........... Ubah! Yang Membawa Rebah | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ubah! Yang Membawa Rebah

Sunday, November 16, 201435comments

Sikit demi sedikit sudah makin kedengaran suara keinsafan di kalangan pemimpin2 Umno bahawa orang Melayu semakin menolak Umno. Tak silap saya Muhyiddin yang mula memperkatakannya tidak berapa lama dulu. Dengan kata lain, pengakuan bahawa Umno sudah makin lemah kerana semakin kurang sokongan Melayu.

OK, siapa yang masih perasan Umno masih kuat saya harap jangan teruskan pembacaan sebab tindakan itu akan hanya merosakkan mood hari minggu anda. Terutama sekali kepada pro Najib .... keluarlah sekarang !




Dalam kita dengar pengakuan akan kelemahan Umno itu, akan disusuli dengan laungan Ubah! Ubah! diikuti seruan supaya orang Melayu bersatu menyokong Transformasi yang dibawa oleh Presiden Umno.

Dengan kata lain, Transformasi yang diperkenalkan oleh Najib dalam masa 5 tahun ini merupakan Ubah! yang terbaik buat Umno, cuma saja belum cukup diTransformkan. Sebab itu orang Melayu semakin menolak Umno.

Jadi kalau mahu orang Melayu semakin sokong, Transformasi itu kena lebih agresif dan menyeluruh.

Pernah atau tidak orang Umno berfikir sejenak bahawa ada kemungkinan Umno semakin ditolak adalah kerana Transformasi Najib itu sendiri ? Ubah! cara Najib itu yang tidak kena ?

Dari hari pertama lagi, ada ke tidak sesiapa yang pertikaikan halatuju Transformasi yang dibawa oleh Najib itu, adakah itu Ubah yang bagus buat Umno atau sebaliknya ? Atau main pakat ikut buta jer ?

SAMA seperti zaman PakLah dulu .....  PakLah perkenalkan Hadhari, maka berHadharilah orang Umno semua ...... Hadharilah yang terbaik buat orang Melayu ketika itu . Keputusan PRU12 menyedarkan orang Umno bahawa Hadhari akan membawa malapetaka jika diteruskan dan secara otomatis, berkuburlah Hadhari bersama karier politik PakLah.

Digantikan pula dengan laungan 1Malaysia! dan tanpa bantahan atau pertanyaan, orang Umno pun menunjukkan jari telunjuk ke langit. Faham atau tidak apakebendanya 1Malaysia itu belakang kira, yang penting -



Sekali lagi, buta jer ikut ......

PRU13 keputusannya lagi teruk tapi kali ini alasannya bukan kerana program Najib itu gagal tapi kerana program Najib itu masih belum cukup sokongan, kononnya jika lebih ramai yang ikut, maka lebih ramai orang Melayu akan sokong Umno !

Bukankah itu bermakna risikonya telah bertambah sekali ganda ? Bagaimana kalau sememangnya program Najib itu yang ditolak orang Melayu ?  Tidakkah keputusan PRU14 bakal menghancurkan terus Umno ?

Sudah setahun setengah berlalu sejak PRU13, langsung tidak nampak pertambahan sokongan itu malahan lebih ramai yang menolak Umno. Seharusnya keadaan itu menimbulkan kesedaran kepada orang Umno untuk paling tidak, mempersoalkan Transformasi Najib, apakah itu yang orang Melayu mahu ?  

Pada saya - TIDAK !

Tapi orang Umno bukannya nak dengar pun pandangan yang bertentangan. Liberal pun liberal lah ..... kalau itu yang Presiden mahu, itulah yang dijunjung anak buah.


Ahjibgor pun ahjibgor lah ....

