........... Ucapan Pau Panas Muhyiddin ! - Langsung Takde Tanda Beliau Nak Bersara ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ucapan Pau Panas Muhyiddin ! - Langsung Takde Tanda Beliau Nak Bersara !

Wednesday, November 26, 201430comments


TAHNIAH Muhyiddin di atas ucapan yang bernas dan bersemangat ! Memang itu yang dinanti2kan dan ucapan beliau tadi sedikit sebanyak mengubat keresahan kita. Mungkin Muhyiddin tak hadir Majlis Perjumpaan Bersama Jurucakap semalam. 

Panjang ucapan Muhyiddin tadi. Saya hanya copy sebahagian saja. Bukan maksud saya yang lain tu tak bagus, cuma saya ambil point2 yang mahu dihighlite saja.

Sebenarnya 3 points je yang menarik hati saya untuk komen. Pertama mengenai Satu Sekolah. Cuba baca no 31 - 

Baru saya dengar pemimpin mengaitkan isu Perpaduan dengan sistem pendidikan. Dan hujah Muhyiddin selari dengan Satu Sekolah.

Kemudian sokongan beliau supaya Akta Hasutan dikekalkan dengan penambahbaikan. ( no 33 ) Dan yang ketiga adalah bila Muhyiddin minta Pemilihan tahun 2016 diteruskan. ( no 53 )

Mula2 beliau bercakap tentang masa yang semakin suntuk untuk Umno berubah, diberi setahun je lagi. Kemudian beliau mahu Pemilihan tahun depannya tetap di adakan !

If change does not happen, we have to engineer the change. Jika perubahan tidak juga berlaku, kita yang kena ubahkan.

Hmmmm ...... menarik kan. Melalui Pemilihan ? hmmmm ....

Yang saya pasti dari ucapan tadi, Muhyiddin langsung tidak menunjukkan tanda mahu bersara atau berundur dalam waktu terdekat ini !

PS - Oya, satu lagi extra point ..... jauh beza ucapan antara Najib dengan Muhyiddin. Muhyiddin cakap kita boleh tekun layan walaupun panjang, Najib cakap kalu ......

