........... 1MDB - Ada Skandal Atau Tidak ? Kalau Tidak, Kenapa Bertindak Macam Ada ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Ada Skandal Atau Tidak ? Kalau Tidak, Kenapa Bertindak Macam Ada ?

Saturday, December 13, 20144comments




Sekelip mata nama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan menjadi sebutan ramai, baik secara pujian maupun cacian ekoran laporan Polis yang dibuatnya semalam terhadap 1MDB.

Dari Astroawani ada sedikit info mengenai Khairuddin -

- Khairuddin ialah seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang dan merupakan suami kepada pelakon wanita terkenal tanahair, Umie Aida.

Beliau mempunyai dua orang anak, hasil dari perkahwinannya yang pertama. Selain itu, Khairuddin juga merupakan anak saudara Sulaiman Palestin dan juga sepupu kepada Anwar.



-  Pada tahun 1998, ketika ramai ahli UMNO membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Khairuddin telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM'.


"Pada waktu itu sikap ahli-ahli UMNO termasuk presiden membela Anwar secara habis-habisan dan saya terpaksa keseorangan di dalam perjuangan tersebut dan beberapa orang sahabat," katanya.



Beliau juga pernah tampil beberapa kali dalam kes liwat Anwar pada 1998 bersama bersama Khalid Jafri, yang merupakan penulis buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM' dan juga Umi Hafilda Ali.



Pada November 2009 pula, Khairuddin selaku ahli lembaga pengarah LBCN Development Sdn Bhd, memfailkan saman malu berjumlah RM500 juta ke atas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor dan kerajaan Negeri Selangor



Ternyata Khairuddin bukan your normal ahli Umno yang BUTA menerima serta akur dengan apa saja tindakan pemimpin. Beliau seorang yang berani mempertahankan pegangan dan haknya.

Seperti BIASA, bila ada saja hamba Allah yang tampil mempersoalkan apasaja berkaitan Najib, pasti beliau akan diserang secara peribadi. Beliau akan dikaitkan dengan korupsi, wang dan motif berkepentingan peribadi. Itu sudahpun bermula di medan watsup dari semalam.

Dan SEPERTI BIASA JUGA, pro ahjibgor akan mengelak dari menjawab isu yang dibawa. Bukan nak menyebelahi sesiapa tapi elok juga kita baca ni -

"Sekiranya mereka menyatakan mereka ingin mengambil tindakan disiplin ke atas diri saya, saya nak tanya kepada pucuk kepimpinan tertinggi UMNO, atas dasar apa mereka boleh mengambil tindakan terhadap diri saya.


"Saya datang ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis ke atas syarikat 1MDB, iaitu syarikat swasta. Saya tidak buat laporan ke atas UMNO, saya tidak buat laporan polis ke atas Presiden UMNO, (dan) saya tidak buat laporan polis ke atas Menteri Kewangan Malaysia,"



Ya. boleh sesiapa dari pasukan ahjibgor jelaskan kenapa ianya sesuatu yang dianggap salah jika kita mempersoalkan syarikat swasta 1MDB ? Apa kaitannya dengan Umno atau Najib yang sekadar menjadi Penasihat saja ?

Jika anda yakin dengan 1MDB, kenapa tidak anda yang jawab segala persoalan yang dikemukakan ? Atau jika anda jenis tak kisah apakebendanya tentang 1MDB, kenapa anda nak marah pada mereka yang kisah ?

"Bagi saya ianya tiada kaitan dengan Datuk Seri Najib meskipun beliau Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, dan 1MDB ditubuhkan oleh Najib.



"Ini lumrah manusia. Ada kalanya kerajaan mungkin mempunyai niat baik untuk tubuhkan 1MDB, tetapi dalam masa yang sama kita terlepas pandang banyak perkara. Perdana Menteri mungkin tidak tahu apa yang berlaku dalam 1MDB,"
jelas Khairuddin.


Komen Ketua Polis Negara pula - "Memandangkan laporan polis telah dibuat, cawangan jenayah komersial akan siasat dan bincangkan kes tersebut dengan Pejabatan Peguam Negara untuk arahan,” KLiK.


Pihak 1MDB juga nampaknya tidak gentar dengan laporan Polis itu -

... kami yakin ia tidak ada asas undang-undang. Kami mengalu-alukan sebarang penyiasatan dalam urusan kami dan peluang bagi kami menangkis tuduhan berniat jahat yang dibuat," - KLiK.

Masalah utamanya apa antara rakyat dengan 1MDB ?  Secara mudah saya katakan semuanya berpunca kerana 1MDB TERLALU BERAHSIA.

Bila orang bertanya, mereka senyap. Bila jawap pula, penjelasan tak memuaskan hati. Tapi tidak pula 1MDB mahu perjelaskan sekali lagi, mereka diam balik.

Jangan marahkan orang biasa yang bertanya atau pihak pembangkang.... sedangkan 3 mantan Menteri Kewangan pun tak puashati dengan 1MDB dan penjelasan yang diberikan. Malah barisan kabinet sendiri pun blur !

Kenapa perlu menunggu pihak Polis datang menyoal, kenapa tidak pihak 1MDB buat satu perjumpaan terbuka dengan rakyat, jemput tokoh2 yang banyak soal itu, ajak sekali media dan tanya..... NAH, APA YANG ANDA MAHU TAHU TENTANG 1MDB ?

Itu je isu nya. MAKLUMAT.

Tak perlu gaduh2, saman menyaman bagai. Pihak 1MDB kenalah anggap diri mereka sebagai pekerja kepada rakyat, tanggungjawab mereka beri penjelasan kepada rakyat. BOLEH ?

Buktikan yang apa yang dikatakan sebagai SKANDAL itu tidak wujud.

Najib, Umno dan 1MDB jangan pula bertindak seolah ada SKANDAL yang mahu disorokkan ......

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2014 at 4:39 PM

1mdb ada kaitannya dgn projek Trx yang akan menjana ekonomi baru. Mula2 mmglah perit, tapi jangkamasa panjang ia amat baik.Perlu di beri peluang menghabiskan tempoh sepenggal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2014 at 5:19 PM

Anjurkan majlis bersumpah pegang alquran bagi mereka yang terlibat dalam 1MDB bagi menyangkal dakwaan jalan terbaik,yang penting tiada seperti majlis perjumpaan pembahas seperti pau tempohari,biasanya geng2 ni mana takut tuhan,lebih takut hilang undi dan popular.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 13, 2014 at 11:17 PM

salam,
pelaburan jangka panjang, tetapi hutang yang terkumpul tu yang orang yg berfikir bertanya. bab nak labur jangka panjang, lantak la, ada kisah dan jadi pertanyaan? tak ada pun. sekarang, 1mdb tak boleh bayar hutang. ada rakyat yang kisah, tak ramai pun ambil peduli, biasa la orang tak bayar hutang, kalu banyak, bangkrap atau muflis. tapi yang ambil tahu kisah dan peduli hal ini. kenapa? mereka melihat lebih jauh daripada rakyat biasa.

dah tau pun, blogger akan cari buruk dan tembak individu dan bukan jawab isu. tugas sekarang ampu dan jolok punggung ah jib gor. boss dah bising. bayar mahal, tapi bangang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2014 at 4:00 AM

jika 1MDB ini bagus ..... KENAPA nak takut ??? BERDEPANLAH BARU JANTAN

Post a Comment