Share this article :

+ comments + 35 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 9:21 AM

Pandangan ini tepat sekali. Saya sendiri akan menukar channel kalau Najib keluar TV....
Cakap dia dah sampai peringkat 'CRAP'!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 9:27 AM

saya salah seorang yang telah menolak umno..campur ahli2 keluarga saya dah 5orang. umno telah hilang 5 undi pru akan datang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 9:39 AM

Saya ingat hanya macai je Ada, rupanya macan(mempercayai apa saja cakap najib) pun wujud.....ishish.....kompom Ada persen dalam 36 bilion 1MDB gamaknya....he he....jari tengah buat macan!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 10:03 AM

Harap2 yang bersuara ni teruskan momentum. Jgn masa nak PAU je...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 10:45 AM

Apa kata kalau perkasa atau isma ganti umno?
Suara mereka sebenarnya sedikit sebanyak di terima org melayu.
Paling best sedikit sebanyak menggentarkan MCA, MIC, DAP, PKR dan NGO mcm BAR.

Teruskan Din. Komentar anda bnyk membuka minda kami.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 10:47 AM

Betul tu nampak saja najib & rosmah terus terus hilang mood. Terus tukar chanel. Rasa hilang hormat yg dtg sendiri.. fikir2kan lah

....................
Reply To This Comment ...................
November 16, 2014 at 11:11 AM

Kelemahan YAB Dato Najib yang paling ketara ialah kegagalan beliau sendiri untuk "mengawa" isterinya.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 11:20 AM

Saya org umno tapi akan tukar ch bila najib bercakap sbb dah menyampah!

....................
Reply To This Comment ...................
November 16, 2014 at 12:06 PM

Sapa nak ganti Najib?

Btw, masa persidangan APEC di Beijing baru2 ni, si Rosmah pun amik gambar sekali.dengan pemimpin2 dunia. Hebat sekali bini PM kita ni. Apa kapasiti dia amik pic sekali tu?kena bangga la kita dia masuk sekali..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 12:21 PM

Diharapkan dihari hari mendatang Najib dapat berubah. Telah banyak kesilapan yang dilakukan terutama sekali keikhlasan. Walaupun telah banyak wang dibelanjakan namun hasilnya tidak juga nampak. Sokongan yang diberikan kepada bangsa Cina untuk mendapatkan undi sia sia, tapi masih lagi mengharapkan. Desakan daripada pembangkang diturutkan, ISA dihapuskan, hasilnya negara menjadi kacau bilau. Kenaikan BR1M dinaikkan dengan harapan rakyat akan kembali menyokong BN, tepi belum juga berhasil. Rasanya Najib sendiri, atau penasihatnya faham akan perkara ini namun tetap juga mencuba untuk “membeli” sokongan rakyat.

Pendapat saya, segala apa yang dilakukan itu, tidak ikhlas namanya. Walau pun habis harta negara sekali pun digunakan untuk “membeli” sokongan”, tidak mungkin diperolehi. Ikhlas adalah membuat sesuatu perkara dengan tidak mengharap akan pembalasanya. Percaya kepada Allah bermakna percaya kepada setiap yang baik itu akan dibalas dengan baik. Segala kerja kerja yang dilakukan itu hendaklah kerana Allah. Allah jua yang akan menentukan pulanganya. Ikhlas itu letaknya dihati dan bukanya menunjuk nunjuk atau diucapkan untuk mendapatkan publisiti yang belum tentu akan diterima ramai. Najib yang sepatutnya berubah sebelum dapat mengubah. Masih ramai lagi rakyat yang sayangkan parti dan meluahkan rasa hati tetapi tidak dipeduli.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 12:48 PM