 
Agenda Ekonomi Bumiputera dan Merapatkan Jurang Ketidaksaksamaan Adalah Agenda Nasional
11.    Namun begitu, 24 tahun selepas pelaksanaan DEB berakhir, kita kembali mendengar keluh kesah dan gundah-gulana masyarakat Melayu. Dalam era pasca DEB, data terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia untuk tahun 2013 menunjukkan bahawa jurang ekonomi antara kaum masih wujud. Misalnya, median pendapatan bulanan isirumah Bumiputera sebanyak RM3,282 masih rendah berbanding kaum Cina, iaitu RM4,643 dan kaum India sebanyak RM3,676. Dalam kumpulan isirumah berpendapatan 40% terendah, 75.5% adalah Bumiputera. Pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera juga masih jauh lebih rendah berbanding kaum-kaum lain. Hanya 36.3% transaksi bangunan hartanah kediaman melibatkan Bumiputera. Pemilikan hartanah bangunan industri dan perdagangan Bumiputera juga rendah iaitu 2.37% bagi hartanah industri dan 7.85% bagi hartanah perdagangan.
12.    Begitu juga, satu kebenaran yang pahit untuk kita akui ialah kaum Bumiputera masih menerima layanan yang tidak saksama dalam sektor swasta. Kajian yang dilakukan oleh Dr Lee Hwok Aun dan Dr. Muhammed Abdul Khalid pada tahun 2012 mendapati bahawa bagi setiap seorang graduan Melayu yang dipanggil temuduga dalam sektor swasta, secara puratanya 5.3 graduan Cina ditemuduga, walaupun mereka mempunyai kelulusan yang sama. Data rasmi juga menunjukkan kadar pengangguran adalah tertinggi dalam kalangan tenaga kerja Bumiputera iaitu 70.3%, termasuk graduan menganggur sebanyak 66.9%. Kita juga sering mendengar keluhan pekerja Bumiputera yang menerima gaji lebih rendah berbanding kaum-kaum lain dalam sektor swasta. Pakar ekonomi Just Faaland, J.R Parkinson dan Rais Saniman membuktikan dalam buku mereka Growth and Ethnic Inequality: Malaysia’s New Economic Policy, bahawa pekerja Bumiputera menerima gaji 20 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding bukan Bumiputera.
13.    Secara umumnya, kedudukan ekonomi orang Melayu hari ini masih meruncing. Ketidaksaksamaan dalam masyarakat agak menggerunkan kita. Pada masa yang sama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam meneruskan agenda ekonomi Melayu. Kita bersaing dalam ekonomi yang lebih terbuka. Kita berhadapan dengan fahaman kesamarataan yang menentang sebarang pelaksanaan agenda Melayu. Menerusi pelbagai instrumen perjanjian perdagangan bebas antarabangsa, negara kita didesak supaya jangan lagi mengamalkan dasar untuk melindungi kepentingan kaum Bumiputera. Kononnya, dasar seperti ini merupakan penghalang kepada pembangunan ekonomi dan merencatkan pasaran. Padahal, dasar ini pernah digunakan oleh negara maju lebih setengah abad sebelum mereka mencapai tahap negara maju.
14.    Kita sebenarnya sedang menongkah arus kapitalisme global dan ideologi pasaran bebas yang semakin melebarkan jurang ketidaksaksamaan. Seperti yang diakui oleh pemenang hadiah nobel ekonomi Joseph Stiglitz dalam bukunya The Price of Inequality, dasar ekonomi yang berasaskan teori dan ideologi yang salah telah memburukkan keadaan ketidaksaksamaan dalam masyarakat di seluruh dunia, termasuk di Eropah dan Amerika Syarikat.
15.    Saya fikir sudah sampai masanya kita menilai kembali model ekonomi negara kita. Ya, benar pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 6.3% adalah antara yang tertinggi di Asia; nilai pelaburan langsung asing sebanyak RM216.5 bilion pada tahun 2013 adalah antara yang terbaik dalam sejarah; kedudukan Malaysia dalam Laporan Dayasaing Global 2014 meningkat daripada nombor 24 ke nombor 20 daripada 148 buah negara. Semua ini menunjukkan bahawa pencapaian ekonomi negara kita amat memberangsangkan dan kita berada pada landasan yang betul untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Insyallahh. Malah ada pakar ekonomi meramalkan kita mungkin akan berjaya mencapai awal.
15.    Tetapi di sebalik semua pencapaian ini, Yang Amat Berhormat Presiden dan saya selaku Timbalan sering memikirkan adakah kita boleh memejamkan mata dan memekakkan telinga dengan tidak berbuat apa-apa jika kaum Bumiputera yang merupakan 67.4% daripada rakyat negara kita masih berada dalam kumpulan berpendapatan rendah; jika 4 juta daripada 6.5 juta pekerja yang mencarum dalam KWSP di negara kita berpendapatan kurang RM2,000 sebulan; jika jurang ketidaksaksamaan di negara kita antara yang tertinggi di rantau ini; jika rakyat masih tidak mampu memiliki rumah sendiri.
16.    Mengenai isu perumahan, ada ahli UMNO di akar umbi yang mengatakan kepada saya, rumah-rumah yang dibina dengan harga RM400,000 sebenarnya bukan rumah mampu milik, tetapi rumah mampu tengok sahaja. Pandangan ini ada juga kebenarannya. Menurut Kajian Khazanah Research Institute, harga rumah mampu milik yang sewajarnya adalah 3 kali median pendapatan isi rumah, iaitu bagi kumpulan pendapatan isirumah 40% terbawah dengan harga RM70,000 dan kumpulan berpendapatan sederhana pada harga RM160,000 atau pada purata harga RM130,000. Rumah-rumah yang dibina dengan harga yang terlalu mahal, terutamanya di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar, sudah tentulah tidak mampu dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
16.    Saudara-saudari, persoalannya nanti, ketika negara kita mencapai sasaran Pelan Transformasi Ekonomi dengan nilai GNI RM1.7trillion, dengan pendapatan perkapita RM48,000,dengan penambahan 3.3 juta pekerja berkemahiran dan RM1.4trillion pelaburan daripada sektor swasta dan kerajaan, berapakah daripada jumlah sasaran ini akan turun mengalir menjadi milik kaum Bumiputera? Dalam keghairahan kita meletakkan sasaran besar untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, kita juga harus menetapkan sasaran yang jelas untuk kaum Bumiputera dan memastikan kekayaan negara kita dapat diagihkan kepada semua rakyat baik di kota mahupun di desa, di semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak, baik kumpulan berpendapatan tinggi mahupun kumpulan pertengahan dan 40% terbawah, semuanya – kulluhum ajma’in – perlu dipastikan mendapat peluang yang adil dan saksama.
17.    Saudara-saudari, kita sebenarnya amat memerlukan satu model ekonomi yang benar-benar dapat memastikan pertumbuhan disertai dengan pengagihan yang saksama. Kita tidak boleh membiarkan majoriti rakyat negara kita terpinggir dan tersisih daripada arus kemajuan ekonomi negara. Apatah lagi, ketidaksaksamaan dalam masyarakat kita hari ini bukan lagi merupakan masalah kaum semata-mata, tetapi juga masalah kelas. Kita sedang menghadapi masalah jurang yang besar antara golongan kaya dan golongan miskin, jurang antara etnik dan intra etnik,jurang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, jurang antara masyarakat bandar dan luar bandar, jurang antara CEO, pengurusan kanan syarikat dan pekerja bawahan. Semua ini jika dibiarkan berterusan akhirnya akan menjejaskan pencapaian ekonomi negara kita secara keseluruhan.
18.    Sebagai mewakili suara orang Melayu dan Bumiputera, saya ingin tegaskan supaya pendekatan, dasar dan strategi yang lebih berkesan untuk merapatkan jurang kaum dan kelas dilaksanakan segera. Kita perlu memberikan tumpuan dan keutamaan kepada program latihan peningkatan kemahiran pekerja Bumiputera, memperbaiki mekanisme subsidi, menangani diskriminasi dalam sektor pekerjaan, memperkemaskan perundangan, pengawalan dan penguatkuasaan terhadap pekerja asing, memperkenalkan dasar mengenai peningkatan dan pengawalan pendapatan pekerja, menambah mekanisme percukaian yang lebih berstruktur (targeted), meningkatkan insentif bagi membantu keluarga menambah kekayaan, menyediakan ekosistem kondusif kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar, menekankan semula pembangunan luar bandar, memperluaskan jaringan keselamatan sosial, dan menyasarkan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan (need-based) khusus untuk kumpulan isirumah 40% terbawah tanpa mengira kaum. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba mempersoalkan tindakan pembetulan ini sebagai agenda perkauman. Ini adalah agenda negara, agenda nasional.
19.    Oleh itu, kita perlu menjadikan Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, bukan agenda kaum. Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh YAB Presiden mempunyai peranan penting untuk mengkaji secara terperinci kedudukan ekonomi Bumiputera, merencana hala tuju masa depan ekonomi Bumiputera, termasuk memperkukuhkan instrumen dasar, institusi dan inisiatif memajukan ekonomi Bumiputera. Saya ingin mencadangkan supaya Agenda Bumiputera serta dasar dan strategi merapatkan jurang ekonomi dijadikan teras utama Rancangan Malaysia Ke-11 yang merupakan lonjakan terakhir Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju. Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional tidak boleh dilaksanakan secara picisan atau terpisah daripada kerangka besar ekonomi negara. Ia mesti dilaksanakan secara inklusif, komprehensif dan merentasi semua sektor ekonomi. Saya juga mencadangkan satu Dasar Ekonomi Nasional yang baharu dirangka untuk memacu inisiatif kesaksamaan ke hadapan.

