........... 1MDB - Kabinet Pun Blur dan Laporan Polis | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Kabinet Pun Blur dan Laporan Polis

Friday, December 12, 201413comments



Hari ini terdapat 2 berita perkembangan menarik mengenai 1MDB - 

Pertama - Kabinet Membincangkan isu dan persoalan2 yang berkaitan dengan 1MDB. Kalau diikut laporan blogger APANAMA di SINI, rupanya pak2 Menteri kita pun semuanya blur tentang apakebendanya 1MDB ni !

Laa...... patutlah semuanya senyap. Habis tu KENAPA TAK TANYA MASA PAU baru ni ???

Kenapa Tuk Mat Maslan tak jawap bagi pihak 1MDB dalam mesyuarat kabinet tu ?  Ingat Tuk Mat pakar bab 1MDB .....

Dikatakan juga Najib berada di luar negara dan akan sambung dengan cuti panjang selepas itu. Hehehehe ..... Orang tanya lah masa Najib ada ! Hadooooooi ....

YANG TERBARU pula adalah berita seorang pemimpin Umno dari bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah tampil membuat laporan Polis tentang 1MDB !



Nah, pemimpin Umno sendiri yang lapur Polis ! Dari APANAMA juga, laporan itu menggesa pihak berkuasa menyiasat persoalan2 berikut berkaitan 1MDB -
  • The procedures 1MDB follows in raising funds from overseas and in disbursing its funds
  • The question of 1MDB paying interest at rates higher than the market rate
  • The question of 1MDB paying fees to Goldman Sachs International that are considered exorbitant
  • The less-than-transparent parking of funds overseas, specifically in the Cayman Islands
  • Petaling Jaya Utara MP Tony Pua’s statement that the Finance Ministry had issued a letter of support to guarantee 1MDB’s loans and Deputy Finance Minister Ahmad Maslan’s subsequent assertion that no such letter had been issued
  • The workings of 1MDB subsidiaries, 1MDB Global Investments Ltd and 1MDB Energy Ltd
  • The purchase of energy assets from Powertek Energy and Sanyen Power Sdn Bhd at prices higher than the market price
  • The purchase of 234 acres of land in Air Itam at RM1.38 billion, which will be hard to recover from the proposed housing projects
  • The US$1.2 billion investment in PetroSaudi International Ltd, which was done without transparency
  • The purchase of land from Tadman Resources Bhd in Pulau Indah for RM317 million
  • The purchase, at a premium price, of the site for the Tun Razak Exchange project.
Paling menarik adalah komen Khairuddin yang tidak takut kepada sebarang tindakan terhadap dirinya ekoran laporan Polis yang dibuatnya kerana katanya, dia buat report ke atas sebuah syarikat perniagaan bukannya ke atas Umno !

YES ! Itulah yang selama ini kita duk sebut2 tentang 1MDB pun. Bukannya kita hentam Umno tapi kenapa sesetengah orang Umno pulak yang sensitif ?

Kalaulah pemimpin2 Umno dari awal lagi menjuarai isu2 seumpama ini, tidaklah Umno sering dikaitkan dengan persepsi2 negatif yang berkaitan. Kita BERTANYA dan meMINTA PENJELASAN bukannya mengkritik.

Kalau penjelasannya tidak jelas, maka kenalah tanya lagi sampai jelas ! 

Takkan tak belajar2 lagi dari kes2 sebelum ini, contohnya kes NFC ?  Umno kena pandai bezakan mana satu isu yang melibatkan pemimpin dan yang mana melibatkan parti. Jangan diheret nama Umno sama dalam kes2 yang tidak berkaitan walaupun ia melibatkan nama pemimpin2 parti.

Jadi sekarang kita tunggulah perkembangangan 1MDB yang semakin menarik. 

PS - Baca juga astroawani - KLiK

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2014 at 5:25 PM

Yang lain aku tak tahu sebab tak ada informasi,tapi bekaitan dgn park wang luar negara tu,nampaknya 1MDB mebuat langkah yg tepat.Pada masa sekarang Ringgit merudum teruk jadi terselamatlah duit tersebut dari menyusut nilainya dan 1MDB akan memperolehi keuntungan mata wang yg besar,malah mungkin juga wang tersebut di laburkan di US,yg mana diramalkan akan mengalami pertumbuhan yg baik,peningkatan nila mata wang,interest dan juga pasaran saham yg rancak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2014 at 5:37 PM

