........... Saya Sokong Usul MP Kuala Terengganu - Najib Kena Lepaskan Jawatan Menteri Kewangan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Saya Sokong Usul MP Kuala Terengganu - Najib Kena Lepaskan Jawatan Menteri Kewangan

Monday, November 3, 201412comments

Nah, sekarang dah masuk Parlimen pulak ... MP saya pulak tu yang minta Najib letak jawatan Menteri Kewangan !

Saya pasti usul ini akan mendapat sokongan rakyat ..... media Pas pun akan main isu ini. Tak pasal2 Pas dapat nama.

Ikut logik manapun memang sepatutnya usul ini disokong. Bukan kerana kini ia disebut oleh MP Pas tapi memang tidak sepatutnya seorang PM memegang jawatan kedua terpenting negara itu, melainkan secara adhoc untuk menyelesaikan krisis2 ekonomi sepertimana dilakukan oleh Tun Razak dan Tun Mahathir sebelum ini.

Selepas selesai krisis, jawatan itu diserahkan kembali kepada pemimpin lain atau tokoh yang benar2 berkelayakan dalam bidang itu. Tapi Najib tidak.... dimonopolinya jawatan itu dari mula dia jadi PM lagi !

Apakah tidak ada pakar yang lebih layak dan berpengetahuan dari Najib di seluruh Tanah Melayu ini untuk menjaga kantung negara ?

Kedua2 jawatan PM dan Menteri Kewangan memerlukan komitmen yang tinggi dan sepenuh perhatian dari penjawatnya, maka sewajarnya PM Najib melepaskan jawatan Menteri Kewangan itu dan tumpukan sepenuh perhatian beliau sebagai seorang Perdana Menteri.

Ini juga bagi mengelakkan sebarang kontroversi berkaitan kewangan negara .... saya tidak pasti tapi mungkin Najib juga merupakan satu2nya PM di dunia yang memegang kedua jawatan penting itu sekaligus untuk tempoh yang sama lama !  Satu lagi kebanggaan buat negara....


Mkini

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2014 at 2:18 PM

Saya 100% tidak bersetuju! Saya 100000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000% Setuju jika Najib mesti letak jawatan sebagai PM!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2014 at 2:19 PM

salam,
yup, sokong tu. gitulah caranya jadi mp, bertindak demi kepentingan rakyat. dapat kelebihan untuk parti, itu anugerah Allah swt. yg penting buat kerja sebagai mp di parlimen, bukan tido, melobi projek, melancong, berlagak, dan sebagainya yang seiras. harap blogger penyokong ah jib gor tak melenting mengecam mp ganu ni dah la. nanti habis dilondehkan mp ni tak dapat projek la apa kebendanya. memburukkan orang jer, tapi tak jawab masalah yang ditimbulkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2014 at 2:30 PM

Pada pendapat saya pulak, elok najib kekal dgn jwt menteri kewangan, tapi lepaskan jwt perdana menteri.... atau untu lebih bermakna lagi elok dilepaskan semua jwt dan kembali kejawatan asalnya iaitu ketua JKKK kampung pinang sebatang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2014 at 2:55 PM

@Anonymous

UMNO ader ker MP macam tuh? MP UMNOsumer macam yang kamu cakap tuh. blogger penyokong tuh, paham paham jer lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2014 at 3:05 PM

Ramai tokoh ekonomi dan berwibawa yang berpengalaman luas ketika berada di dalam kerajaan,semasa pimpinan Tun Dr Mahadhir Muhammad dalam proses membangunkan ekonomi negara dan menangani krisis kewangan 97-98.Sebuah pasukan yang hebat yang wujud di luar kotak pemikiran kita ,di ketika itu.Berlainan dengan tokoh2 sekarang yang bercanggah pendapat, dengan tokoh2 hebat sebelum itu.Ini, membuatkan kita di tahap kehairanan yang tinggi dan membiarkan ia berlalu pergi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2014 at 3:06 PM

Najib lepaskan jawatan pm trus lagi bagusssss..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2014 at 4:27 PM

sebenarnya stail najib mmg terlalu centralized. bayangkan buat apa perabis duit buat agensi inovasi di jpm sedangkan dah ada satu kementerian khas untuk inovasi? kenapa perlu wujud Pr1ma dan letak bawah jpm juga sedangkan dah ada kementerian untuk perumahan? adakah najib tak percaya pada menteri2nya untuk buat keje ikut portfolio masing2? sejak najib naik, agensi2 pendua nilah yg jadik tempat dia mensarangkan konsultan2 yang dinaik taraf jadik sebahagian daripada pentadbiran Kerajaan. bahkan konsultan2 ini jauh lg berkuasa daripada menteri ataupun penjawat awam yang terdedah kepada risiko tersingkir daripada kancah politik atau dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan penjawat awam.

jentayu

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2014 at 4:32 PM

Termasuklah mana2 MB yg pegang bahagian duit2 ni. Termasuk MB Mat Yakob. haha. Bagi kpd Husam lah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2014 at 6:36 PM

Model pemerintahan pemboros yang Najib pakai lepas tu dia suruh rakyat berjimat.
Habis beberapa kementerian Najib bypass, dia nk control semua.
Termasuk Kementerian Luar, dia beri Bini nya campur tangan.

Jauh berbeza dengan model pemerintah Tun M. Tun M mengamalkan pemerintahan semua Menteri mesti buat kerja. Kementian masing2 mesti capai KPI, media akan highlight kementerian2 bukan kepada Tun M semata2.

Zaman Najib seluruh fokus medida terutama Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8) pengampu tu fokus pada Najib. UMNO dan Menteri Kabinet macam tak wujud.

Eloklah Najib step down awal sebaga PM, bukan sekadar lepas jawatan Menteri Kewangan, tak layak jadi PM jika tak tegas, pantang orang puji syok sendiri..

Nak lihat wibawa seorang PM kita benchmark reaksi dan tindakannya bila perkara asas Perlembagaan dipertikai atau dihina seperti Agama, Bangsa dan masalah sosial lain. Jika pantas dan tegas tindakannya pada bab penting/ asas ini maka dia layak dan boleh harap

Tapi kalau buat pekak telinga.. macam Najib, Islam kena hina pun dia boleh senyum ketawa terbahak2 di suatu majlis lain.. org macam ini kena sack awal2 dari jd PM.. sbb tak boleh harap boleh jadi alat musuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2014 at 7:55 PM

Ah Jib Gong hanya layak jadi presiden DAP atau MCA atau Gerakan ... atau surarumahtangga kepada kak ros ... pastinya tiap hari kak ros singgul ah jib gong ... tak pun jadi usahawan pertanian ... tanam kangkung dan rockmelon ... pastinya perniagaan ah jib gong akan berjaya ... ya la dengan tanaman itu ah jib gong boleh jana pendapatan juta2 beb ... sebagaimana yang dia war2kan sebelum ini ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2014 at 8:17 PM

Salam tuan dt.sy hrap tuan dt dpat bangkitkn isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin di tanah melayu kita ni.bukan sahaja mereka lepas bebas sperti syurga disini namun dgn meningkatnya statistik jenayah oleh PATI ini amat membimbangkn.mana tahu esok lusa keluarga kita pula yg kena.mintak simpang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2014 at 11:14 PM

@Anonymous bukan terhad kat mp umno atau bn jer, tapi ramai mp termasuk pembangkang pun macam tu juga, tak berkhidmat untuk rakyat pun. mp ganu cakap pun selepas mp umno, kuli yang tulis surat. kalu idak , mp ganu pun tido juga wehhh

Post a Comment