30.    Sebagai parti yang memperjuangkan nasib Bumiputera, UMNO perlu memberi perhatian secara lebih seriuskepada usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja Bumiputera. Data terkini menunjukkan 64.3% tenaga buruh Bumiputera mempunyai sijil SPM dan ke bawah. Hanya 27.8% berpendidikan tinggi. Keadaan ini tidak memberikan kelebihan kepada kaum Bumiputera untuk bersaing dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif. Oleh itu, kita perlu berani berganjak untuk melihat pendidikan sebagai komponen penting dalam meningkatkan pencapaian Bumiputera. Di samping memberikan fokus kepada pencapaian di peringkat pengajian tinggi, kita juga perlu memberi tumpuan kepada bidang latihan teknikal dan vokasional untuk meningkatkan kemahiran dan daya saing pekerja Bumiputera.
31.    Di samping itu, kita jangan lupa peranan pendidikan sebagai wahana perpaduan dan wahana untuk membina identiti nasional. Kerana itu saya sering menegaskan kepentingankita memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah perpaduan. Jika murid daripada semua kaum dapat belajar di bawah satu bumbung dengan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, maka saya yakin perpaduan di negara kita akan menjadi lebih kukuh. Hari ini, polarisasi kaum masih wujud sebahagiannya kerana politik kebencian yang dimainkan oleh sesetengah pihak. Sensitiviti kaum tidak dipedulikan, institusi Raja dimomokkan, malah wujud cabar mencabar antara agama. Saya percaya, kita boleh mengembalikan kepercayaan antara kaum melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang memberi keutamaan kepada perpaduan nasional.
32.    Matlamat ini boleh kita capai jika kita meletakkan asas-asas yang kukuh untuk perpaduan dalam sistem pendidikan kita. Ini termasuklah memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan menjadikan perpaduan nasional sebagai agenda utama semua aliran persekolahan di negara kita, termasuk di sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama rakyat, sekolah swasta dan lain-lain. Jangan lagi ada kisah murid yang tidak tahu berbahasa Melayu, sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kita. Jangan lagi ada insiden kenyataan berbaur perkauman dikeluarkan oleh guru atau murid di sekolah. Jangan lagi ada perasaan prejudis kaum dan agama yang tebal dalam kalangan rakyat negara kita. Saya fikir, tempoh 57 tahun merdeka sudah cukup untuk kita hapuskan segala rasa prejudis dan syak wasangka antara kaum. Tinggal lagi, kita semua, baik parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, gerakan pendidikan Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain, perlulah ada keikhlasan, ada kejujuran, dan ada kesungguhan untuk memupuk perpaduan.Jangan kita bercakap mengenai perpaduan, tetapi pada masa yang sama bertindak menebalkan tembok pemisahan kaum.
33.    Pada hemat saya juga, dalam semangat untuk mengikis sikap prejudis sesama rakyat, adalah wajar kerajaan mengambil tindakan tegas dalam membendung kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama daripada memercikkan api perbalahan. Adalah lebih baik kita mencegah daripada nantinya terpaksa merawat luka permusuhan yang parah. Kerana itu saya telah menyatakan pendirian saya mengenai Akta Hasutan. Bagi saya, Akta ini wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan. Peruntukan khusus perlu dimasukkan untuk melarang mana-mana pihak daripada mempersoalkan jaminan perlembagaan mengenai kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Akta ini juga perlu menghalang mana-mana pihak daripada mempersoalkan hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing. Begitu juga dengan kedudukan tanah rezab Melayu dan Regimen Askar Melayu DiRaja yang merupakan sebahagian daripada wasiat Raja-Raja Melayu perlu dilindungi daripada perbuatan menghasut. Apa yang penting ialah kita perlu melihat Akta Hasutan bukan sebagai akta yang hanya melindungi kepentingan orang Melayu, tetapi akta yang memelihara perpaduan dan keharmonian nasional.
38.    Izinkan saya berkongsi pandangan mereka dengan saudara dan saudari pada malam ini. Pertama, mereka kata UMNO sedang mengalami trust deficit atau defisit kepercayaan; kedua, UMNO ini parti feudal; ketiga, dalam UMNO ada budaya play safe dan budaya pak turut; keempat, UMNO dikuasai oleh warlord; dan kelima, UMNO diancam oleh budaya ugut dan budaya tabur. Ini kata mereka.
39.    Mereka menjelaskan satu persatu kepada saya apa yang mereka maksudkan dengan kelima-lima perkara ini. Mengenai defisit kepercayaan, mereka beritahu saya mereka sebenarnya sokong perjuangan UMNO. Mereka sayang kepada UMNO. Bagi mereka tidak ada parti lain yang boleh diharapkan untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air melainkan UMNO. Cumanya, mereka ingin melihat pemimpin UMNO di setiap peringkat lebih berintegriti, lebih amanah, lebih jujur, lebih telus, tidak terpalit dengan gejala rasuah, tidak menonjolkan kemewahan yang berlebihan, tidak bergaduh sesama sendiri dan sebagainya. Jika ini boleh dilakukan, maka orang muda akan percaya semula kepada UMNO.
40.    Mereka juga tidak mahu UMNO terlalu terikat dengan hirerki hingga mewujudkan gambaran parti kita menjadi parti feudal sehingga orang bawah tidak boleh bersuara selagi orang atas tidak bersuara. Sehinggakan hendak beri pandangan pun kena tengok apa orang atas kata. Kalau orang atas kata A, maka yang di bawah mesti kata A. Kalau orang atas kata B, yang di bawah pun mesti kata B.
41.    Menurut mereka lagi, orang muda dalam UMNO mempunyai idea-idea yang bernas tetapi merasakan lebih baik diam daripada bercanggah pandangan dengan orang atas. Ada yang kata kalau bercakap lebih sedikit nanti dianggap hendak memandai. Ada pula yang beri nasihat orang muda mesti berhati-hati dalam politik. Jangan terlalu menonjol. Jangan terlalu laju. Nanti kena sekat, nanti kena cantas, kena kerat, kena sabo, kena cah keting, kena terajang dan lain-lain lagi. Jadi, lama-kelamaan mereka fikir lebih baik diam daripada bercakap, atau lebih selamat jadi pak turut saja. Seolahnya ada satu budaya play safe, atau budaya pilih jalan selamat dalam UMNO.
42.    Akibatnya, dalam UMNO, lebih ramai orang memilih untuk berdiam diri daripada bercakap. Ini mewujudkan persepsi bahawa parti kita sedang dilanda budaya kelesuan. Akhirnya, orang Melayu dan rakyat tertanya-tanya di mana suara keramat UMNO? Di mana taring  Pemuda? Di mana ketegasan Wanita? Di mana kelantangan Puteri?  Kesannya, kita seolahnya ketandusan pemimpin untuk menjuarai kepentingan orang Melayu. Sehinggakan timbul cakap-cakap di luar sana yang mengatakan NGO Melayu lebih lantang daripada UMNO dalam memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu.
43.    Bagi saya, kita perlu membuktikan bahawa UMNO bukannya sebuah parti yang lesu. UMNO bukannya parti yang mempunyai budaya pak turut, budaya nyanyi, budaya puji, budaya lambung, budaya ampu sana ampu sini. UMNO adalah parti yang berwibawa, parti yang ada idealisme, parti yang ada masa depan, parti pilihan anak-anak muda. Ingatlah, orang muda hari ini tidak suka jadi pak turut. Mereka naik geli dengan budaya ampu. Mereka benci budaya sabo. Mereka tolak budaya cah keting. Jika kita boleh buang semua budaya negatif ini jauh-jauh, saya yakin UMNO akan menjadi parti pilihan orang muda.
44.    Satu lagi ialah budaya warlord. Ramai yang beritahu saya dalam UMNO ada banyak warlord. Mereka ini amat berkuasa kerana mempunyai ramai pengikut setia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka. Dengan sokongan pengikut, warlord akan mengugut pemimpin atasan parti untuk berikan apa sahaja yang mereka minta. Jika tak diberi, mereka akan sabo parti dalam pilihan raya.
45.    Kita perlu buktikan bahawa warlord bukan sebahagian daripada budaya UMNO. Kita menolak sikap sekalangan yang cuba untuk kekal berkuasa dengan menabur kemewahan kepada pengikut. Sehinggakan ada yang kata tak payah buat kerja dalam UMNO. Yang perlu dibuat ialah kumpul kekayaan untuk tabur kemewahan kepada pengikut supaya mereka sentiasa setia. Keadaan ini menyebabkan kos politik menjadi semakin mahal. Yang tiada wang tidak boleh masuk politik. Walaupun ada bakat, ada kelulusan, ada kebolehan, mereka tak mampu untuk bergerak aktif dalam parti jika tiada wang. Saya bimbang, akhirnya nanti yang naik dalam hirerki parti adalah orang yang ada wang, bukan orang yang ada kebolehan. Orang kata money is everything in politics. No money, no talk. Seolahnya, wang adalah kuasa, wang adalah segala-galanya.
46.    Saya kadang kala terfikir adakah sudah tidak ada keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan? Adakah sudah tidak ada nilai pengorbanan dalam politik? Adakah pengikut menilai pemimpin semata-mata berdasarkan kemampuan mereka untuk tabur kemewahan? Adakah pemimpin mengukur kesetiaan pengikut berdasarkan harga yang mereka bayar? Bagi saya, budaya ugut dan tabur ini amat bahaya kepada parti kita. Budaya ini akan menyebabkan politik wang berleluasa di dalam parti. Pengikut yang terima wang akan suka. Mereka puji pemimpin yang boleh beri sesuatu kepada mereka. Tetapi jangan kita lupa. Rakyat di luar sana tak suka politik wang. Mereka curiga bila lihat orang politik hidup mewah. Tak setimpal dengan pendapatan. Apatah lagi jika ada yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan. Rakyat akan mula menuduh bermacam perkara yang tidak baik terhadap parti kita. Inilah punca masalah trust deficit atau defisit kepercayaan terhadap UMNO. Jadi, ingatlah. Apa guna kita naik dalam hirerki parti, tetapi rakyat menolak parti kita kerana mereka tidak suka dengan imej dan sikap kita.