SALAM,
nanti mari la blogger penyokong ah jib gor balun yg buat report polis tu. ada kepentingan la dan sebagainya. pak menteri tak berani tanya masa pm ada, sebab nanti mereka pun blur bila penjelasan ah jib gor pun blur dan paling ditakuti juga akan dituduh menderhaka kepada anak bugis ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2014 at 5:38 PM

Salam kepada semua.
Segalanya telah sampai kepada penghujungnya.Jelaskanlah Apa IMDB itu.Kalau menteri pun pening apa lagi rakyat marhean seperti kita ini..Eloklah disemak semua aktiviti GLC supaya rakyat tidak berterusan buruk sangka terhadap kerajaan. Dedahkan semua penyelewengan jika betul berlaku.Yang bersalah biarlah menerima hukuman.Apa sudah tidak adakah dibenak kita adanya kuasa Allah yang kita pasti akan bertemu dengannya kelak dan dipersoalkan segala tindak tanduk kita semasa hidup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2014 at 5:54 PM

Siapa yang BANGANG ni ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2014 at 6:20 PM

betul din ORANG UMNO kena bezakan .. PARTI POLITIK DENGAN KERAJAAN. apa yang salah dalam kerajaan MESTI TEGUR.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2014 at 7:44 PM

alhamdulillah! akhirnya ada yang berani menyingkap, mungkin pekong sudah mula mengeluarkan bau yang yang menyesakkan. bagaimanapun aku bersyukur dan diharapkan akan mendapatkan pencerahan berkenaan 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2014 at 7:51 PM

@AnonymousTu dia ...... ini baru bab nak dapatkan penjelasan je...

....................
Reply To This Comment ...................
December 13, 2014 at 12:04 AM

Harga minyak mentah jatuh lagi, 1MDB apa khabar ? he..he.. "overprice" lagi ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2014 at 11:06 AM

masa pau dah diberi amaran keras gamaknya, jangan berbunyi bab 1mdb ni, kerana akan menunjukkan kejahilan dan kebluran serta clueless presiden, ah jib gor. so, tunggu ah jib gor pi bercuti dulu baru bunyi. bila bunyi belakang, tak apa pasal pm tak dengar dan tak susah hati pasal jawatan presiden umno yg menang kerana sokongan 100 % ahli umno untuk mencinakan umno.

sekarang bunyi balik dan lihat berapa lama 1mdb akan berbunyi. rasanya tak lama, kerana clueless dan buat orang tertanya-tanya tanpa maklumat. mungkin karangan cerita tanpa fakta membolehkan rakyat faham tetapi tidak kepada orang yang berfikir dan mahir ekonomi . dah jelas berulang kali tetapi 1mdb tak mampu memberikan kepercayaan kepada orang yang berfikir. adakah penjelasan kepada kabinet mampu membuka minda pak menteri atau sekadar cerita sembang tanpa fakta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2014 at 2:15 PM

Mungkin rakyat tak faham isu ni termasuk yg beri komen ini dan lebih banyak pertanyaan dari jawapan yang diberikan oleh 1MDB.

1.Persoalan tentang 1MDB ini, kenapa terlalu banyak pembaziran melibatkan wang
berbillion-billion?

2.Kenapa membeli aset dengan harga terlalu tinggi dari nilai sebenar?

3.Kemana pergi berbillion-billion duit pelaburan ini?

4.Sekarang ini terdapat unsur2 dimana 1MDB menangguh kan pembayaran balik.


5. Dimana kah Nur Jazlan pada ketika ini tidak kah sekurang-kurang nya beliau bertanya dari sibuk memperjuangkan liberal dan pluralisma?

Mungkin (Najib, 1MDB) fikir rakyat tidak tau bisnes nie, jadi boleh tutup lubang lah buat sementara waktu nie, tetapi dengan turun nya harga minyak bermakna ekonomi negara mungkin ada sedikit( ulang sedikit) terjejas, bermasalah, betul tak?

dan apabila tiba masanya 1MDB ingin membayar hutang....duit takda.

Siapakah yg perlu bertanggungjawab dalam hal ini?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2014 at 2:20 PM

Billion bang bukan sikit duit tu....yang duduk kerusi empuk, hawadingin, rumah kereta besar tu kena bertanggungjawab...jawabla!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 15, 2014 at 9:23 PM

najib perlu berundur....tak dengar kata org tua

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
December 15, 2014 at 11:58 PM

Kalaulah Ah Jib Gor jawab semua persoalan mengenai 1MDB sudah tentu laporan polis ini tak dibuat.

Tahniah Dato' Paduka Khairuddin! Anda memang seorang yang berani.

Post a Comment