Paling pelik warga pasukan penyelamat sendiri faham tugasan PM tapi yang lain hanya suka mengutuk dan mengkritik. Disuapkan oleh musuh dijaja tanpa hentian. DSAI, DSWA, LGE mana?. Rakan negeri PR pun tidak turun membantu.

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2014 at 1:43 PM

@Anonymouspeeergh... pro ahjibgor masih nak berbunyi !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 1:50 PM

Din dalam hal ni kau kena adil....adakah komunis melayu Dan komunis cina mempunyai perbezaan?sebelum ni kau post artikel bantai najib semua aku setuju,kali ni x...sebab kau hanya nampak kesalahan najib!!!pemimpin p.r besarkan telor semua kau pandang sebelah Mata.

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2014 at 2:17 PM

@Anonymoussebab saya main isu ni dari awal. Dan pro ahjibgor tak bagi saya peluang duk serang saya. Cuba berhenti serang , terima je kenyataan dan bagi ruang saya tumpu pada isu lain! :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 2:46 PM

Mereka yg angkat bakul sendiri serambi mekah konon..tolong la sikit..
Yg aku kenal tak perangai molek pon dari sana. Nak benda dari org je baik crta welfare bila dah dapat hahhh pangkah la bulan silau tuh. Issh ishh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 2:52 PM

Sbb diorang sikap kenegerian lebih dari segalanya walaupon nampak nyata ularmak dol ni mmg ego kusemangat besar tak tentu pasal. Mmg munafiq!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 3:08 PM

Kita selamatkan Ah Jib Gor semata2 kerana kita nak selamatkan UMNO dari mati lemas. Memandangkan kita memang nak PR mati lemas dalam pru akan datang. Sebab itulah bila Anwar bercuti ke, keluaga Lim bercuti ke, ada aku kesah. Lantaklah.

Sekarang ni kita berbicara pasal UMNO jer sebab kita sayangkan UMNO. Oleh itu, sesiapa jua yang menjadi wakil UMNO kita mesti tegur. Kita tegur, kita kritik Ah Jib Gor sebab kita sayangkan UMNO. Ah Jib Gor tak penting, yang penting UMNO.

Tindak-tanduk Ah Jib Gor mesti dikontrol supaya tidak membahayakan UMNO. Sebelum ini kita pernah membiarkan Ah Jib Gor membuat sesukahati tanpa dipantau. Apa yang jadi ? Ah Jib Gor membuat keputusan sendiri menghapuskan ISA dan OE tanpa berbincang terlebih dahulu.

Oleh sebab itulah Ah Jib Gor mesti dikawal agar kesilapan lalu tidak berulang. Kerana kesilapan Ah Jib Gor yang kena tempiasnya UMNO jugak. Bukan senang nak baiki nama baik UMNO selepas banyak kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Ah Jib Gor.

Penyokong Ah Jib Gor bukan nampak semua ni. Cuma tau nak condemn jer. Cubalah ambik iktibar kepada apa yang pernah berlaku ketika di zaman Pak Lah. Kita tak mau benda yang sama berulang lagi gara2 kesilapan seorang PM dalam membuat keputusan yang tidak tepat dan menyusahkan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
kesian org banjir
December 28, 2014 at 3:14 PM

din suma mcm rentak the unspinners je ayat hahahahahhahaha. steady din. yg kepala ringan takde tehutang budi pada sapa2 tau apa maksud kau dan nampak jelas apa yg pengomen pro "we love pm" buat. apa kata kau jangan lepas kan je komen2 bangang ni din. aku takut jadi macam ruang komen anak sungai derhaka je nanti. takde kualiti.

najib pegi becuti time rakyat kena banjir memang takleh dimaafkan. jangan harap la kelantan bn nak rampas balik silap2 terengganu plak hilang. "tak salah pemimpin dunia main golf bla bla bla" patut la upah blogger bangang rupanye kepala dia paling bangang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 3:29 PM

Din kalau kau rasa najib m.b Kelantan teruskan kitar isu ini,biarkan orang yang berak dapat nama,orang yang cuci dikeji,dihina.....maklumlah orang Pahang,terengganu,Perak air banjir dia takat buku lali je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 3:54 PM

Pm nie la yg di doakan oleh puak puak pas hancur perut musnah idup turun kan bala....bila Allah turun kan bala....pm jugak sebok di tanya...tu pasal sesama islam musti doakan yg baik....ngan cina dap bule lak cium pipi... mana nuar g n.z mana eng guan g paris mana mat sabutoh g iran ka

....................
Reply To This Comment ...................
sahabat BN
December 28, 2014 at 4:04 PM

Sudah-sudah la tu Din.

Kan dah jelas.

Apabila PM Najib berjauhan, rakyat termasuk anda, resah gelisah, rindu, mengharap tak tentu pasal.

Apabila PM Najib berdekatan, rakyat termasuk anda, gembira, tenang, bersyukur tak terkata.

Apa masaalah kau Din ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 4:49 PM

biarla bro din dia orang tak faham tu sebab terlampau bagang untuk memahami.. sedangkan kan najib sendiri dah faham kenapa dia kena balik dan najib sendiri panggil diaorang balik :3

KUALA LIPIS, 28 Dis (Bernama) -- Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

-- BERNAMA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 4:49 PM

Undang undang baru = tiap pemimpin TIDAK boleh cuti hujung tahun ketika banjir

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 4:51 PM

pro ahjibgor sebenarnya ampu big boss, hanya nak jaga periuk nasi masing masing

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2014 at 6:07 PM

Setuju. Bila susah semua cari najib. Tp bile senang duk kutuk najib.

Anwar jijah LKS LGE semua kat luar negara beb. Diorg bkn peduli. Sbb tu bkn agenda diorg. Agenda diorg putraja jer beb.

The Reading Man

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2014 at 6:08 PM

@sahabat BNentah ? Saya takde masalah.... cuba baca artikel. Pro ahjibgor yg banyak masalah

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2014 at 8:12 PM

Din ! Dia bkn ska? G main golf din pasti ada yg d bincngkn , rsanya awak knl dgn dtuk ali rustam , setiap kali beliau pg bercuti pasti akn ada idea yg beliau bwa blk untk majukn melaka . Biasanya peminpn ni tiada isth cti yg sebenar bg mereka . Semua kt ada tngngjwb , jd jgn la dok asyik cari salh orng je . Lg pn kau sbnrnya mnyindr . Bknkh kau yg kt brim tk bgus ,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2014 at 4:21 PM

Salam, selama ini saya ingat najib dah kena black magic or black mail by the US. bila dah tengok main golf bersama bertepuk tampar, semakin jelas najib pro US dan dah terjerat di dalam New World Order...
Kita dah masuk ke tahap tak de sesiapa yang boleh menyelamatkan kita lagi dari fitnah Dajjal kecuali diri kita sendiri pesan Nabi Muhammad.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2014 at 11:38 PM

Mana si Rosmah nieh? Tak nampak batang hidung pon..

Bakti tak der nak derma beri sumbangan ker?

Ooooppppsss.... LUPA.. Bini Pak Menteri semuanya CUTI-CUTI....

ermmmmph.... Macai-macai Banggang, kenaper tak tanya Bila Bini2 Bos2 kau nieh nak balik...ker tak nak balik?

Post a Comment