48.    Sebenarnya, orang muda dan umat Melayu seluruhnya menaruh harapan yang tinggi kepada UMNO. Mereka tidak menolak perjuangan UMNO. Mereka mahu supaya pemimpin UMNO tegas memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, tetapi pada masa yang sama tidak dilihat terlalu ekstrem perkauman atau terlalu liberal. Mereka percaya bahawa dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum, UMNO perlu bersikap adil terhadap kaum-kaum lain, tetapi tidaklah sampai menggadaikan asas dan prinsip perjuangan UMNO. Pendek kata, orang muda mahu UMNO terus menjadi parti yang sederhana, parti yang berjaya mengekalkan keseimbangan dalam hubungan kaum dan agama. Apa yang penting ialah pemimpin UMNO mesti dilihat lebih ikhlas, lebih jujur, lebih telus, lebih adil dan lebih berwibawa dalam menggalas perjuangan parti.
53.    Kita tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku. Kita perlu merekayasa perubahan. If change does not happen, we have to engineer the change. Justeru pada hemat saya, wajar untuk kita pertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut kehendak Perlembagaan UMNO dan tidak ditangguhkan selepas pilihanraya umum seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Saya juga mencadangkan pindaan Perlembagaan UMNO diadakan tahun hadapan dengan memperuntukkan pindaan yang sesuai untuk membolehkan barisan pelapis muda menyumbang peranan dan khidmat bakti yang lebih besar kepada UMNO. Saya percaya UMNO tidak akan berpecah sekiranya pemilihan diadakan. Pemimpin UMNO tentunya cukup matang untuk menghadapinya. Saya sendiri akan sentiasa berdiri bersama-sama YAB Presiden untuk merealisasikan perubahan dan peremajaan parti kita.

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 1:49 AM

Dan Dato Najib dengan penuh bersemangat berkata....