Ada 6 pilihan untuk PRU14:
1 Undi UMNO tak kira siapa calon
2 Undi UMNO kalau calon ok
3 Undi rosak
4 Undi pembangkang
5 Boycott PRU14
6 Jangan daftar mengundi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 1:43 PM

salam,
kira ubah dan transformasi tu hanya untuk didengari. pewakilan umno kalu dengar perkataan yang mencabar minda tu, terus kelu lidah nak berhujah, tu pasal sekarang pemimpin hanya perlu ketuk tin kosong sekuat mungkin. kalu tong kosong lagi kuat bunyi. tindakan tak perlu kerana cakap tu dah macam satu tindakan. lepas balik ke kampung semua pakat lupa tunggu pulak isu baru. sekarang ni dah slow dah bunyi, pakat dok salh orang luar belaka. isu mat sabu syiah nanti keluar la balik, kemudian kritik guan eng kat penang, kemudian memperlecehkan mb selangor yg buat kerja sebagai tukang sembur dan pencuci longkang lepas tu pakat bersorak hidup melayu. kemudian salahkan orang yang mempertikankan transformasi ah jib gor. dan mempertahankan kehebatan isteri pm yang banyak berjasa kepada negara tetapi orangtak tahu. akhir sekali. puji-pujian untuk presiden umno, ah jib gor kerana transformasi memacu negara. yang penting bunyi tong kosong merdu untuk telinga para pemimpin umno tetapi bukan untuk penyokong bn yang berpijak di bumi yang nyata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 2:02 PM

Masa PAU,wakil suka cakap berselindung.Orang tak faham.Yang orang faham,pengumuman kenaikan takrif elektrik untuk pemain industri.Baru orang faham,Jenis cakap direct aje.Walaubagaimanapun,sedikit sangat output dari Pau utk orang melayu.Berbeza dgn parti komponen Bn.Komen kat blog talk laku.Tak me mana pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 2:16 PM

Banyak rakyat biasa tak faham makna transformasi ni...org kaya elit saja yang faham... buat lah mudah seperti dlm bahasa pasar.

....................
Reply To This Comment ...................
November 16, 2014 at 4:07 PM

Dear Uncle Din,
Najib must learn to listen to the Malays and be a real Malay leader because it is mostly the Malays who voted for UMNO and BN. Najib must push his leaders, do not listen to the opposition and be like Tun M.
UMNO members must push Najib like what the Chinese are doing. Umno members must chose their leaders carefully. Voting for oppositions will make the situation worse.
I attended an Akta Hasutan briefing by Uncle Naser Disa, Tan Sri Aziz Abdul Rahman and Tan Sri Zaman Khan and understand why the oppositions especially DAP and PKR are forcing Najib to abolish the Akta Hasutan. I kind of see what will happen to Melayu and Islam if opposition parties win the election. DAP and PKR does not like Islam to be the religion of the Federation and the Malay rights. PAS leaders are so busy supporting DAP and PKR and do not listen to their president. They hate leaders like Uncle Nasha and Uncle Zul Noordin. So, if they win, DAP'll get the most power. So, what will happen to Melayu and Islam?
If only the Malays can be together and fight for our rights and Muslim political leaders can stop being selfish and thinking of themselves instead of fighting for Islam and taking care of the people.

....................
Reply To This Comment ...................
November 16, 2014 at 4:29 PM

@ahmadalikarimaisey.. this small kid speaking again, how to say aa..
ok, everybody talk about bersatu. My cat also talk about bersatu. But everybody also want to bersatu on their terms. Nobody want to talk about WHY they dont bersatu in the first place, and tackle that differences first.
You know what i mean? Good boy .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 4:41 PM

UMNO Masih Relevan dalam memperjuangkan Nasib orang-Orang Melayu.

Tiada wadah lain kerana Isma dan Perkasa teramat jauh drp penubuhan sebuah Parti..Penubuhan sebuah Parti bukanlah sesuatu yang Mudah, Senang. dan Sekejap untuk dilakukan. Mana nak cari Pemimpin Utama dan Pemimpin Rakyat disegenap Peringkat dalam lapisan masyarakat? Apatah lagi DANA yang besar diperlukan untuk merealisasikan impian ini. Wajar disedari bahawa ini adalah suatu usaha yang amat luar biasa jika dilakukan pon, Isma dan Perkasa belom tentu akan dapat menandingi kewibawaan Parti lain yang dah lama berada dalam kancah Politik Tanahair.

