........... Rekonsiliasi Nasional - Dah Mansuh Atau Masih DiTeruskan ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rekonsiliasi Nasional - Dah Mansuh Atau Masih DiTeruskan ?

Monday, November 17, 20148comments

Boleh sesiapa tolong beritahu apa dah jadi pada Rancangan Rekonsiliasi Nasional yang diumumkan PM Najib 25 Feb 2014 lalu ?  

Saja nak recap -

Sejak saya mengumumkan hasrat kerajaan ke arah rekonsiliasi nasional, saya tersentuh dengan reaksi rakyat yang menyuarakan sokongan dan dorongan yang kukuh agar Malaysia lebih bersatu padu.

Rancangan Rekonsiliasi Nasional akan diumum dan dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan lagi. Saya akan berikan matlumat lanjut dalam masa terdekat ini, namun kali ini izinkanlah saya berkongsi serba-sedikit mengenai rancangan ini.


Apa sudah jadi ? Kata beberapa bulan.... ini dah masuk 9 bulan. Kalau manusia, dah sarat sangat dah tu. Apakah masih diteruskan ?

Jika dimansuhkan, kenapa tidak ada sebarang pengumuman.... yalah, kalau waktu umum dulu gempak giler maka sewajarnya diberitahu sepatah kalau tak jadi dan kenapa ... Buat penat jer berbahas debat bagai ....

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 8:23 AM

Biasalah Ah Jib Gor...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 8:43 AM

Pada pendapat saya, Rekonsiliasi Nasional adalah kompromi antara BN dan PR bagi mewujudkan situasi menang-menang dan merintis ke arah jalan perdamaian. Namun ianya nampak jalan buntu apabila Anwar Ibrahim masih belum pasti nasibnya selepas ini. Sama ada dibebaskan atau dipenjarakan. Oleh kerana itulah, Rekonsiliasi Nasional belum dimuktamadkan lagi sehingga setakat ini.

....................
Reply To This Comment ...................
November 17, 2014 at 9:00 AM

@AnonymousMaknanya Najib umumkan dulu sebelum berbincang dengan Anwar ? Untuk umumkan perkara sebesar ini, sudah pasti kedua BN dan PR dah bincang beberapa kali.

Satu lagi, Najib umum 25/2, mahkamah sabitkan Anwar bersalah pada 8/3, kenapa Najib tak tunggu je lagi 2 minggu sebelum umumkan ?

Hmmmm Rekonsiliasi Nasional bergantung kepada keputusan mahkamah kes liwat Anwar ? .... hmmm ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 10:26 AM

Sungguh lemah dan dan tidka cerdik apabila Najib laki Rosmah terus menjadi alat perosak rakyat dan mengampu minda pemimpin Pakatan Haram. Usaha Najib lebih kepada mengukuhkan agenda perosak Pakatan Haram. Iaitu kompromi demi kompromi sehingga sistem negara ini berubah mengikut selera Pakatan Haram.

Satu persatu kompromi di lakukan Najib meraikan musuh sehingga berlaku penggadaian serius pada Agama, Bangsa dan kedaulatan tanah air. ISA bukti Najib berkompromi untuk memudahkan agenda musuh.

Rekonsiliasi yg sebetulnya ialah mengetatkan undang pencegahan, mengharmonikan kaum iaitu dengan memastikan kaum yg suka menghina kaum peribumi dihukum, disekat keistimewaan selagi mana mereka tidak mahu mematuhi konsensus Perlembagaan.

Tapi malang Najib tidak berfikir begitu. Najib meraikan musuh. Menganaktirikan kaum majoriti. Hukum alam mana mungkin orang jahat akan mahu ikut orang baik. Melainkan orang baik perlu sama2 jadi jahat juga?

Jadi mahu tak mahu undang2 dan ketegasan ialah instrument utama, kemudian penerapan dan pendidikan, seterusnya insentif2 ke arah keharmonian.
Najib.. eloklah letak jawatan.. tak credible dh untuk lead Malaysia bila mana pelbagai isu besar melanda tapi gagal ditangani dengan berkesan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 12:10 PM

Dah tukar,....Liberalisasi Nasional.

....................
Reply To This Comment ...................
November 17, 2014 at 12:24 PM

Dear Uncle Din,
Dulu orang Malaysia dah bersatu tak perlu Rekonsiliasi Nasional. Problems started bila DAP mula berkuasa and instigate orang Cina. Mungkin Rekonsiliasi Nasional only untuk menaikan imej Najib pada rakyat especially orang Cina.
But the question is, orang Cina PR nak ikut tak? DAP takkan nak support kalau untuk kebaikan because they want the people to blame and hate the government and vote for them. I guess dia orang only akan ikut if Najib nak buat special privilege for them and bagi equality, hapus hak Melayu, hapus Artikel 121, 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia and etc, and only jadikan Islam agama rasmi instead of agama persekutuan as in Article 3(1). Melayu PR tak kisah sebab PAS pun always kata Islam only agama rasmi.
Siapa nak lead? Kalau Tan Sri Aziz Abdul Rahman, Tan Sri Zaman Khan, Tun Fairuz and other great people yang fair and boleh pertahankan Melayu and Islam, it's good. But the other side nak ke terima?
But if people like Saifuddin Abdullah lead, better tak jadi, sebab takut jadi macam NUCC, busy bela orang Cina, Christian, LGBT pula.
By the way, Uncle Din maybe should calm down and jangan stress sangat. Bad for health. So take a break and go to the Kajang Waterland. It's free! Ada kejohanan renang lagi kalau nak exercise. http://ahmadalikarim.wordpress.com/2014/11/16/kajang-waterland-malaysias-biggest-natural-water-park/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 1:44 PM

salam,
merdunya bunyi tong kosong dipalu terutama oleh ah jin gor. ramai penyokong an jib gor terlelap tidur

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 17, 2014 at 4:06 PM

Apa perlunya rekonsiliasi (nak sebut pun susah sebab semua nak diinggeriskan...perkataan melayu kan ada ? ) nasional ni?

Tak perlu sebab kita dah ada Perlembagaan yang dengan jelasnya merupakan kontrak perpaduan antara kaum di negara ini.

Kita ada rukunegara iaitu ikrar untuk semua rakyat hidup aman dan damai.

Kita ada akta2 tertentu yang menjamin kesejahteraan negara ini tapi si PM bongok bernama Ah Jib Gor sudah mansuhkan pula! Apa menteri2 bongok dan wakil2 rakyat baik dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang buat ? Angguk2 dan geleng2 cukup bulan ambil gaji sajakah ? Bagi yang beragama Islam ingatlah amanah dan halal dan haram.

Kita tak perlu begitu banyak penjenamaan yang tak memberikan sebarang hasil. Apa yang ada yang baik perlu dikekalkan dan mungkin diperbaiki. Jika tak rosak tak perlu dibaiki.

Post a Comment