`Maka dengan ini saya akan mengekalkan akta hasutan beserta dengan penambah baikan!" (sekolah vernakular jangan usik)

kami orang kampung yang bodoh ni (termasok ambo , ana) pula akan menyambut dengan ``Yeeeeaaaah (pheeeewit) kami sokong!!!!! satu malaysia !!!!"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 4:57 AM

Ucapan yg. penuh BERISI, MERENDAH DIRI, BERANI, JUJUR dan TEGAS dari YAB TS Dato' Muhyiddin Mohd. Yassin, berdasarkan prinsip dan ilmu ISLAM suci kita!

Cuma aku amat tak setuju nak jadikan Tanah Melayu ni sbg. "negeri maju" (yg. selalunya dipromosi oleh si LIBERAL berdasarkan konsep negara maju ala Barat-Zionis-PENIPU) - apalagi Agenda Bumiputera masih jauh tidak dicapai sasarannya, termasuk dlm.bidang pendidikan tinggi, pekerjaan dlm. bah. swasta, serta penebusan kembali dan penubuhan Tanah Rizab Melayu sekurangnya hingga 50% di SETIAP negeri (kerana kaum Melayu hanya miliki 20% dari tanah kat Semenanjung ni, dan tanah pusaka nenek moyang kita di P. Pinang sewenangnya diROMPAK oleh kaum PENDATANG KAPIRDAJAL-amat-RASIS DAPBANGKAI)! Dan apalagi pemilikan ekuiti Bumiputera dlm. setiap sektor ekonomi sebanyak 30 peratus pun tak kesampaian sampai sekrg - dan mengapa hanya 30% lagipun?!

Aku juga amat berharap agar JANJI-JANJI TS Muhyiddin akan SEGERA diKOTAkan, dah muak dengaq mcm-mcm janji KOSONG serta lakonan-kalah-BOLLYWOOD pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENIPU-PENGKHIANAT!

Makcik Sambal Belacan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 5:58 AM

cakap je tapi hapah pun takde. typical of politicians. no sincerity, no honesty. You don't entrust your fate with the politicians, government or the other side. they are the worst creatures created by God. lower than the lowest, baser than the basest. the current of umno leaders? we should all bury them alive before they wreak more havoc on our lives. no way will they change. the opposition politicians? kill them before they seize putrajaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 6:51 AM

Satu point jer yang saya nak hightlight ialah tentang KPI menteri yang suka berzumba dan mandi ais. Sejak beliau mengambilalih jawatan sebagai KP UMNO, saya tak nampak pun pertambahan ahli baru UMNO terutamanya dari generasi muda. Seolah-olah UMNO dilihat menjauhi generasi Y dan bukannya mendekati mereka.

Kalo nakkan sokongan orang muda dengan menganjurkan program bercorak hiburan atau yang berunsur seronok-seronok, adalah cara yang silap sama sekali. Untuk pengetahuan KJ, orang muda yang suka berseronok berzumba bagai, selalunya tak minat pun nak pikir pasal politik. Mereka hanya maukan keseronokan semata-mata. Sepatutnya pemuda mencari bakat-bakat baru yang petah berhujah, secara kritis dan yang sering melontarkan idea bernas sebagai barisan pelapis UMNO. Kita sepatutnya telah ada pemimpin masa depan.

Tapi hakikatnya yang pandai berbicara itulah yang disekat dan ideanya diketepikan begitu saja. Kalo nak join UMNO kena diam dan ikut saja tanpa bantahan. Yang baik dan bagus semuanya telah dicantas awal-awal lagi. Yang tinggal dalam UMNO adalah yang jenis biasa-biasa jer dan langsung tak memberi impak yang diharapkan. Sekadar menjadi tunggul kayu yang tak berguna pun kerana semuanya menjadi Pak Turut.

Dalam UMNO, duit boleh membeli sokongan. Tanpa duit, tiada sesiapa pun boleh survive. Tapi saya percaya KJ tak pernah main duit kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 7:04 AM

Jangan ada sikap inferiority complex dalam kita merendah diri. Setiap manusia telah Allah beri rahsia keistimewaan walaupun seseorang tu terperangkap dalam kepincangan.

Contoh - Stephen Hawking, yang belum ada pada nya hanyalah hidayah Allah.

Masaalah nya bila Najib terlalu yakin dengan "...my way or the highway!" Terlalu over-confident segala dasar dan tindakan dia tu segala nya betul dan mantap sehingga tak dapat terima teguran.

Siap pakai majority majority - rakyat faham, rakyat mengerti, rakyat cukup matang....bla bla bla.

Tapi tak ada sekali Najib keluar angka pandangan majority tuh! Sama yang macam Si Wahid tu kata pendapatan isi rumah.....angka nombor pakai petik kat pokok mana ye?

Ikhlas
Melayu di America

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 8:34 AM

Kalu Najib cakap kalau... aku tukar channel tengok Astro 108 hindustani...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 8:49 AM

tahniah TSM kerana berkata yang benar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 8:50 AM

kita tidak nampak perubahan dlm umno. langsung tidak

barangkali presiden sudah keliru atau buat2 x tau

org melayu resah dan marah kerana umno semakin liberal

itu yg menjadi main concern. main concern bknlah org muda tidak dpt menyertai umno walaupn dlm jangka masa panjang ini adalah penting.

nampaknya presiden hanya sekadar menafikan dia bersikap liberal. adakah kita hanya akan take his word for it.

lagipn pemuda kini kebanyakkan jga adalah liberal kerana tidak mengenal erti perjuangan dan kurang jati diri

utk menarik org2 seperti ini maka dikatakan kononnya umno perlu bersikap terbuka. wah nampaknya kita sudah tau kenapa sejak kebelakangan ini umno bersikap liberal.

sepatutnya umno lah yg mencorakkan perjalanan anak muda supaya sentiasa mengingati perjuangan dan jasa org2 melayu terdahulu serta memperkasakan jati diri anak2 melayu. bukannya terikut2 dgn budaya liberal. lagipn terbuka yg bagaimana? adakah datuk seri mahu org bkn melayu juga menyertai umno? sekiranya parti ini masih utk org melayu maka interest org melayulah yg diperjuangkan

ini lah kesimpulan perhimpunan agung umno kini.