Isma dan Perkasa sepatutnya menjadi Pendesak Yang Dapat Menyaingi Kelompok Pendesak Bangsa Lain seperti Dong Zong dan Dong Ziau Jong untuk Bangsa Cina dan Hindraf untuk Bangsa India di Malaysia.

Isma dan Perkasa mestilah terlebih dahulu mampu menyaingi dan mengatasi kumpulan pendesak ini sebelum melebarkan sayap memasuki kancah politik Malaysia.

Ahli UMNO dan Penyokong/Pengundi UMNO mestilah secara terus-terusan menyatakan pendirian mereka, UNTUK siapakah sokongan yang wajar diberikan, siapakah yang mereka mahu memangkah UNDI mereka yang mampu mentadbir UMNO ini dengan berkesan dan lebih baik drp Tun Abdullah dan Najib?

Saya lihat Peranan Blogger penting dalam menyemarakkan emosi, pendapat, kemahuan dan keinginan penyokong/pengundi UMNO/BN dan mereka mungkin mampu melalukan sesuatu..

Contoh, Langkah Berani Bloggers membuat pengundian di laman Blog Mereka suatu ketika dulu termasuklah Din Turtle untuk melakukan Undi seperti di atas - INGIN MENDAPATKAN UNDIAN ANDA - ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA NAJIB BERUNDUR / MELETAK JAWATAN PM MALAYSIA ? DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR ! Ini haruslah diteruskan menjelang PAU UMNO.

Jika semua Blogger memainkan peranan di dalam menyampaikan mesej, apa sebenarnya keinginan penyokong/pengundi yang merupakan majoriti senyap ini, mungkin sesuatu akan terhasil.

Jadi saya ingin menyarankan setiap BLOG Pro UMNO BN Kerajaan mengadakan Undian apa yang kita semua mahukan drp PAU -UMNO tidak lama lagi.

Kita jugak boleh memberikan cadangan TAJUK pengundian -kpd Blogger seperti..

1. UMNO MESTI BERI KATA DUA PD PRESIDEN PARTI -
2.PRESIDEN PARTI MESTI LETAK JAWATAN KERANA TIDAK MAMPU MENTADBIR NEGARA DENGAN BAIK.
3. Perjuangkan Islam, Hak orang Melayu/Bumiputra
4. Hapuskan Kepimpinan Liberal dalam UMNO...dan sebagainya.

Masih belom terlambat untuk kita melakarkan suatu lagi undi di Blog ini dengan isu yang relevan, jangan nanti bila PAU dah tamat barulah kita bercakap itu ini dsbnya.

Sekian - Anak Warisan dari Ampang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 4:47 PM

ah jib gor akan akan jadi ahjib gollllllll ! tak lama lagi :3

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 6:01 PM

Melayu tak tolak umno melayu cuma tolak pemimpin yg tiada semangat juang melayu.........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 6:10 PM

KPI Ah jib Gor setakat ini :

1. Gagal menguruskan hutang negara secara efisien
2. Gagal merancakkan pembangunan negara
3. Gagal menambahkan peluang pekerjaan kepada graduan baru
4. Gagal meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar
5. Gagal memperbanyakkan rumah mampu milik di bandar-bandar besar
6. Gagal menarik sokongan kaum kiasu terhadap BN
7. Gagal mengurangkan kos sara hidup dan kenaikan harga barang
8. Gagal memahami kehendak dan desakan orang melayu
9. Gagal menjaga dan mempertahankan kesucian kalimah Allah
10. Gagal menambah bilangan pengundi baru di kalangan generasi muda

Oleh itu, dengan segala hormatnya diminta Ah Jib Gor supaya mengundurkan diri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 7:42 PM