bagi saya inilah yg terakhir. sudah cukup peluang dan masa diberikan kepada umno. ucapan muhidin sekalipn bernas hanyalah sekadar ucapan, barangkali utk moral. tp adakah kita tidak biasa lagi. adakah ucapan ini kekal lepas pau bila mereka keluar parking dr pwtc, apakah yg akan berubah? adakah ucapan masih terngiang2.

pendapat saya ucapan muhidin terlalu awal. sewajarnya diutarakan sewaktu pemilihan. selepas ini beliau akan dilihat musuh najib. melihat org2 kuat umno yg memegang jawatan tinggi adakah beliau akan berjaya? selepas ini satu2nya org umno yg tidak liberal akan diserang.

bagi saya umno tidak berubah. kita mahu mereka buktikan yg mereka tidak melaksanakan dasar liberal, yg presiden memperjuangkan org melayu dan tidak liberal. sekadar berkata tidak liberal tidak cukup. jadi bagi saya sudah cukup. masa yg ada lebih baik diperkuatkan parti baru utk menghadapi pru14 drpd membuang masa dgn umno. masa yg ada bknlah byk.

sekiranya tuan2 seperti saya, maka umno akan menyaksikan tsunami melayu selepas ini. harap2 presiden tidak buat2 bodoh bertanya apa lagi melayu mahu. atau barangkali tidak seperti cina kami ini tidak worth concern presiden.

....................
Reply To This Comment ...................
ZamihanAK
November 26, 2014 at 9:28 AM

Assalamulaikuam WBH

ALHAMDULILLAH.. saya semalam tergamam melihat kelunakan, jelas dan tegas ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya yakin TS Muhyiddin ada kehebatan tersendiri bila jadi PM nanti Cara beliau menyampaikan ucapan menandakan dia seorang yang cerdik, sedar dan tegas inilah yang kita harapkan dalam UMNO.

Walau bagaimanapun saya amat risau golongan liberal pro-Najib tak akan duduk diam dan senang hati dengan kebangkitan TS Muhyiddin ini. Suara TS Muhyiddin suara yg reflex suara sebenar akar umbi. Pasti golongan elitis UMNO tidak suka dengan semua ini.

Sudah sampai masanya Najib perlu ukur diri. Jika Tun Abdullah boleh beri ruang kepada Najib setelah beliau dapati tidak mampu mentadbir negara, tidak terkecuali Najib juga. Najib tidak ada jasa apa yang perlu dikekalkan. Kekalkan Najib menyebabkan majoriti rakyat menjadi resah

Perkara yang sepatutnya telah selesai beliau sengaja ganggu. APa matlamat menghapuskan ISA dan Akta Hasutan? Najib terlalu lemah dan berkiblatkan Pakatan Haram dan Amerika. Najib bersungguh2 nak hapuskan elemen militan IS. Tapi penjenayah Agama dlm negara seperti pluralisme, Murtad, Ahti-Hadith, Sister in Islam, Syiah dan pelbagai bentuk penghinaan kepada Allah SWT, Rasulullah SAW tidak pula Najib resah atau 'berperang' untuk banteras?

Benchmark dan KPI ini menandakan Najib terlalu berkiblat dengan AMerika. Dahaga ketagihan pujian Orang Putih atau Orang Negro Amerika? Kita tak menentang UMNO tapi kita mahu pulihkan UMNO. Sbb pd masa kini hanya UMNO kelihatan masih ada peluang untuk menjadi tonggok kepada Bumiputra dan semua bangsa lain.

PAS sangat tak relevan kerana sifat ammarah, nafsu serakah politik yang melampau, putar belit Agama serta hukum yang berubah2 mengikut selera politik..itu jauh lebih bahaya dan dahsyat jika diberi kuasa pada mereka. Mereka ibarat 'babi hutan' yang bila sudah mengejar pelanduk, tidak dipeduli lagi apakah dihadapan ada batu, kayu, duri, selekoh.. semua di SONDOLnya.. maaflah itulah analogi PAS bagi saya. PAS tolak sebelah.. tak layah memimpin orang Islam. Mereka munafik.

Oleh itu UMNO wajib dipulihkan. Kelukaan kita apabila Najib menghapuskan ISA, Ordinan Darurat, berikrar menghapuskan Akta Hasutan, dan berikrar berulang kali akan terus membela Cauvanisme/ Vernacular/ puak kiasu.. sedangkan kita amat tahu puak kiasu ini suatu bangsa yang tidak taat pada negara, Yang Dipertuan Agong, kaum yang suka menghina Melayu, kaum yang hanya tahu rasuah dan wang sbg senjata.

Jadi apakah dengan senario begini kita mahu korbankan segalanya demi mengekalkan Najib? Saya ada terbaca satu posting di sini tak ubah seperti seorang penjilat tegar Najib yang sakit hati pada Tuan Din.

Apapun jangan lemah Tuan Din, saya yakin Tuan Din ikhlas dalam perjuangan ini. Bukan kerana sesuatu habuab atau merajuk, tapi kerana kita sayangkan Agama dan Bangsa.

Insya Allah kita berdoa supaya dipermudahkan peralihan kuasa Najib kepada TS Muhyiddin Yassin. Banyak kebolehan TS Muhyiddin yg sudah mula kelihatan.

Paling utama pengetahuan Agama Islam TS Muhyiddin serta kebolehkan FASIH membaca AL-QURAN itu sepatutnya jadi TANDA ARAS UTAMA org Melayu untuk memilih Presiden selain dari keboleh asasi lain. Najib mungkin tiada kelebihan ini.


WALLAHUALAM

....................
Reply To This Comment ...................
Xxman
November 26, 2014 at 9:35 AM

@Anonymous

Hello bro, sekurang2nya dia dah lafaz dan sampaikan tanda beliau REALIZE dan BOLEH DISANDARKAN hujah. Kalau diam jangan cakap, atau hanya cakap untuk membela Kiasuu.. itu jelas teruk dan blurr.. tak sedar diri!itu ke yg ko mau?

Jangan bodohkan diri kau dengan ancaman sekarang. Sekurang2nya bila beri peringatan, ia akan sampai juga pada perwakilan. Dan akan fikir bg yang mahu fikir.

Masih ada harapan besar dari ucapan TS Muhyiddin. Bila beliau mampu ketengahkan menandakan isu2 tersebut ada dalam mindanya dan teks ucapan itu akan jadi sandaran dan bahan bukti.

Ko ni wakil kumpulan liberal yang sudah gerun dengan perubahan UMNO ke?

I tnink that is better the people like u been killed first before you start to kill each other... brain damage guy. Stop lah chatting here..!

....................
Reply To This Comment ...................
ZamihanAK
November 26, 2014 at 9:40 AM

Please jgn biarkan Najib terus meliberalkan UMNO.
Org Melayu sudah runtuh jatiditi Agama dan Bangsa.,.sudah teruk liberal sehingga tak kenal lagi mana 'jantan betina' mana Tuhan mana Nabi.. mana yang Haq dan yg Bathil Najib dan Ku Nan ngok tu boleh cakap UMNO perlu 'terbuka'?

Mereka nak anak2 Melayu ni sedekahkan apa shj yg kita ada kepada kaum lain? atau londeh buang soal Agama..jangan pakai lagi?

Mau terbuka seperti Rosmah.. rambut mengerbang.. peluk jantan mana.. then that's alll we need to call for TERBUKA??

Mintak Menteri2 Dayus ini DEFINED jelas2 apa yang maksud terbuka tu! kita nak tau!

Anak2 Melayu sekarang malah bapak2 dalam UMNO pun sudah terlampau terbuka. Nama sahaja Melayu Islam tapi budaya dan kehidupan tak ubah seperti tidak ada asas apa2..

So TERBUKA? KAlau saya jumpa Ku Nan atau Najib saya berani bertanya di depan mereka secara sopan.. apa benda TERBUKA yang diaorang mahu sebenarnya!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 9:53 AM

@Anonymous

Saya amat setuju dengan pandangan tuan 6.51AM!! Itulah keruntuhan PEMUDA UMNO. Hidup mereka suka berfoya2, berhibur ke larut malam..bergedik gencot sana sini. Kemudian mereka guna cara yang sama untuk tarik orang muda?

Orang Muda yang macam mana? yang serupa mereka? yang dalam hati tiada ada fikir apa itu maruah dan perjuangan!!

Anak mUda yang berminat dengan hidburan hedonisme yang menjadi kesukaan Menteri ZUMBA itu adalah orang muda yang tidak akan bawa apa2 manfaat pd pembinaan umat.

Anak muda yang cerdik2 dan berjiwa kepimpinan dan bersemangat perjuangan takkan berminat dengan majlis-majlis karut Menteru ZUMBA. Sbb itu mereka banyak mencari Pakatan dan PAS.

Kenapa otak2 Mnetri dalam UMNO tiada ada jiwa MENDIDIK anak MUDA. Alirkan suatu yang baik. Guna platform yang baik dan bersulam Agama sebab kita Melayu Islam.. nak guna cara kafir untuk berjaya? Takkan berjaya sebab Tuhan takkan berkati!!

Tak tak hairanlah sebab KP PEMUDA UMNO dulu pernah sabit dengan RASUAH WANG semasa pemilihan..

what u expect from people like this??

no integrity & idiotic ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 10:24 AM

Din maaf ya tan sri muhiydeen bukan bodoh la..Dia fahami perjuangan UMNO dan perlu ada kerjasama erat dgn Najib..

Kau dengar atau tidur Din masa kuliah Tan Sri. Kan dia bgtahu dia dan Najib akan bg masa kat UMNO..

Aku sekali menyeru yg tak suka cara Najib dan Muhiydeen sila keluar tak perlu tunjuk warload ya..Ingat Najib dan Muhiydeen tak perlukan macam korang la...

Kepada yg angin satu badan dengan perubahan UMNO apa nak buat bertambah sakit hati la...

Macam biasa la esok bila UMNO dah mula bergerak korang la kata kalau bukan aku yg bg kritik UMNO terus tidur...oii sudah la boleh blah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 10:27 AM

Kah kah kah melayu banggangkan melayu sedang berucap bertahun angin berucap takat tu ja la abih himpun besarkan perut kayakan cina

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 10:42 AM

muhyiddin tak ikut skrip..hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 11:24 AM

Pi mai pi mai tang tu jugaklah...selama ni sapa yg petintah negara, umno kan?masalah melayu dan islam makin terancam,apa umno buat? Umno sendiri pun makin teruk.

http://paneh.blogspot.com/2014/11/yang-menarik-di-pwtc-sempena-pau-2014_25.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 11:41 AM

LKY bekas kepala Singapura pernah menzahirkan untuk menyertai semula Tanah Melayu atau Malaya. Anak didik dia ada di malaya iaitu DAP. Jika BN hatta UMNO kalah di Malaya, DAP yang menang, dengan ini Singapura akan dapat masuk semula Malaya. Singapura masuk bukan dengan tangan kosong, tapi dengan 89 buat parlimen-nya. Dengan masuknya 89 parlimen ini, maka Tanah Melayu tidak akan lagi dimiliki oleh Orang Melayu dan Bumi. Merempatlah kita di bumi sendiri. Kita nak ke mana? Cina ada tanah besar China, Melayu?

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2014 at 12:18 PM

Apa saja yang pemimpin cakap secara UMUM pastinya akan ditafsir ikut apa yang ingin kita dengar. Sebab tu saya tak copy point2 lain yg Muhyiddin sebut semalam. Saya hanya pickup yg jelas atau hampir jelas seperti di atas.

Kepada penyokong ahjibgor, taatnya anda masuk dan komen, kan .... ada KPI ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Xxm
November 26, 2014 at 12:30 PM

Bro Din.. kenapa si penjilat tu?