Anonymous November 16, 2014 at 6:10 PM

Maaf, saya nak tambah yang ke 11

11. GAGAL mengawal Isteri Kesayangan ROSMAH mansor, akhirnya berleluasa menganggu gugat Urusan rasmi Negara - Rosmah 30%.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 8:39 PM

lingkup umno disebabkan najib..nyahkan najib..kalau degil jugak,tunggulah pru14

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 8:49 PM

Me too. He looks fake, fake, fake. Dia sendiri bodek sgt che ya nun alif sampai rasa muntah. Aku sendiri tgk che pon rasa mcm nak termuntah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 8:51 PM

No 3

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 10:11 PM

Saya mute suara tv
Meluat dah dgr perkataan transformasi basi dia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 12:37 AM

Orang UMNO ne..bila perhimpunan dan depan Najib bukan main lagi.....selesai perhimpunan dan balik ke rumah.....hancurrrrrrrrrrrr. Hangat2 tahi ayam aje.........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 1:11 AM

Problem is, does anyone have any guts big enough to tap Najib on his shoulder, err "....PM....you have become excess baggage and irrelevent....please step aside or better still walk into the sunset! " You know what I meant, right?

Najib, "....but but my mission is not complete...."

Me, "....yeah! But you haven't accomplish anything except to create further divide taking the ship down with everybody onboard!"

Najib, "....really? Am I really that bad?"

Me, " Yeah! Your selfies told a million words and, its not photogenic at all! "

Najib, " I still don't get it! "

Consultants, "...sir, time to shift gear, Plan B and we incorporate Plan C ahead of time..."

The crowd, "....here we go again....Najib and his consultants have lost the plot, period! "

Hence, the dog will keep chasing its own tail.

Dari UMNO member luar negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 2:15 AM

Apa orang melayu ingin pada PAU nanti?

1.menggalakkan penghijrahan kaum cina dan india, tidak dibenarkan mengundi.
2.mengharam kan sekolah vernakular
3.memperkasakan agama, ekonomi, pelajaran kaum bumiputra

kalau ketiga diatas tercapai, maka akta hasutan tak diperlukan lagi, selagi ada puak kominis dan bang non di negara ini,

1.melayu wajib bergabung (berlainan parti didalam satu pertubuhan)
2.adakan pemilihan dimana setiap orang melayu wajib mengundi siapa pemimpin mereka sebelum setiap PRU!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 2:18 AM

Bukan kah Najib telah membaling kerusi, meja dan mikrofon di setiap muka2 Cina yang bermuka-muka pada perhimpunan MCA dan Gerakan tempoh hari?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 8:41 AM

Dulupun ramai juga yang tukar channel bila keluar TDM. Tapi sekarang ramai yang merinduinya.

....................
Reply To This Comment ...................
November 17, 2014 at 8:54 AM

@AnonymousSaya rasa lebih sesuai guna contoh Pak Lah :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 10:11 AM

entahlah ..sebagai ahli umno ..saya tukar channel samada di radio atau tv bila dengar suara najib...dh sampai level tu... saya dah x boleh,,,,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 12:06 PM

Saya adalah ahli UMNO. Saya tak kesah dan tak akan ambil kesah kalaupun UMNO kalah dalam PR14 nanti. TDM adalah Umno dalam perjuangan bangsa saya.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 17, 2014 at 4:23 PM

Masa mula2 jadi PM dulu PM kita bernama Mohd Najib dan beliau merupakan seorang melayu islam yang masih mendengar denyut nadi rakyat.

Tetapi selepas ada CONsultants PM kita dah mentransformasikan diri beliau menjadi Ah Jib Gor seorang berpemikiran liberal yang menjadi penjaga keturunan kaum pendatang.

Saya rasa transformasi besar yang berlaku bukanlah ke atas rakyat dan negara ini tapi ke atas PM kita sendiri. Memang agak mengejutkan :-O

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 6:43 AM

No 2!

Post a Comment