Saya sebab penjilat NajibGorr dh mula panass punggungg.. takut temolok mereka terjejas terok bila kebangkitan Perwakilan buka mata.. atau at least akar umbi sudah rasai TS Muhiyiddin pahlawan sebenar dalam UMNO.. bukan si lembik berkepit dengan bini naik jet k ehulu hilir.. then selfie sana ini.. sudah pua hati jd Presiden UMNO??

ANON PENJILAT NAJIB kat atas tu.. UMNO bukan NAJIB punya dan UMNO milik Melayu yang mahukan Islam dankedaulatan bangsa. Nyah kau dan org2 liberal dr UMNO.

Bila Najib buat salah, kenapa tak boleh tegur? Banyak kesalahan Najib.. Tun M tegur.. apakah Tun M level macam otak kau yang tak pernah perintah negara wahai ANON 10.24AM PENJILAT!!

Parti keramat takperlukan PENJILAT lendir mcm kau sama seperti penilat2 Anwar Brahi yang terus menjadi balaci di jalanan.

Bro Din.. kasi delete lah komen2 menyemak dan menjilat ni. Kita nak SATUKAN pemikiran. Utk memulihkan UMNO perlukan terjahan JITU sbb orang Melayu ni suka mengampu sambil tidor main Hand Set. Lihat semalam atas pentas KU NAN liberal dan KJ sibuk je main handset waktu ucapan..

Memalukan!

....................
Reply To This Comment ...................
November 26, 2014 at 12:42 PM

@XxmMohon kawal emosi dan elak guna perkataan kasar ya. Tak kira pro atau con, saya akan delete komen yang kasar, lari tajuk dan yang guna kesemuanya huruf BESAR.

Kalau bahasa ok dan tak lari tajuk saya akan siarkan. Seronok juga baca macamana pro ahjibgor pertahankan diri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 1:10 PM

UMNO telah lama sakit kronik dan memerlukan pemulihan segera. Satu-satunya cara untuk merawat UMNO adalah dengan menyingkirkan "virus liberal" yang boleh merosakkan UMNO dari dalam. Virus liberal ini adalah pemimpin UMNO yang segan menyebut isu melayu di hadapan kaum bukan melayu. Nak sebut melayu pun segan. Nak jaga sangat hati orang bukan melayu takut mereka terasa. Virus liberal ini jugak yang sering bersikap play safe apabila orang bukan melayu bersikap biadap dan kurang ajar. Di pentas PAU mereka pandai berlakon dengan memakai topeng melayu. Selalunya mereka lebih suka melebihkan program BN berbanding program UMNO. Malah lebih suka dikenali sebagai pemimpin BN dan bukannya pemimpin UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 1:13 PM

Din, apa kata kalo kita senaraikan nama-nama pemimpin UMNO yang patut disingkirkan. Pemimpin UMNO yang berjiwa liberal dan yang malu mengaku sebagai bangsa melayu. Diharapkan dengan penyingkiran pemimpin liberal, UMNO akan dibarisi oleh pemimpin-pemimpin yang benar-benar ikhlas nak membela dan mempertahankan hak melayu. Kita tak mau lagi pemimpin UMNO yang gagal memahami aspirasi dan harapan orang melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 1:15 PM

Hehehe setuju lak..just wack their baldi a##@!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 2:02 PM

Ucapan TSM di pau adalah yang paling layan utk di dengar.Mengalahkan ucapan pau 97 ala 2 Bollywood oleh conman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 2:13 PM

Malangnya Tan Sri Muhyyidin Yassin hanyalah seorang Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno..saya cukup yakin Ds Najib akan memberikan pandangan dan bernada berlainan dan terus memperjuangkan dasar2 yang telah beliau janjikan.Saya juga ingin melihat siapakah di antara pemimpin2 besar Umno yang berani memberikan sokongan kepada kenyataan Tan Sri Muhyyidin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 10:11 PM

Najib bukan sapa sapa tanpa UMNO. Kita naikkan dia dan kita juga boleh jatuhkan dia. Namun apa juga perancangan, perancangan Allah juga yang lebih baik :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 26, 2014 at 11:12 PM

Luar biasa ucapan TS Muhyiddin, memang tak menunjukkan tanda2 nak bersara, lagak macam sudah bersedia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2014 at 7:04 AM

Din ... aku dok baca ucapan dalam perhimpunan agung UMNO ni ... fuh kagum sungguh ... sampai tergamam ... apa tidaknya ular lidi menjadi ular sawa ... ular sawa menjadi naga berapi ... itu masa pau UMNO lah ...

Dan selepas pau ... semuanya akan kembali ke asal ... topeng2 itu mereka akan buang ...

Aku baca ringkasan teks ucapan mat liberal ... fuh berderau darah aku ... menyirat sampai ke tulang sum sum ... namun tidak mampu menusuk masuk ke akal sedar dan bawah sedar aku ... aku tahu hakikatnya ... mereka semua sedang berlakun ... mana mungkin melayu liberal menjadi melayu tulen ... walk the talk la dulu ... buanglah dulu jawatan setiausaha yang kamu beri kepada serikandi DAP tu ... barulah bercakap tentang perjuangan memartabatkan bangsa melayu ....

Bagi aku ucapan dalam pau tidak ubah seperti lakonan dalam merebut status maharaja lawak ... mereka mengkaji kehendak juri dan pengadil ... dan watak itulah yang mereka bawa ... selepas itu mereka akan kembali ke asal ...
Penjilat cinabeng akan tetap jilat cinabeng sehingga air liur mereka kering ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 27, 2014 at 11:35 AM

Suara dan keluhan akar umbi ni..
Harap pemimpin UMNO ambil perhatian.
Syabas. TSMY kerana mendengar dan menyatakan nya..

....................
Reply To This Comment ...................
November 27, 2014 at 12:16 PM

Bagus la. Nampak lebih berani, berkeyakinan dan bersemangat 'remaja' sekembali dari menunaikan haji. Semoga beliau lebih takutkan Allah daripada takut hilang undi cina. Jaga agama Allah, Allah akan jaga semua.

Post a Comment